my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Roti Kerca

Perhatian: MAAF, ini adalah entry yang telah terdelete dan kakpb dapatkan semula. Maaf kerana telah hilang komen2 disini. Entah bagaimana terdelete ketika kakpb menggunakan S3 pagi tadi.
 
Assalammualaikum,.....Khamis sudaaaa....cepatnya masa berlalu. Kadang-kadang kakpb rasa seperti pejam celik, pejam celik dah berubah. Umur makin meningkat, anak makin menginjak dewasa, barang-barang naik harga.....gaji?? Oppss....kakpb tak kerja tak boleh komen lebih2 melainkan barang dapur dan keperluan diri tak cukup baru boleh membebel....hehe..
Semalam teringin makan Roti Kerca, nampak kat blog Damai Kalbu nak kata laksam, bukan. Rupa laksam tu dah ada. Bila tengok resipinya......ohh..macam resipi roti jala. Jadi kakpb buat lempengnya tu seperti resipi roti jala saja. Maaflah tuan punya resipi, kakpb tak ikut sepenuhnya seperti asal. Cuma kuah tu yang kakpb buat sama, itu pun kakpb tak guna santan, ganti dengan susu cair (takde santan sebenarnya)

Ni dia rupa bila dilempengkan dan di gulung. Macam kita buat kuih dadar/ketayap. Kakpb letak warna kuning sedikit. Saja gatal letak.
2 cwn tepung gandum
2 cwn air biasa
1 biji telor
1 sudu minyak masak
pewarna kuning
kuali non-stick
Itulah dia, bila dah potong-potong jadi cantik pula kan? Anak bujang kakpb makan dua kali tambah. Kakpb ubahsuai sikit, letak fishball.Terima kasih bagi mereka ini yang telah berkongsi resipi.
ROTI KERCA
@blogsurirumah
copypaste dari Damai Kalbu
olahan asal : Ayu Jalinan Rasa (fb)
 
Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air] *kakpb ganti susu cair
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar] *kakpb guna sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
fishball - kakpb tambah sendiri

Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].

Kakpb sedar diri, gambar2 masakan kakpb takde yang menarik pun. Tak seperti blog masakan lain yang gambarnya canggih, hiasan menarik, props mahal dll. Tapi inilah kakpb yang sebenarnya. Kongsi apa yang kakpb ada saja. Mungkin sebab itulah blogger popular tak sudi nak komen kat sini. Mungkin juga datang bertandang sekali lalu......tak apalah.....tak baik bersangka buruk dengan orang yang kita tidak kenal rapat kan?

Roti Goreng Inti Telor

Sejak beberapa hari ni kakpb jarang kat dapur, faham-faham ye.....jadi entry dalam blog ni caca marba, campur aduk. Kalau sesiapa yang fikir blog kakpb ni blog masak-masak, silap la tu......ini blog ikut suka hati kakpb nak tulis. Malas nak asing-asing cerita, bukan ada sesiapa nak saman pun...:)


Roti goreng ni kakpb buat semalam pagi, dah taktau nak buat apa dengan roti yang dah hampir nak expired tu. Sarapan pula kami berdua saja, si bujang tu kalau ada pun bukan dia makan roti macam ni.....nak muntah la.....tak lalu la....cerewet sungguh.

Hari ni cikgu fahmi takde, pergi sekolah tengahari tadi lepas tu balik petang terus ke Tamparuli katanya. Ada kem di sana dan kena bermalam. Tadi dah siap pack baju bagai, tetiba call, katanya tertinggal towel pulak. Bila kita nak siapkan, dia nak buat sendiri.....tu la jadinya...:D

Oklah, kat atas tu resipi simple je. Telor rebus dihancurkan bersama mayonis, tambah sedikit garam.
Letakkan dalam roti yang dikapit dua.
Celupkan dalam tepung gandum yang di campur bersama sedikit gula halus, marjerin, sedikit tepung jagung dan air secukupnya.
Goreng hingga kekuningan.
Boleh cicah dengan sos cili kalau suka.


ROti NaiK (kali pertama juga)

Dalam pada rindu-rinduan kat 'orang disana tu', sempat juga meroti pukul 2 ptg tadi. Memang dah ambil resipi ni daripada hari tu, geram tengok orang buat cantik je. Kita pun nak jugak mencubanya.



