my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Hajat tercapai...dan tak sabar....

Salam Sejahtera....

Beberapa hari ni aku tak dapat nak update blog sebab blog aku tak boleh guna firefox. Sebelum ni boleh, entah kenapa sejak beberapa minggu lepas tak boleh pula (mungkin ada benda2 yang menghalang dlm blog aku tu). Jadi aku terpaksa tunggu laptop yang akan selesai di format semula oleh kawan hubby. Bagaimanapun semalam hubby cuba download IE, nasib baik dapat, ni yang aku boleh update blog.

Minggu yang sibuk sebenarnya ni. Dah macam bibik pulak aku rasa. Kedapur tu......dah memang wajib.....kemas baju dan barang2 penting untuk di bawa pulang lagi......dalam kepala otak ni, nak buat dua jenis kek untuk dibawa pulang. Satu untuk mak aku, satu untuk mertua. Hubby kata takyah susah2 buat........aku kata.....mana boleh? tak banyak sikit, aku nak juga bawa buah tangan yang aku buat sendiri.

Ini pun update blog lepas sahur......lepas ni nak gosok baju pulak (baju sekolah anak dan hubby). Lagi dua hari je aku akan pulang ke semenanjung.......sampai termimpi2 malam tadi.....naik bas satu rombongan (pegi mana tah!)



Terlanjur dah menulis ni, aku nak share sikit pasal first time aku makan buah terap. Dulu2 (masa baru sampai Sabah) aku tengok buah ni berlambak kat pasar KK. Aku tak pernah tengok depan mata buah ni sebelum ni. Rupa macam cempedak tapi bulat macam buah sukun. Bila aku dan suami tanya orang yang jual tu, barulah aku tau......ini rupanya buah terap!! Selalu baca je kat internet......masa tu hati ni takde sikit pun rasa teringin nak makan.

Sabtu lepas aku paksakan diri beli buah terap di pasar tamu. Harga RM4 sebiji......mahal ke murah aku tak ambil tau lah.....yang penting aku nak tau rasa dia. Rupanya buah yang kami pilih tu dah terlampau masak. Mana la kami tau nak pilih......tengok kulit dia lembut, ingatkan ok.

Rasa apa? aku rasa macam lebih sedap cempedak lagi walaupun orang kata lebih sedap buah terap. Cuma isi dia lebih kecil dari cempedak dan berwarna putih (macam cempedak belum masak). Lebih kurang macam anggur besarnya isi buah terap. Boleh la makan banyak sikit berbanding cempedak tu yang cepat muak.

Lepas la hajat aku nak makan buah terap. Tak tau la lepas ni nak beli lagi ke tak. Macam taknak je........

Kejap ye......nak hantar anak kesekolah dulu, nanti sambung cerita....


Sambungan........
Dua tiga hari lepas kami sibuk membeli keperluan seperti t-shirt, souvenir, gelang kristal dan tak lupa kalau sesiapa yang datang Sabah, tak sah kalau tak bawa balik ikan masin. Sekotak je yang kami mampu bawa pulang sebab adik suami pun beli juga. Cukup kot......ikan bilis ada, ikan kurau ada (mahal betul ikan ni, dekat RM69 kalau tak silap aku) tapi dapat la harga separuh dari tu. Ikan terubuk masin beli juga dan tak lupa pada si udang kering yang memang segar.

ni ikan masin sekotak, satu lagi ikan basah dlm freezer
Tadi, aku dan hubby baru je balik dari pasar. Dah tentu la beli ikan kan? takkan beli baju.........tapi hari ni ikan macam tak berapa nak meriah pulak. Cari ikan kerapu, beli dalam 2 ekor je.......sotong 1 kg (cukup la rasanya sebab besar2), udang basah 2 kg (cadang nak buka puasa ramai2, nak buat udang goreng butter). Ikan merah pula beli seekor je. Rumah mak mertua aku tu, walaupun ada 2 peti ais......tapi isinya sentiasa penuh. Aku takut lauk2 yang kami beli takde tempat nak simpan. Untuk mak di Selangor, mungkin hujung tahun kami beli ikan basah sebab masa tu kami turun di KLIA. Harap2 mak tak kecil hati.
Semalam juga adik hubby datang dan pakat2 nak belikan famili mereka t-shirt Sabah. Masa mereka tengah memilih t-shirt, aku leka memilih souvenir (yg lekat kt peti ais tu.....) sebelum ni letih memikir nak bagi apa. Kalau belikan gelang2 kristal setiap sorang, alamat gigit jari la aku dengan hubby hujung bulan nanti. Jadi kami beli mana yang mampu, tak kira la murah ke.......sebagai tanda ingatan dari kami yang jauh. Harap2 bila dia orang tepek benda tu kat peti ais masing2, dia orang akan ingat aku.......
aku harap mereka suka walaupun tak berharga
nota: sebenarnya, banyak nak cerita tapi masa tak mengizinkan pula, jadi aku update je yg terlintas di kepala.

