my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label desert. Papar semua catatan

Desert buka puasa

Selamat pagi semua, dah hari keenam hari ni kami berpuasa, insyaAllah kalau tiada halangan. Maknanya esok raya!! Nak buat juadah apa ye? rendang? nasi impit kuah kacang? (cikgu fahmi sensitif dgn kacang la pulak) Makan sebiji kacang, mulalah benjol sana sini muka dia. Ingat nak masak lodeh, nak buat ala-ala raya juga. Raya lepas tak dapat masak kat rumah, ni la masanya balas dendam....hehe..

Ok...untuk mereka yang bertanya pasal Wang Tunai RM5000 tu, kakpb baca dari blog PMDR dan kalau kakpb silap, minta maaflah. Tapi itulah yang diberitahu. Untuk lebih lanjut mungkin boleh ke fb BloggerWanita. Kakpb pun tak tanya lagi. Alah...kita buat entry tu pun bukan kena bayar, ye tak?

Tayangan kat atas tu desert kami berbuka semalam dan semalamnya. Resipinya dari Dapur Ibundo, kakpb memang peminat setia DI ni. Semua masakan dia masuk dengan selera kakpb. Cuma kakpb ubah sikit tang buah tu, yang ada cuma anggur dan pisang....boleh laa...sedap juga tau.

SALAD BUAH
@blogsurirumah
sumber : dapur ibundo

1 mangkok fruit cocktail
1/2 cwn anggur hitam
1 biji pisang berangan
1/2 cwn susu cair
1 sb susu pekat

Campurkan semua bahan2 diatas, letakkan ais kalau nak terus makan. Tak pun simpan dalam peti dulu baru sedap. Sukatan ni kakpb adjust sendiri untuk makan 3 orang.

nota: sedap pulak campurkan pisang dlm desert, asyik cekodok je bosan.

Puding Karamel Gula Hangus


Senangnya dalam hati (pinjam lagu P.Ramli kjp) sebab apa.....line tenet dah ok sikit. Nanti kakpb blogwalking laju-laju ye, jaga-jaga!!

Puding karamel gula hangus bertelor ni first time kakpb buat. Sebenarnya tak berapa suka yang ada telor tapi saja nak mencuba. Ada lagi dalam peti ais tu. Agak leper kejadiannya sebab kakpb takde loyang yang kecil sikit. Cuma yang bagusnya puding ni, senang nak potong berbanding puding tanpa telor yang agak lembut.

Resipi dari mana ye? Dari blogger Cahaya Cinta Ana, terima kasih ye. Walau ramai yang dah buat puding ni, kakpb sorang ketinggalan. Kakpb copy paste resipi ye Ana.

PUDING KARAMEL GULA HANGUS
oleh: blogsurirumah
copypaste: Blog CahayaCinta

~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air

Cara membuatnya

Masak 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar air dalam loyang dengan api kecil.
Bila gula keperangan, masukkan 1 sudu lagi air. Ketepikan.
Dalam bekas lain masukkan semua telor bersama gula halus. Kacau perlahan sekadar bagi rata je.
Masukkan susu cair dalam periok, panaskan hanya suam2 kuku dengan apa kecil.
Tuang perlahan2 susu kedalam bekas telor sambil sebelah tangan lagi mengacau
Tapis adunan sebelum masuk kedalam bekas karamel
Panaskan kukusan lebih awal. Tutup adunan dengan aluminum foil. (kakpb guna towel, balut tutup kukus)
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Masuk dalam peti sebelum di hidangkan.

Puding Pisang Karamel


Cikgu Fahmi baru sms, tanya makan apa.....alahai....dia taktau bini dia tengah bosan ni. Tadi kemas ruang dapur, alih meja dan kabinet. Tengahari masak nasi goreng paprik untuk anak. Petang ni tak tahu lagi nak makan apa.

Dalam pada boring tu, cari resipi puding pisang. Dah beberapa hari beli pisang masih tak bersentuh dalam peti ais. Akhirnya kakpb jumpa satu resipi di SINI dan mencubanya. Disebabkan kakpb takde loyang kecil-kecil, kakpb buat dalam loyang berukuran 8x8. Memang leper jadinya. Tapi rasanya teramatlah sedap :) Lepas ni nak cuba buat lagi, nak cari loyang yang kecil sedikit.

Kakpb letakkan potongan pisang atas karamel, pisang yang di kukus dulu.

PUDING PISANG KARAMEL
oleh: @blogsurirumah
sumber: ResepKue Lezat

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.

Tadi rasa sepotong, alamak ai....sedapnya....sebab kakpb lebihkan pisangnya.