Tak boleh nak celoteh lama ni, nak masak untuk buka puasa. Simple je.......buat nasi goreng untuk kami dua beranak. Ada roti naik ni boleh la buat sarapan esok pagi sebab kak pb tak dapat keluar, walaupun kereta tersergam depan rumah, lesen dah mati, belum renew lagi......

Roti naik ni kak pb jumpa masa bw kat blog Linda, dia pun kali pertama meroti dan uli tangan je....Mula-mula cuba tu macam tak jadi je rasanya. Lembik melekat semacam je......alamak...dah risau dah. Teruskan juga ikut step by step yang di ajar. Alhamdulillah.....elok je naiknya...gebu sangat. Ini pun kali pertama juga kak pb buat roti lembut macam kat kedai.

Kejap eh.....nak masak untuk buka puasa dulu, nanti sambong.....






Kak pb kongsi disini dan minta izin copy dari blog Linda ye.....kak pb edit sikit ayat-ayat tu untuk memudahkan kak pb faham.

ROTI NAIK
oleh: blog surirumah
sumber : Linda, Sasha Rahmat

bahan A
11 gm yis (instant /serbuk)
1/2 cwn air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
(satukan bahan A dan biarkan yis naik)

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega di cairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dengan 1/2 cwn air panas - kak pb kurangkan gula jadi 3/4 saja

- untuk dijadikan sirap gula (rasanya tak perlu tambah air, dah cukup bagi kak pb)

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1/2 cwn tepong gandum (setengah cawan tu digunakan ketika menguli, mungkin tak perlu habiskan tapi kak pb guna semua)

Cara-caranya:


Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
Masukkan bahan A & C
Masukkan bahan B
Uli serata, hingga licin (doh tidak melekat di tangan)
Gunakan extra tepung yang 1/2 cwn tadi...(tak perlu habiskan-guna sedikit2)
cuma utk dusting dan untuk doh tak lekat ditangan.
Perap hingga 30 ke 45 minit
Kalau nak doh naik cepat simpan doh di tempat hangat
Biarkan doh naik seganda - tak perlu tumbuk doh
Terus cuil doh dan bulatkan jadi doh kecil

Susun doh dalam loyang yang telah di sapu margerin
Biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 ke 40 mins)
Bakar roti dengan suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
Keluarkan dari oven dan boleh sapu marjerin di atas roti

Lebih sedap taburkan gula (tips dr mama jijah)

Boleh tengok blog SashaRahmat untuk cara membuatnya. Ala....korang semua lebih pro, baca pun dah faham kan? Gambar2 ni untuk orang yang lembap macam kak pb, semua kena detail.


Boleh la untuk sarapan kami dua beranak esok........






Murtabak daging/ayam

Salam sejahtera.

Selamat bercuti untuk adik2, anak2 dan cikgu sekolah semua. Saat-saat paling ibu2 suka, inilah masanya nak rehat dari menggosok, basuh kasut, sarapan pagi pun takde la terkejar2 sangat.

Pagi ni pb rajin yang amat. Buat murtabak ayam dan daging. Resipi pb dah mark dua tiga hari lepas. Adunan pun dah uli semalam. Ikut macam sifu2 kita tu.....perap semalaman, pasti (insyaallah) lembut kulit murtabak. Hubby puji-puji.......lebih sedap dari kat kedai. Area rumah kami ni susah nak jumpa kedai jual murtabak yang betul2 terangkat la kalau makannya.

Mula2 pb jumpa kat rumah CK, lepas tu pergi pulak ke rumah YATIE Memories dan inilah hasilnya. Cuma cara masak inti tu pb ubah sikit. Mana yang inti ayam untuk anak bujang, pb letak ayam dengan telor je. Inti daging untuk kami, pb campurkan dengan sayur kobis dan carrot. Minta izin copy paste dari blog Yatie ye....

Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
sumber dari Yatie dan Ros Jintanmanis
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)


BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  • sayur kobis dan carrot (pb tambah sendiri)
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
* kalau nak makan dengan kuah bawang tu, boleh la tengok kat blog mereka ye, pb tak buat sebab pb makan dengan kuah kari ayam.



Tak rugi cuba resipi ni sebab kulit dia lembut sangat. Biasa kalau kita makan kat kedai, kekadang tepi2 dia kita buang kan? Kali ni tak.....licin!

