Maaf ye kerana beberapa hari ni kakpb tak sempat nak update pasal bercuti di Karambunai hari rabu lepas. Sebenarnya kakpb dan cikgu fahmi plan pergi hari selasa, dah siap-siap packing baju semua tapi tak jadi. Hari rabu kami check in. Nasib cuaca terang sehingga esoknya. Sebelum tu hujan lebat pagi dan petang.
(abaikan budak nakal yang terlentang tu, kepenatan.....)
Gambar atas sekali (yang ada 'awek cun baju purple' tu) bilik kita orang menginap. Keluar pintu depan dah nampak laut. Bilik macam ni sesuai untuk keluarga besar walau katilnya satu (king size) sebab boleh minta extra bed......tidurlah selambak kat bawah tu, luas.......boleh golek-golek, jangan golek sampai ketepi pantai sudah!!
Keliling rumah di hiasi pokok menjalar, kelihatan agak suram di waktu malam. Mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan laut, ada ternampak tiang rumah/bilik yang dah reput. Kakpb tak ambil gambar waktu malam, risau juga kalau-kalau terambil gambar bendasing kan? Waktu malam memang agak sunyi.
coppp....kakpb letih la, sambung esok-esok ye....layan je dulu gambar ni.
mmg selesa bilik tu kakpb...tapikan gambar yg pertama tu mmg mengoda sangat..huhuhu
BalasPadamdurian musang king? pestime dgr nama tu..
BalasPadamlerr.. apsal tak ambik je gambar bendasing wktu malam tu.. ;-p
amboi kak,bercuti ye...
BalasPadamwahhhhh!!!!!!!!!! teringin sangat2 nk pergi karambunai niiii... x kesampaian lagi. ada rezeki lebih blh ke KK lagi, insyaAllah nk jejak jugak. beach dia private ye kak? tun dgr pantai dia cantik sgt.
BalasPadamSalam kak zana! Eeeeeeeee tak thn betull ler tgkgmbr durian tuuuu huhu... Kat sini nk durian yg sedap jarang2 ada n harga dia pun mahallllll yg biasa2 tu byk lerr tp byk yg keras sbb org2 siam jarang mkn yg lembik2 :D
BalasPadamSeronok jalan2 kita lama tak jalan2 da kat sini, laut2 ajer yg best sikit kat sini :D pastu yg byk shopping2 jerr ngabis duit jer asyik nk bershopping kikiki....
tempat penginapan sgt selesa, bestnyer =)
BalasPadamMemang cayalah dengan durian gitu... pernah kakak di kg pakai seulas aje untuk buat bubur kacang hijau sekilogram! Berlemak2...
BalasPadamlama dah tak makan deghoyan... mmm..
BalasPadamSedapnya tengok durian tu kak. Kita dulu tak berapa minat durian tapi sejak kahwin dan suami memang suka makan durian. Tiba-tiba boleh jadi minat pulak dekat durian.
BalasPadamSelesa nya duduk sini :) Best betul!
Alamak meleleh tengok durian musang king tu.. Berbaloi dengan harganya.. Nur tak pernah makan lagi durian ni..
BalasPadamNampak selesa sangat hotel tu.. Seronoknya dapat pergi bercuti. Tahun memang agak sibuk dan kalau bercuti pun hanya di kampung halaman je.. Teringin benar nak bercuti di Sabah. Tengah kumpul duit nak cuti2 di Sabah.. Tarikhnya.... erkkk tak tau bila... :)