my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Takziah pemergian Sharifah Aini

Takziah kakp sekeluarga kepada keluarga Allayarhamah Sharifah Aini yang telah pergi meninggalkan kita semalam, Sabtu 5hb July, 2014 iaitu selepas 6 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.
Kakpb tau berita ni pun kawan whatsapp ketika buka phone lepas sahur. Sedih juga bila teringat lagu2nya yang jadi nyanyian kakpb ketika remaja. Seri dewi malam, kuda ku lari, lagu duet dengan Broery dan banyak lagi kesukaan kakpb.

Ikutkan cerita dari mulut mak mertua kakpb, Sharifah Aini dulu satu kelas dengan dia di Johor Baru zaman sekolah (tak tau sekolah khas atau sekolah rendah). Dia juga bersahabat baik dengan Mak Itam kakpb yang sekarang di Kanada. Masa dulu-dulu kami sekeluarga selalu dengar dari mulut mak sedara kisah Sharifah Aini yang agak peribadi tapi takdelah yang buruk. Biasalah manusia kan.....manalah sempurna.


Tutup cerita diatas, yang pergi biarkan pergi, kita doakan moga dia di tempatkan bersama mereka yang beriman.

Dua hari lepas kakpb cuba buat tart kastad. Kat bawah tulah rupanya, tak cantik kan? Kakpb tak pernah buat tart kastad sebelum ni. Memang tak puas hati. Bukan tak puas hati rasanya tapi tak puas hati dekonya tu. Konon nak letak buah dalam tin, tapi kakpb lupa kastad kan cepat keras. Sepatutnya lepas paipkan kastad tu terus letak buah. Ni dah keras baru nak letak....huhu...mengong betul!! Nanti nak cuba lagi.

dah rupa tanjak...hahaha..


Ayam masak minang ni kakpb buat semalam, makan dengan nasi impit dan kuah lodeh. Resipi ada dalam blog ni kalau tak silap.

Selamat menjalani puasa kalian (dihari minggu yang mendung setiap hari disini.)

Best camper English in Camp Perlis 2014, tahniah!

Alhamdulillah.....kita dah masuk hari ke 2 Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa untuk followers sekalian. Maaf sekiranya kakpb ada tersilap taip dimana2 blog kalian. Maaf juga kerana tidak dapat berkunjung awal sebelum puasa. Faham2 je, surirumah ni kerja tak habis selagi tak tidur. 

Kisah kali ni kisah anak kakpb juga....hehe....ibu dia takde cerita menarik nak kongsi. Habis2 pun update pasal masak memasak. Kena pula buat roti pritzel hari tu tak menjadi....huhu...sedih...tu yang merajok taknak update blog...haha..

Si bujang kakpb tu dapat gelaran the Best Camper English in Camp 2014 (peringkat kebangsaan) tempohari. Tahniah anaknda ku! Ibu dan ayah memang tak mengharap sangat apa2 gelaran pun masa menghantar di airport tempohari. Asalkan gembira jumpa kawan baru, pengalaman baru ditempat orang, kira ok dah. Tiba2 cikgu dia whatsapp, katanya Aziz jadi leader untuk group dia. Lepas tu dia update semua kegiatan mereka dengan gambar sekali. Dah macam kami ni pun berada disana juga.

Dari Sabah ada 8 pelajar sebenarnya yang mewakili daerah masing2. Seorang cancel sebab masalah keluarga, jadinya 7 orang saja. Tiga lelaki dan empat perempuan. Apa yang kakpb tau ada seratus lebih pelajar yang menghadiri camp dari pelbagai negeri. Aktiviti kebanyakkannya didalam dewan katanya. Tiada aktiviti jungle tracking dan di air....alhamdulillah...agak risau juga kalau ada mandi manda disungai atau pantai.

Paling seronok agaknya bila dibawa ke Padang Besar. Ibu dan ayah tau dah apa yang akan dibelinya. Confirm tshirt, musim bola pula sekarang ni. Tshirt Australia, cantik bagi dia. Katanya, sekarang ni dia tau dah macam mana rasanya membeli barang dengan duit sendiri. Pandai pula dia menawar daripada harga RM35, dia minta RM30. Minta kurang sebab budak sekolah la....datang dari jauh laa...haha...dapat pula harga yang dia nak.


