my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

Jebat, Messy, Coco, Kiki, Putih dalam kenangan

Assalammualaikum semua sahabat blogger. Begitu lama tak update tetiba muncul hari ni. Ingatkan nak update semalam tapi kerana terlalu sedih, hari ni baru dapat kakpb coretkan.

Kakpb ni memang jenis yang sayang sangat dengan kucing, tak kiralah kucing orang punya ke, jumpa kat kedai makan ke, mesti nak pegang. Bayangkan kakpb kehilangan, bukan hilang tak balik tapi hilang dalam erti kata 'mati' kesemuanya sekali. Naik bengkak mata ni menangis meratapi pemergian mereka.

Asalnya si Jebat kami lepaskan sekitar taman. Biasalah, kalau dah berjalan tak ingat nak balik. Balik2 je sakit kaki, sakit tangan, lukalah.....bergaduh la tu. Silap kami juga agaknya. Bila dia balik kami letak dia bersama dengan anak dan pasangannya si Messy yang bunting lagi. Lepas beberapa hari tu kakpb tengok dia macam selsema, suara serak. Tapi masih ok selepas di mandikan.

Balik dari mana tah agaknya si Jebat tu bawa penyakit. Muntah hijau, mulut berbuih. Selang beberapa hari je dia tenat dan terus meninggalkan kakpb. Paling buat kakpb kecewa kerana kakpb tak sempat bawa dia ke klinik haiwan. Cikgu fahmi pula out station seminggu. Pemergian Jebat didepan mata kakpb dan Aziz. Berjurai ler air mata kami. Fikirkan siapalah nak gali lubang kat belakang rumah? Kebetulan adik cikgu fahmi ada dirumah, dia yang tolong galikan. Bersemadilah Jebat disitu. Jebat manja sangat dengan Aziz. Mesti nak berkepit celah ketiak kalau tidur malam. Macam manalah tak sedih. Setiap malam tidur sebilik dengan Jebat dan Messy (masa tu belum beranak lagi)

Koko, Kiki, Putih dan seekor lagi kawan cikgu ambil, lahir pada bulan Disember tahun lepas. Umur mereka baru 6 bulan. Masih muda. Tapi dah sampai hukum. Semua pergi mengikut Jebat selepas beberapa hari Jebat mati.

Bila cikgu fahmi balik dari Sandakan, Koko dan Kiki masih ok tapi monyok je. Selang beberapa hari, mereka pula pergi. Tinggal Messy dan Putih yang nampak gagah sedikit. Terus kakpb bawa pergi klinik. Mengikut kata doktor, mungkin jangkitan virus daripada anjing atau binatang lain. Daripada pembacaan kakpb google, mereka ni mengidap radang paru-paru. Patutlah suara serak, sukar bernafas.

Kalau nak cerita soal perasaan kakpb, memang tak terucap, sedih yang teramat sangat. Rasa bersalah kerana tidak sedar yang mereka ni sakit dalam diam. Sampai sekarang ni kakpb masih terasa kehilangan.




PUTIH - Anak Messy yang paling dia sayang ketika kecil. Selalu dia gonggong kesana kemari, nak bawa pindah. Hinggakan ada bekas ditengkok kerana terlalu kerap dibawa kesana kemari. Putih yang terakhir bertahan hampir seminggu. Takde muntah dan cirit birit. Tapi taknak makan. Setiap malam kakpb letak dia dalam bakul dan tidur sebelah kakpb. Bila terjaga malam, kakpb jengah dia, bernafas atau tidak. Kadang2 dia bangun kencing dalam pasir dia. Kadang2 dia tak larat, kencing kat situ je, kesian. Selalu kakpb dukung waktu pagi bawa keluar, tengok2 burung, hirup udara pagi. Putih memang tak larat nak jalan apatah lagi berlari. Pagi khamis lepas, sebelum menarik nafas terakhir dalam pangkuan cikgu fahmi, dia tenong muka kakpb selepas bagi minum. Lama tenungannya.......seolah nak ucap selamat tinggal. Kakpb selalu cakap dengan Putih, kalau Putih tak larat, pergilah......tak sanggup ibu nak tengok Putih merana begitu. 




Tinggal kenangan, banyak foto mereka dalam simpanan kakpb. Daripada baru lahir, hingga akhir hayat mereka.

