my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Gastrik...

Dua hari ni menyiksakan betul...........sakit perut memulas2, asyik keluar masuk 'bilik termenung' je.......nak kata salah makan, tak jugak rasanya. Mungkin sebab aku minum lactose Elken untuk lancarkan pembuangan toksid dlm badan. Bahana nak kuruskan badan la ni.......

Tadi masa makan malam, aku dengar Aziz bisik kat ayah dia, "ayah nak tau pasal apa ibu sakit? sebab ibu asyik buat kerja je, asyik kat dapur je........lepas tu tak nampak pun ibu makan tengahari......tu la.....keje sampai tak ingat nak makan...". Ayahnya pulak menambah, "ibu gastrik la tu, penyakit lama dah datang..."

Aku rasa memang betul apa yang dia orang cakap. Tengahari aku jarang makan sebab tak rasa lapar. Lepas tu aku minum pulak lactose tu dengan perut yg kosong. Dah cara minumnya macam tu, 4 jam sebelum atau selepas makan, aku ikut je. Atau perut ku alahan dengan lactose tu agaknya. Adui.....sampaikan tak larat nak masak tengahari semalam. Bila berdiri lama je, sakit......terpaksa la baring dari siang hingga malam......naik bosan pulak.

Esok, kalau tak baik lagi.........kena pergi klinik ni...tak sanggup nak menanggung sepanjang masa.

Kad Persahabatan, hujan pula...

Assalammualaikum Hasz............baru ni akak dapat tepek kad hasz tempohari. Akak harap hubungan kita berterusan walau jauh beribu batu dan kita belum pernah bertentang mata. InsyaAllah jika ada peluang dan masa yang sesuai, kita akan bertemu bila akak balik semenanjung masa cuti panjang nanti. Itu pun kalau ada transport nak ke mana-mana, maklumlah kan...........bila di sana nanti kita org ni dah jadi 'pendatang' pulak........mengharapkan transport dari saudara mara je. Tapi kalau hasz sudi nak jemput, apa salahnya?


Tak jadi piknik..

Entry yang lepas, aku ada cerita nak pergi piknik pd hari sabtu lepas, hampeh!! Sebenarnya aku dan suami tak sependapat bila sepatutnya keluar piknik. Aku lebih suka pergi belah pagi tapi suami lebih suka waktu petang. Sudahnya, petang tu hujan lebat pulak.........dengan ribut petirnya........alamat berpiknik kat rumah je la kami......tu lah, org cakap pergi pagi, taknak dengar. Tapi ok gak hujan, dah lama tak hujan di KK ni. Rasanya dimana2 pun sekarang ramai yg mengeluh tak hujan. Jadi, syukur alhamdulillah hujan turun hari tu walaupun plan nak bersuka ria tergendala. Nikmat Allah kena terima dan redha.

Hari-hari nak.....

Sejak kebelakangan ni, famili aku yg tak berapa nak ramai ni...........asyik nak minum aiskrim oreo je.......ni seme penangan dr mcD. Jadi drp kami bertandang ke mcD melaburkan duit hari2, baik aku buat sendiri di rumah. Tapi takde la lengkap bahannya. Asal ada rasa, jadi la tu.........
Senang je resipi aku ni, dlm majalah pun ada. Aiskrim vanila, susu cair, biskut oreo dlm 3 atau 4 keping. Semua bahan di blend.........tuang dlm gelas, tambah ais beberapa ketul.....dah siap!! Kalau kat rumah ada krim2 yg sesuai diletak atas aiskrim tu, lagi sedap. Walaupun begitu, aku tak begitu suka...........buat utk 'orang berdua' tu je........rasanya kalau hari2 melantak aiskrim ni, mau naik 'gebuss' badan aku ni. Sedangkan jarang minum pun dah rasa macam bertambah berat, apa lagi kalau minum hari2.