Bangga tshirt yang dibeli sendiri tanpa ibuayah, sendiri tawar harga...



Bakal2 graduan ni...hehe...kiri sekali Teacher Merilyn dan kanan Cikgu Sean yang gila2 juga...



Sandy dari Sabah juga best camper bagi perempuan bersama Aziz, bangga campur malu. Ibu tanya, kenapa gambar jauh2? Malu ler tu....



 Sebahagian pelajar dari negeri lain ketika Gala Night. Tak tahu keputusan pemenangnya sebab pelajar dari Sabah ni tidak dapat menghadiri majlis penutup kerana bertolak pulang pagi tu.

 Piala kemenangan mereka berdua, gambar ihsan dari cikgu2.

Semalam masa jalan2 Karamunsing, dia tanya.....

Ibu taknak beli hadiah untuk Aziz ke?
Kenapa?
Kan Aziz dapat Best Camper di Perlis hari tu....
Itu terbaik disana.....bukan terbaik di rumah!! Nak ganjaran mesti kena buat sesuatu. Lebih dari tu pun boleh bagi, in sya Allah.

(ada keciwa diwajahnya tapi....biarlah...fikir sendiri betul atau tidak apa yang ibu katakan)

Tahniah anak, mewakili Sabah pula

 
Tahniah anaknda ibu Aziz Iskandar kerana terpilih mewakili Sabah dalam English in Camp. Seramai 4 orang termasuk Aziz akan ke Perlis katanya. Mungkin bulan depan.

Alahai....makin jauh anak ibu pergi cari ilmu, risau ni. Tapi hari-hari ibu doakan yang terbaik. Ibu tau, anak ibu bukanlah fasih sangat berbahasa Inggeris, anak ibu ni pemalu sikit. Ibu perhatikan anak ibu ni sukakan cabaran. Kalau cikgu suruh volunteer, dia yang angkat tangan. 

Baguslah.....walaupun tak begitu fasih Inggerisnya, sekurang2nya dia tidak pasif seperti setengah budak yang suka sorok2 muka, duduk kat belakang, rasa takut dan tak yakin. Sejak tadika lagi dia suka sangat tonjolkan diri. Dia suka dipanggil ke pentas terutama kalau disuruh buat sesuatu yang ada ganjaran. Bialah budak-budak!!

Harap-harap bila berjauhan anak ibu pandai pilih sahabat yang baik, yang tidak merosakkan dirinya.
Buktikan pada mereka yang dulu memperlekehkan anak ibu.

 

Tahniah anak peserta terbaik (English In Camp)

Minta maaf ye sekiranya apa yang kakpb update diblog ini buatkan mata dan hati teman2 kakpb sakit, berbulu orang kata. Bukan nak menunjuk yang kakpb ni pandai atau dah berjaya mendidik anak, tidak sama sekali. 
Kakpb tahu ramai lagi orang diluar sana yang lebih berjaya dari anak kakpb. Ramai lagi yang lebih fasih berbahasa Inggeris, berkarisma, tokoh pelajar dan sebagainya ketika disekolah dulu. Tapi takde pun ibubapa dia nak cerita kat orang. Kakpb tak berniat pun nak bangga diri tapi takkanlah nak cerita yang tak baik kan? Harus sebarkan yang elok-elok untuk motivasi orang lain atau sebagai tanda kenangan atau bacaan untuk anak, juga saudara mara.

Ok, 11hb dan 12hb April lepas anak kakpb dipilih menghadiri English In Camp untuk wakil sekolah dia. Tak tahulah kenapa dia. Nak kata fasih sangat berbahasa Inggeris, tak juga. Cuma dia tu selalunya confident dengan apa yang dilakukan sekalipun salah atau tidak pandai.

Kakpb nasihat, bagus confident tu tetapi biar bertempat atau kena pada perkaranya. Anak kakpb memang suka aktiviti kawad, bola sepak, berbasikal, roller skate, renang dan banyak lagi aktiviti lasak. Biasalah anak lelaki kan......kalau tak lasak, bukan lelaki namanya...hehe..

Sebelum pergi tempohari kakpb dah bekalkan barang mandian, lampu suluh, sleeping bed, mosquito repellent, baldi kecil dan lain2 lagi. Perginya dua hari satu malam je tapi susahnya hati ibu. Risau kalau ada aktiviti mandi sungai (nasib baik cuma merentas sungai).

