my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Raya 2014 yang SURPRISE

Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat kakpb yang dikasihi....
Lama sungguh tak update blog ni, kena pula sekarang ni kakpb nak menghabiskan puasa enam yang tinggal 2 hari lagi.

Banyak sangat cerita nak dikongsikan. Kisah hari raya kami yang agak kelam kabut. 
Ikut perancangan asal kami tak balik beraya di semenanjung. Tetiba cikgu fahmi tertengok tiket airasia lagi beberapa hari nak raya. Pada malam raya pertama tu ada tiket murah, jadi dia tanya kakpb kalau ada tiket murah nak balik tak? Off course la nak balik, gila taknak??

Dah settle pasal tiket, kami mula fikir nak memasak rendang bagai atau tidak dipagi raya sebelum balik kampung. Plan asal nak ajak kawan2 kakpb dan juga cikgu fahmi berkumpul dirumah untuk makan2. Tapi disebabkan flight kami pukul 7 malam, kakpb rasa macam tak sempat nak buat makan2. Lauk tak habis satu hal, penat nak berkemas kain baju, nak bersihkan rumah sebelum tinggal dan sebagainya.

Jadi kakpb pun masak nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang je. Ada 3/4 famili yang datang sebelum kami balik. Alhamdulillah takde makanan yang dibazirkan, licin. 

Hari yang sama  juga kami hantar dua ekor kucing kami, Jebat dan Messy kerumah kawan cikgu fahmi. Sedih nak tinggalkan tapi apa nak buat?



Sebenarnya ketika kami balik tu saja nak buat surprise untuk famili kakpb dan cikgu fahmi. Mereka mati2 ingat kami tak balik. Pakat dengan anak saudara yang ambil kakpb di Putrajaya. Sampai rumah kakak dalam pukul 11.30 mlm. Anak sulong kakak suruh kami bertiga menyorok diruang menonton tv. Dia berlari2 naik atas bagitau mummy dia yang kat depan tv ada tahi kucing selonggok....hahaha....kakpb dengar suara mummy dia membebel. Habislah karpet baru akuuuuuu!!

Bila dia turun je......dia menjerit terkejut...hehe...terkejut gembira kot. Surprise!!! riuh satu rumah dibuatnya. Teringat malam sebelum raya tu, abang ipar tanya.....iye ke tak balik ni? macam tak percaya orang Kelantan tak balik kampung time raya (dituju pada cikgu fahmi)

Oklah...dipendekkan cerita, raya ketiga kami balik Kelantan. Tiket bas dan keretapi memang takde, terpaksa adik cikgu ambil kami. 3.30 pagi kami bertolak dari rumah, alhamdulillah tiada halangan.





Gambar2 yang kakpb share ni ketika di Bangi, rumah adik dan rumah kakak.  Kakpb memang suka kucing dan ada plan nak bawa balik seekor jika tiada halangan. Gambar atas tu spesis kucing hutan kot. 




Ni first time kami turun di KLIA2, ok juga tak perlu turun naik bas. Boleh direct ke Putrajaya.

Cucu kakpb yang dulunya masa lahir kecil sangat katanya. Sekarang dah tembam dan handsome :)



First time juga kami singgah di R&R Gua Musang yang baru (taklah baru sebenarnya, kami yang dah lama tak naik kereta dari KL ke Kelantan)


Sempat singgah JPN Putrajaya, selesaikan mykad anak bujang kami. Rupanya sijil lahir sekarang warna hijau. Proses tukar sijil ni lebih lama daripada buat IC.



Sempat juga memusing kat round aboard Kota Bahru untuk snap foto pokok kurma yang dah togel buahnya. Elok subur.

Setakat ini dulu entry kakpb. Masakan terbaru ada juga tapi nantilah.......pc buat hal kena format balik. Nasib baik ada laptop cikgu.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin sekiranya ada tulisan kakpb dan komen diblog sahabat menyinggong hati semua. 

3 ulasan:

  1. Kakak pasti mesti Zana gembira tak terkata bila kata ada tiket utk balik kampung kan... maklumlah hari raya siapa tak suka jumpa keluarga kan..

    BalasPadam
  2. Memang seronok beraya di kampung. Tak sempat lagi tengok sendiri pokok kurma yang dah berbuah tu.

    BalasPadam
  3. hahahahahaha.. kelakar baca dialog kakak kak Zana pasal karpet baru tu, hihihi.

    kucing atas sekali tu comel gila.. mcm anak singa telinganya tu.. tapi kalu tengok corak kat badan, mcm baka kucing bengal

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)