my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bukan pelik dan terkenang bestfriend

Kali ni aku nak cerita tentang 2 perkara. Tentang benda2 yang aku tak biasa guna dan tentang kawan baik ku masa sekolah. Van di sini biasa di panggil bas, mengangkut orang ramai kedestinasi tertentu. Aku tak pernah lagi naik dan rasa takut pula kalau nak duduk berhimpit2 gitu dengan orang yang tak di kenali. Di belakang van tertulis......BAS BERHENTI-HENTI.....


Semasa baru masuk rumah kawan ni, aku tengok jenama kipas dan switch box di dinding, semuanya berjenama 'BOLEH'. Kat semenanjung ada ke? Ada kot......aku tak perasan pula....

Bagi orang lain mungkin tak hairan tapi bagi aku, benda2 macam ni satu pengalaman baru. Jadi tak salah kalau aku ingin menyatakan rasa 'kehairanan' ku disini berserta dengan gambar sekali.



Kalau orang yang tinggal di luar negeri tu, lagi la......macam2 benda pelik mereka jumpa atau alami.........aku pun pernah juga ke Thailand, Medan, Jepun, Mekah........(ni dah lama, masa berkerja dulu, tak dpt ku kongsi sb masa tu aku belum ada blog lagi). Jauh kita berjalan, bertambah luas pengalaman kita. Sama juga sebagaimana aku berhijrah dari Selangor ke Sabah ni.


Ini baru sedikit pengalaman ku, belum lagi berjiran dengan orang Sabah walaupun kawan baik ku dulu (masa sekolah menengah) adalah orang Sabah. Masih ku ingat lagi namanya, SUMIYATI DAHLAN.........orangnya cute dan berkulit hitam manis. Selepas SPM, kami masih lagi berhubung dengan surat menyurat sehinggalah dia berkahwin.


Namun selepas dengar berita dia selalu keluar masuk hospital kerana keguguran setiap kali mengandung, aku terputus hubungan hingga sekarang. Agaknya dah ada anak lima kot dia tu. Aku harap, satu hari nanti aku dapat bertemu semula dengan dia. Pasti tak cukup sehari bercerita kisah lama kalau dapat jumpa.


Teringat juga dengan kawan baik ku semasa di kampung dulu. Walau dia lelaki, selalu join group ku, Sumi, Fatimah dan Badariah. Kami tak pernah putus hubungan hinggalah dia berkahwin dan mungkin ada anak sekarang ni. Orangnya gila2......kalau boring dalam kelas, perkara pertama yang di lukis, mesti 'helikopter'.


Inilah yang selalu jadi bahan kami gelak........dia selalu marah.....nanti ko tengok la.....satu hari nanti aku bawak helikopter ni depan rumah korang, siap landing atas bumbung!! Hahaha.....sekarang ni helikopter tah kemana, dianya kemana. Beli helikopter untuk anak je la nampaknya........MD. SHIS BIN KHALID.....dimanakah kau?

FATIMAH BT MOHAMAD juga kawan baik ku di sekolah menengah. Orangnya hitam manis, rambut kerinting macam negro (sorry la kalau kau terbaca), kalau dia gelak......boleh runtuh kelas di buatnya.....dengan sikapnya yang lepas laku.


Bab2 cerita lucu, bagi kat dia. Dia pandai menarik perhatian kawan2 agar berlonggok mengadap muka dia. Tak pernah aku tengok dia dengan muka muram atau sedih, sentiasa ceria je. Tapi......hubungan kami terputus selepas aku tidur semalaman di rumah mak dia di KL. Tak banyak yang aku tau selepas tu sebab dia pun aku rasa banyak menyimpan rahsia. Mungkin si Bad tau........


Sebut nama Bad ni, dia bukan kawan lelaki tapi BADARIAH BT A.KADIR. Dia ni kawan ku paling rapat juga selain dari Sumi. Orangnya cantik, putih melepak dan paling jadi bahan kritikan kawan2 ialah suaranya yang serak2 tu. Masalah besar dia bila cikgu suruh baca buku depan kelas. Mesti suara dia hilang.......aku rasa sebab dia menggelabah dan pemalu....maklum le, orang cantik mesti ramai peminat. Bukan budak2 kelas lain je, ketua kelas kita orang pun selalu nak ngorat dia. Walau hensem macamana pun si ketua tu (nama dia Talib), Bad tetap menolak. Kadang2 kita orang kesian tengok dia, selalu lari2 untuk mengelak bertembung dengan Talib. Kali terakhir aku berhubung dengan Bad, kalau tak silap dia pindah ke Desaru. Mungkin dia berkerja di sana.

Pada kawan2 ku ini, jika kalian terbaca blog ni, hubungi aku dengan apa cara sekali pun kerana aku rindu nak berkumpul seperti dulu. Kalau boleh kita atur satu pertemuan di mana2 untuk menyambung kembali silaturrahim yang terputus.




nota: Bad, Timah, Sumi dan Shis........kamu sentiasa dalam ingatan....


2 ulasan:

  1. biasalah kak zana. bila kita ke sesuatu tempat pasti ada yg pelik sikit tapi bagi org kat situ biasa je. cam kita org ler yg pi ke semenanjung. yg biasa tengok kat tv tu orait ler...benda yg tak biasa cam makan ulam2 terutama yg berdaun, naik bas sesak2 siap berdiri dll. tu lum kira bahasa lagi. kalau nak cite tak larat ler...banyak sangat. Teringat kat member (org kedah) yg siap nangis tengok seorang abang ni & ibunya (orang sabah) makan mee segera ngan nasi. pada kita org sedap ape (sebenarnya time tu nak cepat dan ibunya susah sikit nak terima makanan yg banyak rempah & kari) !!! tapi member fikir bro tu org miskin sangat2.

    BalasPadam
  2. suami akak pernah makan mi segera dgn nasi masa dia study kt u dulu, org sabah la yg ajar. sampai skg dia masih terkenang peristiwa tu.....

    sbnrnya, makin jauh berjalan, makin luas pengalaman, makin bertabah ilmu pengetahuan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)