Cendol sagu

Tak tahu nak bagi nama apa kuih sagu yang tak menjadi ni, kak pb gubah jadikan desert yang sedap dan sejuk masuk ke tekak. Ewah....memuji diri pula....bukan apa, hari tu kan lembik kuih ni. Kak pb pun fikir nak buat macam mana, takkan nak buang?

Kak pb masukkan balik dalam periok dan cuba keringkan lagi. Lepas tu masuk dalam loyang, biarkan sejuk. Kemudian boleh la cedok masuk dalam cawan atau mangkok......


Curahkan gula melaka dan susu cair, ikutlah banyak mana yang kita suka.

Letakkan seketul dua ais.......sudu ke mulut ketika cuaca panas......menyelerakan sangat...

Bagi yang bertanya resipi kuih sagu, banyak kat intenet ni, google je.....
Resipi asal dari mamakastam@myresipi

1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air - rasanya kurangkan pun takpe
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah

1/2 biji kelapa parut putih sahaja

1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.

Masukan sagu, kemudian kacau rata.
Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 


nota kakpb: ku letak nama ikut suka saja..

Mango Panna Cotta di atas dulang Jepun

Salam sejahtera semua, dah masuk 1 Rejab sekarang ni, mesti ramai teman-teman kak pb berpuasa. Musim panas pula, banyakkan minum air dan bersabarlah ketika menjalani ibadah puasa tu. Mereka yang bekerja office kira ok lagi, duduk dalam aircond. Kesian pada mereka yang kerjanya di tempat tidak berhawa dingin tapi puasa ni sunat saja hukumnya. Bagi isteri-isteri kena minta izin dengan suami kalau nak puasa ye. Kalau dia tak izinkan, jangan ingkar. Nanti nak dapat dosa pula, ingat tu.


Terlior tak tengok panna cotta mangga kak pb tu?  Panas-panas ni sedap mengadap desert macam ni. Kena pula mangga yang manis seperti siku raja, mas hitam....itu je yang kak pb tau....hehe..






Tapi kak pb beli terdapat yang agak masam sedikit. Mangga cukenan dari Filipina ni banyak di sini. Jangan cari la siku raja ke.....kalau ada pun mahal gila. Ni dua biji dah RM5 lebih. Katanya manis, hampeh.....

Mula nampak kat blog RohaDamai Qolbu, pergi pula blog K.Nor Secubit Garam. Apa lagi, tak menahan nengoknya mangga tu macam memanggil-manggil je......meh la makan saya, meh la buat saya.....huhu..
Akhirnya kak pb pun berusaha cari gelatin, susu segar dan paling susah nak cari buah mangga. Hubby kata nak buat apa ni, sibuk sangat cari mangga? Orang lelaki gitu ler......bila nak buat dia larang. Bila dah siap, dia la yang ulang alik kat peti ais.

Kak pb minta izin copy paste dari blog K.Nor ye. Terima kasih banyak, kak pb ikut cara K.Nor tu sebiji-sebiji, saling tak tumpah.....ngeee...

MANGO PANNA COTTA
oleh: blog surirumah
sumber : K.Nor, Roha

Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.


Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.
*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih




Dulang Jepun tu memang dari Jepun, masa kak pb pergi dulu tahun 1980an. Agak-agak berapa usia dia? Tapi masih elok lagi sebab kak pb sayang nak guna setiap hari. Simpan untuk kenangan. Sekali sekala je tayang muka kat tetamu.


nota pb: dah cakap kat hubby, kalau suka makan, jangan merungut beli barang..





Puding Karamel Bercoklat

Salam sejahtera di pagi Jumaat yang mulia. Kaum lelaki jangan skip sembahyang jumaat ye......kaum perempuan pula boleh la balik rumah kejap kalau dekat time rehat tu. Pergi ambil anak balik sekolah tu, hati2 bawa kereta. Penyamun bersepah sana sini, jaga handbag, jaga anak, tengok kiri kanan kalau nak membelok. Kalau tak sempat masak di rumah, beli je kat kedai tapi pastikan makanan tu bersih, yang penting halal.

Pb nak tayang puding ni daripada hari tu lagi tapi tak nyempat je. Saje main masak2 kat dapor sorang2 (org main masak2 ramai....) Buat separuh adunan daripada resipi asal dan namanya Puding karamel lapis coklat tapi pb mandai2 je tukar 'bercoklat' tu. Takpe la kan....pb jalan blog Ijan Blogresipi dan terus ambil resipi ni yang dah ramai mencubanya. Minta izin copy ye....


Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
  • Bahan A
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
  • Bahan C
  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan-
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  8. Potong dan hidangkan.

Kita punya puding tak cantik sebab buat separuh je. Acuan pun kecik sangat.  Separuh adunan tu maksudnya pb guna 1 tin susu cair sahaja dan 3 biji telor.


tengok la, sememeh je....takpe lain kali boleh cuba lagi, ni saje simpan resipi dalam blog, senang nak refer kalau balik kampong ke....

Puding Karamel tanpa telur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Baru dapat bertenet, letih asyik ulang alik kedapur, bilik, ruang tamu......huhu....orang bercuti sekolah, kita ni tugasan sama je. Dah la tak sempat nak cuti2 Malaysia, bukan tak sempat...ongkosnya dah kena ngap dengan kereta kami yang asyik buat hal. Bagaimana pun pb tak kisah sangat. Takde la nak membebel kat suami tak bawa bercuti. Kesian kat dia kalau isterinya merungut. Mana ada suami yang taknak bawa famili bercuti kalau tiada masalah, betul tak?

Dah tak kemana2 tu asyik nak makan je. Demam2 pun selera masih macam biasa, bukan pb la......orang sebelah tu. Jadi pb buatkan puding karamel ni. Sebelum ni biasa juga buat tapi pb guna agar-agar dan resipi dari myresipi. Kali ni pb ikut resipi Along Roz yang cantik jelita. Minta izin copy paste ye long.....

PUDING KARAMEL TANPA TELOR
(EGGLESS CARAMEL PUDDING)
 sumber: Along RozHomekreation

Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel
10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.




Kali ni pb guna jelly segera. Kalau agar-agar segera pun sedap dan senang nak potong. Jelly ni agak susah nak dipotong dan diangkat ke piring cuma rasanya lebih sedap, lembut.....macam makan taufu fa.



Ada lagi dalam peti ais, tinggal sikit untuk anak bujang yang bermalam di rumah Opahnya.


nota pb: mula2 ingatkan tak jadi sebab nampak bergoyang2 bila di angkat,
tapi bila dipotong, cantik je.....alhamdulillah menjadi.

Puding Marble Serangkai Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari ni pb tak berapa sihat la.......lepas urut hari tu, badan ni sakit jadinya, tekak pula perit, makan durian 3 ulas pun tak tahan. Kalau dulu, takde hal makan durian. Sekarang ni.......badan kita dah makin berusia...hehe....bukan usia makin meningkat..

Puding ni pb dapat resipi dari SAJIONLINE  tapi bila cari balik video tu, pb tak jumpa pula. Bagaimanapun pb buat separuh dari adunan tu. Sebenarnya pb kurang pasti sukatan agar2 dalam video jadi apa yang pb tulis ni mengikut apa yang pb buat tempohari.

PUDING MARBLE SERANGKAI KASIH

1 kampit agar2 25 gm - pb guna 15 gm
1 tin susu cair - pb ambil 200 gm saja
5 biji telor - 2 biji
1 sudu teh esen vanila - 1/2 sudu kecil
125 gm mentega - 60 gm
3/4 cwn milo yang dicairkan dengan 4 sudu air panas - pb ambil separuh dari itu
1 cwn gula - 1/2 cwn gula
4 sudu besar tepung kastad - 2 sudu besar kastad

Masak agar2 dengan 2 setengah cawan air dan 1/2 cwn gula (kalau nak manis, lebihkan)
Dalam bekas lain, adun mentega dan telor.
Masukkan esen vanila dan susu cair. Kisar perlahan2.
Masukkan tepung kastad. Ketika ini adunan akan nampak berketul2. Takpe.
Masuk adunan kastad kedalam periok agar2 tadi dan kecilkan api.
Kacau perlahan hingga ketulan tadi hancur.
Setelah mendidih/masak, tutup api dan angkat.
Bahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian letakkan milo yang dah digaul dengan air panas.
Masukkan dalam loyang berselang seli dengan warna asal.
Akhir sekali masuk dalam peti sejuk.



 Pb masukkan dalam bekas agar2 bentuk jagung. Kaler tak berapa nak 'kasih' nampaknya. Ni puding 'kurang kasih sayang' ni........





 Setelah di potong, beginilah rupanya. Sedap dimakan sejuk2, kurang manis. Kalau letakkan syrup buah dengan susu cair lagi sedap.









Puding Roti Marble

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni balik dari terawih awal sikit, pak imam baca laju, tak macam semalam, surah panjang-panjang. Bukan apa, kalau suasana masjid berhawa dingin, takpe........ni cuma kipas je....tapi tak panas mana pun. Masih berangin juga, mungkin sebab kedudukkan masjid di tepi laut.

