my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Dunia baru SBP Labuan

Selamat bertemu kembali sahabat blogger sekalian. Waktu kakpb update ni jam 4.30 pagi. Masa betul-betul mencemburui kakpb ketika ini. Tak dapat nak mengadap blog sepanjang masa. Mak kakpb pula ada disini. Kalaulah kakpb asyik dengan pc, laptop, handphone, mesti dia tension 
Nak cerita sikit, anak kakpb dapat belajar di Sek.Men.Sains Labuan. 13hb lepas daftar dan bermulalah dunia dia sebagai junior kembali setelah memegang watak senior tahun 6 di sekolah rendah....hehe..
Sebenarnya hati ni sayu sangat meninggalkan dia di asrama tempohari. Bayangkan...basuh baju, gosok baju, kemas katil dll semua sendiri. Itu takpelah....tang makan kat asrama tu yang paling kakpb runsing. Sebab dia cerewet sangat. Tapi biarlah dia belajar hidup dirantau orang. Pasti dia akan lebih menghargai apa yang ada didepan mata bila tak dapat apa yang dia suka.
Sekolah ni kakpb rasa ok juga. Besar, cantik, lengkap dengan persekitaran yang selesa untuk pelajar. Kedudukannya di persisiran pantai yang indah dan bersih. Bukanlah betul2 tepi pantai tapi seberang jalan dan di atas bukit. Kakpb harap sangat tiada masaalah anak disini samada dengan kawan2 seperti kes buli. Pengetua dah warning, you touch you go!!

Nota: update guna hp, kalau ada salah silap, maaf ye. Nak ke Labuan pagi ni...😊

9 ulasan:

  1. salam singgah kak zana.. tak pe lah tu bila lagi nak belajar berdikari kan.. mudah2 mudahan x de apa2 yg tak diingini berlaku kat sekolah.. selamat belajar semoga jadi anak bangsa yang cemerlang dan terbilang hii..

    BalasPadam
  2. Salam... masa tahun lepas datang cuti kat sini rasanya ada lalu sekolah nih... takper orang Labuan baik2... anasir luarpun tak begitu suka kat Labuan ni...

    BalasPadam
  3. Salam 2015... semoga ceria selalu... :)

    BalasPadam
  4. tahniah, moga dapat sesuaikan diri di tempat baru

    BalasPadam
  5. boleh bayang mesti kak pb rindu kat bujang sorg nih.. tun teringat pulak mama kat kg.. skrg cuma tinggal adik bongsu je kat umah. tu pon maybe akan ke asrama juga. skrg tgh intebiu RMC. kesian pulak kat mama xde org kat umah sbb abah tun kerje KL wiken baru blk.

    BalasPadam
  6. bakal mengharumkan nama negara.. insyaAllah

    BalasPadam
  7. Selamat mengharungi alam persekolahan dgn persekitaran baru buat anakanda Aziz
    Sedih kan Zana bila berpisah dgn anak.
    Kakak dulu tiap minggu pergi jenguk sebab rindunya aduhai Allah aje yg tahu..
    Setiap kali pergi jenguk bawalah makanan yg dia suka - lega tengok dimakan
    Balik tiap kali malam airmata luruh sedih... tapi kita kena tabah demi masa depannya..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)