Roti goreng inti udang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Sabtu lagi........anak pb kena sekolah. Tinggal berdua ni mula la nak memikir apa nak buat selain tengok tv, Nasi Lemak Kopi O (lebih suka hari ahad punya) Rancang nak buat karipap sardin frozen, order dari makcik. Ikan dan udang dah keluar dari 'pertapaan', macam nak masak awal je......

Sarapan pagi ni pb buat roti berintikan udang, lepas tu goreng salut dengan tepung. Sedap juga sesekali ubah selera dengan udang. Sebelum ni gunakan sardin, peanut atau kaya.




Udang di buang kulit dan cincang halus
Serbuk lada sulah
garam
(gaul sebati)

Sesudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh planta
air untuk membancuh
4 keping roti


Cncang udang dan gaulkan dengan lada sulah dan sedikit garam.
Potong tepi2 roti dan bahagi dua (segitiga bentuknya)
Letakkan inti udang atas roti.
Cover sekeping lagi atasnya.
Celup dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.
Bila keemasan warnanya, boleh diangkat.

Senang je.......rangup, sedap dan mudah menyediakannya. Boleh bawa bekal anak2 kesekolah atau kepejabat. Tapi anak pb taknak bawa bekal. Kalau bawa pun, dia selalu lupa nak makan. Makanan kat sekolah pula bukan kesukaan dia. Habis2 pun dia beli air kotak je. Susah betul kalau anak cerewet ni......



nota pb: ni tulis pagi tadi, baru dpt publish, sibuk kehulu kehilir.....dlm rumah je..

Roti nan dari GTPM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

 Selamat bercuti dan selamat pulang kekampung halaman. Pb kat sini je, kampung kita jauh, mana nak pergi ye? Kena pulak hari ni selsema dari pagi sampai entry ni ditulis, masih belum reda.

Roti nan ni pb buat pagi tadi (sebenarnya pagi tadi terlajak tidur, 6 lebih sembahyang subuh). Pb dapat dari Group Tak Pandai Masak di facebook. Tak pasti pula sumber yang sebenar dari mana tapi pb nak panjangkan resipi ni disini. Rasanya pb akan terus gunakan resipi ni untuk buat pizza. Ada rasa masam2 sikit sebab guna yogurt.

Roti Nan

350 gm tepung gandum
4 sb yogurt
3 sb gula
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
180 ml air suam (bubuh sikit2)
Sepeket yis segera (11 gm)
1 sk baking powder

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, uli hingga tidak lekat di jari.
Rehatkan dalam mangkuk yang disapu minyak.
Tutup dengan cling wrap (kalau nak cepat naik, katanya letak kat bawah cahaya matahari)
Biarkan naik dua kali ganda.
Kemudian tumbuk2 doh bagi keluar angin. Bahagi kepada 7 atau 8 ketul.
Bulat-bulatkan dan salut dengan margerin.
Rehatkan 30-40 minit.
Gelek doh dengan pencanai.
Guna kuali leper dan bakar hingga masak.
Selepas diangkat boleh sapu dengan butter.





Ni bakar separuh masak sebab belum nak makan lagi. Ingat nak frozen, anytime nak makan, senang.






Sebenarnya pb tak pasti, betul ke ni roti nan. Kalau makan di restoran Senario kat KK, macam ni la rupa roti nan yang kami order cuma rasanya berbeza sikit sebab yogurt tu. 

Tadi petang cicah roti ni dengan kuah kari daging. Sedap sangat, tak rugi mencuba resipi ni sebab kalau makan diluar pun kekadang tak puas hati juga. Dah la mahal, menunggu satu hal, tak sedap pulak tu.



nota pb: terima kasih teman2 dari GTPM.

Roti Jala Kuah Durian....yummy!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Roti jala dan kuah durian ni pb buat hari Ahad lepas, boleh terlupa pulak nak letak dalam blog. Termanggu2 dua hari ni nak tulis entry. Sebabnya, kejap gambar dalam kamera, kejap dalam Galaxy Tablet, kejap dalam handphone.


Roti jala ni pb buat guna susu tepung, telor sebiji, tepung gandum, sedikit minyak masak dan air biasa. Kalau ganti dengan santan atau susu cair pun boleh. Perwarna makanan ikut suka kita, nak kuning, merah atau hijau. Rasanya jarang orang buat kaler merah kan? Ikut macam dalam myresipi ni, insyaAllah menjadi. Cuma kena pandai 'menjala' je........

haha.....tak sempat masuk pinggan, terus snap gambar sebab nak cepat pergi rumah makcik, bawa untuk dia sikit.

