my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Asam Pedas Ikan Baulu dan Nenas

Salam sejahtera semua......

Berita mengejutkan pagi ni (berita hangat la...) Safee Sali berpisah dengan isterinya Sabrina. Orang kata takde jodoh, harap isterinya tabah selepas terima dugaan sebegini. Pb tumpang sedih bila berlaku perceraian dalam sebuah perkahwinan. Hidup mewah belum tentu menjanjikan kebahagiaan, betul tak?

Satu lagi berita pb terima dari kakak, pb kehilangan emak saudara kerana barah payudara beberapa hari lepas. Arwah meninggal tanpa suami di sisi katanya, suami balik rumah sekejap (dari hospital) dan ketika itulah isterinya meninggal. Moga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman, pb hanya mampu mendoakan dari jauh. Ketika ini juga MIL dalam hospital kerana operate kedua-dua lutut. Dengar khabar juga dah beberapa hari demam tak kebah. Dia tak berselera nak makan, macamana nak selera kalau kaki sakit. Tapi pb harap MIL cepat semboh, kuat semangat walau anak2 ramai tinggal jauh.

Begitulah keadaan kita bila dihujung usia nanti. Anak ramai pun tak dapat nak selalu berada di sisi ibu dan ayah kerana tanggungjawab terhadap keluarga sendiri dan kerjaya masing2. Inikan pula pb yang cuma ada seorang. Bagaimana pun pb serahkan pada Allah di kemudian hari nanti. Tugas kita sebagai ibu dan ayah kita jalankan sebaiknya. Ada rezeki, adalah bahagian untuk kita. Tidak di dunia, di akhirat nanti, insyaAllah.

Balik pada masakan pula. Pb masak asam pedas nenas ikan baulu ni minggu lepas. Ala....resipi ulangan dan kegemaran kami sekeluarga.



ASAM PEDAS IKAN BAULU DAN NENAS
sumber: blog surirumah

1 ekor ikan baulu - kerat beberapa bahagian
Nenas potong ikut suka (jangan pula potong macam pajeri tu)
5/6 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar - biasa guna bawang bombay
Belacan - sebesar ibu jari
Air asam jawa secukupnya
Cili kering di mesin - 4/5 sudu besar
4 batang cili hidup
1/2 inci kunyit hidup
sedikit gula pasir
garam

Cara membuatnya:
Biasanya pb tidak gunakan bawang putih untuk asam pedas bagaimana yang biasa emak buat.
Mesinkan cili hidup, bawang, belacan, kunyit hingga halus.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan asam jawa dan nenas. (asam jawa tak perlu banyak sebab nenas dah masam)
Kemudian masukkan ikan dan gula serta garam.
Ikan baulu agak lembut, tak perlu mendidih lama2.

Kalau di pasar KK ni pb jumpa satu gerai je yang jual ikan baulu. Mungkin orang tak berapa suka walaupun rasanya lebih sedap dari ikan terubuk sebab tulangnya yang berselirat. Ikan ni sedap di panggang dan stim juga. Masak kari pun sedap.

9 ulasan:

  1. wah..menyelerakan la asam pedas ni..

    takziah kak di atas kepergian arwah mak saudara. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan di kalangan hamba2 Nya yg solehah

    rumah ayah saffee sali tu dekat sgt kt opis sy..dulu selalu makan kt kedai abahnya...tu la..dah x de jodoh kan...nak buat cemana kan..

    BalasPadam
  2. salam kak zana..

    al-fatihah dan takziah dari wani juga.. dan wani doakan MIl kak zana cepat sembuh ... bila dah sakit ..apapun dah tak lalu ... emm betol kata kak zana tu .. anak ramai pun tak semestinya boleh jaga mak n ayah . masing2 berdengki pun ada ... hmmm .. ... wani tak pernah buat ikan asam pedas letak nenas biasa buat simpl2 je .. tapi nampak sedap tu ...

    BalasPadam
  3. Huhuhuuuu..nangis2 ni sbb dapat tgk jer tak dapat rasa.. Suka lauk asam pedas ikan...Nakkkk..

    BalasPadam
  4. ikan baulu... apa jenis ikan pun ai ngap kak. nak sikitt.. ikiki

    BalasPadam
  5. takziah untuk arwah mak saudara PB...


    dah lama tak masak asam pedas ni

    BalasPadam
  6. Kakak boleh tak tahu ikan baulu tau pb tapi kalau kuih baulu kakak tahulah hihi...

    Asam pedas akak tahu sangat:)memang kalau org Johor mana tak tahu asam pedas. Best lagi kalau campur nenas macam pb buat nie...

    BalasPadam
  7. akak ada full image ikan baulu...ingatkan akak buh kuih baulu...saya tak pernah tau jenis ikan ni kak..hehehe...

    BalasPadam
  8. salam kak zana
    asam pedas..kgmaran sy nie..klu bole hari2 nk makan asam pedas..tp jrg ltak nenas..sedap yer kak..?..nnt nk try jgk la.:)

    BalasPadam
  9. Kak, ikan baulu tu ikan ape? Sy igtkan baulu bentuk ikan tu dimasak asam pedas. Terkejut sy....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)