my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Rendang Pedas Daging

Masa anak kakpb kena chicken pox hari tu, memang pening kepala nak masak apa. Dia bosan hari2 makan sup ayam. Ibu ayah dia lagi la bosan. Boleh makan daging, ayam, ikan pun pilih2, ada yang tak boleh. Seafood memang dilarang. Untuk 2 minggu yang lepas hingga sekarang (sebab masih ada parut) kakpb takde masak udang, ketam, sotong atau seumpamanya.

Teringat nak masak rendang daging, makan dengan nasi impit dan kuah kacang. Tapi kakpb taknak resipi daging yang biasa kakpb masak. Cari2 kat myresipi, jumpa yang ni, simple dan nampak sedap. Cuma resipi asal guna ayam, kakpb tukarkan dengan daging. Daun kunyit tak letak sebab takde, lagipun kalau ada daun2 gitu dah tentu sibujang tu tak makan.



Resipi asal di SINI kakpb gantikan dengan daging saja.

RENDANG DAGING PEDAS
@blogsurirumah

  • 500 gm daging lembu - potong kecil/kiub
  • 15 - 20 biji cili kering - kisar (kakpb tambah cili padi dan kurangkan cili kering)
  • 5 batang serai - dihiris (**)
  • 2 inci halia - dihiris (**)
  • 1 cawan kelapa parut
  • 10 biji bawang merah - dihiris (yang ni kakpb blend)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit - tak letak
  • 300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang hiris/kisar dan kunyit.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambahkan air.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

tanpa daun kunyit

Sedap makan dengan nasi impit sesekali....

Gulai Daging Bawang Goreng tanpa santan

Pejam celik, kehulu kehilir, pot pet pot pet.....dah masuk hari jumaat....ingat nak update entry petang semalam. Ada hal pula yang menghalang. Mood nak update entry mungkin datang waktu pagi je. Bila dah penat dirumah, masak, berkemas, membasuh......haruslah mood letih kan?

Taknak bebel panjang, letih membebel ni. Ada urusan lain nak selesaikan. Minggu ni minggu yang stress gila rasanya. Apa sebab 'gila' tu nanti kakpb share juga bila dah dapat di atasi.



Ini kan, pertama kali kakpb masak Gulai Daging Bawang Goreng. Katanya masakan negeri Trengganu. Kakpb memang suka masakan Trengganu dan kali ni kakpb rasa bangga dapat memasaknya......haha...
Makan dengan nasi briyani simple, sambal belacan dan sayur taugeh. Peduli apa orang kata tak kena padanannya, yang penting sedap!

Resipi kakpb jumpa di blog Dapur Mamasya dan resipinya pula dari Dapur Digital/kak norma. Kakpb share pula di sini ye. Masakan begini memang kesukaan kakpb, tak kisahlah daging tu tak elok untuk orang nak diet. Semingggu sekali apa salahnya.....(ayat tak boleh kontrol makan)

GULAI DAGING BAWANG GORENG (tanpa santan)
@blogsurirumah

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg **
4 ulas bawang merah ] - lebihkan bawang merah&putih
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato - letak 1 1/2 sb
3 ketul ubi kentang (ptong 4)
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

**kakpb tak guna rempah cap bunga ros, hanya campur rempah kari daging babas dan rempah gulai kawah dari Kelantan.


pagi ni cicah roti....




 

Daging sos lada hitam Sarawak, kuih Kelupis

Owhh.....kuih Kelupis namanya!! Pandai-pandai je anak bujang kakpb mengubah jadi Telupis. Ibu ni percaya bulat-bulat. Bila tanya pakcik google, takde pun 'telupis', bila betulkan ejaan 'kelupis' barulah jumpa.

Cikgu fahmi dan anak kakpb biasa makan kuih ni. Mereka kan bergaul dengan kawan-kawan yang kebanyakkannya orang Sabah, berbanding dengan kakpb ni memang tak ramai kawan disini. Jiran-jiran pun jarang buat kuih ni. Mungkin susah nak buat.

