my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan. Papar semua catatan

Borong buah di Pesta Gata Sipitang

 Jumpa lagi sahabat yang dikasihi......tenggelam timbul kakpb ni ada sebabnya. Pc belum format, laptop cikgu fahmi pulak entah kenapa kakpb tak boleh komen guna google chrome. Ni yang buat terbantut semua niat baik kakpb nak blogwalking.

Jadi kakpb minta maaf sekiranya yang follow blog ni tapi tak dapat kunjungan dari kakpb atau komen diblog. Kadang kakpb boleh baca, nak komen tak boleh. Kalau ada shoutbox tinggal message disitu nampaknya.

Nak cerita ni, hari tu cuti 31hb Ogos, kakpb sekeluarga ikut kawan cikgu fahmi balik kampung dia di Sipitang sana. 6 tahun dok Sabah baru ni dapat jejak Sipitang. Oklah pekannya.....berdepan dengan laut juga. Pergi pun katanya ada Pesta Gata. Jangan tanya kakpb Gata tu apa ye....dua tahun sekali diadakan pesta tu. Masa kakpb sampai jalan jem toksah cakaplah....entah apalah yang dicari agaknya.

Kami pergi pun takde tujuan, sekadar nak tau bagaimana mereka merayakan pesta gata tu. Ada konsert Ramli Sarip dan artis lain malam terakhir. Selain daripada tu ada booth adat istiadat perkahwinan kaum mereka, kraftangan, pertandingan gasing dan lain2 lagi.

Biasa2 je bagi kakpb. Cuma yang menariknya kakpb dapat menikmati buah2an seperti buah binjai yang manis. Buah mata kucing yang dipetik dari laman rumah kawan cikgu fahmi. Ada kedondong, buah nona, siap bawa balik lagi.
 

Jadi jakun sekejap duduk bawah pokok ni sambil makan buah yang manis tu..

 
Buah binjai biasanya masam tapi di Sipitang ni buahnya manis dan murah pula, RM1 sebiji. Kita orang tak buat sambal pun, makan gitu je. 

 
Buah binjai cepat masak, kakpb kopek semua dan simpan dalam peti.

 
Durian Sipitang ni ada yang panggil durian hutan. Bagi kakpb tak sesedap durian biasa yang selalu kita makan. Rasa pahit dan muak. Mungkin kakpb nak buat serawa baru sedap kot.


Buah tampoi pun manis, kakpb suka. Lebih sedap dari buah sentol. Itulah tangkapan kami masa ke Sipitang hari tu. Balik hari je sebab perjalanan kesana dalam dua jam. Gambar di pesta kakpb tak share disini, kat IG ada satu dua keping.

Ikan kerapu bara kat bawah ni bukanlah dari Sipitang tapi dari KK. Selalunya kakpb belikan untuk orang semenanjung yang kirim, kali ni beli untuk makan. Sekilo rm25, kakpb beli 2 ekor rm20. Patutlah mahal, ikannya lembut dan sedap betul. Kakpb goreng dan masak tiga rasa. Stimkan pun sedap.

Hingga ketemu lagi, salam jumaat dan selamat berhujung minggu.

 

Karambunai dan trajedi pahit campur lucu

Salam hari sabtu teman-teman kakpb. Hari ni pasti korang ukur jalan atau cuci mata kat shopping complex kan? Kalau tak makan-makan, beli barang dapur yang dah licin. 

Kakpb nak sambung kisah kami yang bercuti di Karambunai tempohari. Biasa-biasa je. Tapi nak bagitahu ye, masa kami pergi booking hotel tu main walk-in je sebab cikgu fahmi dah call sebelum tu katanya banyak kosong. Hampeh!! Memang banyak kosong tapi yang mahei ler.....

Rupanya hotel yang kami pernah menginap dulu sedang di renovate. Itu murah sikit, dalam RM200 keatas. Boleh guna kad kerajaan bagi penjawat awam. Hari kami datang tempohari hanya potongan RM30 saja. Kami kongsi dua beradik kena bayar RM420, ambek kau!!
Takpelah....adik beradik boleh kongsi bilik. Tapi katil yang kami dapat ni macam tak best je nak tidur berdua. Kena pulak adik kakpb tu kuat berdengkor. Kita orang gelak sampai sakit perut dengar dengkor dia tu. Anak dia pun tak tahan. Masa tidur rumah kakpb, anak dia kata.....nasib baik Haziq tidur dalam bilik :)


Nilah rupa katilnya.....depan tu tv besar, agak luas kalau bawa famili ramai takpe kot. Boleh angkat tilam letak bawah atau minta tilam spare. Buka pintu belakang terus nampak laut.


Pemandangan sekitar rumah kami.....hehe....cantik kan? Segar je mata tengok hijau-hijau ni....


Sebelum merendamkan diri dalam air laut, puan blog berfoto depan kolam teratai warna ungu. Cantik sangat dan teringin nak petik. Ala-ala gadis pingitan duduk tepi sungai tunggu kekasih hati baling batu dalam air....hehe...

Kolam renang pun best tapi puan blog malas nak berendam sebab tak bawa tudung lebih. Pergi kelam kabut macam tu ler. Lelaki tengah tu adik kakpb, putih dan tinggi besar orangnya. Jauh beza dengan kakpb yang hitam manggis ni...hehe....

Cerita pahit kami tu pasal kereta cikgu fahmi berasap lepas balik makan seafood di KK. Nasib baik dah nak sampai hotel. Tempreture naik tinggi sebab air kering. Terpaksalah tinggalkan kereta di hotel semalaman. Rancang nak tidur sana kami batalkan sebab teringat kat arnab kat rumah tu tinggal dari pagi takde orang tengokkan.
Jadi....kami balik dengan kereta sewa adik kakpb. Jam dah pukul 11 malam. Perjalanan dari Karambunai ke rumah dalam 40 minit. Dengan hujannya....mata mengantok, letih lagi memang dah tak fikir apa melainkan bantal, tilam dan aircon je.
Lagi 5 minit nak sampai rumah, kakpb biasanya dah pegang kunci rumah. Dah ready kat tangan biasanya. Bila tunduk kepala ke bawah (kat handbreak tu selalu letak kunci) eh...kunci rumah kita mana?

