my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tag dari Angah

Panjang giler TAG dr Angah ni.......macam mana pun saya cuba jawab dengan seikhlas hati ye...


1. Bekas kekasih saya adalah:
alamak......dah tua daaa......mungkin skrg dah berpangkat tinggi....
2. Saya sedang mendengar:
politik....politik....channel astro skrg ni...tp bukan saya yg minat...
3. Mungkin saya patut:
jadi pereka fesyen....ni cita2 masa lps sekolah....la ni, tukang masak je...
4. Saya suka:
membaca, melancong, memasak (wajib) dan juga bergosip dgn adik beradik
5. Sahabat-sahabat baik saya:
hanya kakak dan adik perempuan
6. Saya tak paham:
kenapa orang tak faham kalau kita susah, orang tak percaya?
7. Saya kehilangan:
kasih sayang bapa sejak umur 2 tahun......tp tetap bersyukur masih ada mak...
8. Ramai yang berkata:
saya ni gempal tapi ramai yg kata ok je......ish...dia org tu saje nk ambil hati.
9. Makna nama saya:
apa ye? tp mak beri nama ni sempena sultanah johor dulu...
10. Cinta itu adalah :
pengorbanan.....cinta tak perlu di ucap, kita boleh merasainya...
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
apa lagi.......membuta la dia tu.....
12. Saya akan cuba :
menggembirakan seseorang walaupun sebenarnya hati saya pedih
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
InsyaAllah BOLEH!!
14. Telefon bimbit saya :
jenama sony ericson.....murah je...yg penting bila terdesak boleh guna, kalau mahal tp takde kredit, watpe....
15. Bila saya terjaga dari tidur :
sama mcm angah.....kalo dah bulat mata ni, ada je benda nak di buat...
16. Saya paling meluat apabila:
orang yg berlagak mewah, ckp tak serupa bikin
17. Pesta / Parti adalah:
tempat muda mudi bergembira, bagi saya.....pesta makan2 boleh la join...
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
kucing saya yg bernama Tam (dah mati), walaupun dia kecil sgt, hitam plak....tp dia cute sgt terutama bila dia merenong kemata saya...
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
dari kecil hingga skrg tetap seronok, tiada satu peringkat umur yg saya tidak gembira menempuhnya....
20. Hari ini :
hari2 fikir nak masak apa? nak diet kononnya....
21. Malam ini saya akan:
aktiviti yg sama.....ngadap tv...intenet jugak...
22. Esok pula saya akan:
kemas barang2 utk pindah rumah
23. Saya betul2 inginkan:
terbang pulang ke semenanjung, jumpa mak, kakak dan adik beradik, rindu nk bergosip nih!!
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
menggelupas plak muka aku ni......
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
shopping komplek utk ibu dan ayah, arked permainan tu....tuk anak....mesti la suka shopping
26. Makanan Barat atau Jepun:
confirm makanan barat, chicken chop la.....segala2nya chop...sushi bedal gak!!
27. Bilik yang terang atau gelap:
kalau terang, rasa panas.....gelap, takut plak.....suka terang la...
28. Makanan segera adalah:
untuk org malas masak
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
sms pagi ni utk cikgu anak saya....."dah seminggu lebih, tak siap lagi ke jadual sekolah?"
30. Siapa yang anda nak TAG?
tak penah TAG sape2 setakat ni.......kali ni nak tag....LAVENDER, andiza, yanie dan oldmanla....

Jiran mak

sedang tunggu di lobi Hotel PromenadeHari sabtu (3hb) kakak ku call, katanya jiran yang berdepan dengan rumah mak nak datang KK. Dia dah ambil nombor talipon ku dan bila dia sampai, mungkin dia nak jumpa kami sekeluarga. Dia datang bertiga. Sebenarnya dia dah biasa bercuti ke Sabah, cuma kali ni mungkin nak bawa anak perempuan dia makan angin.

Petang sabtu tu, Ustad (kita orang dah macam keluarga dgn ustad ni, susah senang sama2) tel. suami ku tapi sebab dah hampir maghrib, rancangan untuk bawa mereka meronda ditangguhkan esok saje.

Pertama sekali bila jumpa, dah tentu la dia (isteri ustad) sampaikan salam peluk cium mak dari semenanjung. Rindu katanya..........tapi nak buat macam mana kan.....hanya handphone jadi penghubung kami.

Sebenarnya, lepas ambil mereka di lobi hotel, konon nak kerumah ku. Ustad tak dapat join, dia kurang sihat. Bila dah dalam kereta, lain pulak tujuannya. Kami terus ke pasar kraf yang popular di KK. Aku pun tak pernah masuk lagi.........patut la ramai pelancong ke sini.....naik rambang mata ku. Nasib baik duit tak berapa nak ada..........kalau tak, mau rembat satu gelang ke.....brooch ke.....takpe la.....aku kan menetap di sini, anytime boleh datang......sediakan fulus je.....Ala....aku lupa snap gambar masa dalam kedai tu.

Lepas dah dapat apa yang kakDah nak (siap beli satu set rantai dan gelang, utk kawan pun dia beli gak), kami ke gerai ikan kering pula. Aku belikan untuk mak ikan bilis dan ikan keropok. Bukan taknak beli banyak tapi........kesian pula kakDah, barang dia lagi......takpe la, kalau jadi balik raya nanti, aku beli lebih untuk adik beradik yang lain.


ada jugak binatang ni kat sini.......macam mana rasanya ek?