Baru ni pergi pasar tamu, beli untuk rasa. Eh...sedap pula, macam lemang rasanya malah lebih sedap dari lemang tau. Lembut, lemak, pulut tak benyek (pantang kakpb makan kuih berpulut lembik) Daun apa yang membalut tu, tak tau pula kakpb. Seperti teringin nak belajar membuatnya. Nanti kakpb cari di youtube.

 kuih kelupis yang di sebut telupis oleh anak kakpb, kuih tradisi orang Sabah

Semalam kakpb masak daging black pepper. Sebenarnya nak masak daging goreng je tapi bila dah dalam kuali tu, tangan ni gatal pula ambil sos black pepper sarawak yang dah lama terperap dalam peti ais. Gitulah ceritanya......


 DAGING GORENG SOS LADA HITAM SARAWAK
@blogsurirumah

1 mangkok daging lembu di potong agak nipis
1/2 inci halia, 3 ulas bawang putih - tumbuk dan lumurkan pada daging
garam dan gula
1 labu bawang besar potong memanjang
1 biji lada hijau
2 sudu besar sos lada hitam

Perap daging bersama halia, bwg putih, garam dan gula selama sejam atau lebih.
Panaskan minyak, masukkan daging.
Guna api kecil, biar daging betul2 empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan sos lada hitam tadi, garam dan sedikit gula.
Hampir kering, masukkan bawang dan lada hijau.


Roti Jala kahwin Gulai Kawah ole2 dari Selatan

Amacam......gempak tak tajuk album masakan kakpb? It's Friday seronok ye dah hari jumaat.
Esok boleh berjimba dengan encik suami masing-masing kan? alaa.....kakpb tau korang memang tunggu je sabtu dan ahad, nak shopping ler tuuu.....

taknak cerita banyak hari ni...
terus pada tajuk album....
roti jala buat hari rabu kelmarin, makan bersama gulai kawah yang di terbangkan khas untuk kakpb
pemberinya......ialah...calon adik angkat dah ada anak dara (tak boleh berbesan, anak kita bujang cenonit lagi) Puan Sariyusa Thank you!


Resipi roti jala berlambak kat mana2 blog. Tak perlu kakpb copy paste lagi. Dalam blog ni pun ada.


Sememeh je kuah tu sebab dah lepas berbuka, malas nak makeup lagi.

DAGING GULAI KAWAH
@blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong seperti biasa
rempah 4 sekawan
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
sedikit lengkuas
asam keping
2 ulas bawang putih
santan secukupnya (agak2 je)
minyak utk menumis
gula merah/putih
1 peket rempah gulai kawah premix (inilah heronya)

Tumis rempah 4 sekawan dalam minyak yang telah panas.
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia yang telah di mesin.
Masukkan rempah gulai kawah.
Biar rempah betul2 masak baru masukkan daging.
Guna api kecil.
Masukkan santan cair, bila daging dah lembut baru masuk yang pekat.
Masuk asam keping, garam dan sedikit gula.
Biarkan reneh hingga pekat.

Rempah premix ni berbeza sungguh dari rempah gulai kawah yang biasa kakpb beli di Kelantan. Di sebabkan dah biasa dengan citarasa orang Kelantan, kakpb lebih suka orang pantai timur punya. Apologetic Sariyusa, bukan nak kata yang ni tak sedap cuma ini komen ikhlas dari kakpb. Ada 2 peket lagi yang belum diguna, rempah krutub dan apa eh...ala lupa pula.

kiriman dari selatan tempohari, terselit juga keychain comel...sape yang buat tu, Iman ke?

Terima kasih sudi membaca, ada masa kakpb blog walking ye. Selamat Barbeque


Daging Masak Lada Hitam - Dayang Jack


Dah lama kakpb tak jengah blog DayangJack yang cun melecun tu (belum pernah jumpa sebenarnya). Resipi ni kakpb selongkar kat myresipi.com. Buntu nak masak apa, hari-hari pening kepala. Orang lelaki kalau kita minta idea, nak masa apa eh.....awak masak je apa2, saya makan. Hemm...tak boleh harap. Bukan suruh masak, minta bagi idea pun susah. Tapi ok juga, dibuatnya cikgu fahmi minta masak yang susah dan remeh, nanti komplen pula. Syukurlah dia tak cerewet.

