Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
'Astaghfirullahalazim', ayat ni selalu aku sebut kalau aku terkejut atau sesuatu yang buat ku marah. Terutama anak ku, dengar je perkataan ni, mesti dia berlari datang pada ku. Kenapa ibu? Kesalahan dia biasanya lupa nak jirus bila 'melabor', towel campak atas katil, baju sekolah berlonggok tepi katil. Dia tau aku ni pantang jumpa benda-benda macam ni, mula nak naik angin. Kalau sekali sekala lupa, ok la tapi kalau hari-hari nak kena ingatkan, mana boleh tahan.
Tapi yang bestnya bila hubby sebut 'astaghfirullahalazim', untuk 'bergurau' dengan ku. Katanya "saje nak buat ibu terkejut, sebab suka tengok ibu marah" kata hubby. Cute tak gurauan dia? Dia jarang cakap macam tu. Kalau dalam drama romantik, selalu ada adegan suami buat isteri dia marah kerana katanya isteri makin cantik bila marah. Tapi......cantik ke aku bila marah? hodoh rasanya........
Ok, kita tukar topik masakan pula. Hampir 3 tahun aku di Sabah, tak pernah beli sayur peria. Baru-baru ni kawan hubby ambil dari kebun dia, dapatlah merasa peria free. Harga peria disini boleh tahan juga mahalnya.
Semalam petang aku masak lemak putih sebab hubby suka sangat. Campurkan udang segar, cili padi, bawang merah dan sedikit lada hitam. Semua ditumbuk. Nasib baik peria ni tak pahit, menambah2 dia makan.
nota aku: maaf gambar ku edit di picnik tak menjadi, ni guna kamera canon yg belum repair..
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Aku RINDU dia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
gambar ihsan dari http://testi.iluvislam.com/category/selamat-hari-bapa/
Hari ni, pagi ni.......tiba-tiba aku teringat arwah bapa ku yang ku tau semua adik beradik memanggilnya dengan panggilan 'Bak'. Entah kenapa begitu panggilannya, cuma yang ku tau kebanyakan orang Johor menggunakan 'Bak' untuk bapa. Mungkin bahasa Jawa?
Di tv sekarang ni kerap tayang cerita tentang bapa. Kalau tak silap ku, bulan Mei atau June sambutan Hari Bapa agaknya. Maaf kerana aku kurang perihatin dalam soal ni kerana aku dah lama tak punya bapa. Jadinya, terlalu lama sangat aku tak menyebut atau memanggil 'bak' dibibir ku, menjadikan aku langsong tak ingat hari bapa. Melainkan bapa mertua ku yang ku panggil 'abah'. Alhamdulillah, hubby ku masih punya abah. Aku tumpang abah dia nampaknya.
Bapa ku meninggal ketika usia ku dua tahun lebih. Ketika itu arwah adik ku baru pandai meniarap. Kata mak, bapa ku putih orangnya, macam cina. Rendah dan gempal, mak lebih tinggi dari dia. Kiranya aku ni mengikut gen bapa la ni.......kulit je ikut mak (coklat2 gitu....hehe)
Mak kata, arwah bak dulu orang yang penyabar tapi tegas dengan adik beradik. Dia anak sulong. Fasih berbahasa Inggeris dan mengajar adik beradik serta sepupu2 bila ada masa terluang. Apa yang ku tau, arwah bak berkaca mata dan agak tampan orangnya. Ini yang ku lihat dari fotonya di rumah kakak.
Dia juga kaki bola dan selalu jadi perhatian ketika ada perlawanan dengan pasukan Polis di kawasan perumahan dulu. Hinggakan pernah berlaku pergaduhan kerana ketidakpuasan hati setengah pihak. Aku dengar sendiri cerita ni dari adik arwah (pak andak ku)
Dalam ramai2 adik beradik ku, kakak la yang paling disayangi. Ketika itu dia tua dua tahun dari ku, agak banyak juga pengalaman dia dengan arwah bak. Naik basikal kehulu kehilir dengan arwah. Tapi dalam manja-manja tu pun kena marah juga katanya. Pernah sekali arwah masukkan kakak dalam tempayan (bukan kurung) aku tak tau pasal apa. Cerita ni buat kami gelak sekeluarga.
Apa lagi yang ku ingat? Hanya ketika dia sakit selepas operate dibahagian kepala, katanya ada ketumbuhan. Mata menjadi buta dan tak boleh bangun selama setahun. Hanya terbaring di atas tilam dan emak la yang menjadi nurse, merawat dan mencuci najis setiap hari. Hinggakan kata emak, dia tak larat nak uruskan kerana badan arwah bak ketika itu berisi. Lama kelamaan jadi melepuh bila lama terbaring.
Dalam setahun arwah bak menanggung sakit. Ketika itu aku terlalu kecil untuk membantu emak yang beranak lima. Aku di ambil oleh arwah tok, mungkin untuk meringankan beban emak. Sekejap tok di JB ambil, sekejap tok di kampung ambil. Lama2 aku terus dibela oleh datok ku hingga 18 tahun umur ku.
Arwah bak meninggal dalam usia muda. Anak-anak masih memerlukan dia. Tapi itulah takdir hidupnya. Allah lebih menyayangi dia.
Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Mahmudiah. Aku selalu berharap arwah datang dalam mimpi ku, tapi tidak. Aku cemburu melihat mereka2 yang masih ada bapa. Aku tak cemburu kalau kawan2 ada handphone canggih, ada rumah besar, kereta mewah tapi aku akan jadi benar2 cemburu jika melihat satu keluarga yang hidup bahagia di samping bapa tercinta.
Dari itu, sayangilah, hormatilah kedua ibubapa kita semasa hayatnya masih ada. Kerana bagi ku, satu kerugian besar bila mereka telah pergi dan kita tidak gunakan sepenuhnya menjaga dan menyayangi mereka. Doakan mereka setiap hari agar dikasihi olehNya.
AMIN.
nota aku: aku tau, arwah bak pasti 'aman' disana....
Selonggok depan rumah!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Nak tau apa yang selonggok kat depan rumah bila aku balik dari pasar pagi tadi?
Tetamu tak di undang tu la yang punya!!
Chettt!! pengotor betul la.......dah la datang makan kat rumah, tinggalkan bahan toksid dia kat rumah kita?
Kurang ajar punya binatang.
Tapi, marah2 pun, kalau dia datang, aku usap juga.
Dia baring2 atas sofa, aku belai-belai juga.
Dah nama pun binatang, nak buat macamana kan? Terima saja la.......
Memang aku dah cuci lantai depan tadi. Kalau hari-hari buat hal, aku nak report kat tuan dia.
Apa pun aku tetap sayang kat dia, aku letak nama dia 'BZ'....
Langgan:
Catatan (Atom)