Petang sabtu dia balik, senyum simpul masuk pintu rumah. Ingatkan apa, rupanya dia dapat anugerah Best Participant bagi lelaki. Keseluruhan murid lebih kurang 60 keatas katanya. Ayah dan ibu syukur sangat. Mungkin kecil pada orang lain tapi dah cukup membanggakan kami. Tahniah anaknda :)

 

Sayur ni kakpb masak minggu lepas. Kacang buncis kecil dan comel, apa namanya eh? kakpb goreng dengan ikan sardin. Sedap sangat (bagi kakpb) Resipi tak perlu tulis la ye. Biasa je, tumis bawang, cili kering, ikan sardin dan masukkan sayur. Siap.


nota: hari ni anaknda ada pertanding sahiba pula, luar dari sekolahnya....
harap2 dia tak menggelabah...

Selamat Hari Guru Cikgu Fahmi dan update cuti, Sarawak

Tiada hadiah istimewa dari kakpb untuk cikgu fahmi sempena hari guru ini. Hanya menadah tangan berdoa semoga perjuangan dia sebagai guru di Pulau Gaya akan memberi seribu rahmat kepada anak2 muridnya. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan cikgu fahmi samada kakpb kenal atau tidak. Selamat Hari Guru, bakti mu dikenang sepanjang hayat.

Terlanjur dah update ni, nak cerita pasal kami di Sarawak tempohari (sebelum balik mengundi) Kakpb bermalam di Hotel Harbour View yang berdekatan dengan sungai. Tiada breakfast, pandai-pandai kami cari makan sendiri. Sebelah dengan hotel ada restoran muslim, sedap masakannya.

Bandar Kuching bersih, jalanraya tak sibuk macam di KK. Nak kata lengang sebab cuti, tak juga sebab kami sampai pagi Jumaat.  Lepas check in hotel, terus jalan-jalan sekitar sungai. Lucunya, kami tak tau bagaimana nak panggil pakcik yang bawa bot penumpang. Lama tunggu tepi sungai. Nampak orang naik, kami pun berebut2 naik sama. Tak panas bontot, dah sampai seberang. Cari apa kat sana? Kek lapis ler....tak sah tak beli kalau datang sini kan? Alaa..kakpb tak dapat share gambar la. Entah kenapa mengong pulak streamyx hari ni....

Bercuti sehari, faham-faham je, tak dapat nak kemana. Keliling bandar cari makan, berfoto kat replika kucing, balik hotel, membuta. Malam pun kami tak turun sebab hujan. Kakpb beli keychain, fridge magnet dan kek lapis. Cerita pasal kek lapis ni, rasa sana rasa sini akhirnya beli tak sampai pun RM100. Malas nak bawa berat-berat ke KL. Beli untuk mak kakpb dan mertua. Sampai sana, potong2 makan ramai-ramai.

Jumaat kat Sarawak, sabtu dah pun kat KL. Esoknya mengundi, seharian berpanas dengan mak. Ramai2 famili kakpb, kami berdua je terpelanting tak sama dengan famili lain. Dia orang seronok ler.....naik van ramai-ramai. Dua jam lebih jugalah beratur, nasib baik kat sekolah tu ada bumbung. Emak lagi rilek, lepas memangkah, dia lepak dengan geng-geng dia. Jenoh dia menunggu kakpb.

Ok sampai sini dulu, kakpb ada tugas belum selesai. Maaf kalau blog kakpb agak berterabur. Tak sempat nak susun atur lagi. Nak ubah sana sini makan masa juga.







TAKZIAH kpd keluarga pihak suami

Assalammualaikum,

Malam tadi kakpb dapat panggilan daripada cikgu fahmi, datoknya yang sakit tenat di Johor Bahru, telah pulang kerahmatullah malam tadi. Sekarang ni semua telah pun berkumpul disana, kakpb tak dapat menghadirinya. Hanya dapat sedekahkan yassin dan al fatehah.

Arwah dah lama mengidap penyakit ketumbuhan. Telah beberapa kali keluar masuk hospital. Kali terakhir kakpb jumpa ketika cuti hujung tahun lepas. Masa tu dia agak sihat juga.