Kuah/serawa durian ni pb guna gula merah dari Kelantan. Tu sebab kaler agak coklat. Nak manis lagi, tambah gula putih tapi jangan banyak sebab durian pun dah manis. Masak dengan santan, daun pandan dan akhir sekali letakkan sesudu dua tepong jagung. Tak letak pun takpe, nanti pekat juga bila sejuk.

Hubby pb kan orang Kelantan, dia orang tak biasa makan begini. Peliknya dia tu, boleh dia hirup kuah durian tu begitu saje. Kalau pb, memang tak la.........kalau tak habis kuah ni, boleh masakkan pulut dan makan bersama.

Ada lagi saki baki durian dalam peti. Nak buat cekodok la pulak lepas ni. Oh ye, semalam pb ke pasar besar KK, banyak betul buah cempedak. Dah musim ke?

Lagi satu, terima kasih mereka2 yang sudi follow pb. Harap2 follow seikhlas hati ye. Maaf la kalau pb jarang dapat bw kawan2 baru kerana masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Bagi yang sudi komen, terima kasih bebanyak.

Roti Telur Bersosej

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari-hari kita pening kepala fikir nak sarapan apa kan? Kalau setiap pagi pekena makanan yang agak berat, kekadang bosan juga. Terutama anak-anak ni, bukan suka sangat pagi-pagi makan nasi atau mee goreng. Biasanya kalau anak kesekolah, pb dan hubby sarapan diluar je, samada dengan kuih muih atau mihun goreng.

Pagi tadi anak pb ponteng sekolah, biasalah bila penghujung tahun je takde aktiviti yang menarik. Cikgu pula sibuk dengan urusan peperiksaan yang baru selesai. Buku teks pula dah dipulangkan. Melangut la bebudak tu kalau takde cikgu masuk. Anak pb ni bukan suka sangat kalau takde aktiviti......(iye la tu, ntah2 dia yg terlebih suka)

Pagi ni pb buat sarapan simple untuk dia. Rasanya ibu2 kat luar sana pun biasa buat macam ni......roti telur yang di letakkan sosej di atasnya.


4 keping roti
2 batang sosej
2 biji telor
sedikit easy cheese untuk sapuan
serbuk lada hitam
garam
sedikit planta untuk sapu kat roti

Buangkan tepi roti yang biasanya budak2 tak suka.
Sapukan planta pada roti (sebelah je) dan bakar atas kuali leper.
Angkat roti tadi.
Potong sosej mengikut suka dan masukkan dalam telor yang dipecah bersama serbuk lada hitam, garam.
Kacau rata dan tuangkan sedikit (agak2 cukup utk sekeping roti) atas kuali.
Tekapkan roti yang telah disapu dengan cheese keatas telor tadi.(bahgian yang tidak disapu planta)
Angkat setelah masak.
Kalau anak2 boleh makan bawang atau sayur, lebih sedap tapi anak pb tak makan, jadinya kosong je roti tu.


nota pb: tak sempat jln2 blog kwn hari ni....maaf sgt!!

Roti Sosej Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti sosej goreng ni pb buat semalam petang, plan mengejut nak pergi mandi laut. Anak pb dah beberapa kali ajak mandi manda tapi ibu dan ayah dia buat dek je. Terlanjur cuaca elok semalam dan exam hujung tahun dah selesai, boleh la bersuka ria.

Kami pergi bawa roti sosej ni dengan ice lemon tea sebotol, tikar untuk melepak, surat khabar yang belum habis baca dan sebungkus makanan ringan. Tak sampai 2 jam disana, awan mula tampak gelap. Rupanya disebelah kawasan rumah pb dah pun hujan. Nasib baik sempat juga si Aziz mandi.


Senang je.......

Sosej 4 batang
Roti keping 4 keping
Telor 2 biji
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Letakkan sosej diatas roti keping dan gulung/balut. Lekatkan dengan air atau apa2 je, asal lekat.
Salutkan roti tadi dengan telor yang telah dihancurkan.
Golek atas bread crumb.
Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
Angkat bila keperangan.


Sekali sekala sedap juga makan macam ni. Sebenarnya pb tak berapa makan sosej sangat kalau 'togel' begitu.