Biasanya kakpb masak daging begini tak letak tepung jagung. Kali ni ikut resipi Dayang, ada tepung jagung. Memang sedap sangat. Daging yang telah di rebus dulu jadinya lembut kena pula di potong agak nipis. 

Oklah...kakpb tolong copy paste resipi disini, senang korang takyah nak kesana. Minta izin ye, halalkan.

DAGING MASAK LADA HITAM
@blogsurirumah
sumber : DJ@myresipi.com

  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis- kakpb guna sos tomato
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu) 

Cara-cara

  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. 
  3. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
  4. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
  6. Hidangkan panas2.

Daging Bumbu Bali


Tengok rupa, macam rendang kan? Rasanya pun lebih kurang je cuma tak guna serai.Kakpb suka rasanya yang seperti ada krisek. Saja letak kentang sebab nak tukar dengan tomato tu.

Resipi dari favourite-recipes blog, tuannya kakpb tak kenal tapi kakpb jumpa dari blog Ayu Curlybabes, Singapore. Terima kasih perkongsiannya ye. Izinkan kakpb kongsi di sini pula dan maaf sebab ada ubah sedikit.

DAGING BUMBU BALI
@blogsurirumah
resipi asal dari buku Chef Wan

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat (kakpb ganti dengan kentang)
  • garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah- kakpb tukar dengan cili padi + 1 btg cili hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan kentang yang telah di belah empat. Masak sehingga daging dan kentang empok.

Daging Merah Ala Thai

Resipi asal kakpb jumpa di sini, terima kasih Kak Noor dan asalnya dari blog Aznanie. Kakpb ubah cara masaknya. Daging segar dipotong seperti biasa dan perap dulu dengan halia, bawang putih, garam dan sedikit gula. Mulanya kakpb tuangkan juga sirap tapi bila di goreng dengan api kecil, sirapnya hilang. Jadi kakpb biarkan dulu hingga daging empok. Bila daging dah empok, kakpb tambah sirap lagi.

Begitu juga tepong jagung, kakpb tak letak. Sebab rasanya dah pekat kuah tu.

DAGING MERAH ALA THAI
@blogsurirumah

2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar, potong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 btg serai, dititik
2-3 helai daun limau purut
kakpb tak guna tepong jagong
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau dipotong
garam
sedikit gula

Bila daging dah empok, angkat dulu dari kuali.
Tumis cili kering, masukkan serai, sos tiram, sos tomato.
Kemudian masukkan daging.
Nak nampak merah lagi, kakpb tambahkan sirap.
Akhir sekali masukkan bawang, cili hijau, garam dan gula
Jangan lupa daun limau purut.


empok, manis dan wangi....kakpb makan dengan nasi minyak ibunda, nanti kakpb update resipi nasi tu..

Nasi Briyani & Kurma Daging


Anak bujang kakpb ni suka sangat nasi yang berwarna, seperti nasi briyani, nasi bukhari dan seumpamanya. Semalam kakpb tak plan langsong nak buat nasi briyani. Kebetulan kakak talipon, sembang-sembang hal famili, kakpb pun teringat kurma daging yang selalu kakak dan emak masak bila kenduri. Dia bagi resipi sekali imbas je dan kakpb catit pun lebih kurang je.

Jadi ini kurma daging resipi dari kakak dan emak kakpb. Rasanya sama seperti orang lain, cuma kakpb takde rempah briyani, dah habis stok.