Kakpb doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Hubungi saya!!

Kepada >>>>NURAZIEMAH JAMIL atau Azie TeddyBear, sila hubungi saya secepat mungkin melalui email zana_fahmi@yahoo.com.my.

Selama ini saya cuba menghubungi kamu tapi gagal. Facebook kamu private, blog pun takde respon. Mungkin ini adalah jalan terakhir saya.

Jika benar kamu tidak bersalah, apa yang kamu takutkan dari saya? Saya tak ganggu hidup kamu sebelum ini. Saya tidak menyusahkan hidup kamu. Saya tidak guna wang kamu sesen pun. Saya tak pernah mesej kamu di facebook. Saya call kamu di handphone, kamu tidak angkat. Kenapa takut?

Jika kamu rasa bersalah, jangan melarikan diri. Nyatakan apakah kesalahan kamu. Jangan sampai saya bersangka buruk dan menuduh kamu yang bukan2. Berani buat, beranilah kamu menanggungnya.
Dosa pada Allah, kita boleh memohon ampun. Tapi dosa dengan manusia? Seandainya saya tidak dapat memaafkan kamu kerana kamu tidak mengucapkannya, bagaimana? Kamu mahu saya yang mencari kamu. Bila saya cari, kamu kata kamu boleh report ke pihak atasan kerana mengganggu tugas kamu. Saya tidak takut. Silakan.....nak report polis?

Betul, kamu boleh salahkan dia. Tapi, bertepuk sebelah tangan menjadi ke? Saya nak ingatkan kamu. Jika kita melakukan kesilapan, tak perlulah menuding jari salahkan orang lain. Buat diri saya, saya cuma muhasabah diri. Allah menguji keimanan saya, kesabaran saya, ketabahan saya. Tapi percayalah, sebagai manusia biasa kadangkala saya tewas dengan api kemarahan yang meluap.

Saya hanya perlukan kata maaf yang ikhlas dari hati kamu.

Selamat Tahun Baru 2013


Sama-sama kita berdoa agar tahun 2013 ini membawa rahmat untuk kita sebagai umat Islam di Malaysia dan di negara lain juga.

Selamat Hari Bapa


Ketika update blog ni, kakpb dalam panggong. Nak tengok cerita Piranha 3DD.

tuuuuu......kasut baru cikgu fahmi....ngeeee...bukan nak tayang atau menunjuk kat kawan2, cuma nak ucap 'Selamat Hari Bapa' pada semua bapa diluar sana.

Dapat hadiah apa dari anak atau isteri? Kakpb takde beri apa pun, cuma doa mengiringi setiap lepas solat. Walaupun hari bapa, cikgu fahmi beli untuk diri sendiri.....kesian dia...

Ok, nak concentrate kat cerita ni......jumpa lagi nanti..

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Untuk teman-teman blogger, pb ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha (esok). Bagi yang pulang ke kampong halaman masing2, selamat pulang dan berhati2 dijalan raya. Pasti sesak kan? terutama mereka yang menghala ke pantai timur.

Pada keluarga pb di semenanjung, emak yang beraya di Johor kali ni, harap bergembira disamping keluarga sebelah sana. Rasanya ini kali pertama emak beraya jauh dari anak-anak dan cucu-cucunya. Mudah2an emak pulang nanti dalam keadaan penuh ceria. Biasalah, orang dah berusia ni kekadang cepat tersinggung dengan kerenah anak dan cucu. Kita pun pasti mengalaminya nanti.

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berangkat pulang! Selamat HARI RAYA SEMUA TEMAN yg dikasihi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Penerbangan ke KLIA jam 7.30 pm, berbuka di airport.....moga semuanya selamat hingga kedestinasi.

Saat itu, pb dalam perjalanan pulang ke kampong (kampong ke?) Tahun ni turn pb beraya di Selangor......hehe....seronok sangat. Bukan la raya kat rumah mertua tak seronok tapi tak sama dengan keluarga sendiri. Begitu juga hubby rasa ketika ini. Namun bagi pihak orang lelaki, dia orang tak kisah sangat. Pb rasa la........