Roti Sardin dan Jus Nanas Sidewalk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti Gardenia area Semenanjung lembut dan gebu kan? Jangan harap nak dapat kat Sabah macam tu. Agak keras dan kejong aka menyakitkan hati. Pb jarang beli, kalau beli pun kerana roti lain dah kehabisan stok. Bulan puasa ni tekak tak berapa lalu dengan roti-roti. Ada pun makan sekeping dua, selebihnya selalu terbuang.

Hari tu hubby beli roti gardenia dan takut terbuang tak dimakan, sebelum expired tu pb buat roti sardin. Sekurang2nya menambah selera sikit.

ROTI SARDIN

6 keping roti
2 ekor ikan sardin dalam tin
Sebiji bawang besar potong dadu
Sesudu cili kering kisar (nak pedas letak lebih)
1 atau 2 biji telor
Gula dan garam
Minyak untuk menggoreng

Roti keping seeloknya di kukus dulu supaya senang di lipat. Kalau dah lembut tak perlu kukus. Gunakan air untuk menggamkan roti.
Tumis cili, bawang dan masukkan ikan. Hancur-hancurkan ikan.
Masukkan gula dan garam.
Tumis hingga agak kering sedikit.
Sudukan kedalam roti dan gulung.
Kepitkan atau rapatkan hujung roti dengan air.
Celup kedalam telor yang telah dibancuh dan goreng dalam miinyak yang panas.
Setelah kekuningan boleh di angkat.


Kalau roti kurang kualiti, macam ni la jadinya, menggerutu je......

JUS NANAS SIDEWALK
sumber dari buku RASA 

300 gm nenas
2 sudu besar air gula
130 ml air
Beberapa ketulan ais

Masukkan nenas dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Tuankan air gula dan kacau rata.
Masukkan air dan ketulan ais.
Selesai, sedap diminum tapi kalau sakit perut jangan cari pb.....hehe...



Jarang buat air nenas sebab kalau orang tak tahan, lepas minum je terus ke 'bilik termenong'.....

Kebaikan Nanas, sedikit info dari kerajinan pn menggoogle :-

Buah nanas kaya dengan kandungan kalsium, fosforus, potassium dan beta karotin.  Ia juga membantu proses penghadaman dan bertindak menentang bakteria yang menyebabkan perut anda meragam.  Jus nanas juga merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan pada bahagian bibir dan kulit muka.

Ada juga di SINI


Roti John simple saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sarapan apa pagi ni? Kita orang biasanya kalau berdua.......(hehe...anak dah pergi sekolah, tu yang tinggal berdua) sarapan simple je, yang penting kenyang. Kalau makan kat kedai pepagi ni, pb biasa minta soto ayam dan bergedil. Tapi buat sendiri lagi sedap sebenarnya, cuma malas la pulak kalau sorang je yang nak makannya.

Kadang-kadang pb buat roti john simple, macam ni.......

Pecahkan sebiji telor, bubuh garam. Potong kiub bawang besar, buah tomato dan kalau ada ayam cincang, boleh gak letak. Gaul rata....dan tebarkan atas kuali leper. Bila setengah masak, potongkan roti john dan lekapkan atas telor tu.....


Bila agak2 dah masak, bolehlah di angkat. Letakkan sayur seperti timun ke, kobis ke......sos dan mayonis. Dah siap, macam ni je pb buat sesimple dan secepat yang boleh. Maklum la.....kat sini agak sukar nak dapat makanan yang sesuai dengan selera pb. Jadi, kenalah buat sendiri kan?


nota pb: tak sempat juga nak bw hari ni.......kesian kawan2 ku....


Roti Paratha inti sardin dan kentang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya dah bosan nak makan roti canai kat restoran. Kadang sedap, kadang keras kejong. Bila rotinya sedap, kuah pula hampeh! Susah betul nak jumpa tempat makan disekitar KK ni yang menepati citarasa ku.

Pagi tadi pergi pasar tamu, belikan nasi lemak untuk si bujang ku itu. Hubby tanya ku, taknak beli kuih ke? Aku takde selera la.......balik-balik kuih yang sama juga aku beli. Aku ni jenis yang memilih sikit, kalau sekali dah terkena tak sedap, jangan harap aku akan datang balik tempat tu. Jadi setiap kali pasar tamu, aku akan pergi tempat yang sama. Sehinggalah aku sendiri naik jemu.

