my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti nan dari GTPM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

 Selamat bercuti dan selamat pulang kekampung halaman. Pb kat sini je, kampung kita jauh, mana nak pergi ye? Kena pulak hari ni selsema dari pagi sampai entry ni ditulis, masih belum reda.

Roti nan ni pb buat pagi tadi (sebenarnya pagi tadi terlajak tidur, 6 lebih sembahyang subuh). Pb dapat dari Group Tak Pandai Masak di facebook. Tak pasti pula sumber yang sebenar dari mana tapi pb nak panjangkan resipi ni disini. Rasanya pb akan terus gunakan resipi ni untuk buat pizza. Ada rasa masam2 sikit sebab guna yogurt.

Roti Nan

350 gm tepung gandum
4 sb yogurt
3 sb gula
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
180 ml air suam (bubuh sikit2)
Sepeket yis segera (11 gm)
1 sk baking powder

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, uli hingga tidak lekat di jari.
Rehatkan dalam mangkuk yang disapu minyak.
Tutup dengan cling wrap (kalau nak cepat naik, katanya letak kat bawah cahaya matahari)
Biarkan naik dua kali ganda.
Kemudian tumbuk2 doh bagi keluar angin. Bahagi kepada 7 atau 8 ketul.
Bulat-bulatkan dan salut dengan margerin.
Rehatkan 30-40 minit.
Gelek doh dengan pencanai.
Guna kuali leper dan bakar hingga masak.
Selepas diangkat boleh sapu dengan butter.





Ni bakar separuh masak sebab belum nak makan lagi. Ingat nak frozen, anytime nak makan, senang.






Sebenarnya pb tak pasti, betul ke ni roti nan. Kalau makan di restoran Senario kat KK, macam ni la rupa roti nan yang kami order cuma rasanya berbeza sikit sebab yogurt tu. 

Tadi petang cicah roti ni dengan kuah kari daging. Sedap sangat, tak rugi mencuba resipi ni sebab kalau makan diluar pun kekadang tak puas hati juga. Dah la mahal, menunggu satu hal, tak sedap pulak tu.



nota pb: terima kasih teman2 dari GTPM.

5 ulasan:

  1. aslmkum zana.. akk suke mkn roti ni tpi tak pernah buat.. selalu beli jer.. paling best makan dengan kuah dhal..

    BalasPadam
  2. aslmkum zana.. akk suke mkn roti ni tpi tak pernah buat.. selalu beli jer.. paling best makan dengan kuah dhal..

    BalasPadam
  3. huhu. suka roti nan.. sedap..

    jom renung2kan..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    BalasPadam
  4. meliurkan..memg terbayang cicah ngan kari sedap ni..

    BalasPadam
  5. Kak zana, len kali kena cari tempayan, bru betul ori roti nan, hehehe, jgn mareee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)