Ah sudah!! Kakpb tengok muka cikgu fahmi, dia tengok muka kakpb. Nak marah siapa eh? Tak larat dah nak gadoh2 malam hari. Aziz dah terbongkang kat belakang, letih sangat.
Kunci rumah tinggal dalam kereta kami di hotel. Nak patah balik, tak mungkin sebab memang dah tak sanggup menempuh hujan dan perjalanan jauh.

Sampai depan rumah, kami relax dulu. Tenangkan fikiran, macam mana nak korek/cungkil sliding door rumah. Cari dawai tak jumpa. Akhirnya kakpb korbankan pin tudung kakpb. Yeaaaay...boleh buka sliding door. Cikgu fahmi jadi Mac Gyver daaaa.....
Satu lagi mangga grill yang belum buka. Bila dah boleh masuk tangan, kami berharap sangat boleh capai apa saja kunci yang terletak didalam kotak kunci, tersangkut kat dinding berdekatan pintu. Guna payong, guna kayu berus lantai.....akhirnya dapat. Alhamdulillah.....ada satu kunci yang boleh kami gunakan. 
Akhirnyaaaaaa.....masuk dalam terus tidur, tak larat nak kemas yang bersepah tadi.



 

Jersey Rantau Panjang

Semalam, kami kan tak pergi Perak, pengkebumian tok saudara hubby. Jadi, terlanjur ada kereta dan masa, kami ke Rantau Panjang untuk mencari jersey bola anak dan anak-anak saudara. Cuaca panas yang amat.......lepas satu jam, tak boleh tahan dah. Kakpb ajak balik.

Dapat beberapa helai jersey Liverpool dan M.U. Cantik dan murah. Kakpb pun beli juga, tapi tudung laa...orang tak ramai sangat sebab hari kerja. Keluar dari Rantau, mata cikgu fahmi melilau tengok tepi-tepi jalan. Haus katanya........dia beli air ni...


Suka ke minum air tuak? errr...tekak kakpb tak boleh telan ler....dah cuba beberapa kali, daripada bulan puasa dulu-dulu, memang tak sesuai dengan jiwa!!


Busy memilih jersey, malas nak join.....

nota kakpb: dah lama tak check nuffnang, tengok2 ada keyword 'akak gian', hahaha....apa daaa!!!

Perlis ke Kedah

Sebenarnya takde pun cerita menarik nak kongsi dalam perjalanan kami ke Perlis tempohari (semalam baru balik Kelantan) Kakpb dan keluarga memang belum pernah ke Perlis melainkan sampai jeti ketika nak ke Langkawi dulu. Macam dah banyak perubahan sekarang ni. Masa sampai sekitar jeti (hotel Putra Brasmana berdepan dengan jeti) ramai juga kakpb tengok orang yang menunggu feri nak ke Langkawi, kami pandang je ler.....takde chance nak naik sebab tujuan ke sana pun nak uruskan hostel untuk adik ipar yang dah tahun akhir di UITM. Kesian kami kan? Dah nampak pulau pun masih belum ada peluang pergi. Kakpb ok lagi sebab dah 3 kali rasanya ke Langkawi. Cuma gunung matcincang tu yang kakpb belum jejak. Cikgu fahmi laaaaagi kesian, belum pernah ke Langkawi. Ingat nanti nak direct dari KK ke Langkawi kalau ada tiket murah.

Kisah perjalanan kami dari Kelantan ke Arau tak kesampaian sebab bermalam di Kuala Perlis. Esoknya baru ke Arau. Sukalah kakpb dengan Perlis ni, pemandangannya cantik, bersih, tak banyak bangunan tinggi, kereta tak sesak, jalan tak jem.....wah....macam nak pindah sini je.

 Gambar bujang tu bukan kat Brasmana, tu kat hotel Samilla....Alor Staq...

Hotel Putra Brasmana agak mahal kalau nak bandingkan biliknya yang kecil, katil single dua-dua. Kami pula berempat, apa lagi......sampai je, terus kemas bilik, buat macam rumah sendiri:) kami rapatkan katil, berlonggoklah atas tu ramai-ramai. Kakpb tak boleh tidur lena, sampai pukul 1 lebih masih terkebil-kebil. Sudahnya, ambil cadar bentang kat bawah.....lepas beberapa jam, cikgu fahmi pula tidur bawah, gilir-gilir.

Depan hotel Brasmana ada kedai makanan laut, ketam, kerang, sotong (tak best langsung sotong goreng dia, rasa macam nak ajar je buat sotong goreng tepung) Cikgu fahmi order ikan siakap bakar, kerang rebus, sotong goreng pedas tapi dia buat sotong goreng tepung. Sengal betul la.....dia punya sambal asam boleh puji, memang sedap. Teh tarik dia kakpb rasa pelik sikit, teh pekat dengan susu cair kot. Harga berpatutan kalau nak banding dengan Sabah, sini murah lagi. Sedap ke tak sedap, licin juga kami bedal sebab dari tengahari tak makan, letak batang kayu pun habis kami ratah agaknya!! Apa tak laparnya, check in hotel pukul 4.30 petang.

Atas (Singgahsana Utara Restaurant dan bawah kiri saja snap papantanda Kodiang, sibuk cikgu fahmi suruh snap. Gambar kanan, kat restoran D dapur Ibu)


Urusan kat ITM takyah cerita la.....keluar masuk entah berapa kali. Kiranya kita orang takde kemana pun. Rancang nak ke Gua Kelam pun terbantut sebab cuaca tak elok, hujan....tambah pula letih teramat sangat.