Aku rancang nak goreng roti canai segera yang ada dalam peti ais. Ada inti kentang dan sardin yang ku buat semalam. Sebelum ni aku tengok kat blog CMG guna roti canai segera tapi dia letak telor. Kira macam mertabak.

Mula-mula ambil sekeping roti paratha jenama KAWAN goreng atas kuali leper. Roti ni sedap tau, lembut je. Kat rumah kami ni kalau beli sepeket tak cukup. Dalam tu ada 5 keping je.

Bila roti hampir garing, letakkan inti sardin dan kentang yang telah dimasak dahulu (macam biasa la masak inti tu ye, akak tak ajar kat sini).

Kemudian lipatkan dua dan bakar hingga masak. Roti ni kami makan begitu je sebab dah cukup rasa didalamnya. Tapi kalau ada kuah kari lagi sedap kot.

Senang kan? Adik-adik yang bujang boleh cuba kat rumah ye!!

Roti Inti Epal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Petang tadi aku sempat buat roti inti epal. Kelmarin beli epal hijau semata2 nak buat roti ni. Padahal kalau tunjuk dengan jari kat kedai kek tu, dah boleh makan. Tapi semangat nak membuatnya begitu kuat walaupun hanya mengguna jari jemari saje.

Resipi dari sifu kita, www.tiffinbiru.com/. Boleh tengok kat sini. Aku buat separuh adunan je. Dah nak abis dah tu.......
Sebenarnya gambar masa lepas keluar oven, cantik je. Tiba2 kamera tu buat hal pulak, hang! Geramnya!!!!
Maaf la, mood malas nak tulis resipi. Mata mengantok, tekak haus. Nak pi buat root beer shake lepas ni.

Selamat malam semua, sweet dream!!

ROTI GORENG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Entry ni aku tulis waktu malam, sementara layan AJL, saje nak elakkan dari mengantok. Pagi tadi buat sarapan roti goreng ni, sedap tau. Orang bujang kalau malas nak masak, elok goreng roti macam ni.

Sumber resepi dari myresipi oleh Hasue. Terima kasih ye kerana roti ni rangup dan bukan anak je yang suka, ibu dia pun lebih la lagi!

Roti Goreng

  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. 

nota: credit to myresipi (copy/paste)


sebelum ni aku dah buat tapi tak guna kaya, tepek peanut butter dan coklat, sedap juga....

Roll Tuna Sandwich

Selamat berpuasa dan moga apa yang kita lakukan dibulan mulia ini mendapat rahmat dariNYA. Amin....

Macam takde mood je nak update blog. Nak tau kenapa? Sebab roti yang aku buat ni tak berapa nak menjadi. Entahlah.....sejak bulan puasa ni, apa2 jenis kuih yang aku buat semua tak memuaskan hati rasanya. Tak taulah tekak orang lain (org lain tu, mereka dua beranak je...hehe..) Tapi kalau masak lauk pauk, hubby ku kata, sedap pulak.......kata dia....baik awak puasa hari2, barulah masakan tak masin sangat. Biasanya dia komplen kalau hari2 biasa, aku masak 'masin'......hehe....kalau anak dara, orang kata nak kena kawin. Tapi kalau mak2 orang macam aku ni, kena pergi kursus memasak ni!!!

Tak kisah la......yang penting kita buat untuk keluarga tercinta, betul tak? Jadi atau tidak yang kita masak tu, masin ke tawar......yang penting kita dah mencuba yang terbaik. Esok2 kita perbaiki lagi kekurangan kita.

Oh ye, kali ni aku buat roll tuna sandwich tak berapa jadi. Mungkin terlama dalam oven agaknya jadi roti tu rasa kering sedikit. Terpaksalah mencicah dengan kuah kari atau air. Kalau tak, masa makan tu kena tolak dengan air minuman. Nanti nak cuba lagi, tak puas hati ni. Apa2pun aku kongsi juga resepi dari Matgebu...http://tiffinbiru.blogspot.com/...terima kasih ye Mat!!

ROLL TUNA SANDWICH

250gm tepung roti
50 gm gula halus
1/2 camca teh garam
10 gm susu tepung
1/4 c.teh bread improver
1/4 c.teh bread softner
30 gm telur (pecahkan sebiji dan timbang)
6 gm instant yis
20 gm mentega
125 gm air suam

Bahan tuna saya guna yang dalam tin je, sesiapa yang nak buat sendiri boleh la ke blog Matgebu ye!!

