my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Sosej Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti sosej goreng ni pb buat semalam petang, plan mengejut nak pergi mandi laut. Anak pb dah beberapa kali ajak mandi manda tapi ibu dan ayah dia buat dek je. Terlanjur cuaca elok semalam dan exam hujung tahun dah selesai, boleh la bersuka ria.

Kami pergi bawa roti sosej ni dengan ice lemon tea sebotol, tikar untuk melepak, surat khabar yang belum habis baca dan sebungkus makanan ringan. Tak sampai 2 jam disana, awan mula tampak gelap. Rupanya disebelah kawasan rumah pb dah pun hujan. Nasib baik sempat juga si Aziz mandi.


Senang je.......

Sosej 4 batang
Roti keping 4 keping
Telor 2 biji
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Letakkan sosej diatas roti keping dan gulung/balut. Lekatkan dengan air atau apa2 je, asal lekat.
Salutkan roti tadi dengan telor yang telah dihancurkan.
Golek atas bread crumb.
Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
Angkat bila keperangan.


Sekali sekala sedap juga makan macam ni. Sebenarnya pb tak berapa makan sosej sangat kalau 'togel' begitu.

Mengejutkan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

9.00 pagi kakak talipon, dapat berita dari saudara yang kehilangan suami tempohari. Pb pernah post entry di sini beberapa hari lepas. Katanya suspect dah dapat di tangkap dan khabarnya suami saudara pb tu di xxxxx. Ish tak sanggup pb nak tulis kat sini sebab belum dijumpai lagi ......tambahan pula kalau ada apa-apa perkembangan pun pb agak terlewat dapat tau.

Simpati yang teramat sangat dari kami sekeluarga dan hanya doa kami kirimkan. Tabahlah menghadapi ujian sebegini, tidak kita tahu apa hikmahnya.

Sarapan pagi, Bubur Harisa jadi bubur pb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ini sarapan pagi semalam tapi tak sempat nak update malam tadi, asyik betul menonton MasterChef sampaikan ketepi aktiviti pb, berblog dan facebook. Banyak juga perkara boleh belajar dari situ dan boleh dipraktikkan dirumah kita.

Ok, bubur ni asalnya bubur harisa (seperti dalam buku tu, Citarasa Malaysia). Tapi disebabkan takde daging dan malas nak tunggu cik ayam keluar dari peti, pb gunakan sotong sebagai ganti. Mulanya was-was juga nak buat tapi kalau tengok Masterchef tu, dalam beberapa minit je mereka dah ada idea nak buat apa. Ni buku dah depan mata pun masih teragak2 nak buat.

Bubur ni untuk sarapan pagi dan mungkin sesuai untuk orang 'sakit' kot. Resipi seperti dalam buku dah diubah sedikit.

1/2 gelas beras dijadikan bubur
2 biji telor
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit rempah kari
Sotong/ayam/daging (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat

Setelah nasi menjadi bubur, masukkan santan dan daging/ayam/sotong.
Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang besar yang dah di racik (potong dadu je) dan rempah kari.
Kemudian setelah masak, masukkan dalam bubur tadi.
Biarkan hingga masak, kacau rata dan perasakan garam. Siap.
Telor tadi dibuat dadar dan potong memanjang.


Letakkan diatas bubur telor tu bersama ikan bilis goreng dengan lada hijau dan bawang besar. Pb tambah juga dengan timun di racik halus. Sedia di makan.