Dah beberapa minggu ni, tiada aktiviti menarik kami sekeluarga selain drp masak, makan, tidur, tengok tv.......bla...bla....bla.....bosannya hidup.....dah la resdung menyerang setiap hari hinggakan pukul 4 pagi aku tak boleh tidur. Asyik tersumbat hidung ni, tisu dah berkotak2 habis......aku dah tak tau nak buat macamana lagi....mungkin sejak pindah sabah ni, asyik makan udang dan ketam, tu yg makin teruk agaknya!Cuaca hari ni nak kata panas sangat, tak jugak tapi ok sikit drp semalam. Baju dah 2 hari tak kering. Dah la tempat jemuran tu seciput je ruangnya..........terpaksalah aku menyusun jadual jemur kain drp malam sidai hingga ke esok petang baru di angkat.
Petang ni, suami kesian kot tengok aku masak dari pagi (nasi lemak buat sendiri, nak makan kat luar.....tak menepati citarasa...) jadi dia bawa aku dan anak bersiar2 di pantai sambil makan kacang rebus dan jagung rebus.
Walaupun cuaca mendung dan ada rintik2 hujan, masih ada yang mandi laut.
Aziz leka memerhati anak2 ketam yg bertaburan di pantai. Dia 'geram' je tengok pasir tu, nak bina istana pasir.......
Kacang rebus dan jagung, hidangan di tepi pantai. Sekali sekala lepak disini best jugak. Dah ini je tempat yg ada untuk meredakan ketegangan dlm otak ni......cukup la bagi org macam kami yg tak mampu nak ke luar negeri........