“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Memaparkan catatan dengan label kad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad. Papar semua catatan
Nak juga gantung kad Nur-nba Cetusan Rasa
Kawan-kawan lain dah lama gantung kad Nur ni dirumah masing-masing. Kakpb je yang lewat, bukan lewat sikit-sikit ni.....lewat bebeno.
Tak kira....nak gantung jugak kad cikgu Nur Cetusan Rasa ni. Maaf ye Nur, bukan cikgu-cikgu je yang sibuk, surirumah macam kakpb ni pun kerja berlambak-lambak. Itu nasib baik tak kena buat assignment cikgu fahmi. Ada juga offer diri (macamlah boleh buat :P)
Kad sebagai tanda persahabatan dari Nur, moga berkekalan hendaknya walau belum pernah bersua muka di alam nyata. Hanya nampak di pc je....:) terima kasih Nur. Entah bila kakpb nat buat kad yang cantik macam ni.......berangan je....masanya? Kalau ada yang sudi tolong reka, kan best.....
Kad untuk IBU!
Salam Sejahtera....dan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu.
Samada ibu yang melahirkan zuriat tercinta atau ibu2 yang belum pernah atau belum ada rezeki menjadi ibu sebenar. Percayalah, walaupun kita tidak diberi peluang menjadi ibu didunia ini, kita pasti atau mungkin sudah menjadi ibu saudara kepada anak2 saudara sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi olehNYA.
Bagi aku dan keluarga disini, tiada hari tertentu untuk meraikan hari ibu. Tiada kek atau juadah istimewa dari kami untuk ibu ku dan ibu mertua. Hanya kami titipkan doa setiap kali selepas solat lima waktu. Moga kedua ibu ku dikurniakan kesihatan yang baik, jauh dari bencana, panjang umur mereka dan tabahkan hati menempuh onak duri ranjau hidup ini dalam meniti usia emas.
Pagi ni......kad ucapan ku terima dari anak ku......sebenarnya 2 hari lepas dah bagi tapi aku minta, tunggulah sampai harinya. Tengok tulisan dia, tonggang terbalik.....tapi....aku terharu kerana ayat yang di susun lahir dari hatinya sendiri tanpa di ajar......
Kad ucapan yang tertera tu la jadikan aku bergenang air mata. Hanya pelukan terima kasih ku beri padanya. Moga satu hari nanti, blog ku ini akan jadi kenangan untuk dia sekiranya aku tiada.

Untuk ibu ku......Hajah Amnah Bte Hashim.....selamat Hari Ibu....walau jauh di mata namun mak tetap dihati. Tak kira bagaimana sekali pun sikap mak terhadap kami anak2nya, kasih sayang kami hingga akhir hayat.
Kad Ramadhan
Salam Sejahtera....
Bila baca blog kawan2, ramai yg reka kad ucapan sempena Ramadhan.....tapi aku....tak sempat2 nak buat.
ni kad dari kak rose jambu..........jambu manis tau!!
yang ni pula dari Seri atau mummyalysa......terima kasih ye....
nak buat kad jugak nanti........
Kad 50 sen

Pulang dari sekolah semalam, Aziz tanya ayahnya......."bila sebenarnya Hari Ibu, ayah?". Ayahnya jawab, "10hb atau 11hb agaknya, macam tulah.....kenapa?" tapi dia tak jawab. Tiba di rumah, dia hulur sebungkus coklat pemberian drp kawanku (Ida).....nah...ibu ambik la sebagai hadiah hari ibu........tetiba dia teringat ada sesuatu yang di beli di sekolah tadi.
Sekeping kertas berharga 50 sen, tertulis Selamat Hari Ibu......."untuk ibu ni, bacalah....". Terharu sebenarnya ketika dia menghulur kertas ni padaku. Anak sekecil Aziz sudah pandai menghargai 'ibu'nya...........walaupun murah......apa yang penting, ingatannya terhadap ku......setiap tahun dia tak pernah lupa kad atau bunga, sejak tadika lagi. Mungkin juga sejak di tadika, dia dah di ajar oleh guru2 agar menghormati, menghargai pengorbanan ibubapa. Mudah2an dia akan menjadi anak yang berjasa pada bangsa, tanah air dan agama satu hari nanti. InsyaAllah.......CINTA BUAT IBU KU.........
Menyayangi ibu ku....
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama
arus sungai cinta ibuku....
Melalui kerikil batu-batu
tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya
perasaan cinta ibuku......
Mengasihi ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
menyegarkan lesunya jiwaku
membakar semangat
yang kekadang melemah
dek keringnya dari
siraman cinta ibuku.....
Indahnya kasih ibu,
apabila ia menjadi
perangsang kepada semangat
dan penyuntik ilham
serta penerang obor cahaya
kepada berlikunya jalanku ini.........
petikan sajak drp sekeping kad berharga 50 sen.......Dari Anakmu Tersayang.....
Sempena Hari Ibu, ku tujukan kepada semua ibu-ibu terutama sekali IBU ku, ibu mertua ku, kakak ku, adik perempuan ku, adik2 ipar ku dan juga teman2 yang mengenali ku di blog ini.
Kad Persahabatan, hujan pula...
Assalammualaikum Hasz............baru ni akak dapat tepek kad hasz tempohari. Akak harap hubungan kita berterusan walau jauh beribu batu dan kita belum pernah bertentang mata. InsyaAllah jika ada peluang dan masa yang sesuai, kita akan bertemu bila akak balik semenanjung masa cuti panjang nanti. Itu pun kalau ada transport nak ke mana-mana, maklumlah kan...........bila di sana nanti kita org ni dah jadi 'pendatang' pulak........mengharapkan transport dari saudara mara je. Tapi kalau hasz sudi nak jemput, apa salahnya?Tak jadi piknik..
Entry yang lepas, aku ada cerita nak pergi piknik pd hari sabtu lepas, hampeh!! Sebenarnya aku dan suami tak sependapat bila sepatutnya keluar piknik. Aku lebih suka pergi belah pagi tapi suami lebih suka waktu petang. Sudahnya, petang tu hujan lebat pulak.........dengan ribut petirnya........alamat berpiknik kat rumah je la kami......tu lah, org cakap pergi pagi, taknak dengar. Tapi ok gak hujan, dah lama tak hujan di KK ni. Rasanya dimana2 pun sekarang ramai yg mengeluh tak hujan. Jadi, syukur alhamdulillah hujan turun hari tu walaupun plan nak bersuka ria tergendala. Nikmat Allah kena terima dan redha.
Langgan:
Catatan (Atom)