my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sukarnya...

Assalammualaikum....
Tiga hari ni kakpb tak sihat. Demam batuk melanda selepas pulang dari menghantar mak balik KL 19hb lepas. 23hb balik KK terus tumbang. Tapi gagahkan juga pergi Labuan melawat anak. Ikutkan memang tak larat sangat namun hati ni kuat nak pergi juga.
Seperti biasalah, drama airmata pun bermula. Ni yang ibu malas nak datang. Puaslah kami bagi semangat pada dia. Hidup bersendirian bagi budak 13 tahun memanglah perit. Kena pula anak manja. Biasa tidur bantal peluk kiri kanan, sekarang satu bantal je. Biasa baju kotor ibu basuh, gosokkan, sekarang cuci sendiri. Makan pula nasi dan lauk kawah....kesian...tapi bukan tujuan ibu dan ayah nak menyusahkan anak.
Kami mahu dia pandai berdikari. Pandai menyusun waktu belajar dan riadah. Belajar jadi pemimpin yang disegani, insyaAllah. Banyak lagi perkara baik yang diperolehi disana.
Janganlah fikirkan facebook, game coc, basikal, kasut bola, kawan-kawan bermain dirumah. Benda2 tu semua tak kekal lama. Sekadar hiburan. Menuntut ilmu lebih penting dari itu semua.
Kadang2 sukar juga nak jelaskan pada budak yang tak pernah berpisah dengan keluarga. Faham, dia rindukan suara lantang ibu kejut bangun pagi, suruh solat, mandi, makan dll. Rindu nak main coc dengan ayah. Tapi sampai bila nak berkepit dengan ibuayah? Satu hari nanti akan berpisah juga.
Ibu ayah minta, anak ibu bertahan. Sebulan sekali ada outing kita boleh jumpa. Tiap2 minggu kalau ayah free, ayah boleh datang lawat sekejap. Bandingkan dengan anak orang lain yang langsung mak bapak tak datang setiap minggu tu, beruntunglah anak!
Ok sampai sini dulu coretan ibu...

7 ulasan:

  1. anak acik dulu pun camtu pb..tapi tahan sebulan je..sayang kan..acik bawak juga keluar sekolah biasa dekat rumah..lepas pmr tu baru masuk asrama semula..
    Alhamdulillah anak pb boleh bertahan..drama air mata bila jumpa tak pe pb..anak acik dulu pandai telefon..setiap kol 5 pagi dia dah telefon di telefon awam sekolah tu.semoga anak pb terus boleh bertahan..memang sayang kalau keluar asrama terpilih ni

    BalasPadam
  2. awal awal macam tu lah.. bila dah berkawan nanti insya allah seronok.. silap2 dia yang taknak balik.. seronok duk dengan kawan kawan.. hehehe

    BalasPadam
  3. Apa pun Zana sebaiknya jengah Aziz tu tiap minggu. Kakak dulu pun buat macam tu. Tak apa kita penat sikit janji dia boleh belajar dgn tenang. Kakak rasa makan masa sikit mungkin 3-4 bulan.

    BalasPadam
  4. ohhh orang KK yer... salam kenal orang KK... apa khabar? saya pun orang KK....

    anak bujang kat Labuan tu sekejap jer homesicknya... lelama tu hilanglah kalau dah biasa... jangan mak bapak risau... feeling berat tu feeling anak anak sekolahan...

    BalasPadam
  5. suasana baru telah bermula...smoga jd anak yang soleh

    BalasPadam
  6. Pada mulanya memang agak sukar... lama-lama alah bisa tegal biasa.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)