my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

'Billu' buat kami menangis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Korang nangis tak kalau tengok filem hindustan? Pompuan biasalah, tapi kaum lelaki ni kalau kita menangis tengok filem, apa daa.....macam tu pun nak nangis (terutama laki aku tu). Aku ni tengok cerita pasal binatang, katun, apa-apa je la....pun boleh menitiskan air mata. Memang agak sensitif. Tengok AF pun aku nangis tu yang hubby angin tu.....

Tapi.......semalam kami berdua tertengok filem Billu Barber di tv3. Cerita tu dah separuh jalan masa kami tengok. Sebenarnya dah agak lama aku tak tengok filem hindustan. Kekadang boring nak tunggu sampai habis. Selagi tak habis panjat gunung ganang, bukit bukau dan segala air terjun.......memang takkan ada penamatnya.



Cuma yang aku nak cerita ni, pasal hubby ku. Menitiskan air mata machonya itu........hehe....masa tu dia duduk atas sofa, aku kat bawah. Scene paling menyedihkan tentulah masa Shah Rukh Khan datang ke kampungnya mencari teman lama, Billu si tukang gunting. Saat dia menceritakan bagaimana baiknya hati si Billu membantu dia ketika zaman kecil, saat itulah 'airmata' ku dan juga hubby menitis. Aku toleh ke belakang memandang ke wajah hubby......."awak pun nangis jugak?". Sambil tersenyum dengan air mata menitis, "hehe...a'ah..."

Itulah dia filem hindustan. Selalu menyentuh perasaan secara simbolik. Kadang-kadang banyak pengajarannya, walaupun kita selalu kata mereka ni 'auta' je lebih.

nota aku: hero tak hensem tapi lakonan 'mantop'

6 ulasan:

  1. salam Kak zana..klu citer Hindustan,atie jarang tgk...borink asyik nyanyi jer....

    BalasPadam
  2. Kenapa bila ada cerita hindi atau yg sewaktu dgnnya..kita beri dengan sepenuh penghayatan..pasai tu yg dok meleleh sama tu...?
    nape ye???
    Namun bila hadiri kuliah agama atau menonton kuliah ilmiah..kita kureng memberi penghayatan bahkan penumpuan pun sekadar saja...hhmm..
    kekadang..dengar kisah ttg azab neraka pun masih lagi dok songeh...kan3...
    p/s-sekadar renungan ..buat jiwa yg mahu memikirkan..bukan utk melibatkan sesiapa mahupun yg hidup atau yg sudah hidup dialam lain...tapi hanyasanya utk diri ini dan insan seagama..hmm..

    eh!!!..meleret2lah pulak..maaoh lah tuan rumah ye..hee

    BalasPadam
  3. Atie, akak lg lama tak tgk hindustan, tgk pun sb dah takde cerita lain.

    BalasPadam
  4. LB...tak juga, saya nangis kalau dgr ceramah terutama kalau kisah Nabi2 A.S.

    BalasPadam
  5. hehe..best kan cerita tu. saya peminat cerita hindustan!

    BalasPadam
  6. ALin minat giler ngan Hindustan...terutama hero n heroin yg encem n cun melecun tu...

    Nangih? Pastilah nangih..hehhe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)