KURMA DAGING
oleh: @blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong kiub
2 sudu besar rempah kurma campur rempah briyani
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (kakpb campur bwg merah kecil)
2 sudu besar cili kering mesin
4 btg cili hijau
sedikit cili padi
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 biji tomato (kalau ada tomato puri lagi senang)
2 sudu kerisek
Susu cair atau santan
minyak untuk menumis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak, masuk kulit kayu manis dll.
Masukkan bawang, halia, bawang putih, cili padi, cili hijau yang telah di mesin.
Masukkan rempah dan cili kering.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan daging.
Masukkan susu cair dan kecilkan api, biar reneh hingga daging empuk.
Kisar buah tomato dan masukkan bersama kerisek.
Akhir sekali tabur bawang goreng.
Kalau ada daun2 seperti ketumbar dan pudina lagi bagus, rasa dan bau lebih sedap.

Nasi briyani pula kakpb buat simple je. Tumis bawang merah, bawang putih yang di hiris. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di mesin. Jangan lupa rempah 4 sekawan tu. Beras basmati basuh awal-awal dan toskan. Masukkan sedikit garam dan air mengikut sukatan beras tadi. Masuk daun pandan sehelai dan susu cair.
Bila dah mendidih, masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak baru masukkan pewarna. Kakpb guna pewarna kuning telor saja sebab takde bahan. Titikkan dalam nasi, kakpb biar beberapa ketika baru gaul rata.

Kalau ikut cara emak kakpb, dia letak jus limau nipis dalam susu. Orang kata, tairu?
Nasi briyani setengah restoran kekadang tak menepati citarasa kakpb. Warna yang keterlaluan dan beras pun tak sesedap yang kita buat sendiri. Nasi briyani ni kalau tak habis, esoknya boleh buat sarapan. Kukus sekejap, lebih sedap.

RENDANG TOK - Mas Dunia ku

 
Rendang tok kakpb ni tak hitam sangat, agaknya kurang gula dan santan kot? Sebenarnya kakak kakpb biasa buat rendang ni tapi caranya berbeza sikit, ada cili padi, kalau tak silap serainya di titik. Nanti balik sana kakpb tanya dia. Ni tak memuaskan hati sebab tak betul-betul hitam. Masa masak hari tu, rasa nak tuangkan kicap je=((
 
Apa2 pun anak bujang dengan ayahnya suka sangat rendang ni, dua kali tambah dia orang tu. Bulan puasa ni rasanya kerap juga masak daging. Lepas ni nak kurangkan pulak, sebab dah nak dekat raya.......orang puasa berat badan turun, kita orang biasa je, macam makin naik pulak:-S

Kakpb minta izin copy paste resipi rendang ni ye Mas.....>:D<

RENDANG TOK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Mas Duniaku

Bahan :
1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang 
santan dari sebiji kelapa - agak2 tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris  nipis2
1/4 inci halia - hiris nips2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


  1. Cara memasak :
  2. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2, daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  3. Kemudian masukkan kedalam kuali bersih. 
  4. Tuang santan hingga daging tenggelam, sebatikan dulu.
  5. Buka api perlahan dan biarkan rendang mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
  6. Semasa memasak seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu mengikut selera kita....gelap Rendang Tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.....
  7. Santan juga memainkan peranan untuk mendapatkan Rendang Tok yg hitam, guna santan kelapa yg pekat yerk....santan kotak...no no no
  8. Masak hingga Rendang Tok kering, boleh juga lembab berkuah jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  9. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut.... 

OPOR DAGING - kuali.com


Sambil update blog, sambil dengar ceramah 'Memahami dan Mengurus Takdir' oleh Ustaz Pahrol dari blog Nur Cetusan Rasa. Terima kasih ye Nur kerana sayangkan kakpb dan juga kawan-kawan lain seperti kakzakie, kakcik seroja, mommy fara dan ramai lagi kawan-kawan yang perihatin. Walau mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak dapat menyelami masalah kakpb, cukuplah sekadar kata-kata semangat. Mungkin bagi setengah orang, sikit sangat dugaan kakpb ni. Hanya Allah yang mengetahui nya.