Untuk roll tuna :-

Satukan semua bahan kecuali mentega kemudian ketepikan. Mungkin biarkan doh kembang (aku silap buat, terus canai)
Keluarkan doh dan tumbuk2 buang angin.
Tabur tepung di meja kerja. Canai empat persegi.
Sapu permukaan doh dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan.
Tinggalkan ruang di hujung doh dan gulung seperti swiss roll, ketatkan.
Kemaskan kiri dan kanan. Potong 10 bahgian.
Susun dalam paper cup jenin 4 inci.
Tekan biar rata. Perap 45 minit biar kembang.
Sapu baki telur atas roti.
Bakar dengan suhu 190C selama 25 minit.


tu dia......percubaan pertama, belajar dari kesilapan!!

Roti dan Inti Kastad Oren

Salam Sejahtera....


Dah lama aku salin resepi Inti Kastad Oren dari blog Maklang, sampai naik lunyai buku masak tu, baru ni aku rajin nak buat. Itu pun sebab ada bahan kat rumah. Ingat nak isikan dalam roti tapi aku takut anak tak makan, jadi aku buat gitu je. Nak makan baru sapu. Takde la membazir. Teringat pula masa aku tinggal di Perak, ada India jual roti dengan motor. Mak selalu beli roti sapu kaya untuk kami adik beradik.

Tapi yang ni rasa masam2 sebab ada letak sunquick. Aku pulak terletak banyak, maklumlah.....first time buat, memang banyak tak kenanya. Bagaimanapun rasa dia masam manis. Nasib baik anak makan, kalau tak.....hemm...jenuh la mak bapak kena habiskan!

INTI KASTAD OREN

bahan:

3 oz jus oren (campur sunquick dengan air, ikut kemasaman yg di sukai)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula (masa ni aku lebihkan gula sebab sunquick tu masam)
1 sudu kecil parutan kulit limau (aku tak letak sb takde)
1 sudu besar margerin
2 sudu besar tepung kastad.

Cara:
Campur tepung kastad sedikit2 dengan susu hingga sebati.
Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
Masak atas api yang kecil hingga pekat.

Sebenarnya resepi ni untuk inti Krim Puff, tapi aku guna untuk makan dengan roti. Ikut suka tekak aku la kan?

Inti kastad ni aku masak terlama la pulak.......pekat jadinya....tak kisah la, janji boleh makan..
Nama je Apple Bun tapi intinya tarak!! Apple ada sebiji je kat rumah, mana cukup?

Alkisahnya, aku jalan2 rumah mamafami yg glamer tu ler... ternampak la resepi Apple Bun ni. Aku memang suka semua2 yang kena mengena dengan apple. Takde apple pun aku salin resepi dan mula fikir nak buat roti kosong, lepas tu makan dengan kastad oren tu.

Maka terjadilah roti citarasa ku....harap2 tuan punya resepi tak 
.........naik angin.......

Basic doh :-
A
480 gm bread flour
120 gm plain flour
110 gm sugar
10 gm salt
20 gm milk powder
4 teaspoon instant yeast
B
1 egg
300 ml cold water
C
60 gm butter


Terus terang, aku malas betul nak menulis. Sape2 yang nak lebih detail, boleh la jalan2 rumah Mamafami ye.....http://mamafami.fotopages.com/

Inilah yang aku hidangkan....

hehe...tak sopannya, aku dah gigit baru ambik gambar!



ROTI MARBLE COKLAT

Salam Sejahtera....

Akhir2 ni aku rajin sangat buat roti, tapi aku guna tangan je, orang ada BM pun belum tentu rajin nak buat roti kan? Entah2 lepas ni bila dah beli benda alah tu, aku pun tersampok sama malas. Biasanya manusia ni macam tu le.........kemudahan dah ada, penyakit malas pulak datang.

Semalam aku buat roti marble ni. Resepi drp Onigiri (myresepi.com). Sebelum tu aku ada buat roti burger tapi aku rasa macam kejong je aku tengok. Roti ni makanan ruji si Aziz. Dia jemu kalau tengahari makan nasi, petang pun nasi. Jadi aku kena perah otak cari idea nak bagi dia makan apa tengahari balik dari sekolah (ibu dia tak makan tengahari sebab pagi dah pulun makanan berat...hehe..)

