my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Koci Labu

Salam Sejahtera....

Ni first time aku buat kuih koci menggunakan labu. Tapi labu yang aku beli di pasar KK tak berapa cantik rasanya, banyak air. Ada satu jenis labu yang sedap, lupa namanya. Labu tu kecil dan comel je bentuknya. Takpe la, percubaan pertama tak menjadi sangat. Kena pulak tengah2 uli, tepung pulut tak cukup......ish...ni yang aku malas ni, rasa nak campak ke tong sampah je. Dah la labunya berair, tepung pulak habis. Terpaksalah cik abe yang tengah layan anak main game pergi kedai kejap.



Disebabkan koci aku tak berapa nak menjadi, aku pun malas nak salin resepi, main ingat kat otak je. Maaf la ye........aku lupa resepi dari siapa ni.....bagaimanapun terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi.

Koci Labu

Labu yang di kupas dan rebus
Tepung pulut secukupnya
Daun pisang yang di salai

Inti koci
Kelapa parut
Gula Melaka dan gula putih
(masak gula dengan air, bila hampir kering, masukkan kelapa parut)

Sebenarnya aku tak ikut sangat seperti yang aku baca kat internet. Untuk salut kuih koci tu, aku masak santan pekat dengan 2 sudu tepung beras. Bila hampir pekat, tutup apinya. Setelah doh dibulatkan dan isi inti kelapa di dalamnya, aku tak rebus dengan air panas macam yang di ajar. Aku terus masuk dalam daun pisang, balut lebih kurang (bab2 membalut kuih dgn daun pisang memang aku tak pandai, tak cantik langsung, tu pasal masa ambil gambar aku buka kulitnya) Kemudian letakkan sesudu santan pekat tadi ke atas kuih tadi. Kukus sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)