OPOR DAGING
oleh: @blogsurirumah
sumber: Chef Rossham Rusli, kuali.com

1/2 kilo daging lembu, potong seperti buat rendang
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk rempah/kisar:
5 labu bawang merah - kakpb guna bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji buah keras - letak 3 biji saja
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 inci lengkuas - takde lengkuas, dah kecut merut dalam peti
4 batang serai
1 sudu kecil lada putih - kakpb tukar serbuk lada hitam
1 cwn air
1 liter santan
1 cwn kelapa kerisek - separuh je letak
3 sudu besar asam jawa campur dengan 1/2 cwn air
110 brown sugar
10 gm cili powder - kakpb tak letak
250 ml air
1/2 cwn cili kering mesin
garam
daun limau purut - kakpb tambah sendiri
(kakpb masak separuh saja dari resipi di atas)

Cara membuatnya:
  • Rebus daging selama 30 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan rempah tadi.
  • Tambah cili kisar dan serbuk cili. Kacau sehingga naik minyak.
    Tambah air kosong dan biarkan ia mendidih.
    Masukkan ke dalam kiub daging lembu yang di rebus tadi.
    Kemudian, masukkan santan dan air asam jawa.
  • Kecilkan sedikit api dan kacau rata selama 3 minit.
    Kemudian tambahkan garam, gula perang dan kerisek.
  • Biar kan reneh sehingga daging empuk dan lembut.



 Buat sahur pagi tadi, makan dengan roti keping.......macam rendang juga rasanya. Cuma kakpb biarkan kuah berlebihan, taknak kering sangat.

Selamat berpuasa dan selamat memasak....

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w)
 Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda- tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya
 



Daging Goreng Kentang dan Terung Goreng Belacan

Hari ni cikgu fahmi ajak kakpb makan luar, maknanya buka puasa di luar. Suka la tu......sila jangan jeles. Bukan permintaan kakpb ye......ni arahan encik suami. Sebenarnya kakpb lebih suka berbuka di rumah. Boleh layan drama Dejavu di Kinabalu sambil makan. Lepas tu takdelah terkejar-kejar nak balik solat maghrib. Tapi tempat makan ni berdekatan dengan rumah, sempatlah balik sembahyang.

Bahu kanan kakpb ni sakitlah, agaknya sebab buat tart nenas tu kot. Suruh si bujang memicit, lepas solat maghrib, dah tidur pulak. Mintak cikgu fahmi picitkan? hemmm.....kakpb ni bukan suka sangat minta tolong dengan orang, lebih-lebih lagi orang tu tak pandai dan tak mahir. Ada jugalah dia urut, terima kasih ye. Kekadang mulut kakpb ni lupa nak ucap terima kasih, jadi kakpb ucapkan terima kasih di sini. Harap dia baca.

 Ni lauk buka puasa semalam, terung goreng belacan (gambar atas sekali) dan daging goreng kentang. Terung goreng belacan tu dari blog YATIE, maaf la...kakpb tak copy paste. Kalau nak cuba, boleh pergi blog Yatie tu ye....

Daging goreng kentang tu pula terjumpa di blog K.Nor secubit garam, resipi asalnya dari Wana Potret Kasih dan ni pun kakpb malas nak copy paste. Korang pergilah tengok sendiri ye. Tangan kakpb lengoh la nak menaip :)) ni banyak lagi kerja terbengkalai kat dapur tu sebab update blog.

Ok, sampai jumpa lagi.....ada juga buat tomyam ala thai, tu update kemudian. Selamat berpuasa semua.

Garlic Pepper Beef Steak & Easy Pepper Sauce

Tak tipu ni......kak pb tak pernah buat benda ni tapi hari ini dalam sejarah tau.....haha..macam suspen je bunyinya kan? Betul, ni first time kak pb masak steak, kerana si bujang kecik tu asyik sebut je nak makan steak. Dia ni memang tekak 'mat saleh' macam ibu dia jugak. Tapi ibu dia tak la teruk sangat, sesekali je......

