“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
TALAM PANDAN
BUBUR NANGKA & BEBOLA TEPUNG PULUT
Seri Muka (bukan petua ye....)
Kuih tradisional yang paling aku suka ialah kuih serimuka. Kenapa dinamakan serimuka? jangan tanya aku..........sejak zaman berzaman, tulah namanya.
Aku memang tak boleh tengok kuih ni.........mesti teringat kakak ku sebab dia yang pandai buat dalam keluarga kami. Sorang lagi yang aku suka beli kat dia bila malam minggu di semenanjung, aku panggil dia 'abang janggut'......hehe....memang janggut dia panjang berjuntai.......tapi, bukan dia la yang buat, dah sah-sah isteri dia buat.
Di kawasan aku tinggal ni aku tak jumpa lagi di pasar tamu kuih ni yang betul2 menepati selera aku. Tengok rupa kuih, memang sedap dan cantik tapi bila rasa............macam2 yang tak kenanya!! Jadi, daripada aku beli tapi menyakitkan hati, baik aku buat sendiri.
Malam tadi, aku tak tolong suami tusyen (selalu aku tolong sikit2, tolong tengokan mana yang tak boleh membaca). Lepas sembahyang maghrib, aku terus kedapur. Sebelum tu aku talipon kakak, tanyakan satu dua perkara untuk kepastian sebab kalau ikut dalam intenet kekadang tak semua lengkap.
Ini resepi daripada ibufarzana myresipi.com. Ada yang aku tak ikut sangat adunannya.
Kenapa, mengapa...apa dah jadi?
Boleh jadi ke macam ni tiap2 minggu? Apa la yang dia orang buat ni........agaknya ada sebuah je lori angkat sampah kot?
Ni la yang aku tak suka........hari2 kena fikir, kena jengok2 kat luar tu......macam tunggu boyfriend pulak. Tunggu punya tunggu......tak terjengol jugak......sampah makin menimbun. Orang sebelah rumah pulak tengah renovate rumah dia, jadi dia tumpang letak tong dia kat rumah aku. Bertambah la bungkusan2 depan rumah ku.
Minggu lepas, makcik sebelah tanya bebudak yang angkat sampah........"mana korang pegi? tak datang2 aku tunggu"
"lori rosak cik!!" saje la alasan tu......"pekerja pun tak cukup, ada yang cuti sakit la.." alasan lagi.
Dah tu.......apa alasan dia orang minggu ni?
Kekadang aku kesian jugak kat mereka ni. Dah la keje angkat sampah (nasib baik dia orang nak keje macam ni) pulak tu......takde safety aku tengok.....takde sarung tangan getah, safety boot takde (pakai seliper je) mana la tak sakit, kuman kotoran masuk dalam kuku.
Kek Zebra kak zie
kek selepas di potong
Pagi tadi aku bangun awal sebab abg Ramli minta buat nasi lemak untuk 30 orang. Sebenarnya plan asal, aku nak masak nasi lemak sambal udang dan rendang ayam untuk makan 4 atau 5 orang je. Dah terlanjur nak buat tu, dia suruh buat sekali untuk budak2 yang nak pergi berkelah di pulau mana tah............
Petang.........aku rasa tak cukup kek carrot tempohari untuk kakak bawa balik semenanjung. Jadi, aku cuba resepi dari kak zie, resepi.net. Nampaknya menjadi............sedap pula....kalau potong pun nampak cantik, licin je.......
Kalau kak zie terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih la.......kerana 'cik abe' aku tu pun puji........
SELAMAT PANJANG UMUR KAKAK
SELAMAT PANJANG UMUR KAKAK
Lepas tolong angkat barang kebilik baru, rupanya ada surprise untuk kakak..........ada kek harijadi......laa...aku pun lupa birthday dia. Sedangkan selama ni aku selalu ingat birthday adik beradik. Dalam lima orang adik beradik ku, aku sorang je bulan october (tu pasal lain skit...hehe..) mereka semua sambut birthday bulan julai.
Sambung balik kisah tadi. Rupanya, dia pun lupa birthday sendiri. Kami berempat pun potong kek dan bergambar untuk kenangan dalam bilik hotel. Aku pula tak bawa kamera. Handphone ada tapi nak save kat komputer tu yg problem sikit. Takpe, nanti aku suruh abg Ramli emailkan.
