my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Makan malam di Restoran Kampung Nelayan

Salam Sejahtera....

Malam minggu, keluarga pakcik suami ajak makan malam sempena menyambut teman mereka dari semenanjung. Tempat ni aku belum pernah jejak lagi. Kalau tak silap namanya Restoran Nelayan di Bukit Padang (org dok lama Sabah, mesti tau punya)

Mula2 ingat taknak la makan makanan laut sebab kebetulan hidung aku ni diserang penyakit lama. Apa taknya? asyik melantak seafood je beberapa hari yang lalu. Tapi memandangkan hidangan yang di jamu depan mata, udang segar2, ketam goreng tepung (makan dgn kaki2 sekali), ikan masak stim, sayur apa tah mcm pucuk paku rupanya dan macam2 lagi ada.......aku pun terpaksa langgar pantang.

Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan para penari kebudayaan, leka aku tengok mereka tu. Cantik dan kacak......putih2 kulit mereka macam Chinese. Selepas menari pelbagai tarian mereka turun ke tempat duduk pelanggan dan mempelawa sesiapa yang sudi menari dipentas dengan mereka. Bab ni aku gerun.......aku mana boleh naik pentas?

Sudahnya, suami ku yang di jemput keatas bersama anak lelaki kawan makcik ku. Dia tarik juga aku naik sama, tapi sorry la cik abe ye! Kalau aku naik kang step menari kemana, kasut yang aku pakai tah kemana. Maklum la, tarian buluh tu bukan senang. Silap letak kaki, lain pula jadinya.

Gambar tak dapat disertakan disini kerana aku mengharap kamera anak makcik. Dia belum ada masa nak upload gambar ke facebook dia.

ROTI MARBLE COKLAT

Salam Sejahtera....

Akhir2 ni aku rajin sangat buat roti, tapi aku guna tangan je, orang ada BM pun belum tentu rajin nak buat roti kan? Entah2 lepas ni bila dah beli benda alah tu, aku pun tersampok sama malas. Biasanya manusia ni macam tu le.........kemudahan dah ada, penyakit malas pulak datang.

Semalam aku buat roti marble ni. Resepi drp Onigiri (myresepi.com). Sebelum tu aku ada buat roti burger tapi aku rasa macam kejong je aku tengok. Roti ni makanan ruji si Aziz. Dia jemu kalau tengahari makan nasi, petang pun nasi. Jadi aku kena perah otak cari idea nak bagi dia makan apa tengahari balik dari sekolah (ibu dia tak makan tengahari sebab pagi dah pulun makanan berat...hehe..)

Inilah yang susahnya kalau anak tak makan makanan yang pedas. Puas di pujuk, tak boleh juga. Jadi kalau memasak, aku kena buat 2 jenis masakan, satu pedas, satu lagi tak pedas langsung.

Menceceh pulak, ni resepi roti yang aku buat semalam..........

ROTI MARBLE COKLAT

200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu besar butter/margerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko (bancuh dgn air sedikit)

Cara:-

1. Masuk semua bahan kedalam bread maker kecuali koko (aku guna tangan je)
2. Uli hingga adunan tak melekat ke jari.
3. Perap doh 40 minit. Kemudian tumbuk2 bagi keluar angin.
4. Bahagi 3 bahgian. Satu bahgian masukkan bancuhan koko dan uli bingga warna jadi sekata.
5. Satukan  doh baki tadi dan terap memanjang. Letak doh coklat ditengah dan tutup keseluruhan adunan tadi. (bab ni aku ikut suka sendiri nak buat macam mana pun, aku gelek adunan kosong dan lapiskan dgn adunan koko, mcm kuih lapis gitu)
6. Potong 3 adunan tadi dan anyam bentuk tocang (serious......aku tak reti buat tocang roti ni, kalau rambut, aku boleh buat.......aku hentam je lilit selang seli)
7. Letak adunan dalam sandwish loaf yang dah disapun margerin (nasib baik ada kakak aku punya dulu aku tak pulang kat dia masa pindah dulu)
8. Biarkan naik dan bakar selama 25 minit dengan suhu 160C.





hehe....guna jari pun boleh!!

BUTTER ROLL

Salam Sejahtera....

Masih mengantuk? Malam tadi tengok ABP kan.......hemm...tahniah la Dato Siti Nurhaliza, untungnya Tok K!! Tahun depan tak masuk bertanding, tahun ni kena sapu habis la kan......
Aku pun malam tadi terjegil mata nak tunggu sampai pukul 11.30 pm. Nak komen apa ye? Komen pasal persembahan artis.......aku pun bukan pandai sangat.....yang aku tau, asal persembahan tak macam karaoke, kira ok la tuh!!
Tahniah juga pada Remy Ishak dan pasangan heroinnya dalam Nur Kasih. Menggelabah je Remy.......ye la...tak sangka nak menang agaknya, lidah pun naik berbelit2 buat ucapan.

AF8 pula, tak sangka si Anum yang keluar. Ingatkan si Ain tu.......sayang la Anum terkeluar......dah takde rezeki dia, nak buat macam mana? Heh....aku ni tak pernah2 update pasal artis, tetiba pulak nak jadi macam wartawan. Apa kes?

Nak update pasal Buter Roll yang aku buat 2 hari lepas, dah habis pun masuk dalam perut. Resepi dari myresepi.com oleh yani. Sila la mencuba!
BUTTER ROLL




120 ml susu segar


50 gm telur


300 gm tepung roti


3 sudu besar gula


1 sudu kecil garam


60 gm butter


1 sudu kecil dry yeast



Cara-caranya:-

Masuk bahan ikut turutan, adun seperti biasa.

Bahagi 12 bahgian dan buat bentuk bulat.

Rehatkan 10 minit.

Buat bentuk kon.

Canai jadikan 30-35 cm, gulungkan.

Biarkan naik 2x ganda.

Sapu telur sebelum baker. Bakar dalam 10-12 minit.

Suhu 180C.

Jika roti belum perang, biar dalam oven 5 minit.

nota: terima kasih yani, resepi awak memang best!