my best friend forever

Heartbeat

suka ke?

Doa Rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

11 tahun berlalu, kini bertemu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad 19 Feb, 2012.
Ketika pb disatukan dengan suami dulu, pb hanya ada dua orang sahabat yang menemani saat suka dan duka itu. Tiada teman lain disamping pb kerana pb tidak bersedia untuk berkongsi kegembiraan lebih-lebih lagi ketika airmata menitis kepipi kerana hal tertentu.

Kawan inilah teman pb bermasam muka, bertekak, berkecil hati, berkongsi makan dan minum. Berkongsi rahsia peribadi yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan. Ketika kami menyambut ulangtahun perkahwinan, dia terbang ke Sabah untuk bertugas jadi ini peluang keemasan untuk kami bersua muka.

Oldtown White Coffee menjadi saksi....ewah...mcm bercinta pula...(hubby aku kalau ambik gambar main belasah je).Sempat la bawa dia ke Gaya Street, itu pun separuh jalan je sebab hotel dia menginap dah dekat situ. Pb pun takde beli yang special untuk dia sebab......faham2 je la.....belum gaji. Tapi ada juga buah tangan sebagai kenangan. Harap Ila suka.




nota pb: ralat, tulisan pb tentang IKAN SULING, sebenarnya silap. bukan SULING tapi SULIK.
setelah kami siasat dan dengar betul2 sebutannya dari kawan2 dan tokeh ikan, harap maaf.

Ulangtahun kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad 19hb Februari, ulangtahun kami yang ke.......

Hidup kami tidaklah mewah, tak macam Siti Nurhaliza, sambut ulangtahun diluar negara.
Rumah kami rumah teres biasa, takde banglo.
Kereta kami buatan Malaysia, bukan kereta import yang jenamanya gah seluruh dunia.
Kami makan di restoran yang biasa-biasa, bukan hotel atau restoran lima bintang.
Baju kami beli di pasar malam atau bila ada sale murah.

Hubby ku tak kacak dan gagah macam Malek Nor atau Adi Putra.
Rupa ku pun tak semulus dan segebu Ziana Zain yang mampu cucuk kolagen.
Anak ku cuma seorang, tak macam keluarga orang lain yang riuh rendah.
Kami kenduri dulu2 pun tak semeriah orang sekarang.

Tetapi.....
Kami bahagia, alhamdulillah......tidak menyusahkan sesiapa selama perkahwinan kami.
Dan kami berterima kasih pada mereka2 yang senantiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami terutama sekali ibu ku, keluarga ku dan keluarga suami ku.

Moga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat kami...




Lepat Pisang Emas atau belebat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera, biasa dengar 'belebat'? Kalau tak silap pb, orang Johor panggil belebat ni lepat pisang. Lama tak guna belebat sejak meninggalkan tanah tumpah darah ku ini. Sekarang lidah dah kaku nak sebut belebat, asyik lepat....lepat.....

Petang semalam, pb paksa hubby ambik daun pisang belakang rumah. Dengan kain pelikat, dia pun bawak parang, tebas sehelai daun je. Aik? cukup ke ni? Pb buat cukup2 daun je, lebih tu buat lempeng.

Resipi takyah berjela la ye. Senang je, tumbuk pisang tu (kopek buang kulit), masukkan gula putih atau gula melaka, masukkan tepung gandum. Pb letak santan sedikit. Boleh juga susu cair, taknak letak pun boleh. Ada orang campur dengan tepung sagu sikit kan? Kacau2 sebati, dah siap. Bab bungkus daun pisang tu, pandai2 korang la ye........pb dulu pun terkial2, sampai koyak daun pisang. Taknak koyak, layukan dulu daun pisang kat api. Kemudian kukus beberapa minit.




Saje buat lembik sikit, biar terasa pisangnya. Kalau kat tempat pb ni jangan harap la nak jumpa lepat pisang yang sedap, lazat dan 5 bintang. Melainkan kita buat sendiri. Bukan nak kata orang sini tak pandai buat kuih, tapi memang betul, susah nak jumpa yang memuaskan hati.