Cadang nak balik hari Sabtu tak menjadi sebab cikgu fahmi letih drive sorang. Bininya tak pandai bawa kereta auto, nasib la kan? Hari Ahad tu kami cari hotel sekitar Alor Star, hotel Samilla. Dapat harga murah, katanya harga sebenar RM100 keatas tapi sebab orang tak ramai, dia bagi RM70 kat kita. Ok la tu, bilik besar, katil single yang dah di cantum....hehe...ada ruang nak kehulu kehilir depan tv tu.

Makan malam kami di Restoran D'Dapur Ibu, dekat dengan masjid. Boleh tahan mi bandung, nasi goreng usa.....cuma tomyam cikgu fahmi order agak tawar dan kurang masamnya.

Sepanjang jalan kakpb suka lihat pemandangan sawah padi. Kakpb cakap kat cikgu fahmi, kalaulah dapat jalan sekitar sawah tu kan best? Tapi jangan haraplah dia nak berhenti. Entah macam mana, hari yang kami nak ambil barang-barang adik ipar di rumah sewa mereka, kebetulan rumah orang tu betul-betul di kawasan sawah padi. Peluang baik ni, kakpb pun berfoto bagai. Orang sibuk angkut barang, kami sibuk berfoto. Nak tengok (kalau nak tengok la....bukan cantik sangat pun kakpb ni, boleh ke Instagram kakpb tapi belum upload sebab gambar semua dalam S3 kakpb)

Paling suka dapat makan nasi kerabu di Restoran SinggahSana Utara, kat Arau. Sedap-sedap lauk di sini dan harga pun tak mahal. Kami sarapan pagi dan makan tengahari di sini.



haaaaa....paling kakpb suka bila dapat makan sengkuang calit ni. Teringat masa sekolah menengah dulu, kat Johor, suka sangat beli sengkuang ni tapi orang tu buat sengkuangnya double. Ni sekeping je.....cikgu fahmi dan anak rasa pelik.....iyelah..kat Kelantan takde kot? Balik Sabah nak buatlah, ada sesiapa yang tau resipi? ke guna kuah rojak mak bee je? :) kemaruk sangat ni....

Bandung part 3 - Ciwalk, Cibaduyut, Toko Tiga, Hotel Trio


Tak habis lagi cerita jalan2 Bandung ni, kalau jemu dan muak, sila tutup page ni ye. Kakpb tulis sebagai kenangan kami di sana. Oh ye, gambar2 yang di pilih ni memang banyak sangat tudung si pemakainya sama je....hehe....tudung bawak 3 helai tapi yang sesuai dengan semua baju adalah 2 helai. Konon nak beli kat Bandung, dah pilih2 tak berkenan pulak. Akhirnya pakai je la yang mana ada tu...

Kisah bersambung jalan2 dan makan tengahari di Ciwalk. Punyalah ramai orang bersantai di sini. Kiranya ni tempat orang2 yang high class kot. Macam KLCC, agaknya la....kakpb pun jarang melepak KLCC tu. Kami makan di sini, Restoran Radja Kejil, 175 ribu, order nasi berlauk apa tah....masak dengan cili padi yang di potong2. Apa tak pedasnya? cikgu fahmi berpeluh2....kena pulak order air spesial kat situ, coklat berherba halia......haha...lagi la menganga kepedasan!!

Ni di Cibaduyut, banyak kasut cantik2 dan murah tapi tak larat la nak belek semuanya.

Lepas2 makan (dengar suara2 pelanggan tak puas hati servis kat situ, slow gila) jalan2 cuci mata setiap kedai barangan kasut, tas tangan dan lain2 lagi. Jalan saja laa......tak rancang membeli apa-apa. Teman anak bujang main Segway (mcm dlm gambar tu) 30 ribu rupiah. Seronok katanya......ibu duduk saja tumpang happy. Lepas beli makan malam (roti boy pun ada sini) kami balik dengan menapak je. Jalan dalam 15 minit dah sampai hotel.

Aktiviti esoknya, kami ke Cibaduyut, Kartika Sari..... di Cibaduyut katanya banyak kasut yang murah2 tapi kami cuma intai dan keluar, intai dan keluar. Tak berminat pula nak membeli. Kasut memang cantik tapi dalam otak cikgu fahmi cuma nak cari seluar jeans saja.


Di Kartika Sari, kakpb beli kek lapis 4 ketul, 2 kotak kuih kering dan sedikit kuih muih untuk sarapan pagi (saje je beli, pada hal dah sarapan di hotel) Sedap juga kuih-kuih mereka. Kopak poket RM200 beli kek. Nak menjimbit lagi satu hal. Rupanya mereka boleh kotakkan kek tu untuk naik kapalterbang tapi kami tak tahu. Bila tengok kat airport, senang je orang jimbit kalau dah di kotak. Lain kali boleh buat macam tu.
Di Toko Tiga, macam biasa la, seluar jeans pilihan cikgu fahmi. Kakpb pandang dan tolong angguk serta geleng.... kalau tak suka. Insyaallah ada rezeki datang lagi, turn kakpb pula beli jeans. Harga boleh tahan tapi masih murah berbanding di tempat kita, original pula tu. Orang kita je yang meramaikan dalam kedai.

Selesai shopping, terus pergi makan nasi padang bersama supir kami. Ada hidangan seperti telor ikan, kakpb pun hulur kat anak bujang sebab dia memang suka sangat. Bila makan, katanya.....kenapa lain telor ikan ni ibu? alah.....makan je laaa....macam tak biasa makan telor ikan pulak. Bila time nak bayar tu, terdengar pekerja tu sebut, otak (bukan telor ikan) hahaha....anak bujang kakpb terkejut berok. Patut ler lain rasanya, macam tauhu. Hemm....merasa jugalah otak lembu!!