Messy yang paling rapat dengan kakpb. Akhir2 sebelum dia mati, selalu nak minta dukong. Hinggakan kat klinik pun dia nak bertenggek atas bahu, dah la berat. Messy ni jenis yang dengar kata. Kalau pintu terbuka, kakpb tak bagi dia keluar, dia duduk je depan pintu.


JEBAT : Paling manja. Walaupun besar, nampak garang tapi dia la yang paling best bila di pelok.
Kini tinggal kenangan. Tiada lagi Jebat yang bising setiap hari minta keluar dari sangkar. Tiada lagi suara Messy minta ikan. 




Tinggal la kami berdua bila abang Aziz balik asrama. 
Moga kamu semua tenang disana. Ibu harap jumpa kamu di syurga, insyaAllah.

November yang busy

Rasa macam tongkang pecah tak bertuan rumah ni. Tu yang tak sempat jalan blog kawan2. Kakpb minta maaf sesangat ye. Komen pun tak sempat balas. Bagaimanapun kakpb hargai sangat mereka yang sudi meninggalkan jejak disini. In syaAllah kakpb akan jengah juga bila berkesempatan.

Bulan ni kakpb sibuk dengan tempahan kuih kasturi atau gendang kasturi, karipap dan cheese tart untuk majlis kahwin saudara. Semua kena di frozenkan dulu. Peti ais kena kosongkan untuk letak kuih2 ni. Tu yang busy, mana nak masak, basuh baju, menggosok, berkemas.......almaklum...tiada pembantu rumah. Hanya zikir subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar saja yang dijadikan penguat tenaga kakpb ni.

Kuih kasturi permintaan makcik ni baru siap separuh. Nak terkehel mengacau kacang hijau sekuali. Tambah pula bila dia memekat. Makin berat rasanya.

Dalam pada sibuk tu sempat jugalah layan game bola anaknda kakpb tu. Setiap minggu ada liga bola antara pasukan dia TUMS (Tunas Asas Bolasepak UMS) dengan pelbagai kelab atau sekolah yang ingin merebut piala liga. Timbul isu tak puas hati kerana anak kakpb 12 tahun tapi diletakkan dalam group 11 tahun. 
Ada yang ugut2 dia, jagalah kau.....siap pijak2 kaki bagai. Semuanya tak puas hati sebab umur. Kalau dah coach yang benarkan main, kenapa mereka bising2. Anak kakpb pula jenis yang tak pandai bergaduh, dia jenis tak layan orang cari pasal. Itu yang mereka sakit hati agaknya. Sama juga ketika di sekolah. Selalu ada tak puas hati. Sebabnya......mereka yang nakal/kaki samseng ni cuba memancing dia ajak gaduh, bertumbuk tapi tak dilayan. Dalam pada tu, eh minta add friend di facebook pulak tu. Pelik kan? Dah buat musuh tapi nak juga menempel sebagai sahabat.

Terus terang disini, kakpb memang tak benarkan dia bersahabat dengan orang yang suka cari gaduh. Sikit2 suruh panggil bapak nak jumpa, konon berani sangat. Dari tadika lagi kakpb pantau semua kawan2 dia dan kalau kawan yang membawa kepada perkara tak elok, biadap, baik tinggalkan. Tak rugi pun. Harap2 dewasa nanti dia tau memilih mana yang buruk dan baik. Kita hanya merancang untuk kebaikkan dia tapi diri sendirilah yang menentukan apa yang dia mahu.

Panjang lebar pula entry anak kakpb. Kadang kala tinggal merantau ni banyak sungguh dugaan. Selalu dipandang rendah. Betul kata orang......ada harta orang sanjung, dijulang. Orang tak pandang samada kita ni baik ke....berbudi bahasa ke....

Rasa sedih selalu kakpb lepaskan pada kesayangan kakpb dua ekor ni. Urut dan belai dia setiap hari, hilang rasa stress tu. Masa menaip ni pun dia duduk sebelah laptop. Memang tak boleh jauh. Masuk tandas pun ikut....ishh...Messy ni memang manja. Waktu pagi kakpb akan dukung dia bawa kedepan rumah. Kucing kan suka kunyah rumput. Lepas tu bagi masuk sangkar dalam 4-5 jam. Mereka ni tak tidur dalam sangkar waktu malam. Siang je.

Tengoklah tu.....minta urut sampai dia tidur. Kakpb bangun pergi dapur, dia pindah tidur kat dapur.