Sebelum ni pb pernah beli karipap agak sedap jugak la kat pasar tamu. Kita orang dah mark gerai tu, asal pergi je mesti cari dia. Tapi sekarang ni dah lain pula jadinya, keras kejong....tah hape-hape...

Kek Red Velvet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sebenarnya pb nak buat kek lain, tapi terbuat kek ni pulak. Dari dulu tengok orang buat, tak teringin pun.......sebab tak dapat bayangkan macamana rasanya tu. Selalu pb layan Cake Boss, hari2 tengok dia mendeco pelbagai kek, siap berangan nak buat macam dalam tv.....hehe....berangan je....

Semalam, lepas hubby pergi sekolah, pb pun meronda la rumah kawan2 blogger. Ramai yang dah buat kek ni dan pb fikir bahan-bahan ada dalam rumah, apa salahnya mencuba, kan? Pb cuba bandingkan resipi setiap blog yang pb jelajah, cari yang mudah. Pb pergi blog Ijan blogresipiAyu, dan ramai lagi yang dah buat. Pb je tertinggal keretapi......
Resipi ni pb ambil dari blog kawan baru Norli my happyoven sebab senang pb nak ingat dan ada juga yang pb tambah mengikut resipi orang lain. Halalkan ye.....pb share disini.

RED VELVET CAKE

Bahan A:
2 1/2 cwn tepung kek/superfine (pb guna tepung gandum je)
1 1/2 cwn gula castor
1 sudu kecil soda bikabonate
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbok koko
(semua bahan diayak)

Bahan B:
1 1/2 cwn minyak sayur 
1 cwn butter milk
2 biji telor gred A (suhu bilik)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanila

Butter milk - 1 cawan susu campur dengan 1 sudu besar cuka makan. Biarkan 10 minit.
(pb guna susu cair, takde susu segar)

Cara membuatnya:
Pb ikut je macam Norli buat. Bahan A satu mangkok, bahan B satu mangkok lain.
Mesin bahan B hingga sebati dan masukkan bahan A perlahan2.
Kisar dengan kelajuan sederhana.
Guna loyang berukuran 9 inci dan lapikkan dengan kertas. Gris dengan minyak/butter.
Kalau ada 2 loyang lebih senang rasanya, tak payah nak potong dua kek tu.
Bakar pada suhu 175C. Pb bakar lebih dari 1 jam sebab guna satu loyang

Untuk frosting, macam biasa. Pb guna 250 ml whipping cream, 200 ml cream cheese dan 1/2 cawan gula castor. Kisar ketiga2 bahan tadi hingga sebati. Sapukan pada tengah kek yang telah di potong dua dan juga keliling kek.

Inilah hasil yang tak seberapa jika dibandingkan dengan kek kawan2 blogger yang lain.



Kek belum betul2 sejuk dah potong untuk hubby sebagai kenangan. Lepas tu masuk balik peti ais. Malam baru kami makan. Memang sedap sangat, kena pula frosting krim cheese tu.

hehe....tak cantik....tapi boleh la daripada beli kat luar yang kita tak tau bersih atau tidak.

Happy birthday Encik Nurulfahmi!! Walaupun kek agak kegadisan rupanya, ok la kan, daripada takde. Lepas ni ulangtahun perkahwinan kita pulak. Dua hari je lagi nak sambut.....gaji belum lagi....huhu...nampaknya candle light dinner kat Pondok Burok kita je kot?

Happy birthday suami ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki hendaknya. Hanya ini santapan kita dipagi hari, untuk mengeratkan lagi kasih sayang kita sekeluarga.

Si bujang kecik taknak sekolah tadi, katanya nak cuti sempena birthday ayah. Tapi tak dibenarkan, cuma sekolah agama nanti diberi kelonggaran.


my nuff

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails