Pb nak tayang puding ni daripada hari tu lagi tapi tak nyempat je. Saje main masak2 kat dapor sorang2 (org main masak2 ramai....) Buat separuh adunan daripada resipi asal dan namanya Puding karamel lapis coklat tapi pb mandai2 je tukar 'bercoklat' tu. Takpe la kan....pb jalan blog Ijan Blogresipi dan terus ambil resipi ni yang dah ramai mencubanya. Minta izin copy ye....
Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
- Bahan A
- 1 tin susu cair (375 ml)
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 1 s/k esen vanilla
- Bahan B
- 1 tin susu cair
- 5 s/b gula
- 3 biji telur A
- 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
- Bahan C
- 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu
- Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
- Panaskan periuk kukusan-
- Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
- Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
- Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
- Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
- Potong dan hidangkan.
Kita punya puding tak cantik sebab buat separuh je. Acuan pun kecik sangat. Separuh adunan tu maksudnya pb guna 1 tin susu cair sahaja dan 3 biji telor.
tengok la, sememeh je....takpe lain kali boleh cuba lagi, ni saje simpan resipi dalam blog, senang nak refer kalau balik kampong ke....