Kak pb tengok resipi ni masa menjelajah blog si Arah (Ika). Bagaimana pun untuk kali pertama mencubanya, tidak la sebagus orang lain kot. Tetapi kena tepuk tangan sikit, bagi semangat kak pb kerana dah mencubanya. Terima kasih Ika....akak kongsi di sini resipi ni biar mudah menggodeknya bila balik semenanjung nanti. Tak mungkin la kak pb nak bawa buku masak kalau balik sana, buat berat bagasi je.



 steak yang agak kering sebab kali pertama mencubanya, takpe......ada 2 keping lagi tu dalam peti sejuk

GARLIC PEPPER BEEF STEAK
oleh: blog surirumah
sumber: Arah

Ingredients:
  • 1 tablespoon olive oil (1sb minyak Zaitun)
  • 2 cloves garlic, peeled and crushed - kak pb letak lebih dari 2 ulas
  • 1 tablespoon coarsely ground black pepper (1sb Lada Hitam yg di tumbuk atau blend)
  • 2 pounds round steak, 1 1/2 inches thick (2 Keping daging steak)
  • Salt (sedikit garam)  
  •  
  • Method (cara-cara) :

    1)Preheat an outdoor grill for high heat and lightly oil grate. (Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal - kak pb guna kuali leper biasa goreng roti canai je.

    2)In a small bowl, mix together olive oil, garlic and pepper. Score steak and rub with the olive oil mixture. (Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya)>>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit.

    3)Place steak on the prepared grill. Cook 20 minutes, or to desired doneness, turning once.
    (Letakkan daging steak yg telah di sapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh di hidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn di basuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia. (ini kak pb tak ikut macam Ika sebab nak siapkan awal, steak masak kemudian, lebihan minyak tu kak pb campurkan dalam sosnya)


easy pepper sauce (lupa pulak watermark)




  EASY PEPPER SAUCE
  • oleh: blog surirumah
    Olahan : ARAH

  • Bahan-bahan :
  • 1/2 biji bawang besar di cincang
  • 150 ml susu segar
  • 1sb lada hitam yg ditumbuk/diblend>>nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
  • 30 ml whipping cream/ thickened cream
  • 1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan
  • Sedikit mentega
  • Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu
  • Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok
 Cara-cara :

  • Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang di cincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
  • Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
  • Masukkan pula whipping cream sambil di kacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan sbb dah masin.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payan byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padam kan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  • Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!

Walaupun nampak kering tapi dagingnya tetap lembut dan senang di potong. Terima kasih Ika, sayang Ika dan pelok kuat-kuat macam Shahriah (ayat dia mesti ada macam tu kan?)

Daging goreng sos tiram

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Salam sejahtera dipagi Jumaat yang mulia. Sekejapnya masa berlalu, uruskan sekolah hubby dan anak, masak, menggosok, membasuh (takde makan angin ye) dah masuk tengah bulan februari. Tak lama lagi birthday hubby, lepas tu annivesary kami yang ke....... pulak. Lepas tu birthday anak, berderet2 nak menyambutnya. Tapi seperti biasa kami buat simple je, mungkin buat pulut kuning dan doa selamat yang dibaca sendiri oleh hubby. Janji bahagia.

Ok la, panjang pulak mukadimah, takde sape peduli zana oiii......ko celebrate ke tak, bukan artis pun. Ni daging masak petang semalam. Simple je lauk kami.

Daging potong nipis dan perap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula merah/melaka.
Goreng dengan minyak yang sedikit, guna api kecil. Biarkan reneh hingga empok.
Masuk 2 sudu besar sos tomato dan serbuk lada hitam.
Tambah sos tiram jika suka.
Potong bawang besar dan cili merah, masukkan ketika daging sudah empok.
Tambah sedikit gula.



Daging Masak Merah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Maaf la kalau resipi yang pb tulis ni tak sama dengan tajuknya sebab pb tidak pasti apa nama masakan ni sebenarnya. Samada daging masak merah atau kurma. Pb masak pun ikut bahan yang ada kat rumah. Tidak lengkap dengan daun pudina dan daun ketumbar. Kalau setakat nak makan tiga mulut, malas la nak keluar pasar besar yang sejauh 12 km tu.

Semalam talipon kakak kat sana, sibuk je dia tu dengan tempahan kek lapis. Persiapan anak nak kahwin pun tak selesai, ada pula tempahan setiap minggu. Khabarnya sampai demam2.