Sepanjang jalan, ada saja show dari kera-kera yang telah di ajar untuk mendapatkan wang. Kesian kakpb tengok, walaupun dia binatang dan di jaga baik tapi dia berkerja lebih dari tuannya. Ada bawa motor, bawa tongkat, pakai spec tengah panas, bentang sejadah dan sembahyang. Memang melucukan.


 Kami pindah ke Hotel Trio setelah dua malam di Cihampelas. Walau agak mahal sedikit dari Cihampelas, hotel ni lebih selesa dan besar. Orang kata boleh main kejar-kejar dalam bilik. Penat bershopping, lepak dari tengahari hingga petang. Ingat nak keluar ke Pasar Baru lagi tapi hujan lebat sangat. Tunggu esoknya.


Lain kali kakpb nak stay je sini, senang nak ke Pasar Baru dan tempat-tempat lain.

Esoknya sebelum balik (flight pukul 1 ptg) kami ke Pasar Baru lagi. Cari kain lace kiriman anak saudara kakpb. Seawal 7.30 pagi kami dah melepak depan pasar. Buka kedai pukul 8 pagi, berkeliling cari money changer sebab duit tak cukup nak beli kain. Rugi rasanya kalau tukar duit di sini.

Kakpb jumpa satu kedai India dalam pasar ni. Mulanya nak beli kain lace saja. Kemudian cikgu fahmi nak kain ela untuk buat baju melayu dia (raya tahun depan punya). Lepas tu melarat pulak, cari emak dan kakak kakpb punya. Tak selesai lagi sebab cikgu fahmi kata, baik beli sekali kakpb punya kain untuk raya, sedondon warnanya dengan dia. Bila di kira2 balik, wang rupiah ngak cukup, bayar dengan ringgit Malaysia pula. Nasib baik dia terima kad debit. Selesai. Tinggal duit pak supir dan tax di airport 225 ribu rupiah untuk 3 orang.

Penerbangan delay satu jam lebih. Dalam pada menunggu tu, sempat berkenalan dengan orang Bandung yang berkerja di tempat kita. Berbungkus bangkis bawa barang dari kampong, dengan kerepeknya.....cikgu fahmi kan peramah, dialah yang rajin bersoal jawab. Kakpb tolong sengih dan sampuk sikit2.

Selesai sudah percutian kami di Bandung, macam tak bercuti je sebab balik tu rasa badan letih sangat. Kaki lengoh tak usah cakap, hingga sekarang ni masih terasa. Bagaimana pun kakpb rasa nak pergi lagi untuk shopping baju.....wah...cikgu fahmi bersedia tau, ongkosnya!!

Bandung part 2 - Pasar Baru, beca, ojek

Terima kasih kakpb pada follower baru dan mereka yang sudi komen blog kakpb ni. Maaf kekadang kakpb tak sempat nak balas balik kunjungan dan follow blog. Nanti dah balik Kelantan, kakpb ada masa terluang rasanya. Itu pun tak pasti juga sebab katanya di rumah sana ada program 'anak angkat' MIL.

Ok, sambung cerita Bandung. Pasar Baru ni memang jadi kegilaan orang Malaysia bershopping. Terutama kain ela, blouse wanita memang paling kakpb suka tengok, fesyennya yang cantik dan menutup aurat. Penting sekali, pastilah lebih murah dari tempat kita. Sebenarnya masa hari pertama balik dari gunung tu, kita orang dah pun ke pasar ni bersama pak supir, Nandi namanya. Barang pertama kakpb beli, telekong MIL, adik perempuan dan sendiri punya.






Cari juga jacket untuk anak bujang, Liverpool fans la katakan. Suka sangat dia, asyik pakai je sepanjang masa di sana. Berkeliling dalam Pasar Baru tu sampai ke petang baru kami lepak di hotel. Letih jangan cakaplah. Dalam hati kakpb, ni bercuti ke hape? Kalau korang pergi Pasar Baru ni, sedia je la duit berkepok-kepok. Plan nak beli sesuatu barang akan berubah bila nampak yang lebih baik dan murah.

Jacket dan kasut baru converse, bergaya depan pintu bilik hotel...


Balik hotel, masing-masing dah rasa nak demam. Tolak tepi nak cari makan malam. Kita orang ada bawa maggi cup dari rumah. Bedal tu je, kenyang juga. Oh ye, air kotak kakpb tak lepas imigresen hari tu sebab kakpb bawa naik atas. Kalau masuk bagasi takut pula pecah kan? Terpaksa tinggalkan kat kastam tempohari (imigresen negara kita) Cikgu fahmi pun siap buka tali pinggang, lepas ni kakpb cakap kat dia, simpan dulu tali pinggang tu. Lepas check kastam baru pakai, takdelah susah payah buka depan orang ramai.

Malam sikit, kami keluar berdua je meninjau2 sekitar Cihampelas. Jalannya terok benar, kereta dan motor sesak gila. Hujan pula tu, kami pinjam payong hotel. Kena hati2 takut terpercik air lopak, maklum la.....bawa baju cukup2. Sepanjang jalan ada saja orang menjual t-shirt, jaket, kasut dan lain2 lagi. Rasanya tak perlulah nak beli kalau kita taknak. Bajet untuk beli barang yang kita inginkan saja.

Cerita Pasar Baru ni bersambong hingga ke esoknya kita orang pergi lagi. Kali ni kami tak ambil supir sebab dia pun ada bawa tetamu dari Malaysia yang baru. Jadi, seawal pagi kami menaiki Angkut-angkutan ke Pasar Baru, baru 4 ribu rupiah berdua.

 Romantik kan naik beca sempit2 gitu?