Ingat nak belikan mak ikan masin terubok tapi tak jadi beli. Baunya boleh tahan harum!!



huhu.....sempat posing dgn kakDah...nak pergi minum plak...




yeaa.....kita posing dulu....utk KAKAK.....boleh la bagitau kawan2, gambar kakak kat blog akak....






Masa minum air kelapa, teringat kat kampung mak mertua. Selalu suruh adik ipar ambil kelapa muda belakang rumah. Buat dua jug tak sampai petang dah selesai.....





Waa...ibu dengan ayah romatiknya, share air kelapa.........haha...sebenarnya air tu banyak, sah2 aku tak abis minum sorang.......

Selepas hantar mereka beli makanan untuk tengahari, terus hantar balik ke hotel. Aku dah pelawa datang rumah tapi di tolak, mungkin taknak menyusahkan aku sekeluarga. Lagipun rumah ku tu dah macam tongkang pecah.......maklum le...orang nak pindah...

Untuk kakDah.......kita rasa terlepas rindu kat mak walaupun hanya dapat berbual dengan kakDah. Terima kasih belanja air kelapa ye!!









Tuan rumah yang.......HAMPEH...

Perlu ke aku cerita hal ni di sini? Sakit hati makin membengkak........MENANAHHH...(bak kata Sarimah)....cuma tak meleleh je air mata ni.......opps...jgn ingat kita bergaduh laki bini pulak ye!!

Ni kisah tuan rumah sewa aku ni.......hari2 membosankan kita orang dengan talipon dan ketukan di pintu (malam2 pulak tu...tak ke haru di buatnya?). Sebenarnya 'tuan rumah' ni tak pernah jumpa pun tapi si kerani kat kondo ni yang arahkan pekerja mereka datang rumah, minta duit sewa.

Mula2 nak sewa dulu, kita dah bayar deposit dua bulan, lebih kurang seribu lebih, tak termasuk sewa untuk bulan januari. Bil air dan letrik juga dua bulan, lebih kurang tiga ratus. Kira dah settle semua bayaran. Ye la.....kalau tak, takkan dia boleh benarkan duduk kalau tak bayar semua ni kan? Cuma kontrak tak sain lagi......dia pun tak panggil jadi kita pun biar aje la....

Sebenarnya, tuan rumah ni untung lebih sebab kami masuk pertengahan bulan januari tapi bayar penuh sebulan. Rumah pun tak di cat baru, paip, pintu, almari......boleh dikatakan dah buruk atau rosak. Memang ada tersedia dua buah katil, tv (aku rasa tv aku yg 12 tahun dulu lagi elok), peti ais, dapur gas, meja makan dan ada satu dua meja tv. Aku pun takde nak komplen sangat sebab keadaan kami yang terdesak memerlukan rumah.

Masuk bulan februari, suami ada kenalan yang nak sewakan rumah dia, murah sikit dari rumah yang kami duduki sekarang. Rumahnya aku rasa sesuai untuk Aziz, dekat dengan sekolah, tak perlu dia tumpang orang lagi. Persekitaran pun di kelilingi orang melayu, rumah teres satu tingkat. Perkara ni, suami ku dah pun maklumkan pada kerani tu awal2 lagi, penghujung bulan 2 lalu. Sebab sebelum ni dia ada pesan pada kami, kalau nak pindah kena inform dia awal2.

Jadi, di pendekan cerita, bulan mac dan april, kami tidak perlu bayar sewa sepatutnya. Sebab kami akan keluar dari rumah ni sebelum bulan mei sedangkan sepatutnya kami keluar pd pertengahan mei. Tapi malangnya, tuan rumah ni........sibuk mintak duit sewa, sedangkan yang di minta tu, bukannya hak dia........dah la deposit dia taknak pulangkan, dia nak pulak duit sewa lagi.....apa punya orang ni.....

Untuk mengelakan dari rasa marah (kalau dah cakap banyak kali, masih tak faham.....mesti la marah kan...) kami terpaksa tebalkan muka dan mendiamkan diri jika kerani tu talipon. Malu pun ada......apa taknya....kalau orang tak tau, mesti orang ingat kita tak bayar sewa rumah. Lepas tu mesti pekerja dia percaya cakap kerani tu........dan tentu jadi buah mulut mereka.....

Pakcik suami ada nasihatkan kami supaya buat tak tau je. Kalau dia orang desak2 juga, jom naik mahkamah!! Susah juga hidup di rantau orang, takde adik beradik dan sedara mare yang rapat untuk kongsi masalah. Segalanya kena selesaikan atau hadapi sendiri. Tapi ini bukan kali pertama kami menangani masalah sendirian. Sebelum pindah ke sini pun memang kami dah biasa berdikari. Cuma kami akan minta pendapat keluarga jika tiada penyelesaian.

Di sini......bukan aku nak minta simpati atau nak aibkan diri sendiri. Sekadar melahirkan rasa tidak puas hati. Kekadang ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Semuanya kerana DUIT..........

nota: pengajaran dari peristiwa ini, kalau nak sewa rumah, kena kenal dulu tuannya.........