Cuaca panas betul sekarang ni, rasa kering tekak sepanjang masa. Kesian tengok anak pb tu bila balik sekolah, melepek tepi pintu rumah dengan beg yang berat. Setakat ni dia tak merungut, alhamdulillah. Cuma kekadang dia merungut ada kawan-kawan makan depan dia dengan alasan tak larat puasa, tak niatlah, tak bangun sahor la.......pb cuma nasihatkan dia, itu semua dugaan samada iman dia kuat atau tidak. Disebabkan dia dah dilatih puasa seawal 5 tahun, tak jadi masalah pada dia.

Panas-panas ni nak makan makanan yang manis dan sejuk, betul tak? Kebetulan bahan pun ada, cuma masa melapis tu tak berapa nak pandai.....hehe.....bagaimanapun puding ni sedap sangat!!
Terima kasih kat http://www.myresipi.com/ dan resipinya dari adik kita yang sekarang ntah kenapa senyap je blognya....HaNa's Family

Minta kebenaran letak resipi untuk rujukan pb dimasa akan datang ye!

PUDING ROTI MARBLE

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
  3. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, matikan api.
  5. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!(yang ni pb bancuh koko dengan sedikit air dulu baru masuk dalam adunan agar2)
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 


adoiii.....tersopak sikit masa keluarkan dari acuan, telan air lior, sebab belum buka puasa lagi masa tu..


Gambar malas nak edit bagai, tambah pulak sekarang tak banyak masa depan komputer. Mana yang baru follow blog ni, pb ucapkan ribuan terima kasih. Ada kesempatan pasti pb pergi blog korang.

Panacotta Nenas


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ni aku nak bagitau, real story punya. Beberapa hari lepas ternampak resipi Panacotta ni kat blog Nazrah Bakery . Hati dah berkenan, tapi lupa nak salin resipi atau bookmark kat pc. Lama juga la aku nak mengingatkan nama resipi tu. Almaklumlah.......resipinya style omputih sikit...mana la nak ingat.

Tergeliat lidah ku ni nak menyebutnya, apalagi nak mengingat. Jadi hari ni aku dah cuba buat tapi menggunakan nenas dalam tin. Dah rasa pun, sedap sangat terutama bila cuaca panas-panas ni. Jom kita cuba........


Bahan2
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



huhu...puas hati dapat buat walau tanpa mangga dan buah kiwi.....

CHEESE TART (makcik order)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam sejahtera semua.......
Update pantas ni sebab ada kerja menanti. Semalam seharian dari pagi sampai petang kat dapur. Petang jumaat tu kawan hubby minta buatkan laksa penang. Dia orang ni suka sangat order last minute. Barang-barang nak masak semua takde, kena beli pagi jumaat tu.

Order takde la beratus-ratus orang. Ciput je......hehe......tapi sibuknya kalahkan kat restoran. Lepas tu kebetulan pagi jumaat tu, makcik talipon nak order cheese tart. Pun tak banyak, tapi faham-faham je la......cheese tart ni makan masa sikit buatnya. Sebab acuan aku tu adalah dalam 9 biji. Pergi cari lagi kat bakery, haram.......tak jumpa pun.....size yang aku nak tak ada.






Resepi ada kat SINI.....

Cheese Tart

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Apa khabar teman2 semua? Minggu lepas sibuk tak macam aku? Lima hari dirumah ku ada tetamu istimewa, mertua dan adik ipar ku dari KB datang bercuti di rumah ku. Sudah pasti aktiviti ku penuh kelima2 hari tu. Tapi entry kali ni aku update tentang masakan dulu. Bab jalan2 makan angin tu nanti kemudian aku story!!

Sebelum mereka datang, aku ada buat cheese tart seloyang, sebenarnya untuk sesaje makan tapi berlebihan pula. Resepi aku dapat dari diana.blogspot, kredit pada tuan punya blog kerana sedap sangat cheese tart ni. Sebelum ni, ada buat tapi aku lupa dah masuk blog ke belum dan sumber dari mana tak ingat dah!!

125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telor
1 biji telor merah
220 gm tepong gandum
1/2 sudu teh esen vanila
(bahan2 diatas adalah untuk pastri)
Uli semua bahan dan masukkan dalam plastik, simpan di peti ais selama satu jam.
Kemudian keluarkan dari peti dan bentukkan kedalam acuan tart. 
Bakar dengan suhu 175C.