Bestnya balik awal, ada masa dua hari boleh shopping apa yang patut. Cari kasut anak, tudung, t-shirt raya dan bla...bla...bla.....nak mengeringkan poket la tu. Balik Sabah, gigit jari. Dia tengok pb, pb tengok dia.......

Rancang nak ke Alamanda, dah rindu sangat dengan Putrajaya. Tempat kami melepak dulu tu........asal boring je, pergi sana.....window shopping. Ada juga temu janji dengant teman lama. Harap-harap tiada halangan.

Dikesempatan ini, pb mohon maaf sekiranya ada perkataan pb yang menyinggung hati teman2 semua. Dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.......
Lupakan kesilapan dulu, kita bina hidup baru, buku baru.....
Salam AIDIL FITRI dari ku untuk mu....

Selamat Hari Bapa berbagai bahasa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kepada semua bapa-bapa di Malaysia, selamat bergumbira disamping keluarga tercinta. Anak-anak bagi hadiah apa ye? Rumah? Kereta? Kek? Atau hanya ucapan dari bibir masing2?

Aku pasti semua bapa-bapa di dunia tidak mengharapkan lebih dari itu. Secebis doa dari anak pun sudah cukup untuk bapa. Dan aku hanya mampu menghadiahkan bacaan yassin kepada arwah bapa ku. Moga Arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Nak kongsi sikit pencarian ku di google. Bahasa lain didunia dengan ucapan yang sama.


Happy Fathers Day > masaya ama araw dalam bahasa Filipino

Felice padri giorni dalam bahasa Itali.

Felix dies patrum dalam bahasa Latin.

Dia de pais felizes dalam bahasa Portugis.

Gelukkige vadersdag dalam bahasa Afrika.

huhu...cukup le, tergeliat nak menyebutnya. Kalau silap aku mohon maaf la ye. Ini pun saje-saje godek kat google translate.....

'I'm SORRY!'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi aku agak 'hangin' sikit, bukan sebab senggugut atau apa-apa. Cuma terkilan tengok satu blog ni yang aku follow tapi dia tak benarkan aku masuk blog dia. Maknanya apa tu? Aku tak di jemput untuk sama-sama memeriahkan blog dia. Kalau aku tau begitu, baik aku tak follow dari dulu. Ingatkan dia duduk luar negara, boleh la bertegur sapa. Kalau nak tulis blog tapi tak suka orang lain baca, baik tulis dalam diari dan simpan elok-elok dalam bilik.

Jadi sekarang ni aku 'terpaksa' unfollow blog dia. Sorry ye dik, sekali orang tak sudi, seribu kali akak tak hingin. Ada juga teman-teman lain yang aku unfollow tadi. Sebabnya?

Pertama, kerana tak update blog berminggu-minggu, malah masuk berbulan. Ada tu makan tahun. Aku rasa, baik la delete je blog tu atau buat satu pengumuman. Beritahu pada teman-teman yang tertanya-tanya ni, mana pergi, cuti bersalin  ke, pergi haji ke, laptop rosak ke, pindah rumah ke atau apa-apa alasan yang sesuai.

Kedua, agak-agak 'sombong' gitu. Kita ni terhegeh2 kat blog dia. Jangan pula ada yang terasa hati. Aku pun faham kalau blog yang follower dah ribu riban tu, mana ada masa nak lawat blog 'low class' macam aku ni. Mana lagi sibuk dengan tugasan harian. Tapi takkan dia tak tengok orang komen kat blog dia? Takkan dia tak ambil tau profile orang yang komen tu?

Aku respect blogger yang menghargai follower dia. Bila kita komen blog dia, esok lusa atau bila-bila free dia akan datang blog kita dan tinggalkan komen. Aku tau kalau blogger lelaki agak sukar nak komen di blog yang rata-rata menceritakan hal-hal rumahtangga, masakan dan yang bukan di bidangnya. Tetapi......itu bukan alasan untuk kita tidak bertegur sapa kan?

Minta maaf la kalau aku agak sensitif hari ni. Biasalah orang perempuan. Apa-apa pun aku tak simpan di hati sebab aku dah unfollow.  Senang gitu.....

Teman kerja ku dulu dah pergi, kanser menyerang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terkejut pagi ni bila buka fb, banyak pemberitahuan kat profile ku. Rupanya teman lama ku ketika bekerja dulu telah pergi mengadap ilahi. Baru dalam minggu ni aku dapat berhubung dengan teman2 lama melalui fb, tiba-tiba aku dapat tau dia nazak dihospital Serdang kerana kanser.