Ok, masakan seperti ini biasanya emak yang masak. Serius, pb tak pernah buat sebab emak ada, air tangan emak lagi best. Biasanya orang makan dengan nasi beriani atau tomato. Tapi masa kakak tanya semalam, pb kata nak makan dengan nasi putih je. Tak kisah la tak sedap pun takpe. Cuma silapnya pb dah rebus daging tu awal2 nak kasi empuk. Seeloknya dan sesedapnya jangan rebus dulu.

DAGING MASAK MERAH

2 biji bawang besar di kisar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5/6 batang lada hijau (lada hidup)
1 cawan susu cair
tomato puri/tomato sos (sikit je)
1 biji tomato buah
Rempah beriani (2 sudu besar)
Daging lembu (potong dadu, besar mana ikut suka)
2 biji kentang potong empat
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
garam

Cara memasak:-

Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.
Masukkan bahan kisar seperti bawang, halia, bawang putih dan lada hijau.
Masukkan rempah beriani.
Tumis hingga rempah masak atau naik baunya.
Masukkan daging dan kecilkan api, renehkan.
Masukkan kentang, tomato puri.
Bila daging dah lembut masukkan susu cair.
Akhir sekali kalau ada daun pudina, daun ketumbar dan kacang peas boleh masukkan.
Jika daging belum empuk, tambah air biasa.
Masukkan juga buah tomato yang telah dibelah2.



Tengok rupa macam kurma' tapi tak guna pun rempah tu. Sebenarnya masakan macam ni sedap makan dengan nasi beriani/nasi minyak. Tapi dek kerana nak sangat mencuba, belasah je la dengan nasi putih pun.



nota pb: kalau ada kesilapan, maaf la ye, kita pun bukan pandai sgt..

Daging Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya pb baru balik dari sekolah adik ipar, hantar nasi ayam yang dia order. Lepas tu singgah kfc, mengisi perut yang dari pagi kosong. Pukul 12 baru sarapan tu........hubby kata pagi tadi dia nak cuti. Sedap2 menjilat ayam kfc, tetiba dia kata kena pergi sekolah jugak. Laaaa.........ayam seketul tak habis lagi, dah kena tapau pulak sebab dia nak kejar masa. Terpaksa pergi kerana sebab2 tertentu. Pb pun jadi terputus selera nak makan lagi. Terus semua bungkus bawa balik.......aduiii..

Kali ni pb nak share masakan daging yang pb selalu masak kat rumah. Simple je masakannya tapi anak pb suka sangat sebab takde cili langsong. Ada hijau2 sikit tu saja pb tambah cili potong2, kasi kaler biar menarik. Kalau kat Kelantan, daging goreng macam ni memang popular cuma pb tak tau cara masaknya sama atau tidak.



DAGING GORENG

1/2 kg daging lembu (potong jangan terlalu tebal/besar)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
garam
kunyit
sedikit gula

1. Basuh bersih daging yang telah di potong.
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Perap daging bersama halia, bwg putih, garam, gula, kunyit, serbuk ketumbar dan jintan.
    (pb perap lama dari pagi hingga ke petang)
4. Panaskan minyak untuk menggoreng daging tadi dengan api kecil.
5. Masak sehingga daging empuk (pb masak lebih kurang 1 jam sebab nak betul2 empuk)
6. Jika airnya kering, tambah air.
7. Akhir sekali boleh la masukkan bawang besar yang dihiris kasar2 bersama cili hijau.


Makan daging goreng ni tak payah kuah pun takpe, curah kicap botol tu pun dah cukup menyelerakan.

Grilled Steak & Mashed Potato....omputeh la pulak!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak makan style omputih plak la! Asyik nasi....bosan tau.....seminggu ada 7 hari, direct makan nasi. Mana boleh tahan kan?
Semalam aku, konon2nya nak makan steak tapi yang ada dalam simpanan ku cuma daging sekilo. Aku tak tau orang buat steak tu guna daging apa. Aku belasah je daging yang biasa ku beli kat pasar tu. Tapi ni bukan daging sejuk beku, ni fresh punya.

