my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jebat, Messy, Coco, Kiki, Putih dalam kenangan

Assalammualaikum semua sahabat blogger. Begitu lama tak update tetiba muncul hari ni. Ingatkan nak update semalam tapi kerana terlalu sedih, hari ni baru dapat kakpb coretkan.

Kakpb ni memang jenis yang sayang sangat dengan kucing, tak kiralah kucing orang punya ke, jumpa kat kedai makan ke, mesti nak pegang. Bayangkan kakpb kehilangan, bukan hilang tak balik tapi hilang dalam erti kata 'mati' kesemuanya sekali. Naik bengkak mata ni menangis meratapi pemergian mereka.

Asalnya si Jebat kami lepaskan sekitar taman. Biasalah, kalau dah berjalan tak ingat nak balik. Balik2 je sakit kaki, sakit tangan, lukalah.....bergaduh la tu. Silap kami juga agaknya. Bila dia balik kami letak dia bersama dengan anak dan pasangannya si Messy yang bunting lagi. Lepas beberapa hari tu kakpb tengok dia macam selsema, suara serak. Tapi masih ok selepas di mandikan.

Balik dari mana tah agaknya si Jebat tu bawa penyakit. Muntah hijau, mulut berbuih. Selang beberapa hari je dia tenat dan terus meninggalkan kakpb. Paling buat kakpb kecewa kerana kakpb tak sempat bawa dia ke klinik haiwan. Cikgu fahmi pula out station seminggu. Pemergian Jebat didepan mata kakpb dan Aziz. Berjurai ler air mata kami. Fikirkan siapalah nak gali lubang kat belakang rumah? Kebetulan adik cikgu fahmi ada dirumah, dia yang tolong galikan. Bersemadilah Jebat disitu. Jebat manja sangat dengan Aziz. Mesti nak berkepit celah ketiak kalau tidur malam. Macam manalah tak sedih. Setiap malam tidur sebilik dengan Jebat dan Messy (masa tu belum beranak lagi)

Koko, Kiki, Putih dan seekor lagi kawan cikgu ambil, lahir pada bulan Disember tahun lepas. Umur mereka baru 6 bulan. Masih muda. Tapi dah sampai hukum. Semua pergi mengikut Jebat selepas beberapa hari Jebat mati.

Bila cikgu fahmi balik dari Sandakan, Koko dan Kiki masih ok tapi monyok je. Selang beberapa hari, mereka pula pergi. Tinggal Messy dan Putih yang nampak gagah sedikit. Terus kakpb bawa pergi klinik. Mengikut kata doktor, mungkin jangkitan virus daripada anjing atau binatang lain. Daripada pembacaan kakpb google, mereka ni mengidap radang paru-paru. Patutlah suara serak, sukar bernafas.

Kalau nak cerita soal perasaan kakpb, memang tak terucap, sedih yang teramat sangat. Rasa bersalah kerana tidak sedar yang mereka ni sakit dalam diam. Sampai sekarang ni kakpb masih terasa kehilangan.




PUTIH - Anak Messy yang paling dia sayang ketika kecil. Selalu dia gonggong kesana kemari, nak bawa pindah. Hinggakan ada bekas ditengkok kerana terlalu kerap dibawa kesana kemari. Putih yang terakhir bertahan hampir seminggu. Takde muntah dan cirit birit. Tapi taknak makan. Setiap malam kakpb letak dia dalam bakul dan tidur sebelah kakpb. Bila terjaga malam, kakpb jengah dia, bernafas atau tidak. Kadang2 dia bangun kencing dalam pasir dia. Kadang2 dia tak larat, kencing kat situ je, kesian. Selalu kakpb dukung waktu pagi bawa keluar, tengok2 burung, hirup udara pagi. Putih memang tak larat nak jalan apatah lagi berlari. Pagi khamis lepas, sebelum menarik nafas terakhir dalam pangkuan cikgu fahmi, dia tenong muka kakpb selepas bagi minum. Lama tenungannya.......seolah nak ucap selamat tinggal. Kakpb selalu cakap dengan Putih, kalau Putih tak larat, pergilah......tak sanggup ibu nak tengok Putih merana begitu. 




Tinggal kenangan, banyak foto mereka dalam simpanan kakpb. Daripada baru lahir, hingga akhir hayat mereka.

Messy yang paling rapat dengan kakpb. Akhir2 sebelum dia mati, selalu nak minta dukong. Hinggakan kat klinik pun dia nak bertenggek atas bahu, dah la berat. Messy ni jenis yang dengar kata. Kalau pintu terbuka, kakpb tak bagi dia keluar, dia duduk je depan pintu.


JEBAT : Paling manja. Walaupun besar, nampak garang tapi dia la yang paling best bila di pelok.
Kini tinggal kenangan. Tiada lagi Jebat yang bising setiap hari minta keluar dari sangkar. Tiada lagi suara Messy minta ikan. 




Tinggal la kami berdua bila abang Aziz balik asrama. 
Moga kamu semua tenang disana. Ibu harap jumpa kamu di syurga, insyaAllah.

7 ulasan:

  1. semoga jumpa pengganti mereka kak

    BalasPadam
  2. Sedih dan mengalir air mata baca entri ni Kak..wana dapat rasa kesedihan akak sebab wana juga pencinta kucing..semoga akak tabah dan sabar dan jumpa pengganti mereka..

    BalasPadam
  3. akk...awat buat entri sedih...oyen sy pon ilang..ilang tiba2..tak tau la orang amik ke ape..sebab mmg x bg die kua...selalu die pegi umah jiran sebelah ikut balkoni belakang..tp pandai balik.kali ni die pgi tak balik2 dah..siap tampal iklan kucing hilang...rindu nye dengan oyen usah di kata. sebab bela dia dari kecik jumpa kt tangga lemah longlai sampai la dia jadi gendut. air mata ni meleleh bile tgk gamba dia..

    BalasPadam
  4. sedihnya kakpb, terus saya peluk2 kucing saya pulak

    BalasPadam
  5. InsyaAllah Hamelia..

    Bbwana....tika ni airmata masih bergenang :(

    Indah...akak doakan moga kucing Indah dpt jln pulang ye.

    Ann Ishak....ada juga utk dipeluk. Kakpb skrg sunyi je.

    SK...sabar ye. Jaga zonan baik2.

    BalasPadam
  6. sayangnya kak pb ngan makhluk Allah yg bernama meow ye...nk kena sabar jaga kucing ni kan....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)