my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bubur. Papar semua catatan

Durian Sipitang si bubur kacang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDA,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi...... baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Apa aktiviti korang di hari minggu? Shopping, biasa la tu..........ngabiskan saki baki duit, ye tak? Bulan ni gaji awal kan? Seronok tu, seronok le tapi nak tunggu hujung bulan depan, parah jugak.

Pagi ni pb pergi Gaya Street, tengok2 je, balik kekereta tetiba kiri kanan jimbit buah limau bali dan jambu madu. Hajat nak cari durian tapi macam mahal je. Kat sini harga pelancong.

Balik rumah, hati teringat2 nak makan bubur kacang letak durian. Pergi pulak pasar tamu. Wah...ada orang jual kat lori la, ramai yang kerumun. Katanya durian Sipitang. Pb tak pernah lagi makan durian ni. Kami beli selonggok ada 6 biji, RM20. Sampai je kat rumah, terus kopek, huhu......sedaaaap sangat! Dua biji makan macam tu je, sebiji lagi buat bubur kacang. Bagi jiran sebelah semangkok. 3 biji lagi simpan dulu, ingat nak buat cekodok durian, asyik tengok kat blog orang je, mana boleh tahan?


Ok la setakat kami berdua, anak pb tak berapa suka dengan durian. Makan pun sebab dipaksa.

 Isi putih, manis rasanya. Ni pb buat bubur kacang separuh.

 Anak pb pelik kalau durian warna putih isinya. Bagi dia isi durian semua kuning........hehe....jangan otak kuning sudah ler!

Tadaaaa.....bubur kacang seperiok dah masak, jemputlah datang kerumah pb.


nota pb: durian ni katanya durian Sipitang, jangan ada yang pertikaikan ye!

Sarapan pagi, Bubur Harisa jadi bubur pb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ini sarapan pagi semalam tapi tak sempat nak update malam tadi, asyik betul menonton MasterChef sampaikan ketepi aktiviti pb, berblog dan facebook. Banyak juga perkara boleh belajar dari situ dan boleh dipraktikkan dirumah kita.

Ok, bubur ni asalnya bubur harisa (seperti dalam buku tu, Citarasa Malaysia). Tapi disebabkan takde daging dan malas nak tunggu cik ayam keluar dari peti, pb gunakan sotong sebagai ganti. Mulanya was-was juga nak buat tapi kalau tengok Masterchef tu, dalam beberapa minit je mereka dah ada idea nak buat apa. Ni buku dah depan mata pun masih teragak2 nak buat.

Bubur ni untuk sarapan pagi dan mungkin sesuai untuk orang 'sakit' kot. Resipi seperti dalam buku dah diubah sedikit.

1/2 gelas beras dijadikan bubur
2 biji telor
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit rempah kari
Sotong/ayam/daging (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat

Setelah nasi menjadi bubur, masukkan santan dan daging/ayam/sotong.
Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang besar yang dah di racik (potong dadu je) dan rempah kari.
Kemudian setelah masak, masukkan dalam bubur tadi.
Biarkan hingga masak, kacau rata dan perasakan garam. Siap.
Telor tadi dibuat dadar dan potong memanjang.


Letakkan diatas bubur telor tu bersama ikan bilis goreng dengan lada hijau dan bawang besar. Pb tambah juga dengan timun di racik halus. Sedia di makan.

Candil Pulut

Salam sejahtera di hari Jumaat yang mulia pada semua teman2.

Semalam pb bongkar-bongkar majalah lama. Selalu memang suka simpan majalah terutama majalah yang ada masakan. Mood memasak minggu ni amatlah rajinnya!! Mungkin sebab kebosanan sorang dirumah walaupun anak ada tak sekolah, asyik tidur je, demam masih berbaki.

Pb ambil resipi Candil Pulut ni kat majalah RASA. Tak tau asalnya dari mana, mungkin pantai timur? Resipi ni sesuai sangat untuk berbuka puasa. Bahan-bahan pun tak susah.

Untuk menyedapkan lagi Candil Pulut ni, pb guna gula merah yang ni....


CANDIL PULUT
sumber Majalah RASA

Bahan A:
200 gm tepung pulut
50 gm tepung beras
100 air atau lebih
200 gm gula melaka (pb guna 4 keping gula nisan)
1 liter air (pb kurangkan sebab 'penduduk' dalam rumah cuma 3 orang)

Bahan SOS
200 ml santan
300 ml air
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan (pb guna paste pandan)
1 sudu teh tepung jagung (digaul dengan sedikit air)
Masak semua bahan hingga mendidih.

Cara memasak:
  1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit hingga sebati.
  2. Bentukkan seperti bebola dan ketepikan.
  3. Masak gula melaka dengan air dan biarkan hingga gula larut dan mendidih. Tapiskan.
  4. Didihkan sekali lagi dalam periuk dan masukkan bebola tepung tadi hingga terapung. 
  5. Angkat dan hidangkan bersama sosnya.


Candil pulut yang dah dimasak bersama gula melaka tadi.....

 Dah letak sosnya, jemputlah makan.......tak terlior ke??



Sos candil pulut lepas dimasak. Ni kalau tak habis kena masuk peti ais...

