my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

TALAM PANDAN

Puas rasa hati sebab kuih talam yang ku buat pagi tadi menjadi. Sebenarnya aku fobia sikit kalau sebut kuih talam, tak kira la talam apa pun. Dalam soal kukus mengukus ni aku kurang cekap, lagipun kalau silap apinya terkecil atau besar, lain pula jadi kuihnya. Tadi, aku kukus dengan api yang sederhana je...........


Resepi ni dari Puan Norzailina (aku jumpa di alaf21). Silalah.....sesiapa ingin mencuba!!


TALAM PANDAN
adunan bahgian bawah:-
2 cwn tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
4 cwn air biasa
1 cwn jus pandan
1 cwn gula pasir
pewarna hijau
cara:-
Gaul semua bahan dan kacau atas api (jangan sampai adunan pekat)
Masuk dalam loyang yang di sapu minyak dan kukus selama 25 minit.
adunan bahgian atas:-
3/4 cwn tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3 cwn santan
sedikit garam
cara:-
Gaul semua bahan dan tapiskan. Panas atas api (jangan sampai pekat) dan kacau sekejap.
Tuang perlahan2 atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah sejuk, baru di potong.

BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT


Pagi minggu kami sarapan diluar. Setakat nak makan tiga orang, malas pula nak memasak. Bila tak masak pagi, kenalah masak untuk tengahari kan? Jadi, tengahari tu aku masak lontong, dah lama tak buat kesukaan Aziz ni. Tapi lontong aku takde kuah kacang sebab aku nak kurangkan makan kacang, katanya boleh mendatangkan angin dalam badan.
Petang........aku buat bubur nangka dan bebola tepung pulut, resipi dari buku RASA edisi bulan Ogos. Kita kongsi resipi ni............
BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT
Bahan:-
50 gm nangka
100 gm tepung pulut
20 gm attap seed
200 gm santan
10 gm biji selasih
5 gm daun pandan
100 gm gula batu
2 gm garam
air secukupnya
Cara memasak:-
Tepung pulut di uli dengan air dan sedikit garam. Kemudian dibentuk bulat2 sebesar bola ping pong. (aku takde la buat besar tu......agak2 boleh sekali suap sudah)
Masukan isi nangka ke dalam adunan tepung pulut dan di rebus hingga masak.
Kemudian didihkan santan bersama gula batu dan daun pandan.
Masukkan garam, biji selasih dan sagu. Kacau seketika.
Akhir sekali, masukkan bebola tepung pulut tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
nota: aku takde daun pandan, takde biji selasih dan gula batu. ganti dengan pandan paste, gula pasir je. sedap jugak.........tinggal sikit je dalam peti ais tu.

Seri Muka (bukan petua ye....)


Kuih tradisional yang paling aku suka ialah kuih serimuka. Kenapa dinamakan serimuka? jangan tanya aku..........sejak zaman berzaman, tulah namanya.

Aku memang tak boleh tengok kuih ni.........mesti teringat kakak ku sebab dia yang pandai buat dalam keluarga kami. Sorang lagi yang aku suka beli kat dia bila malam minggu di semenanjung, aku panggil dia 'abang janggut'......hehe....memang janggut dia panjang berjuntai.......tapi, bukan dia la yang buat, dah sah-sah isteri dia buat.

Di kawasan aku tinggal ni aku tak jumpa lagi di pasar tamu kuih ni yang betul2 menepati selera aku. Tengok rupa kuih, memang sedap dan cantik tapi bila rasa............macam2 yang tak kenanya!! Jadi, daripada aku beli tapi menyakitkan hati, baik aku buat sendiri.

Malam tadi, aku tak tolong suami tusyen (selalu aku tolong sikit2, tolong tengokan mana yang tak boleh membaca). Lepas sembahyang maghrib, aku terus kedapur. Sebelum tu aku talipon kakak, tanyakan satu dua perkara untuk kepastian sebab kalau ikut dalam intenet kekadang tak semua lengkap.

Ini resepi daripada ibufarzana myresipi.com. Ada yang aku tak ikut sangat adunannya.


KUIH SERI MUKA
Guna loyang 24 cm @ 91/2 inci
(aku tak tau loyang aku tu berapa ukurannya, ada 2 je kat rumah, cukup ke tak inci dia aku main belasah je)
Bahan bawah:-
2 cawan beras pulut (aku rendam sekejap dlm 10 minit)
75 ml santan pekat
225 ml air
1 sudu teh garam
Bahan atas:-
2 biji telur
125 ml santan pekat
75 ml air
4 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1/8 sudu teh pewarna hijau
Cara:-
Sediakan dulu alat pengukus dan pastikan air mendidih.
Basuh beras pulut, toskan dan campur santan, garam, gaul rata.
Pindah keloyang. Kukus selama 20 minit. Buka, kacau rata dan kukus lagi selama 10 minit hingga masak.
Setelah kukus, mampatkan pulut dengan senduk nasi dan ketepikan.
Sediakan bahan bahagian atas sementara mengukus pulut.
Masuk semua bahan dalam pengisar. Keluarkan dan masuk dalam periuk. Bahgian ni takde dalam resipi ibufarzana, aku masak sekejap (ikut macam kakak buat) kemudian tapis.
Tuang keatas pulut dan kukus lagi selama 45 minit. Guna api sederhana kecil. Ketika mengukus, penutupnya kena selalu dibuka untuk mengelakan air drp menitis keatas kuih.
Dah siap........bila2 boleh buat lagi....tak payah beli kat orang. Terima kasih ibufarzana.