Di sini........aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mereka kerana selama mereka disini, aku benar2 gembira. Bukan sebab selalu belanja makan diluar tapi aku ada teman untuk luah segala masalah selama berada di Sabah. Sebelum ni hanya handphone sebagai penghubung, tak puas rasanya.
Akhir sekali...........selamat panjang umur dan murah rezeki pada kakak ku yang tercinta. Moga kehidupan kalian diberkati, di rahmati dan kekal berdua hingga keakhir hayat. Amin.
KEK CARROT KURMA
sedap rasanya.....walaupun tak banyak gula, disebabkan kismis dan kurma, dah cukup manis
Dalam pada sibuk melayan kakak yang bercuti disini, sempat juga aku buat kek carrot malam tadi. Tapi.......tak cukup satu loyang aku rasa........maklum la.....famili aku disana ramai. Masalahnya nak bawa naik kapalterbang tu satu hal, barang dia banyak pulak tu..........takpe....mungkin kalau dipotong kecil2 dan masuk dalam tupperware akan memudahkan dia.
Resepi kek carrot ni ku ambil daripada kakak kita yang baru2 ni keluar tv3.........sape lagi? Puan Hanieliza la...........tapi aku ubah sedikit sebab ada bahan yang takde kat rumah. Bagaimanapun.......tetap sedap dan aku suka......terima kasih kak Hanieliza.
KEK CARROT KURMA
250 gm butter
150 gm gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200 gm carrot - parut/celur/toskan
100 gm prune cincang (aku ganti dgn kurma)
50 gm kismis
230 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis (yg ni tak letak, takut bebudak tak suka)
Cara:-
Panaskan kukus. Aku tak kukus sebab lebih suka bakar.
Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukan telur satu persatu dan pukul lagi.
Masuk esen vanila.
Masukan tepung gandum.
Kemudian masukan carrot, kismis dan buah kurma cincang tadi. Gaul sebati.
Lapik kertas loyang yang di lenser minyak dan bakar hingga kekuningan.
Makan dan shopping sakan!!
Ahad lepas, kakak ku shopping sakan. Masa bersiar2 di One Borneo, dia dan suami berkenan pula beli satu set dapur dan periuk jenama 'FRICO'. Lama juga kami disitu. Tau je la kalau pekerja dia orang bercakap, segala2nya nak di terangkan. Sebenarnya aku pun baru guna dapur ni...........sejak raya cina lepas........senang dan cepat memasak.
Masa kami beli dulu cuma dapat free mug, kali ni kakak dapat botol pula, cantik jugak kan........aku yang takde kena mengena pun dapat satu set (2 botol). Kiranya kakak ku balik nanti............penuh la nak jinjing kiri kanan. Tapi takde masalah rasanya sebab pekerja abang ipar ku ramai berkursus di sini. Dia orang boleh tolong bawa barang sorang satu.
Award dari Kakrosejambu
Kejutan dari famili
Hari jumaat lepas aku dapat 'kezutan' dari abg ipar ku. Malam sebelum tu dia call........nak kirim rempah ke tak? apa2 je yg takde dia suruh sms. Dalam hati ku......dia ada kerja lagi kot kat Sabah.......esoknya aku sms kakak, takyah susah2 beli apa2 sebab kat sini pun ada cuma kekadang tu ada juga barang yg takde. Tapi takde masalah............
5 ptg aku tengah goreng cucur badak, ada call........
abg ipar ku rupanya..........."mlm ni kita nak datang makan tau..........4/5 orang kot"
aku....."haa? biar betul ni? kat rumah takde lauk sekarang ni........esok baru nak pergi pasar tamu"
abg ipar........"alah.....masak simple2 je. masak tau!"
Sudip ku letak, terus bersiap cari barang keperluan di Survey (ni je supermarket yg dekat dgn rumah). Tak sampai 1 jam shopping, bergegas balik sebab plan nak masak nasi ayam. Bagi aku nasi ayam paling mudah, tak banyak kerja sangat.
