my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Span Coklat dan Tiramisu

Salam Sejahtera....

Minggu lepas, jiran sebelah hulur kek tiramisu (lady fingers). Aziz dengan ayahnya bukan main lagi, menjilat jari aku tengok. Mentang2 la ibu dia tak pernah buat, sampaikan suruh aku minta resepi kat mereka. Malu la aku........dah la dia orang tu bujang!

Jalan2 rumah Ijan, kebetulan dia pun buat tiramisu juga. Barang2 dah lama aku beli, tunggu nak godeh je. Kalau beli dikedai ntah berapa agaknya. Baik aku buat sendiri, tak susah rupanya.

Mula2 aku buat kek span coklat dulu, ikut buku resepi Chef Anuar 2. Jangan gelak tengok kek aku tu, sebab aku guna acuan kuih bakar. Resepi ni perlukan loyang ukuran 7 inci, aku takde loyang besar tu. Ada 9 inci kalau tak silap. Fikir punya fikir, guna je la loyang ni, bukan untuk siapa pun......sendiri punya je....

KEK SPAN COKLAT (Chef Anuar)

4 biji telur (gred B)
20 gm serbuk koko
100 gm tepung gandum
120 gm gula kastor
10 gm ovalette
20 ml air
20 ml minyak jagung (kalau takde, guna margarine atau butter yg di cairkan)

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata.
    Masukkan di dalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan di dalam acuan bulat bergaris pusat 18 cm (7 inci) dan bakar lebih kurang 35 minit   sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Bila dah masak, biarkan sejuk baru potong2 masuk dalam bekas kecil ataupun kalau nak cepat, buat macam kak-e. Masuk dalam mangkuk besar. Aku tiru Ijan, masuk dalam gelas comel. Buat dalam 5 gelas, selebihnya (dah malas ni sebab letih) masuk dalam mangkuk biasa je.

Mungkin ada yang dah tau resepi ni. Takpe, aku share lagi di sini.....terima kasih kak-e dan Ijan kerana resepi ni kesukaan anak. Malam tadi tak sempat2 nak sejukkan dia dah bedal 2 cawan. Pagi tadi pun nak sarapan ni juga. Aku kata tak sesuai nak makan pagi2, tunggu balik dari sekolah Kafa baru makan.

TIRAMISU SIMPLE (Kak-e)

1 biji sponge kek
250 ml whiping krim
200 ml krim cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas (bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko utk hiasan

1. Bancuh nescafe dengan 1 cwn air panas.
2. Satukan gula, cheese dan krim. Pukul hingga kembang dan gebu.
3. Potong kek 3 bahgian. Susun satu bahgian dalam bekas.
4. Tuang 1/3 bahgian bancuhan nescafe atas kek.
5. Sapu 1/3 bahgian adunan krim cheese atas kek.
6. Susun lagi kek sebahgiannya.
7. Ulang sampai habis dan tutup dengan cling film.
8. Simpan dalam peti sejuk.
9. Hias dengan serbuk koko (aku tambah sendiri coklat rice)

5 cwn dah cukup utk 3 org

amacam? terliur tak?


Aktiviti aku....

Salam Sejahtera....

Kalau ikutkan hati aku memang nak update blog ni setiap hari. Masalahnya bila dah mengadap pc ni, mau berjam-jam, idea pun mesti ada, ayat kena susun elok2. Walaupun aku bertiga je dalam rumah ni (empat termasuk si arnab kat luar tu...) tapi kesibukkan ku kadang2 melebihi dari mereka yang ramai keluarga.

4.45 pagi aku dah bangun untuk uruskan anak pergi sekolah. Gosok baju, buat sarapan dan hari2 aku ikut suami hantar anak kesekolah. Sebenarnya aku tak perlu ikut pun........tapi kami dah terbiasa kemana2 mesti berdua.......aku bukan kaki kontrol laki ye!. Kalau urusan dia dengan kawan, aku tak suka ikut dan campur.

Sehari dua ni banyak pula order karipap dari makcik ku. Mungkin ramai teman2 yang tak tau, aku ni ada buat karipap dan kuih2 lain yang di frozenkan. Tu yang kekadang sedikit sibuk, takde masa nak melawat teman blogger.
Faham2 je la kalau masak inti karipap, memotong kentang tu satu hal, masak pun tak boleh api besar. Kena banyak sabar dan tak boleh tinggal. Aku pula mudah lupa, terutama kalau aku mengadap tv dan internet. Pernah beberapa kali kuih kasturi ku hangus berkerak periuknya dek terlalu leka.

ini kuali yang ke2 aku masak inti...utk minggu ni...

Bila ada kelapangan nanti aku akan update kisah yang lain pula. Maaf pada mereka yang datang ke blog ku (mana yg kurang berminat bab2 masakan ni) sebab blog aku ni lebih banyak update tentang resepi dan hal2 keluarga sahaja.....

Makan malam di Restoran Kampung Nelayan

Salam Sejahtera....

Malam minggu, keluarga pakcik suami ajak makan malam sempena menyambut teman mereka dari semenanjung. Tempat ni aku belum pernah jejak lagi. Kalau tak silap namanya Restoran Nelayan di Bukit Padang (org dok lama Sabah, mesti tau punya)

Mula2 ingat taknak la makan makanan laut sebab kebetulan hidung aku ni diserang penyakit lama. Apa taknya? asyik melantak seafood je beberapa hari yang lalu. Tapi memandangkan hidangan yang di jamu depan mata, udang segar2, ketam goreng tepung (makan dgn kaki2 sekali), ikan masak stim, sayur apa tah mcm pucuk paku rupanya dan macam2 lagi ada.......aku pun terpaksa langgar pantang.

Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan para penari kebudayaan, leka aku tengok mereka tu. Cantik dan kacak......putih2 kulit mereka macam Chinese. Selepas menari pelbagai tarian mereka turun ke tempat duduk pelanggan dan mempelawa sesiapa yang sudi menari dipentas dengan mereka. Bab ni aku gerun.......aku mana boleh naik pentas?

Sudahnya, suami ku yang di jemput keatas bersama anak lelaki kawan makcik ku. Dia tarik juga aku naik sama, tapi sorry la cik abe ye! Kalau aku naik kang step menari kemana, kasut yang aku pakai tah kemana. Maklum la, tarian buluh tu bukan senang. Silap letak kaki, lain pula jadinya.

Gambar tak dapat disertakan disini kerana aku mengharap kamera anak makcik. Dia belum ada masa nak upload gambar ke facebook dia.