Pagi ni buka fb (aku jarang online malam, mata tak tahan mengadap komputer) katanya arwah telah pun meninggal dunia. Sedih dan terharu hingga menitis air mata ku. Sedih kerana beliau pergi ketika usia muda, meninggalkan beberapa orang cahaya mata. Sedih juga kerana aku tak dapat menziarahi dia.

Arwah dulu bagi ku seorang perempuan yang tak banyak cakap. Rajin berkerja overtime, tegas dan kadang kala agak serius orangnya. Aku tidak kenal begitu rapat tapi sedikit sebanyak aku tau juga peribadinya. Dulu tubuhnya kurus tinggi tapi baru-baru ni yang aku lihat di foto, agak berisi, mungkin tubuhnya sembap.


Ajal maut ketentuan dariNya. Sesiapa pun tidak dapat menghalang. Allah lebih menyayangi dia dan semoga dia di tempatkan bersama mereka yang beramal, amin.

Aku RINDU dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Hari ni, pagi ni.......tiba-tiba aku teringat arwah bapa ku yang ku tau semua adik beradik memanggilnya dengan panggilan 'Bak'. Entah kenapa begitu panggilannya, cuma yang ku tau kebanyakan orang Johor menggunakan 'Bak' untuk bapa. Mungkin bahasa Jawa?

Di tv sekarang ni kerap tayang cerita tentang bapa. Kalau tak silap ku, bulan Mei atau June sambutan Hari Bapa agaknya. Maaf kerana aku kurang perihatin dalam soal ni kerana aku dah lama tak punya bapa. Jadinya, terlalu lama sangat aku tak menyebut atau memanggil 'bak' dibibir ku, menjadikan aku langsong tak ingat hari bapa. Melainkan bapa mertua ku yang ku panggil 'abah'. Alhamdulillah, hubby ku masih punya abah. Aku tumpang abah dia nampaknya.

Bapa ku meninggal ketika usia ku dua tahun lebih. Ketika itu arwah adik ku baru pandai meniarap. Kata mak, bapa ku putih orangnya, macam cina. Rendah dan gempal, mak lebih tinggi dari dia. Kiranya aku ni mengikut gen bapa la ni.......kulit je ikut mak (coklat2 gitu....hehe)

Mak kata, arwah bak dulu orang yang penyabar tapi tegas dengan adik beradik. Dia anak sulong. Fasih berbahasa Inggeris dan mengajar adik beradik serta sepupu2 bila ada masa terluang. Apa yang ku tau, arwah bak berkaca mata dan agak tampan orangnya. Ini yang ku lihat dari fotonya di rumah kakak.

Dia juga kaki bola dan selalu jadi perhatian ketika ada perlawanan dengan pasukan Polis di kawasan perumahan dulu. Hinggakan pernah berlaku pergaduhan kerana ketidakpuasan hati setengah pihak. Aku dengar sendiri cerita ni dari adik arwah (pak andak ku)

Dalam ramai2 adik beradik ku, kakak la yang paling disayangi. Ketika itu dia tua dua tahun dari ku, agak banyak juga pengalaman dia dengan arwah bak. Naik basikal kehulu kehilir dengan arwah. Tapi dalam manja-manja tu pun kena marah juga katanya. Pernah sekali arwah masukkan kakak dalam tempayan (bukan kurung) aku tak tau pasal apa. Cerita ni buat kami gelak sekeluarga.

Apa lagi yang ku ingat? Hanya ketika dia sakit selepas operate dibahagian kepala, katanya ada ketumbuhan. Mata menjadi buta dan tak boleh bangun selama setahun. Hanya terbaring di atas tilam dan emak la yang menjadi nurse, merawat dan mencuci najis setiap hari. Hinggakan kata emak, dia tak larat nak uruskan  kerana badan arwah bak ketika itu berisi. Lama kelamaan jadi melepuh bila lama terbaring.

Dalam setahun arwah bak menanggung sakit. Ketika itu aku terlalu kecil untuk membantu emak yang beranak lima. Aku di ambil oleh arwah tok, mungkin untuk meringankan beban emak. Sekejap tok di JB ambil, sekejap tok di kampung ambil. Lama2 aku terus dibela oleh datok ku hingga 18 tahun umur ku.