7.30 mlm dia call lagi, tak tau jalan nak kerumah walaupun sebelum ni dia dah sampai. Suami ku pergi jemput. Sampai dirumah ku, barulah aku tau ada kejutan yang di bawa........kakak ku rupanya ada sama. Betapa gembiranya aku dapat jumpa dia, rindu ku pada famili terubat juga. Walaupun mak tak bersama, tak kisah la.........sekurang2nya aku dapat juga mendengar berita keluarga di semenanjung.
Ada satu beg kiriman dari keluarga seperti biskut, rempah, kopi dan paling aku tak sangka, kakak ipar ku kirim roti canai segera buatan mereka. Roti canai abang ku memang sedap dan aku rasa tiada tandingan di kawasan kediaman mak tu.
Malam tu kami makan malam sambil sembang banyak perkara. Walaupun aku penat, aku puas hati dan gembira. Kakak ku bermalam di hotel KK. Bukan aku tak pelawa tapi dia pun faham agaknya, rumah ku ni tak lengkap lagi. Kalau dia tidur sini, aku hanya boleh bentangkan toto......hehe....katil bilik sebelah takde lagi......
Aku harap mereka semua puas hati makan malam di rumah ku. Ye la.......masak takde sedap mana sebab nak cepat. Esoknya kami rancang ke pasar besar KK sebab abg ipar ku nak makan ketam pulak. Ish....ish....baru makan malam, dah rancang nak makan apa esoknya......dia orang ni kalau datang memang suka cari tempat makan yang best2 di Sabah.
Kek Pisang Koko
Aku suka....
Maria oh Maria...
selepas ni mungkin akan ada lagi sesi 'geder2'
Sebelum berjumpa dengan Maria ni, aku dah berbalas sms. Walau tuannya belum ku kenal, aku andaikan dia seorang yang peramah, mungkin........
Takde apa yang aku bawa sebagai buah tangan untuk Maria. Maaf la Maria, barang2 dalam rumah banyak yang takde. Nak buat kek pun tak sempat, lain kali ye......
Hari jumaat tu (pagi), aku dan suami survey dulu kat mana rumah Maria ni. Maklum la, kami baru disini, kalau nak cari rumah malam2, takut tak jumpa. Bila pergi malam sabtu tu.........aku tengok sunyi je......salah rumah ke? Aku tak tau majlis apa Maria buat ni, birthday party kot........rupanya saje nak makan2 dengan kawan2. Hai....rajin betul Maria ni......dah la dia kerja malam..........ada cuti kena layan tamu pulak.....
Lama juga aku dan keluarga dirumah Maria (kami dekat je, tak sampai 10 minit dah sampai rumah) Ada beberapa keluarga yang dijemput seperti Mama Tiara......errm....yang dua orang lagi tu aku rasa jarang jumpa di blog. Mungkin dah lama kenal dengan Maria kot. Paling riuh bersembang dah tentu la kaum suami..........macam dah kenal lama je aku tengok!!
Aku ni pemalu sikit orangnya. Pertama kali kenal rasa kekok juga tapi Maria ni lemah lembut orangnya, tak macam aku......hehe....biasa la orang keje jururawat ni kena la lemah lembut kan? kalau tak....... mau tambah sakit orang dalam wad......
Orang perempuan ni kalau sembang dah tentu pasal kuih, tupperware, anak2 dan hal2 rumahtangga. Riuh dengan keletah anak2. Paling ligat sicomel Damia (anak Isma)
Lepas ni kalau nak buat majlis apa2, kena bagitau awal2 tau Maria. Boleh la bawa buah tangan serba sedikit, takde la datang melenggang je........
Tandatangan!!
Aku selalu skoding blog cikgu Fadlah.......banyak faedah yang aku dapat dari sini......(promote nih!!). Bukan Fadlah aje, ramai lagi rakan2 lain yang lebih arif tentang komputer, aku dengan tanpa malu tanyakan macam2 soalan. Kekadang rasa bodoh sangat aku ni........
Tadi....aku cuba buat tandatangan......seharian jugak la ngadap komputer. Dah la 3G kat sini mcm siput lembabnya!! Masalahnya, bila dah dapat signature yang aku nak tu, tang nak save ke photobucket yang aku fail. Susah sangat...........aku save di computer dan upload ke photobucket. Lepas tu......haa...yang ni aku blurr.....asyik tak menjadi je....
Apa pun aku akan cuba lagi hingga berjaya..........