Dari pasar baru, kami cuba cari hotel Trio yang terletak di tengah bandar, cadangnya nak tukar hotel. Tanya2 orang, katanya dekat je dari pasar ni. Jalan punya jalan, gue dah capek banget. Cikgu fahmi kata, kita naik beca je la. Pakcik tu minta 10 ribu rupiah. Alahai....sempit tempat duduk tu nak letak punggung kami berdua ni haaaa.....kalau berat dua2 80 kg, jangan naik. Fengsan pakcik tu nak kayuh. Nasib baiklah kakpb kurang sikit....hehe....cikgu fahmi la yang overweight!! Bila jalan tu tinggi sikit je, kami dah risau, boleh ke pakcik ni kayuh? Bisa aja....katanya. Cikgu fahmi dah rasa nak turun je, tolong tolak....haha....dia kan baik hati...

Sampai hotel Trio, katanya hari Ahad baru ada kosong satu bilik. Senang hati. Satu hal lagi nak balik dari hotel Trio ke Pasar Baru semula untuk dapatkan Angkut-angkutan ke hotel Cihampelas. Tanya2 satpam hotel, katanya jalan terus belok kiri, jumpa traffic light, belok kiri.....waduh....jauh bener ni. Kami jalan dan jalan....cuaca panas terik....sambil tu tengok2 kedai mainan sekitarnya. Ada pesanan anak bujang kakpb. Kaki dah letih, krem bagai ni......akhirnya tanya sorang budak yang duduk atas motor tepi jalan. Dia sarankan, naik 'ojek' je bang!! Boleh ke naik bertiga? Bisa aja...katanya. Berkali-kali cikgu fahmi tanya, saya berat ni, boleh ke?

Apa lagi pilihan kami? Naik je laaa......huhu....cilok sana, cilok sini. Dah macam orang Bandung asli ni.....dengan barang kiri kanan, kakpb lagi kat belakang dengan kaki terjuntai. Mencabar sungguh perjalanan tu walaupun hanya 10 minit. Ada ketika kena turun dulu sebab tayar motor masuk dalam lopak, kena tolak baru jalan lagi. Bayarannya 15 ribu rupiah. Sampai ke stasion, terus cari angkutan ke hotel. Selesai satu masalah, lucu pula bila teringat kisah ni.




 Masa naik ojek tu, ada juga terfikir nak snap foto tapi tak sempat nak keluarkan kamera. Sibuk mengelak kaki dari berseliseh dengan kereta dan motor2 yang sesak sangat. Ni je buktinya.

Lupa nak cerita pasal sim kad Simpati ni, kena ada kalau nak berhubung dengan orang sana. Cikgu fahmi guna untuk call pak supirnya saja. Kalau tak silap 50 ribu rupiah. Taknak pun takpe, macam handphone kakpb ni, senyap je sepanjang 4 hari di sana.

ok, kakpb nak sarapan dulu.....nanti sambung entry di Ciwalk, Toko Tiga dan Cibaduyut, assalammualaikum.





Bandung part 1 - Tangkuban Perahu


Alhamdulillah, kakpb dan keluarga dah selamat berada di semenanjung. Kakpb sampai semalam pukul 7.30 petang setelah flight tertunda sejam lebih. Rindunya nak makan makanan orang kita. Walaupun tekak kakpb boleh masuk dengan masakan nasi padang, tapi tetap teringat nasi lemak dan kuih muih kita. Wah...macam la pergi bercuti berbulan, dah rindu bagai.

Sewaktu kakpb di sana (bandung) cuacanya panas waktu pagi dan hujan setiap petang. Jadi kami kerap berjalan dalam hujan. Kadang tu tinggalkan si bujang dalam bilik hotel dan kami santai2 berdua saja.

Mulanya kami menginap di Hotel Cihampelas, hari terakhir pindah pula ke Hotel Trio. Ada sebab pindah tu. Hotel Cihampelas ada dua, Cihampelas 1 dan Cihampelas 2. Kami di Cihampelas 1, ada pak supir yang tunggu di airport dan hantar hingga hotel. Wang pertama mengalir 50 ribu untuk bayar supir.  Bilik hotel agak selesa, tv yang segala rancangan ada, terang gambarnya walau agak buruk. Biasalah....di Bandung ni kakpb nampak semuanya seperti bandar lama. Aircond tersedia, bilik air ada air panasnya.....cuma...panasnya sekejap je...hehe..

Soket, masalah besar di hotel ni. Kami minta soket internasional, mereka bagi tapi.....hemm...baik korang bawa sendiri dari rumah. Kita orang siap beli kat sana. Ye la...mana nak charge handphone, laptop, tablet bagai tu kalau takde bendalah tu kan? Malas nak bising2 komplen itu ini. Dah panggil orang repair pun tak di ganti baru. Lepas tu kalau nak gosok baju, kena minta sterika dari lobby, manjang je orang lain guna. Sudahnya sampai hari check out tu baju kakpb renyuk seribu, belasah je la...

Dari hotel ni nak ke Ciwalk (shopping mall) agak jauh kalau menapak, baik korang naik Angkut-angkutan. Baru berapa ribu je, rupiah tau. Sepanjang kat Bandung ni, kakpb dah biasa naik kenderaan tu. Cuma kena selalu tanya orang mana tempat nak tuju sebab ada Angkutan yang tak lalu tempat kita nak pergi. Sambil hirup udara luar (takde aircond ye) sambil dihidangkan dengan lagu2 dangdut mereka. Best juga sesekali layan dangdut yang kita tak biasa dengar di Malaysia.

Hari pertama sampai kami terus ke Tangkuban Perahu. Perjalanan agak selesa hinggalah sampai atas barulah sesak. Rupanya hari tu hari mereka cuti juga, jadi ramailah orang Jakarta turun Bandung. Masuk Tangkuban kena charge seorang 13 ribu seorang, itu pun sebab pak supir kakpb tu nasihatkan kalau di tanya oleh penjaga pintu tu 'dari mana?' katakan saja 'dari Jakarta'. Kalau dia tau orang luar, akan di kenakan bayaran 300 ribu.

