my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apam Keledek Ungu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak terus ucap terima kasih pada Mama Wandiha kerana jumpa resipi ni kat fotopages dia......tengok la kat SINI. Biasanya PB takut sikit nak buat apam, takut tak naik, bantat la, keras la......dan memang tak suka sangat buat apam.

Tapi dengan bantuan resipi dari Mamawandiha ni, alhamdulillah, menjadi apam PB. Cuma apam PB tak secantik kat fotopage dia, kembang semangkok, elok je.....


Minta izin copy resipi disini ye......

Bahan2 A
3 tbsp Tepong gandum
2 tsp yis segera
1 tsp gula kastor
3 tbsp air suam

Bahan2 B
200 gm keledek (dikukus) kaler purple
180 gm gula kaster (MaDiHa guna 150 gm) PB pun kurangkan gula
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C (di ayak bersama)
200 gm Tepong gandum
1 tsp D.A.B. Powder (double action baking powder ;-)PB guna baking powder yang biasa tu.....

Cara2 Membuatnya
1. Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
4.Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan) 





yang ni terlebih kembang kot, sampai pecah-pecah gitu.....tapi sedap sangat rasanya.....


saje malas nak keluarkan dari bekas tu, separuh dah bagi jiran........untuk resipi ni dapat dalam 15 ketul apam....

6 ulasan:

  1. wah siap gune double action lg tu..hik3..

    keledek ungu? huhu tak pernah lg rasa apam ni..

    BalasPadam
  2. salam kak..lama x jumpa keledek ungu nie..Arwah mak dulu basuh bersih2... rebus ngan kulit2nya, pastu makan camtu jer.Sedap..manis kan!

    BalasPadam
  3. Aesya....kena cuba tau, sedap ni..

    BalasPadam
  4. wslm Atie...keledek oren lebih manis bg akak, cmnepun keledek ni cantik kalau dah jadi kuih..

    BalasPadam
  5. salam zana..

    terima kasih sudi mencuba resepi tu yer.. elok jugak jadi walaupun guna baking powder biasa yer.. tp kalau guba DABP mesti lagi merekah.. takperlah kan.. janji sedap dimakan..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)