Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Maaf pada teman2 yang lama tak ku kunjungi, lebih2 lagi blog masakan. Masa benar2 tak mengizinkan aku blog walking walaupun di malam hari. Sebagai surirumah 'terbaik', hehe......baik ke? semua kerja aku kena uruskan. Bukanlah maksudnya che abe tak buat kerja. Dah dia sorang cikgu, tentulah lagi serabut kepala. Bila di rumah, pasti nak rehat secukupnya. Aku pula taknak menyusahkan dia. Kalau benda kecil, takkan dia nak buat juga kan?
Jadi surirumah ni, mencabar sebenarnya.........dan lelaki 'seharusnya' tabik 'spring' kat orang2 macam aku ni.
Pagi > sediakan air panas untuk mandi (samada diri sendiri, anak atau suami sebab sekarang ni musim sejuk de!!) Lepas tu, siapkan sarapan serta baju dan lain2 untuk dia ke sekolah. Kemas tempat tidur sebelum aku pun turut sama kesekolah (hantar anak)> time ni aku memang selalu ada sama kesekolah. Biarlah orang nak kata apa pun. Sebabnya.......lepas hantar anak biasanya aku dan che abe akan ke pasar KK untuk cari barang keperluan tempahan kuih karipap dan kasturi. Bisnes kecil je....
Tengahari > prepare untuk makan petang pula. Walaupun hanya tiga 'umat' je, kena prepare awal sebab aku tak suka hubby balik aku masih terkial2 nak masak.
Petang > kena tengok homework anak atau apa yang harus dia buat, sambil layan cerita kat tv.......hehe....nak jugak hiburan, kalau tak.....naik mengong kepala aku ni. Lepas dia sembahyang asar (belajar satu jam je) ajar mengaji pulak. Dulu aku sarankan lepas maghrib tapi ubah disebabkan aku nak layan cerita Kejora dan Bintang. Jadi, anak murid kena ikut ustazah la kan?
Malam > 6.30 pm masa untuk makan. Kami jarang makan melebih waktu 8.00 pm. Nak jaga kesihatan kononnya. Che abe ada tution pukul 7.00 pm, jadi kelam kabut lepas makan kemas meja sebab budak2 tu guna untuk tusyen (tiga orang je)
Aku pula lepas maghrib, sambung lagi mengajar anak apa yang perlu. Samada math, science, english dan bm. Kalau setakat kelas rendah, boleh la jugak. Mana yang tak tau, aku pass kat che abe. Kekadang sekali sekala dia takde tusyen, aku minta dia ajar anak tapi dia tolak kat aku juga. Adoi.......kiranya aku ni......tukang masak pun aku, tukang basuh pun aku, tukang kemas pun aku.......cikgu pun aku? Dia gelak aje kalau aku komplen, semua saya kena buat...bla...bla...bla...
Kata dia.....'ibu kan rajin dan kuat kerja......"
Aku > ala....nak bodek la tu....aku ni pantang di puji sikit, semangat nak buat semua. Tapi aku tak pernah simpan dihati dan aku ikhlas dengan apa yang aku lakukan. Mudah2an di berkati olehNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)