Inilah yang susahnya kalau anak tak makan makanan yang pedas. Puas di pujuk, tak boleh juga. Jadi kalau memasak, aku kena buat 2 jenis masakan, satu pedas, satu lagi tak pedas langsung.

Menceceh pulak, ni resepi roti yang aku buat semalam..........

ROTI MARBLE COKLAT

200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
1 sudu besar butter/margerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko (bancuh dgn air sedikit)

Cara:-

1. Masuk semua bahan kedalam bread maker kecuali koko (aku guna tangan je)
2. Uli hingga adunan tak melekat ke jari.
3. Perap doh 40 minit. Kemudian tumbuk2 bagi keluar angin.
4. Bahagi 3 bahgian. Satu bahgian masukkan bancuhan koko dan uli bingga warna jadi sekata.
5. Satukan  doh baki tadi dan terap memanjang. Letak doh coklat ditengah dan tutup keseluruhan adunan tadi. (bab ni aku ikut suka sendiri nak buat macam mana pun, aku gelek adunan kosong dan lapiskan dgn adunan koko, mcm kuih lapis gitu)
6. Potong 3 adunan tadi dan anyam bentuk tocang (serious......aku tak reti buat tocang roti ni, kalau rambut, aku boleh buat.......aku hentam je lilit selang seli)
7. Letak adunan dalam sandwish loaf yang dah disapun margerin (nasib baik ada kakak aku punya dulu aku tak pulang kat dia masa pindah dulu)
8. Biarkan naik dan bakar selama 25 minit dengan suhu 160C.





hehe....guna jari pun boleh!!

BUTTER ROLL

Salam Sejahtera....

Masih mengantuk? Malam tadi tengok ABP kan.......hemm...tahniah la Dato Siti Nurhaliza, untungnya Tok K!! Tahun depan tak masuk bertanding, tahun ni kena sapu habis la kan......
Aku pun malam tadi terjegil mata nak tunggu sampai pukul 11.30 pm. Nak komen apa ye? Komen pasal persembahan artis.......aku pun bukan pandai sangat.....yang aku tau, asal persembahan tak macam karaoke, kira ok la tuh!!
Tahniah juga pada Remy Ishak dan pasangan heroinnya dalam Nur Kasih. Menggelabah je Remy.......ye la...tak sangka nak menang agaknya, lidah pun naik berbelit2 buat ucapan.

AF8 pula, tak sangka si Anum yang keluar. Ingatkan si Ain tu.......sayang la Anum terkeluar......dah takde rezeki dia, nak buat macam mana? Heh....aku ni tak pernah2 update pasal artis, tetiba pulak nak jadi macam wartawan. Apa kes?

Nak update pasal Buter Roll yang aku buat 2 hari lepas, dah habis pun masuk dalam perut. Resepi dari myresepi.com oleh yani. Sila la mencuba!
BUTTER ROLL




120 ml susu segar


50 gm telur


300 gm tepung roti


3 sudu besar gula


1 sudu kecil garam


60 gm butter


1 sudu kecil dry yeast



Cara-caranya:-

Masuk bahan ikut turutan, adun seperti biasa.

Bahagi 12 bahgian dan buat bentuk bulat.

Rehatkan 10 minit.

Buat bentuk kon.

Canai jadikan 30-35 cm, gulungkan.

Biarkan naik 2x ganda.

Sapu telur sebelum baker. Bakar dalam 10-12 minit.

Suhu 180C.

Jika roti belum perang, biar dalam oven 5 minit.

nota: terima kasih yani, resepi awak memang best!


Roti canai





Entah kenapa hari jumaat malam tempohari, teringin pula mencuba buat roti canai sendiri. Sebenarnya lebih senang beli kat restoran mamak tu. Tapi saje je cari masaalah sendiri.
Drp malam pukul 9 aku menguli, pukul sebelas lebih pula aku dah buat bola. Mungkin sekejap sangat kot...
Bagaimanapun.......habis juga di bedal oleh suami, anak dan adik ipar ku. Makan pula dengan daging masak gulai kawah.......hemm...terangkat.....
Sebenarnya takde la liat sangat, cuma dia tak mcm roti canai yg org jual tu. Kurang planta agaknya.........kena cuba lagi ni.....