my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Untuk CikGu

Salam Sejahtera....

Guru O Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

sajak diambil dari blog http://penyair.wordpress.com/ (terima kasih ye)



16hb Mei.......para pelajar pasti menyambut Hari Guru seluruh Malaysia. Bagi teman2 ku disini yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga bakti kamu akan mendatangkan hasil untuk kebanggaan semua. Bertugaslah dengan jujur ikhlas, tanpa meminta balasan.

Begitu juga dengan suami tercinta. Harap 'ayah' bersabar menghadapi dugaan di sekolah sekarang dan tabah menjalankan tanggungjawab pada anak bangsa. Tiada hadiah istimewa dari ku, hanya doa......mudah2an tiada halangan apa yang dihajatkan selama ini dan dijauhi dari segala bencana alam (ayah gi sekolah naik bot, hari2 ibu risau)

Bila menyambut hari guru ni, dah tentu la anak2 sibuk nak beli hadiah untuk cikgu. Kalau di sini cik abe takde harapan nak dapat hadiah dari anak murid, maklum la.......mereka bukan orang senang. Tapi bukan itu tujuan sebenar menjadi cikgu, betul tak? Kalau dapat hadiah, itu dah kira bonus untuk cikgu. Masa di semenanjung, berbakul2 hadiah dia dapat. Sampaikan kita orang terpaksa simpan dalam kotak besar. Kita tak buang, simpan elok2 sebagai kenangan.

Sekarang ni anak aku pula sibuk nak beli hadiah untuk cikgu dia. Tapi aku beli dengan cik abe tak tanya dia. Ikut pilihan kita. Jadi, belek2 kat kedai buku.........berkenan dengan notebook. Harga pun tak mahal dan tak murah sangat. Atas dari RM5, ok la tu. Aku cadangkan bagi pada cikgu yang dia rasa rapat dengan dia. Kalau nak bagi semua, kopak poket ayah dia.



Jumaat malam aku sibuk buat kuih untuk anak bawa ke sekolah esoknya (kena sekolah ganti sabtu ni) Mula2 ingat nak buat donat tapi cik abe cadangkan buat kek hitam manis. Boleh potong banyak sebab dia orang kan ramai. Aku harap dia seronok di sana.

Kek ni aku dah selalu buat dan resepinya ada kat sini http://katahatiku-zana.blogspot.com/2009/05/kek-hitam-manis.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)