my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Man of Steel



Review: Man of Steel

Korang dah tengok? Kakpb tak plan dan tak minat cerita macam ni, ye laa....bukan standard kita yang dah otai ni. Tapi anak bujang kakpb yang soksek dengan ayah dia, nak sangat tengok. Sudahnya dia orang senyap2 booking tiket online, show pukul 12 tengahari, sabtu lepas. Terpaksalah pergi.....

Kalau dah P13 tu memang ceritanya sesuai untuk kanak-kanak. Mata kakpb ni boleh kan terpejam masa dalam panggong. Cerita fantasi rekaan begini bukan pilihan kakpb. Aziz bisik, ibu...heronya handsome kan? Tapi bila dah pakai baju superman tu, dah tak handsome pada kakpb...haha...ntah kenapa. Agaknya kena pakai underwear kat luar kot baru nampak handsome. Ish...mengarut je kan?

Mungkin kalau kurangkan fantasi di dunia lain selain daripada bumi, akan lebih menarik. Tapi...rekaan beginilah yang orang suka agaknya.

nota kakpb: layan je kehendak anak walau tak minat

Daging Bumbu Bali


Tengok rupa, macam rendang kan? Rasanya pun lebih kurang je cuma tak guna serai.Kakpb suka rasanya yang seperti ada krisek. Saja letak kentang sebab nak tukar dengan tomato tu.

Resipi dari favourite-recipes blog, tuannya kakpb tak kenal tapi kakpb jumpa dari blog Ayu Curlybabes, Singapore. Terima kasih perkongsiannya ye. Izinkan kakpb kongsi di sini pula dan maaf sebab ada ubah sedikit.

DAGING BUMBU BALI
@blogsurirumah
resipi asal dari buku Chef Wan

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat (kakpb ganti dengan kentang)
  • garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah- kakpb tukar dengan cili padi + 1 btg cili hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan kentang yang telah di belah empat. Masak sehingga daging dan kentang empok.

Patin Masak Tempoyak

Assalammualaikum,

Apa khabar teman2 blogger semua. Kakpb minta maaf kerana jarang dapat blog walking beberapa hari ni. Mood nak berblog agak terbatas. Bagaimana pun mood memasak tetap maintain...3DHari minggu aktiviti paling boring bila kena pergi pasar. Stock lauk banyak dah licin. Udang, sotong, daging adalah benda wajib ada dalam peti kakpb. Ternampak ikan patin, tekak kakpb teringin sangat nak makan. Tapi kakpb lupa nak beli daun2 seperti kesom, daun kunyit, kunyit hidup....Rabbit 3bila dah nampak banyak benda kat pasar, otak mula kelain. Beli keledek pulak.

Jadi kakpb masak patin tanpa daun2 yang sepatutnya. Tempoyak pun tinggal ciput je dalam peti. Cikgu fahmi tu, masa kakpb nak beli ikan patin, rupa dia macam tak setuju je. Bila dah masak...Mimimo mousedua pinggan kau!!

PATIN MASAK TEMPOYAK
@blogsurirumah

4 ketul ikan patin (cuci bersih dengan limau kasturi)
5/6 biji cili padi
1 keping asam keping
1 batang serai di titik
1 biji buah tomato di belah2
2 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (saja kakpb tambah)
sedikit air
garam dan gula

Tumbuk cili padi dan bawang merah.
Masukkan semua bahan dalam periok.
Tutup api setelah ikan masak. Kakpb masak dengan api sederhana.



Kakpb bukan pandai sangat masak apa2 pun menggunakan tempoyak sebab ia bukan kegemaran kakpb. Jadi bila dah siap tu, rasa macam tak menjadi je. Rasa tak menarik walaupun cikgu fahmi kata sedap.

Ok la....sekadar nak lengkapkan diri sebagai tukang masak blog surirumah, kakpb tak kisah kalau orang kata resipi ni tak best. Hidup harus mencuba, merasa, mencabar diri....barulah ada keseronokkannya. Betul tak? Mimimo mouse