Si Jebat pula tah mana, dah masuk bawah katil membuta agaknya.

Berlakon je tu tidur, kejap lagi kakpb bangun, tau2 dia ada je kat sebelah.....alahai....macam mana ibu nak tinggal balik semenanjung ni? Berat rasa hati. Kesian takde yang belai.

Oh ye....mungkin selepas ni lewat sikit update blog. Betul2 sibuk sampai bulan Disember nanti.
Terima kasih sudi membaca kisah hidup kakpb yang tak seberapa popular ni.
Siapalah saya....

TEAM Tangkap Lalat (TTL)

Pasal apa digelar TEAM TANGKAP LALAT?

Hari-hari duduk kat dapur tunggu lalat yang lepas masuk dalam rumah. Lalat ni bermusim, bila sembur serai wangi tu, kuranglah dia. Tapi bila lepas orang angkat sampah, mulalah takde tempat dia nak bertenggek, rumah kita jadi mangsa!

Jebat memang tangkas....Messy pun tak boleh diperkecilkan. Walaupun betina, badan sedikit gempal dan kecil, tak pernah kecewa tangkap lalat.

Bukan je lalat, cicak, semut yang besar-besar tu pun dikerjakannya. Selagi tak keluar dari rumah, dia akan perambat sampai masuk dalam mulut, ngap....habislah....dua ekor ni memang tolak batu dengan kayu agaknya perut dia.

Dulu-dulu lebihan tepi roti kakpb buang, sekarang ni bagi kat dia, terutama Messy. Bernafsu betul tengok roti. Cheese tart memang tak boleh letak atas meja tanpa bertutup. Hari tu dibedalnya kaya dalam tin (pandai pulak buka tutupnya). Tengok2 ada seketul muntah atas karpet.....eiiiii...geram betul.




Abang Jebat yang cool, tangkas, handsome, bersih tapi manja gilaaaaa.....





Messy manja juga tapi tak suka dipegang selalu. Selalu minta dukong waktu pagi. Itu pun ada makna bila nak dukong, nak wetfood dia. Risau ni perut dia macam "membengkak" je....hahaha...siaplah bercucu pulak kakpb nanti..



Asal lepas maghrib je, mereka berdua ni masuk bilik tidur kakpb dulu. Tidur awal 6.30 pm. Time kita nak tidur 10 mlm gitu, dia pulak bangun berkejaran dalam rumah. Itu yang kadang2 kakpb suruh tidur dalam bilik sama2. Ada sangkar diluar tak sampai hati pula. Kadang2 dia mengamok (Jebat) diterbalikkannya bekas pasir tu.....

Masalah nak tinggalkan mereka ni bila balik lama nanti, siapalah nak jaga. Hantar kat pet shop confirm beratus hengget. Mungkin akan minta tolong kawan hubby jagakan. Pasti kakpb rindu keletah mereka ni.......teman berleter...teman pelok cium...teman untuk hilang stress.

Macam comel je!!

 

Sebenarnya kakpb menantikan gambar yang di upload dari S3 ke blog. Entah mana perginya. Mungkin terlepas sudaaa? Geram betul kalau upload gambar kena tunggu lama.

Kita layan dulu gambar si comel Tiger ni. Kucing kakak yang dah agak berusia. Baik, tak banyak songeh macam yang lain. Nak masuk rumah pun sebab nak makan dan minum. Lepas makan dia keluar. Jarang merayap atau tak balik rumah. Kalau jantan memang baik sungguh la.....iye....dia bukan jantan, betina dik!!
Kenapa nama Tiger? Kakak kata masa kecil dulu rupa jantan dia ni. Mana nak tau kan.....tetiba besar tak nampak pula 'bendalah tu' sebab bulu dia lebat.....haha....gasak la nama Tiger.

Oh ye....lepas ni kalau ternampak entry kakpb yang belum ada ayat-ayat dalam blog ni, sah-sah tersilap tekan. Nanti kakpb edit balik. Ok semua, selamat bertugas dan salam jumaat yang mulia.

Makhluk 'terbiar' jadi tanggungjawab kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat menyambut Deepavali......wah...cuti sakan ye? Apa projek hari ni? Pb belum plan lagi. Kalau tak kemana2, ingat nak tukar langsir rumah, dah nampak 'gelap' je tu. Atau nak alih almari dalam bilik, kasi ubah sikit, bosan ah......atau...nak buat kek gula hangus...atau....pergi window shoppinggggg...hehe...