Untuk filling
250 gm cream cheese
60 gm gula caster
20 gm butter
1 biji telor (B)
Blueberry filling

Guna mixer untuk membancuh cream cheese, gula, butter dan telor.
Setelah kulit tart separuh masak, sejukkan dulu.
Paipkan filling dalam tart (aku guna sudu je) dan hiaskan dengan blueberry jem atau strawberry jem.
Bakar sekali lagi tapi jangan lama (dlm 10 minit gitu), katanya tak boleh lama sebab filling akan merekah, tak cantik pula.


sebenarnya aku tak salin resepi ni bulat2 macam tuanpunya blog, aku ubah sendiri ikut fahaman ku.

Homemade Coklat (strawbery filling)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam ceria untuk semua, bagaimana cuaca tempat teman2 sekalian? Di Sabah sekarang ni dah macam musim tengkujuh (aku pun bukan selalu mengalami musim tengkujuh) hujan siang malam. Bagaimana pun syukur kerana tiada mengalami banjir atau apa2 bencana. Maklumlah, rumah dekat dengan laut ni.......susah hati juga kalau hujan tak henti.

Sejuk2 ni sedap kalau mengunyah coklat, kan? lepas satu, satu lagi!! Kali ni coklat aku buat sendiri, bahannya beli kat semenanjung dulu. Dah sebulan lebih balik rumah baru ni dapat buat. Mungkin ramai yang tak heran dengan coklat tapi bagi mereka yang berjaya mendeco sendiri coklat, pasti bangga. Macam aku!!

Lepas ni kalau ada bahan lagi, aku nak buat untuk birthday anak. Itu pun kalau rajin. Angin malas kalau dah datang, semua kerja tak menjadi!!
So, layan gambar je ye!! Kalau nak rasa, jom la datang rumah, insyaAllah boleh hidang, tapi terhad ler......hehe....sebab bila coklat bar habis, aku tak tau nak cari kat mana di Sabah ni. Setakat ni tak jumpa mana2 kedai.

dalamnya ada strawberi jem, sorry la tak dapat tunjuk, bayangkan je la ye!!


di sebabkan takde kotak nak isi (hari tu tak beli) aku balut dengan kertas warna warni (gambar guna hp)


tapi takpe, bila dah masuk botol, menarik juga........yang penting, rasanya sama macam coklat yang kita beli kat luar sana.............

Dadih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...




Seharian ni aku tak sempat berfacebook, berblog, baca surakhabar........sebabnya......aku asyik menggodeh kek span kat dapur. Hajat nak buat kek gulung, ntah kenapa asyik tak jadi. Aku rasa ni kali ketiga aku cuba guna sponge mix tu. Kalau guna resepi yang biasa tu, jadi pulak. Frust ni!! Sudahnya aku pecah2kan kek yang tak jadi tadi, aku buat tiramisu je. Kiranya bulan ni je dah dua kali aku buat tiramisu. Tapi anak aku memang suka sangat. Dalam peti ais kena senantiasa ada.

Tadi aku sempat buat dadih, perisa coklat. Dah itu je yang ada. Resepi dari myresipi oleh minami133. Terima kasih ye kerana che abe aku suka sangat dadih ni. Mula2 buat, terlembik sangat sampaikan mereka berdua tu tak guna sudu, main hirup terus dari mangkok. Tak senonoh betul!!

Bahan2:

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 gm serbuk agar2
secubit garam
perisa (jagung, strawberi, milo atau lain2)

Cara membuatnya:

Masak air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam.
Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil.
Kalau nak letak perisa, bahagikan dadih kpd beberapa bahagian.
Simpan dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Pengat Pisang (favourite mak aku)

Salam Sejahtera....

Bila puasa ni, tekak nak makan yang manis2 je......puasa sehari...nak makan macam2, mana tak menembam? Kebetulan jiran sebelah bagi pisang nipah, memang sampai hajat aku nak makan pengat.

Bila buat pengat pisang, teringat kat mak aku. Dia suka sangat pengat pisang. Kalau buat tu, seperiok besar (cucu2 ramai tumpang semangkok)



Disebabkan aku kehabisan idea nak update blog, ni saja la hidangan ku untuk tatapan semua. Nak tulis resepi......semua orang dah tau....resepi aku ni pun simple je, takde daun pandan pun.

Pisang sesikat (aku suka belah empat pisang tu dan potong dua)
Gula merah/melaka (kalau kat Kelantan, gula dia lagi sedap, aku ada stok bnyk sebelum ni)
Gula pasir sikit (gula merah tu tak berapa manis)
Kalau ada daun pandan, lagi bagus.
Sagu biji sikit (mak aku kalau takde sagu biji, muncung je muka dia)
Santan ikut suka (aku tak suka pekat sebab dah ada sagu biji)
Masak hingga pisang jadi lembut, baru angkat.

Dah siap pun.....

Makan masa musim hujan2 ni, sedapnya!!