Arwah bak meninggal dalam usia muda. Anak-anak masih memerlukan dia. Tapi itulah takdir hidupnya. Allah lebih menyayangi dia. 
Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Mahmudiah. Aku selalu berharap arwah datang dalam mimpi ku, tapi tidak. Aku cemburu melihat mereka2 yang masih ada bapa. Aku tak cemburu kalau kawan2 ada handphone canggih, ada rumah besar, kereta mewah tapi aku akan jadi benar2 cemburu jika melihat satu keluarga yang hidup bahagia di samping bapa tercinta.

Dari itu, sayangilah, hormatilah kedua ibubapa kita semasa hayatnya masih ada. Kerana bagi ku, satu kerugian besar bila mereka telah pergi dan kita tidak gunakan sepenuhnya menjaga dan menyayangi mereka. Doakan mereka setiap hari agar dikasihi olehNya.

AMIN.


nota aku: aku tau, arwah bak pasti 'aman' disana....

Suami ku seorang GURU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terlebih dulu aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia ni. Biasalah kan........mesti banyak sekolah buat persembahan sempena hari guru dan cikgu-cikgu pula berbungkus-bungkus dapat hadiah.

Semenjak hubby ku pindah sekolah di Sabah ni, dah takde hadiah seperti dulu. Sebabnya anak-anak murid dia sekarang ni boleh dikatakan kurang berkemampuan. Tak kisah la......aku tau, dia tak mengharapkan apa-apa dari anak-anak muridnya.

Cuma dia selalu cerita pada ku, dia gembira dengan perubahan yang berlaku pada anak muridnya. Kalau dulu mereka yang perempuan tak pakai tudung, sekarang dah ramai pakai. Hubby ku pula memang suka dengan budak-budak. Pernah dia minta tudung ku yang masih elok untuk diberi pada seorang anak muridnya yang hanya memakai topi kesekolah. Aku tanya kenapa dia pakai topi? Rupanya rambutnya sikit sangat, hampir botak. Jadi hubby cadangkan dia pakai tudung agar nampak lebih manis tapi agaknya dia tak mampu nak beli. Kesian kan?

Terbaru ni hubby kata, anak-anak murid dia selalu ajak sembahyang di surau. Mereka selalu sembahyang bersama masa zohor dan asar. Masalahnya kata hubby ku, lepas sembahyang tu........kejap-kejap anak murid datang jumpa dia, ajak sembahyang lagi. Awak dah sembahyang tadi kan? hehehe......sengih je bila hubby ku tegur.

Bagusnya mereka tu kata hubby ku, suka bertanya soal-soal agama seperti ambil air sembahyang dan lain2. Bersungguh-sungguh nak belajar yang buat hubby ku respect sangat bebudak tu. Mungkin di rumah kurang perhatian dalam soal ni.

Walaupun hubby ku garang dengan anak murid, mereka tetap suka dan sayangkan dia. Sebab dia akan garang dan tegas masa mengajar. Tapi diluar dari masa tu, dia suka melayan budak-budak dan perihatin dengan pembelajaran mereka. Kalau tengok beg sekolah anak murid dia koyak, balik rumah je dia cari beg anak dia yang masih elok untuk disedekahkan pada budak tu. Masalahnya yang lain pula cemburu.

Pernah sekali kami berikan baju-baju melayu yang anak ku tak boleh pakai pada seorang anak murid dia. Baju-baju tu memang nampak baru sebab anak ku ni kalau baju tempah, memang dua tiga bulan je boleh pakai. Lepas tu........tengok je la tergantong dalam almari! Bila sorang dapat baju tu.........yang lain pun nak juga. Jadi, lepas ni kalau nak bagi tak boleh tunjuk depan mereka. Kesian pula yang lain-lain tu.......

Walaupun hubby ku seronok dengan tugas sebagai guru, ada juga yang buat dia angin. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekolah yang agak daif, takde letrik, lantai berlubang dan bermacam-macam lagi. Baru-baru ni aku dengar ada 'menteri' datang. Kalau dah tengok dengan mata kepala sendiri tapi masih takde perubahan, tak taulah apa nak jadi. Baik letak jawatan dan jadi cikgu macam laki aku!!

nota aku: opppsss....i'm sorry!!