Cara potong pun main hentam je. Takde la aku habiskan sekilo tu, potong dalam 4-5 keping. Daging aku perap semalaman (rasanya lebih semalaman, petang Selasa hingga ke petang Rabu). Resepi asal aku ambil dari blog...Potretkasih

GRILLED STEAK
4 keping daging steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili/tomato
1 sudu makan lada hitam (tumbuk)
2 ulas bawang putih

Semua bahan di lumur pada daging dan simpan semalaman (perap)
Letakkan minyak zaiton semasa di bakar (kebetulan memang ada minyak zaiton kat rumah, lebih sedap dari minyak biasa)
Serius, aku punya daging memang tak menarik.......tapi dek keinginan mencuba, teruskan juga walau ada 'liat-liat' sedikit. Bagaimanapun aku masak, orang berdua tu makan je, tak banyak kerenah. Senang nak jaga mereka ni.......


Kat gambar atas tu ada kentang putar kan? Itu pun aku ambil resepi dari Potret Kasih juga. Anak ku kata, macam pernah makan kat Kenny Rogers la ibu.......wah....bangga ni kalau dapat pujian dari anak dan suami. Anak ku kata lagi, sebab cakap macam tu, nak bagi semangat kat ibu! hehe....terima kasih anak ku!

MASHED POTATO

2 biji kentang di rebus
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
Lada sulah dan garam

Caranya: campurkan semua bahan dan panaskan atas api kecil. Sebenarnya susu cair kat rumah ada sikit, malas nak buka yang lain, aku tambah dengan susu pekat dan sedikit air. Kacau rata.
Resipi ni aku lupa nak copy paste dari blog Potret Kasih, tapi takpe la.......sama kot cara dia dengan yang aku buat tu.


Bagus ni untuk orang yang nak diet, tapi kalau perut aku memang tak boleh la.......kejap2 nak makan, kejap2 nak ke dapur.....camne tu?

Daging Goreng Krisek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Cuaca mendong seharian ni, rancang nak keluar pun tak jadi. Tak best jalan kalau basah2 kan? Jadi, aktiviti kami hanya tengok tv dan layan cerita2 yang ada dalam simpanan. Aku pula tercari2 resepi nak masak daging, bosan asyik masak kari je. Daging dalam peti dah lama aku keluarkan pagi2.

Akhirnya aku jumpa resepi dalam Saji Online (kredit to Saji kerana resepi yang sedap ini)

Kita share resepi ni kat sini. Daging yang aku masak ni tak letak bunga lawang dan cengkih (saje taknak letak).


Bahan2 di perlukan:

600 gm daging batang pinang (dipotong nipis)
1/2 biji kelapa utk kerisik (aku guna yang beli je)
1 senduk sos tomato
1/2 senduk kicap cair
1 sudu besar gula
1 cwn santan
1/4 cwn air asam jawa
4 kuntum bunga cengki - tumbuk halus
2 kuntum bunga lawang - tumbuk halus
Garam
Bawang goreng dan kacang pis utk hiasan.

Bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
2 tangkai daun kari (yg ni aku takde, biasa la rumah macam rumah aku mana ada tanah nak tanam?)

Bahan kisar:
(Di goreng dulu dengan sedikit minyak)
15 tangkai cili kering (aku tak letak banyak sebab anak tak suka pedas)
10 ulas bawang merah
2 cm halia

Cara menyediakannya:

Gaulkan daging dengan bahan2 kisar, bunga lawang, cengkih yang ditumbuk halus tadi, sos tomato, kicap cair, gula, garam, kerisik dan air asam jawa. Kacau hingga rata dan perap selama sejam.

Panaskan minyak dan masukkan bahan menumis tadi, bila naik baunya, masukkan daging dan masak dengan api yang perlahan hingga daging empuk.

Kemudian masuk santan dan kacau rata.

Bila kuah pekat, taburkan bawang goreng dan kacang pis.