Lepas makan candil pulut ni kena minum air masak. Sebab dia manis, tak sesuai dengan air manis pulak...

Pengat Keledek Pepel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pernah buat ke? hehe....kaler pepel lagi tau.....i like!!

Petang semalam aku beli keledek kaler oren dan purple, RM3 sebungkus, banyak tu....
Hubby kata buatlah pengat, tekak teringin nak makan. Esok nak puasa dah (hari ini le).

Lama aku tak buat pengat keledek. Nak buat pengat ni kena keledek yang manis, baru sedap.
Entry ni aku tulis lepas balik dari pasar. Nak tau tak? Kat pasar KK tadi ramai yang tutup gerai, kenapa eh? Boikot ke? Aku tengok kerusi dan barang2 niaga elok je telungkup. Banyak gerai yang kosong, ikan pun tak banyak. Mahal pulak tu. Ikan baulu yang biasa sekilo RM5 jadi RM10. Ikan kecil2 pun naik harga. Tu belum pi tanya sotong dengan udang. Dua tiga hari ni baik makan ayam dan daging. Harga lebih kurang je.

Ok balik pada resipi pengat keledek. Ni resipi sendiri ye. Nak cuba pun boleh. Untuk makan 2/3 orang.

Keledek manis 2 biji (potong dadu dan rebus), akak guna keledek kaler oren dan purple
Gula nisan yang kecil 1 keping setengah.
Gula pasir 2 sudu
Santan pekat 1 1/2 cawan
Kalau ada daun pandan boleh letak
Sago biji dalam sesudu

Mula-mula rebus keledek bersama gula nisan. Jangan terlalu empok, nanti hancur pula.
Kemudian masukkan santan dan gula pasir.
Sentiasa di kacau supaya tak pecah santan.
Akhir masukkan sago biji. Kacau hingga sago kembang.


Pengat keledek manis ni memang sedap. Ada lagi kat dapur tu, ingat nak try buat kuih talam pulak.
Nak gi cari resipi ni......

Pengat Pisang (favourite mak aku)

Salam Sejahtera....

Bila puasa ni, tekak nak makan yang manis2 je......puasa sehari...nak makan macam2, mana tak menembam? Kebetulan jiran sebelah bagi pisang nipah, memang sampai hajat aku nak makan pengat.

Bila buat pengat pisang, teringat kat mak aku. Dia suka sangat pengat pisang. Kalau buat tu, seperiok besar (cucu2 ramai tumpang semangkok)



Disebabkan aku kehabisan idea nak update blog, ni saja la hidangan ku untuk tatapan semua. Nak tulis resepi......semua orang dah tau....resepi aku ni pun simple je, takde daun pandan pun.

Pisang sesikat (aku suka belah empat pisang tu dan potong dua)
Gula merah/melaka (kalau kat Kelantan, gula dia lagi sedap, aku ada stok bnyk sebelum ni)
Gula pasir sikit (gula merah tu tak berapa manis)
Kalau ada daun pandan, lagi bagus.
Sagu biji sikit (mak aku kalau takde sagu biji, muncung je muka dia)
Santan ikut suka (aku tak suka pekat sebab dah ada sagu biji)
Masak hingga pisang jadi lembut, baru angkat.

Dah siap pun.....

Makan masa musim hujan2 ni, sedapnya!!

BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT


Pagi minggu kami sarapan diluar. Setakat nak makan tiga orang, malas pula nak memasak. Bila tak masak pagi, kenalah masak untuk tengahari kan? Jadi, tengahari tu aku masak lontong, dah lama tak buat kesukaan Aziz ni. Tapi lontong aku takde kuah kacang sebab aku nak kurangkan makan kacang, katanya boleh mendatangkan angin dalam badan.
Petang........aku buat bubur nangka dan bebola tepung pulut, resipi dari buku RASA edisi bulan Ogos. Kita kongsi resipi ni............
BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT
Bahan:-
50 gm nangka
100 gm tepung pulut
20 gm attap seed
200 gm santan
10 gm biji selasih
5 gm daun pandan
100 gm gula batu
2 gm garam
air secukupnya
Cara memasak:-
Tepung pulut di uli dengan air dan sedikit garam. Kemudian dibentuk bulat2 sebesar bola ping pong. (aku takde la buat besar tu......agak2 boleh sekali suap sudah)
Masukan isi nangka ke dalam adunan tepung pulut dan di rebus hingga masak.
Kemudian didihkan santan bersama gula batu dan daun pandan.
Masukkan garam, biji selasih dan sagu. Kacau seketika.
Akhir sekali, masukkan bebola tepung pulut tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
nota: aku takde daun pandan, takde biji selasih dan gula batu. ganti dengan pandan paste, gula pasir je. sedap jugak.........tinggal sikit je dalam peti ais tu.

Bubur kacang


Dah lama aku tak buat bubur kacang. Kebetulan ada kacang hijau. Santan pun ada, elok la tu......

Buka peti ais, ternampak labu manis......hemm.....baik aku campurkan dgn kacang hijau. Mana tau, kot-kot sedap? Tapi sedap ke tak sedap, bukan ada orang lain nak makan, cuma aku berdua je.............


Dah siap masak.....haaa.......tukang masak la kena rasa dulu!! boleh tahan la...........