Kejap lagi kan, mesti ada 'sesuatu' yang memanggil kat pintu dapur rumah. Tiap2 hari kalau pb ke dapur je, adalah suara dia. Kalau tak di layan, sampai serak2. Kekadang tu buat tak tau je, iye la.....dah bagi betis, nak peha pulak. Sudah la 'pendatang', tak tau la haram ke halal....hehe...

Dulu2 sebelum ni pb takde susah2 kena beli ikan kat pasar. Dulu2 takde pun pinggan kat belakang rumah. Dulu2 tak de beli whiskas atau seumpamanya. Tapi sekarang, dah macam tanggung jawab pb pulak, pagi, tengahari dan petang. Tidur pun dalam bakul yang pb letak kat luar tu. Jangan 'melepas' atas lantai rumah, sudah. Memang nak kena hambat dengan pb.







Tapi bila dia mengiau sampai serak2 suara, pb tak sampai hati pulak. Dia ni tau diri atau sedar diri. Dia tak pernah mengiau kat pintu depan sekali pun dia lalu lalang pergi rumah orang lain, dia takkan masuk rumah pb melalui pintu depan.

Pernah sekali (mungkin sebab takde respon dari pintu belakang) dia datang dari depan dan kami 'pelawa' makan, suruh dia lalu dari depan......selangkah pun dia taknak masuk....dia teragak2, sampaikan pb kena angkat dia.  Padahal pb tak pernah pukul dia, kenapa dia takut? Mungkin sebab dia dah biasa hidup merempat, lama tak merasa hidup berumah. Kesian dia.......

Sekarang ni dah jadi tanggungjawab pb belikan makanan dia. Adakala terasa mencari beban pula. Adakala susah hati nak meninggalkan dia sekiranya kami cuti balik kampung. Simpati dan sayang pada makhluk Allah yang terbiar, mudah2an mendapat ganjaran di akhir nanti.

Tetamu tak di undang!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Seminggu dua tiga kali dia datang. Pantang buka pintu, main terjah je, ni dah bukan tetamu! Kekadang aku naik marah juga, meleset kat kaki, tergolek sana, tergolek sini. Tak pasal-pasal nak melayan dia pulak.

Bila datang tu, kempis je perutnya. Tah mana pergi tuannya, tak diberi makan kot. Atau memang spesis kurus kering kot? Masa dia kecik dulu, aku selalu nampak ibu dia perihatin sangat kalau anak dia main tengah jalan atau pergi rumah orang. Mesti dia angkut anak dia balik walaupun dah besar panjang. Punya la sayang kat anak.........yang si anak memang nakal, maklum le, masih budak lagi.


tengok tu, muka tak malu betul......melepak atas meja aku, macam dia punya rumah....

Apa khabar 'anak-anak bulu'?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Saat ini teringat anak-anak bulu kat rumah adik ku dan rumah kakak ku. Dah besar agaknya? Mesti dah pandai jalan sebab masa aku tengok dulu baru celik mata, jalan pun tak kuat lagi. 



aku lupa nama si comel ni, nakal sangat sampai susah nak di pegang....
nak ambil gambar pun susah, masa ni sakit mata agaknya....
bulu yang kembang kat tengkok, dah besar nanti lagi panjang bulunya...

alalala....jendolnya dahi! mata pun belum celik....

ni yang bongsu kot, kecik je......tapi mata dah buka tu....huhu...rupa budak nakal...


Ada lagi gambar dalam simpanan ku, kalau takde idea nak update blog, baru aku keluarkan.

RinDu terlerai dgn BlaCKy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana cuaca ditempat teman2 blogger sekarang? Di rumah ku sekarang ni suasana gelap, langit KK diselaputi awan mendong dan hujan turun seawal pagi. Pasti yang tak bertugas hari ini akan sambung tidur lagi. Internet pula sekejap ada, sekejap putus.......aduhhh...

Sejuk2 begini teringat pula kat arnab belaan ku dulu, bila sejuk.....
.bulunya mengembang, kalau dipelok, suka sorokkan muka dia.
Aku rindu sangat nak bela binatang lagi tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.

Hari tu singgah rumah kakak ku di Lahad Datu, aku dapat lepaskan rindu pelok 'Blacky', kucing mereka.


 Ibu Blacky jenis kucing yang hidung kemek tu, dia ni masih muda lagi tapi badan besar.
sedapnya pelok diaaaa....

Lucunya si Blacky ni diberi minum susu tepung yang biasa orang minum, habis berak2 dia. Sepatutnya diberi susu untuk kucing tapi anak kakak ku kata, takpe beri susu yang biasa kita minum. Manalah tak berak2, aku pesan kat kakak ku, kucing ni minum air biasa pun takpe.


nota aku: balik cuti nanti nak lepas rindu kat kucing kakak di BB.

Layan si comel ni....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kering idea ni........ntah apa nak tulis....nak cerita aktiviti aku, biasa je. Layan sinetron Indonesia, Bukan Diriku dari isnin hingga jumaat. Panahan Baim Wong la ni........sebelum ni cerita2 dia kat tv aku tak follow sangat. Style aku, kalau dari mula aku tak tengok, aku takkan tengok keseluruhannya. Aku cari kat youtube je mana yang teringin tengok. Katanya Baim datang Malaysia kan? Promosi drama la tu, tahun ni agaknya tahun dia membina nama kot. Sebagai peminat aku harap Baim tidak akan mencipta kontroversi yang 'panas' seperti temannya itu. Kalau ada, minta maaf dong.........

Di sebabkan takde kisah menarik, layan je la foto2 comel yang ada dalam simpanan ku......



yang ni, Smokey namanya, kalau tengok kita makan ikan, dia mesti nak sikit dan cara dia mintak tu yang buat aku gelak sakan. dia main ketok2 meja dengan tangan dia.......haha....cute sangat!!


'Serabai' ni paling nakal, maklum le......budak2 lagi. Kalau terlampau aktif, akan mengeluarkan 'angin' dia yang 'harum' tu.......benci tau!!


'Che Tom' yang nakal ni, susah betul nak ambik gambar dia, tak tau diam. Kesian, selalu jadi mangsa bully oleh Serabai sebab dia yang kecil. Hidung dia tu yang cute!
tengok tu!! samseng betol dia......


paling aku suka gambar bawah ni..........
aku jumpa dia kat satu perhentian R&R, tengah sedap tidor, sampaikan masa aku datang lepak kat dia pun, dia tak larat buka mata. letih sangat kot......


siannya.......tidor hingga pelok tiang? mungkin kelaparan atau kekenyangan........

Si Comel tak bernama!

Salam Sejahtera....

Kalau jumpa kucing memang aku tak lepaskan peluang ambil gambar. Siaplah dia jadi mangsa ku. Tambah pula kalau yang masih kecil, tengah cute. Berlari sana, berlari sini, panjat sana, panjat sini......aku suka sangat tengok keletah kucing2 ni.

Balik rumah kakak (masa cuti sekolah awal tahun), sempat snap gambar kucing adik ku yang nak di beri pada kakak. Umur dalam 2 bulan gitu, masih menyusu mak dia. Tapi, bila aku balik baru2 ni, dah dihantar balik kerumah adik. Katanya nampak macam layu  tak bermaya, mungkin dia nak mak dia kot.

Saje je buka mata sebelah, dia tau kita ambik gambar dia......manja dan mengada2 pulak tu.


Dengan mata yang ceme sebelah tu, still cute lagi! Misai panjang berjuntai, mata biru (klon dr mana tah). Kalau la orang bujang, dah ramai tergila2 ni.....hehe...


Entah macamana rupa dia sekarang. Nama pun aku tak tau sebab masa jumpa dulu, belum bernama lagi. Kiranya belum daftar kat JPN la ni.........


nota aku: hajatt hati nak bela kucing
               apakan daya tidak tercapai
               kata hubby itu tak penting
               balik kampung, takde sape nak belai.....huhu...

Notti dan Kiki...

Salam Sejahtera....

Seminggu ni aku tak berapa sihat, asyik selsema dan badan sengal2. Masak pun cincai je.....agaknya keletihan masa cuti dulu, agaknya la.

Bagaimanapun aku nak tayang juga gambar2 yang aku snap hari tu. Bukan gambar apa, gambar kucing2 kat rumah kakak dan rumah mertua. Comel2 mereka ni, kalau dekat dan boleh naik kapalterbang, sah2 aku bawa balik. Tapi susah pulak bila aku cuti balik kampung, sape nak jaga? Aku pun nanti terindu2 kat binatang ni, macam Dato K tu.....asyik kena tinggal je....sian dia.

 Cute si Notti ni......lari sana lari sini, bukan main ligat lagi dia. Tengok la rupa dia tu, nak menggigit je.

Umur macam ni la yang buat orang geram nak main. Adik beradik ada empat ekor tapi dah kena jadi anak angkat sekor, tinggal tiga. Bila aku balik nanti ntah ada ke tidak, tak tau la.

Aktiviti hari2 dia cari bakul dan tidur dalam tu, tak kira bakul kecik ke besar......hehe...comelnya...

Si hitam ni pulak? rupa tak cantik tapi.........ada pulak si jantan yang berkenan. Tau tak? dah ada anak empat tu........tengok rupa ceding je kan? Kalau anak2 dia nak menyusu (anak dah besar, macam Notti tu) sampai tersorong ke dinding si Kiki kerana terlampau kurus. Kakak ku kata dia stress lepas beranak.....hemm..macam kita juga kan......stress nak susukan anak.
Tengok tu.........kalau duduk melepak mesti gitu gayanya. Selesa kot? Bulu tah mana2 gugur.......sian aku nengoknya. Agaknya kena tukar nama kot? Kiki......tukar pada Kikis.....haha.....
Aduss......tak sanggup aku tengok si Kiki ni, makan kuat tapi maintain kurus kering gitu. Baring atas simen pun dah nampak sama je......



nota: mood mengupdate blog skrg terbantut!

24 jari!!

Salam Sejahtera....



Tu dia.........si Putih tidur bersilang pangkah dengan anaknya. Gambar ni hubby ku ambil semasa di kampung tempohari. Anak Putih ni nakal sikit, maklum le.......baru nak membesar.....kalau makan kat dapur tu, suara dia je menderam. Tak boleh share dengan mak dia.


Masa ambil gambar ni, dia sedar tapi buka mata sebelah je.......lepas tu buat tak tau pulak. Dasar kuat tidur........sedap je menenggek atas mak dia.


Cuba tengok jari kucing ni, banyak kan? Itu la istimewanya............setiap kali balik kampung, dia ni la yang aku belai walaupun aku tak kenal tuan dia. Hari2 melepak kat rumah mertua aku, dah tak ingat rumah sendiri agaknya. Mak pula, selalu hidangkan ikan goreng gaul nasi. Pagi petang mak kasi makan.



Jari kaki dia semuanya ada 12, campur jari tangan jadi 24. Aku suka tengok kalau dia berjalan. Nampak pelik tapi comel........



Ni la tuan punya 24 jari. Kalau tidur atas kusyen rumah mak tu, tak sedarkan diri. Sampaikan di angkat turun ke lantai pun dia tak bangun. Selonggok gitu.........


Balik lagi sekali nanti, aku nak snap gambar anak dia yang nakal tu. Sedondon jari dia dengan mak dia.

Si comel baru lahir...

Salam Sejahtera....

Aku memang suka sangat dengan kucing. Tak kira jumpa kat mana2 aku mesti nak cuit atau belai.
Walau aku ada resdong yang teruk, aku tak kisah (tapi baru2 ni resdung dah tak menyerang sejak aku makan spirulina Elken)

Balik raya baru2 ni, aku berkesempatan memegang kucing di rumah kakak. Si Manja kakak ku dah beranak empat rupanya. Cute sangat! Besar dan gemuk pulak tu.


Tengok tu! rasa macam nak gigit je........ni anak si Manja, gambar maknya aku tak snap pula. Ibunya memang cute......masa belum beranak dulu, nakal gila. Asyik kena marah dengan kakak ku.


baru pandai bertatih ni, terketar2 nak melangkah.....siannya dia.....



Bebudak 4 ekor ni takde nama lagi masa aku di sana. Dengarnya adik ipar ku nak ambil sekor. Kesian pula kalau di pisah dari ibu dia tapi nak buat macam mana kan.......tak larat kakak ku nak bela ramai2. Anak2 dah besar sepatutnya dah boleh goyang kaki, ni tak......asyik basuh kencing berak kucing je!

 Masalahnya kakak ku ini penyayang sangat dengan kucing. Sanggup berhabis duit beratus ringgit semata2 untuk kesihatan kucing2 dia.

Ada lagi aku nak cerita pasal kucing kat kampung pulak. Layan yang ni dulu yeaa......