my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pau Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Aku suka sangat kuih ni. Kalau balik Selangor, nampak orang jual kuih ni, wajib aku beli. Iyelah, tak pandai buat, terpaksa suka orang buat. Tapi kali ni aku buat sendiri, macam tak percaya je, punyalah sedap. Dapat dalam 14 biji (besar2 tu) aku goreng setengah masak untuk frozenkan. Sebiji aku ngap, dah malam-malam tak boleh makan banyak. Tadi dah makan nasi.

Resipi ni aku ambil drp blog Kehidupanku Suatu Anugerah, terima kasih ye......

  • 410 gm tepung gandum (aku guna tepung pau)
  • 280 ml air
  • 4 sudu kecil dry yeast
  • 4 sudu besar butter
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam

Inti kacang merah ku tak ikut resipi Puan Rokiah. Aku buat sendiri. Rebus kacang buah pinggang. Bila dah lembut, aku blend dan masak dengan air gula melaka campur gula putih. Letak paste pandan sikit.

Cara-cara menguli doh pau seperti biasa. Aku tak salin drp blog Puan Rokiah, biasalah aku ni........ikut sedap tangan ku aje.

Aku gaul gula halus, butter dan garam bersama tepung. Dry yeast aku campur dengan air. Dah rata bancuhan tepung tadi, boleh masukkan air dan uli lagi hingga lembut. Kemudian aku tak tunggu doh naik. Terus kepalkan sebesar genggaman tangan dan isikan inti kacang merah.

Aku biarkan doh hingga kembang, baru digoreng hingga warna keemasan. Tapi tadi aku goreng setengah masak sebab nak frozenkan. Esok2 nak makan tinggal goreng je.

Puas hati aku sebab dapat makan kuih ni dari air tangan ku sendiri. Selalu beli kat gerai, nipis je orang buat. Bila sejuk, pau jadi leper. Tapi pau ni tak gitu, rangup dan lembut je.......

 Pau digoreng setengah masak...
 Potong sebiji sebab nak makan (walaupun perut kata taknak....taknak....tekak kata, nak jugak!)
Pau ku naik gebu dan licin........tengok macam ni pun aku dah agak, mesti jadi punya......


Terima kasih pada orang yang mencipta resipi-resipi yang aku ambil. Aku ni pandai meniru je, tak pandai mereka.

6 ulasan:

  1. salam kak zana..atie pon dah lama xbuat pau goreng..rajen membeli jer..hihi

    BalasPadam
  2. salam kak zana..atie pon dah lama xbuat pau goreng..rajen membeli jer..hihi

    BalasPadam
  3. wslm Atie...kalau org buat lebih sdp dari kita, wajib beli tu..

    BalasPadam
  4. assalammualaikum zana, wah sedapnya pau goreng, su pun lama tak buat pau..
    pssstt..zana samalah hubby kita cikgu rupanya...

    BalasPadam
  5. wslm kaksu, oh ye ke? hehe...boleh tubuh kelab isteri cikgu ni..

    BalasPadam
  6. Bila dah pandai buat pau ni boleh la pelbagaikan jadi donut, piroshiki, sosej roll atau try kukus pulak. heheh

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)