1 ribu rupiah = 0.32 MYR
50 ribu rupiah = 15.85 MYR
100 ribu rupiah = 31.69 MYR

Pening juga kepala ni asyik mengira matawang Indon yang ribu riban. Kakpb download kat handphone Money currency converter, senang mana2 pergi nak bayar apa2 terus kira.

Di Tangkuban Perahu kakpb takde plan pun nak beli apa-apa seperti keychain, senduk tanduk kerbau, topi bulu arnab dan lain2 tu. Tapi ada sorang dua peniaga ni yang kepala batu, orang cakap taknak pun dia tak faham bahasa. Dia follow kakpb sekeluarga sampai selesai berfoto. Dia tawarkan keychain jualannya lebih kurang 10 keping berharga 350 ribu rupiah. Ko gila? Ingat kita tak pandai kira duit? Cikgu fahmi dah naik angin dah, muka mencuka je. Dia minta kurang tak dapat, ikutkan hati nak tinggal je tapi sebab dia mendesak suruh beli, kami pun sanggup bayar 150 ribu saja. Selesai. Kakpb tak sabar nak balik, bosan sangat dengan kerenah penjual2 ni.

Kakpb tak turun kebawah mandi lumpur, tak larat nak jalan sebab tak plan langsong nak main lumpur. Lain kali le nampaknya......lepas berfoto bagai dan dapat serba sedikit penerangan dari pekerja di situ tentang batu-batu, keadaan mukabuminya dan lain-lain lagi. Kami rancang terus pulang ke hotel. Kerana beg-beg belum simpan di bilik.

nota kakpb: entry di tulis pagi tadi dan bersambong hingga ke malam baru dapat publish
                 ada masa nanti kakpb cerita lagi, terima kasih bagi yang sudi komen.

Penang, Perak dan seterusnya ke....

Kakpb cuma nak share gambar ketika bercuti di Penang tempohari. Hari pertama di Hotel Bayview dan esoknya dua malam di Holiday Inn. Pagi sebelum check out, kakpb bawa anak bujang mandi swimming pool, kakpb tengok je, tak mandi pun. Sebelum tu kakpb suruh dia tunggang kuda dulu tepi pantai, RM30 (sebelum tu dia charge RM40) Dapatlah dia merasa duduk atas kuda, terhenjut-henjut....kakpb tumpang happy je.


di Bayview hotel, Batu Feringgi

Gambar di atas tu, selain hotel, kami makan di restoran Line Clear yang popular di Penang. Tengok pada papantanda dia tu, dah ramai artis yang datang makan. Rasanya pernah keluar di tv. Mulanya anak kakpb tak pandai nak order nasi kandar. Dia nampak nasi beriani, dia terasa nak makan. Tapi lauknya telor masin dan daging.....hehe...lantak la...


Paling best kami makan 'roti canai banjir', memang terkenang2 dan terasa2 kesedapannya. Nama restoran, Roti Canai Jalan Argyll. Cuma kakpb tak snap foto lauk2 kari ayam, daging merah dan parpu.


Ini juga kali pertama kakpb makan mee udang ketam di Tambun. Memang sedap tapi jenuhlah nak mengabiskan udang tu. Kakpb pula bukan peminat ketam. Makan pun sebab orang belanja.

Selepas pulang dari Penang, kakpb ke Perak pula dengan menaiki ETS (keretapi laju). Kami pergi berempat, emak kakpb ikut sekali. Saja bawa dia jalan rumah saudara belah cikgu fahmi. Kami bermalam satu malam saja kerana esoknya (hari ini) kakpb menginap di Tune Hotel Lcct. Kali ni nak jalan jauh sikit.

Selesa sangat, lepas ni boleh guna perkhidmatan ni lagi...kami ambil tiket pergi dan balik sekali sebab takut kehabisan, maklumlah ketika itu perayaan Deepavali. Emak pun nampak happy.
 
Oklah, kakpb minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak balas kunjungan ketika ini. Selepas habis jelajah cuti2 sekolah ni, insyaallah kakpb akan jengah juga blog kawan-kawan. Jangan kecil hati ye....kakpb saaaaaayang semua!!
 
nota kakpb: update blog dari Tune Hotel, cekik darah betul hotel ni...
kalau tak kerana nak pergi sana, memang taknak bermalam kat sini..
 


Karambunai (part 2)

Tak habis lagi kisah bercuti hari tu. Saja nak kongsi gambar kat sini. Malas nak share kat facebook. Ni gambar yang kakpb snap guna samsung tablet. Kakpb guna photowonder macam Nurfarah, walau ada kemudahan tu dalam tablet, kakpb ni bukan pandai sangat. Farah tulis dalam blog, baru terhegeh-hegeh mencari.....



Ok sambung balik......masa di kolam renang tu, kakpb cuma kuis-kuis air kolam, duduk-duduk tepi tangga.....tak berani nak ke tengah walaupun ada cikgu fahmi kat sebelah (dia pandai berenang, boleh eksyen dengan kita). Lepas kolam renang, lepak tepi pantai pula. Cuaca amat-amat memahami kami yang susah hati, takut hujan lebat seperti beberapa hari lepas. Alhamdulillah.....dapat mandi laut sekejap, orang tak ramai. Ada mat saleh, jepun dan korea beberapa kerat je.

Pantai di sini bersih, pasirnya halus dan tak banyak karang atau siput yang dah mati bila kita jalan kat pesisiran. Katanya pekerja resort membersihkan kawasan ini setiap hari. Teringat masa mandi kolam hari tu, sorang pekerja tu terdengar kakpb menjerit kegelian kerana ternampak kumbang dan binatang apa tah dalam air, terus dia ambil jaring cedok bendalah tu.