Untuk Ibu tercinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

~~untuk semua IBU-IBU di dunia~~

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
-Oleh kumpulan Nasyid Nowseeheart.

~~SELAMAT HARI IBU~~
kepada BONDA ku > Hajah Amnah Bte Hashim dan IBU MERTUA ku > Hajah Zaleha......
Semoga Allah panjangkan usia bonda berdua dan dimurahkan rezeki, SYURGAlah tempat mu IBU!!

Tiada bezanya, 2011

Salam Sejahtera....

Dah masuk tahun baru dah, ramai yang update tentang azam tahun baru ni tapi bagi aku tahun berganti tahun tetap sama. Hidup kami sekeluarga seperti biasa. Cuma bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah ini. Dipanjangkan usia, kekal bersama sekeluarga. Bezanya pada anak ku.......makin membesar.......makin matang........kuat makan......banyak permintaan......

Entry kali ni sikit je, nak ucap selamat menyambut tahun baru pada semua blogger yang singgah ke rumah ku ini. Samada suka atau tidak, terima kasih la ye rajin datang walau tak tinggal komen kat blog aku  ni.

Mudahan2an silaturrahim kita tambah erat walau hanya dengan jari kita bertemu.

Selamat Hari Bapa

Salam Sejahtera....

Selamat Hari BAPA kepada semua bapa-bapa di seluruh Malaysia......

Tiada hadiah istimewa dari ku terhadap suami tercinta, hanya doa dan harapan moga 'ayah' akan menjadi contoh terbaik kepada anaknya. Bukan saja contoh, malah IDOLA anak kita hingga dia menjadi seorang manusia yang berguna DUNIA dan AKHIRAT. Amin.

nota: setiap hari adalah istimewa bagi ku dan dia...

Untuk CikGu

Salam Sejahtera....

Guru O Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

sajak diambil dari blog http://penyair.wordpress.com/ (terima kasih ye)



16hb Mei.......para pelajar pasti menyambut Hari Guru seluruh Malaysia. Bagi teman2 ku disini yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga bakti kamu akan mendatangkan hasil untuk kebanggaan semua. Bertugaslah dengan jujur ikhlas, tanpa meminta balasan.

Begitu juga dengan suami tercinta. Harap 'ayah' bersabar menghadapi dugaan di sekolah sekarang dan tabah menjalankan tanggungjawab pada anak bangsa. Tiada hadiah istimewa dari ku, hanya doa......mudah2an tiada halangan apa yang dihajatkan selama ini dan dijauhi dari segala bencana alam (ayah gi sekolah naik bot, hari2 ibu risau)

Bila menyambut hari guru ni, dah tentu la anak2 sibuk nak beli hadiah untuk cikgu. Kalau di sini cik abe takde harapan nak dapat hadiah dari anak murid, maklum la.......mereka bukan orang senang. Tapi bukan itu tujuan sebenar menjadi cikgu, betul tak? Kalau dapat hadiah, itu dah kira bonus untuk cikgu. Masa di semenanjung, berbakul2 hadiah dia dapat. Sampaikan kita orang terpaksa simpan dalam kotak besar. Kita tak buang, simpan elok2 sebagai kenangan.

Sekarang ni anak aku pula sibuk nak beli hadiah untuk cikgu dia. Tapi aku beli dengan cik abe tak tanya dia. Ikut pilihan kita. Jadi, belek2 kat kedai buku.........berkenan dengan notebook. Harga pun tak mahal dan tak murah sangat. Atas dari RM5, ok la tu. Aku cadangkan bagi pada cikgu yang dia rasa rapat dengan dia. Kalau nak bagi semua, kopak poket ayah dia.



Jumaat malam aku sibuk buat kuih untuk anak bawa ke sekolah esoknya (kena sekolah ganti sabtu ni) Mula2 ingat nak buat donat tapi cik abe cadangkan buat kek hitam manis. Boleh potong banyak sebab dia orang kan ramai. Aku harap dia seronok di sana.

Kek ni aku dah selalu buat dan resepinya ada kat sini http://katahatiku-zana.blogspot.com/2009/05/kek-hitam-manis.html