17 ramadan

Salam Sejahtera....

Hari ni hari ke 17 kita berpuasa. Alhamdulillah......si bujang aku tu hingga ke hari ni masih bertahan lagi. Cuma bila hari terlampau panas sangat, dia merungut juga. Ye la.....orang dewasa pun kekadang tewas, apatah budak 7 tahun? Bagaimanapun aku cuba beri semangat kat dia supaya bertahan. Masalahnya anak aku ni tak reti tidor siang, ada je benda dia nak buat.......bebudak sekarang ni aktif betul......


Dah la bangun pagi pukul 4..........lepas makan sahur, tak tidur langsung. Pukul 5.30 dah siap2 nak ke sekolah. Sejak puasa ni selalunya kami hantar waktu pagi, balik dengan bas. Kalau naik bas pagi, kesian pulak dia terkejar2. Tahun ni aku respect betul sebab dia tak merungut langsung samada lapar atau dahaga. Mungkin daripada umur 5 dan 6 tahun dah di latih berpuasa, jadi senang la sikit tahun ni.

Ni aku nak cerita pasal 'si hitam' ni........selalu datang melepak depan rumah ku. Kalau datang mesti mengadap si tok K aku tu. Mentang2 la tok k tu tak bersuara, dia berani la. Tapi, kucing jiran ku ni memang manja. Kalau aku tegur, dia mesti datang minta belai. Cuma yang tak bestnya dia ni, badan kurus kering. Muka comel........teringat pula si Tam aku yang dah 'arwah' dulu........
tengok la tu............kalau melepak kat situ dari pagi sampai tengahari.........tuannya pun tak kisah agaknya kucing dia tak balik2.

Dapur ku banjir!!

Salam Sejahtera....
hujan lebat, mana tak banjir dapur aku tu? bagaimanapun......alhamdulillah....


Semalam, sehari suntuk hujan lebat sampai kemalam..........puasa2 ni dah tentu la seronok kalau hujan, takde rasa letih sangat. Tapi yang tak seronoknya kat rumah aku sekarang ni kalau hujan je..........siap la....singsing lengan la jawabnya.....sebab apa? aku kena mop lantai kerana air mencurah2 dari pintu belakang rumah sewa ku itu. Kalau hujan sikit2 masih ok lagi. Tapi semalam hujan lebat gila.......apa lagi, asyik memerah mop je.....nasib baik guna jenis span.
err....rumah depan tu, rumah guru besar.........besar kan rumah dia? belum kenal lagi dgn tuannya

Semalam juga tuan rumah ni datang tengok apa yang tak kena. Sebenarnya yang bermasaalah cuma di bahgian dapur sebab sebelum ni tukang rumah dia buat tak kemas agaknya. Rumah asal aku tengok ok pulak. Dinding dapur tu pun ada yang retak dan bila hujan lebat boleh nampak air menyerap masuk ke dinding. Tu yang melimpah ruah sampai ke dalam. Aku risau, takut kena wayar letrik ke hape kan......

Jadi, hari ni dia hantar dua pekerja untuk selesaikan masalah tu. Cuaca pun baik nampaknya. Harap2 sebelum kami balik semenanjung nanti benda ni dah selesai. Kalau tak, tak senang duduk aku kat sana nanti. Bukan dekat nak balik jengok rumah.

dia orang guna zink je nampaknya..........lepas ni kalau hujan lebat, boleh dengar bunyi hujan menimpa zink, rasa macam rumah kampung pulak.
nota: teringat masa dok rumah atok di Johor dulu........atap zink pun ok apa......