Ada lagi kakpb nak update lepas ni. Aktiviti sebelum check out esoknya. Kakpb ada open house rumah makcik hari ni.........jumpa lagi, insyaallah.







Karambunai, Nexus resort (part 1)

Sebelum membebel pasal bercuti hari tu, kakpb nak bagitau, tadi kita orang bedal durian musang king ni (kata penjual tu) kat dalam kereta berdua sahaja. Nampak tiga ulas je, memang pun......bijinya ada tiga je....tapi isinya, mak datok.....bukan main tebal. Padanlah dengan harganya, RM20. Tapi takpelah....puas hati dapat makan durian. Haruslah berkipas beraircond bagai lepas ni...fuhhhh!!

Maaf ye kerana beberapa hari ni kakpb tak sempat nak update pasal bercuti di Karambunai hari rabu lepas. Sebenarnya kakpb dan cikgu fahmi plan pergi hari selasa, dah siap-siap packing baju semua tapi tak jadi. Hari rabu kami check in. Nasib cuaca terang sehingga esoknya. Sebelum tu hujan lebat pagi dan petang.

 (abaikan budak nakal yang terlentang tu, kepenatan.....)

Bilik hotel yang selesa, besar dan lengkap semuanya.Untuk rate kerajaan, cikgu fahmi kena bayar RM320 untuk satu malam. Dua kupon untuk sarapan pagi tapi hari tu anak bujang kakpb tak kena bayar pun. Setakat dia sorang sarapan pagi, apalah sangat? Roti sekeping, air secawan dan 2 batang chicken sosej.

Gambar atas sekali (yang ada 'awek cun baju purple' tu) bilik kita orang menginap. Keluar pintu depan dah nampak laut. Bilik macam ni sesuai untuk keluarga besar walau katilnya satu (king size) sebab boleh minta extra bed......tidurlah selambak kat bawah tu, luas.......boleh golek-golek, jangan golek sampai ketepi pantai sudah!!

Keliling rumah di hiasi pokok menjalar, kelihatan agak suram di waktu malam. Mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan laut, ada ternampak tiang rumah/bilik yang dah reput. Kakpb tak ambil gambar waktu malam, risau juga kalau-kalau terambil gambar bendasing kan? Waktu malam memang agak sunyi.

coppp....kakpb letih la, sambung esok-esok ye....layan je dulu gambar ni.


Indah dan tenang

Walau hanya satu malam di sini, cukuplah sekadar menenangkan hati dan fikiran.......



Matahari terbit hujung sana...........entry akan bersambung kemudian.....


Ke Kota Belud tamu

Tadi pagi, awal pagi kami ke Kota Belud. Entah angin apa cikgu fahmi nak kesini. Kakpb ni agak 'trauma' sikit dengar nama Kota Belud. Kenapa? Hanya orang tertentu saja yang faham maksud kakpb ni.

Takde yang menariknya tamu Kota Belud bagi kakpb. Kerosang tudung pun tiada yang cantik, lebih baik cari di Gaya Street atau Kampong Air. Cikgu fahmi kata nak beli parang. Dalam hati kakpb, macam nak berkebun je......nak kata tebang pokok pisang....pokoknya sebatang dua je. Rumput pun tak sampai paras betis. Ahh...lantak dia la....

Kakpb beli barangan kraf tu, dulang bulat dan bujur. Lain-lain hati tak berkenan. Mood menyoping tak berapa nak sangat. Gambar pun ambil mana yang pelik bagi kakpb. Berbungkus hijau tu, katanya tapai beras. Sebelahnya, yang coklat tu......rasanya tembakau sebab ada nampak rokok daun. Paling lama kakpb leka tengok hamster tu nyonyot air dari botol. Anak bujang beli jersey Italy sehelai. Sebenarnya kalau di Kelantan lagi banyak pilihan, ni dah tak sabar punya pasal.

Sebenarnya, shopping moping ni terapi minda kakpb yang akhir-akhir ni sering di duga olehNya. Ikutkan hati memang nak memerap je dalam rumah. Taknak jumpa sesiapa sekali pun keluarga sendiri. Rasa kecewa, kecil hati, rendah diri teramat sangat, marah dan segalanya bercampur baur. Tadi kakpb baca blog  ABIL, kakpb copy sikit ye....suka pula dengan nasihat Abil ni...

Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...? Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..



 Hidup ini bukan perlukan makan minum, beranak pinak sahaja. Janganlah seperti hamster tu......lepas makan terbongkang tidur, jadi tontonan orang luar. Kena fikir masa depan anak, isteri dan semua keluarga kedua belah pihak. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang akan menyinggung perasaan orang yang kita kasihi.

Kerana Anak (Resort Kasih Sayang, Menggatal)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Rindunya kakpb pada teman-teman blogger kerana tak sempat nak menyapa kamu semua setiap hari. Kakpb pun takde entry masak memasak, mungkin agak boring sikit bila masuk sini kan?

Kisah percutian sehari kami di Resort Kasih Sayang ni pada petang jumaat (anak bujang ponteng sekolah agama) dan ayahnya pun kebetulan sekolah pagi. Dari cuti sekolah yang lepas kami nak bermalam di sini tapi asyik tergendala je. Baru kali ni tertunai.

Tempatnya jauh sedikit dari bandar KK, di kawasan Menggatal. Dari atas resort ini boleh lihat bandar KK dan pemandangan yang indah untuk tenangkan fikiran. Insyaallah, fikiran yang berserabut menjadi tenang disamping kita bermohon padaNYA, mudah-mudahan kakpb dapat atasi segala rintangan dan dugaan.


Untuk bercerita lebih lanjut, biarlah gambar ini mentafsirkannya.......anak-anak....tidak kisahlah anak sendiri, anak angkat, anak saudara, anak yatim.....mereka tidak memahami masalah orang dewasa atau ibubapa mereka. Hanya yang mereka tahu, menangis dan tertawa. Menangis.....bila sedih, terluka.......tertawa pula bila di usik dan ada yang menggelikan hati. Kakpb rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Tiada beban dalam kepala.

Selepas check in, kami makan tengahari merangkap sekali dengan malam. Walau makanan masuk ke perut, fikiran melayang jauh entah kemana. Teringat keluargalah.....zaman berkerja dululah.....zaman remaja dengan kawan-kawan yang takkan pernah luput indahnya kenangan bersama mereka. Oppss.....kesana pula perginya.
Nasi goreng kampung yang diminta, dihidangkan bersama 2 ketul kepak ayam dan sebiji telor mata kerbau. Kakpb pula taktau nak makan apa, ambil saja mee goreng basah (kalau kat tempat kita sana mee ladna) dengan air mango dan vanilla float untuk anak. Ayah pula makan pasta bersama chicken chop (agaknya, ayah dan anak kata sedap hidangan ni). Harga macam biasalah, mana ada belas-belas ringgit.

Ni pula bilik penginapan kami disebelah atas. Bilik kami menghadap ke matahari terbenam. Waktu ni dah petang, seakan nak hujan tapi sampai ke esoknya, tak hujan juga. Tidur malam tak perlu kipas. Cuma tak selesanya banyak serangga seperti rama-rama pun tumpang tidur sama :) Mungkin sebab pintu bilik kami dedahkan dan lampu pula terpasang hingga ke pagi.

Lupa nak cerita pasal booking bilik, kami tersilap rupanya. Harga murah weekday RM129, cikgu fahmi silap tengok. Dia ingatkan hari yang kami menginap tu harganya sama, rupanya RM198 :)) tak apalah, dah rezeki resort ni nak sengam duit awak, cikgu!

Ok sampai sini dulu ye. Nanti petang atau esok kakpb sambung lagi kisah cuti ni. Ada gambar lain yang kakpb belum upload. Ini pun pilih-pilih mana yang sesuai untuk di kongsikan.

YA ALLAH....lindungi keluarga ku dari segala godaan syaitan. Eratkan kasih sayang kami sekeluarga hingga ke akhir hayat. Ampunkan dosa kami, mudah-mudahan hidup kami diberkati. Syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku, suami dan anak yang baik.......harta ku di sana nanti. Amin.

JJCM di Upper Star, Suria


Malam tadi cikgu fahmi ajak makan luar, katanya sebagai upah penat kemas rumah dua hari ni :) Lagipun dah gajian kan......apa lagi...sesi jalan-jalan cari makan ler. Terima kasih ye encik suami yang ku cintai, banyak pahala kalau suami belanja anak dan isteri atau seisi keluarganya. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki cikgu fahmi, insyaallah.

Kami makan di Upper Star, Suria Sabah. Suria ni agak kurang popular berbanding dengan One Borneo kerana bagi kakpb ianya belum lengkap sepenuhnya. Walaupun food courtnya cantik, view keindahan laut di sebelahnya tapi masih belum dapat menarik hati kakpb. Suasana dalam Suria agak suram. Namun sekarang ni sudah ramai juga pengunjung berbanding masa buka dulu. Jarang benar turun ke sini. Kalau pergi pun sebab nak tengok wayang.

Oklah.....malam tadi punya makan kakpb tak snap gambar satu-satu. Malas dan penat sangat. Dua hari berkemas tau, dek habok orang menebuk dinding untuk pasang aircon tu. Kami makan Gril Chicken dengan sos black pepper untuk kakpb dan anak. Cikgu fahmi order lamb chop....fuhh...kita dah ingatkan....awak tu selalu sakit kepala, haaa...makanlah! Degil nak jugak, lepas tu belum sampai rumah dan picit-picit kepala, rasakanlah :)

Ada ambil foto kakpb berspec baru (alamak, terlepas cakaplah) tapi tak cantik laaaa......dah rupa si Betty yang dalam cerita apa tu dulu? yang kaki buku, pakai besi kat gigi......uwaaaa...:)) anak kakpb kata, tak lawa spec baru ibu ni.....

Kos kami makan malam tadi dalam 70.... hengget!! sekali sekala boleh ler.....agak2 la berapa harga sepinggan hidangan tu dengan jus mangga yang pekat, melekat......jus carrot yang bagi kakpb agak tawar tapi ok la dan vanilla smoothi untuk anak. Suka la dia, ada pc kat sebelah, sempat main game.


Lepas makan segala berlemak bagai, kakpb minum fiber d'apple ni balik dari Upper Star. Rasanya opkozz la rasa apple. Macam tak boleh nak masuk ketekak sebab dah penuh sangat tapi paksakan juga. Nak kempiskan perut punya pasal, telan saja laaa....:) Kat sini harganya RM75.90 tapi dia bagi discount RM66.


nota kakpb: pagi tadi dua kali masuk tandas :))

Hajat hati nak elakkan, tapi...





 Kak Nong ABC special satu!! jam 9 malam kami order....
Tak berdaya menahan dek cuaca yang kering dan panas, berjerebu lagi (sekitar KK tak teruk sangat)




Ayah nak.....Honey Pearl Durian /omg....dah la cuaca panas, durian lagi? 

takpe......campur ais, tak panas sangat kan....apa ada hal, tidur beraircon.


Mata ibu terpandang satu famili minum air hijau ni, terus ibu order Guava Asam Boi. Kejap je kena sedut dah tinggal ketul ais dalam gelas.

 Macam sikit pulak......tak cukup....ibu cilok abc anak sebab dia tak makan kacang-kacang dan serdak dalam abc tu.

Syukurlah, kita dapat merasa pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak-enak.
Esok.....kita puasa ye..:)  untuk elak rasa bersalah.