my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label aidil fitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidil fitri. Papar semua catatan

Kisah turun naik komuter, kentang bakar favourite

Assalammualaikum dan selamat kembali menemui kakpb.....haha...tenggelam timbul dah macam kura2 tau.
Apa khabar sahabat kakpb yang dikasihi? Rindu tak? Rindu 200 persen? hehe...fenomena Zill Faezrul dan Armel Aisya....takdelah fanatik sangat pun. Sekadar melayan drama bersama suami tercenta!!

Cakap pasal suami kakpb ni.....teringat pulak cerita raya hari tu. Masa kami sampai dari KB ke Hentian Putra dengan bas. 5 pagi dah turun hentian, jalan kaki sikit ke station komuter. Malas nak susahkan orang ambil kat KL, naik komuter je senang.

Lama tau tak naik komuter tapi tak mungkin lupa arah mana nak balik dan keadaan pagi yang sesak dengan mereka yang nak ke pejabat. Ni kali pertama kakpb tengok komuter yang ke Sg Gadut (atas sikit dari Seremban katanya)

Kami bertiga dengan beg sandang cikgu fahmi dan aziz, kakpb punya beg seret je. Tu tak kira lagi dengan sekotak keropok dan satu lagi beg yang di bimbit. Tiba je komuter ke Seremban kakpb tengok memang sesak. Masa tu pukul 6 pagi rasanya. Cikgu fahmi beratur depan sekali, aziz dan kakpb belakang. Dalam hati kakpb, macam mana nak sumbat ni? Sesak sangat tu.......

Cikgu fahmi ni pulak, pintu terbuka je dia terus masuk tapi muat dia sorang dengan beg sandang dan 2 lagi beg kakpb dia bawa. Elok je dia masuk, pintu terus tertutup dan kami dua orang kat luar ni 'menganga'...haha...
Lucunya cikgu fahmi, dia takde handphone (ada sebenarnya tapi adik dia guna skjp), purse dalam handbag kakpb, cuma tiket komuter je yang dia ada....hehe....agaknya dia risau kakpb dan aziz....dia turun di station Bank Negara dan pinjam handphone sorang chinese. Dia pesan nanti jumpa disitu. Kakpb pun tak sempat nak bincang lebih lagi sebab dia guna handphone orang.

Bila sampai komuter satu lagi selepas beberapa minit, kami pun naik. Tak kiralah Ladys punya ke, aziz kena ikut. Sampai di Bank Negara kami pun jengah2 dari dalam tapi faham2 je la.....dengan orang ramai....macam nampak bayang baju dia. So kakpb suruh aziz turun tengok dan lambai dia. Masa aziz turun terjengah2 kat luar komuter, dia kata....ayah ada...ayah ada. Kakpb ni risau komuter gerak dan aziz tertinggal, kakpb pun turun. Bila kita turun.....tengok2 eh? takde pulak laki aku ni...pintu komuter pun tertutup. Laaaaa......rupanya dia pulak naik komuter tuuuuuu....

Eiiiii....geram ada, nak gelak guling2 pun ada!! Kita turun dia naik, apa dia ingat ni drama tv ke...haha....
Bila dia sampai station UKM tengok2 kami takde, dia dah susah hati takut kakpb terlepas sampai Seremban. Nak guna public phone tak boleh, rosak pula. Akhirnya dia terpacak sorang kat situ. Nak keluar kena tunggu kakpb dan aziz sebab tiket kami pada dia. Adoiii....sakit perut gelakkan kisah kami ni bila sampai rumah kakak.

Kakpb cakap kat cikgu fahmi, saya ingat lagi la kat mana nak berhenti. Kan saya ni orang Kajang, dah puluh tahun menetap, masakan lupa? Dia tanya kenapa awak tak naik tadi masa mula2. Kakpb kata nak sumbat kat mana, pintu komuter tu tertutup betul2 selepas muat awak sorang.
Agaknya dia nak marah kakpb tapi tak jadi sebab takde sesiapa yang patut disalahkan pun. Itulah peristiwa suami isteri yang kelam kabut....hehe...macam2 hal. Belum lagi kisah adik ipar kakpb jatuh dari pokok manggis tu. Gedebuk dengan buah manggisnya. Nasib takde yang patah.


Semalam kan, kakpb teringin sangat makan kentang bakar. Search resipi kat google.....ada yang takde bahannya. Jadi kakpb buat yang begini je. Tak ingat ambil dari mana, rasanya Food Network kot.
Kentang buang kulit. Perap dengan bawang putih yang di cincang halus, lada hitam, butter, olive oil dan bakar pada suhu 250C sehingga kentang empuk. Serius sedap gila bakar macam ni daripada rebus.

Sos black pepper kakpb ambil dari blog MalinaPG. Terima kasih Lina, anak bujang buat kuah makan dengan nasi.

Raya 2014 yang SURPRISE

Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat kakpb yang dikasihi....
Lama sungguh tak update blog ni, kena pula sekarang ni kakpb nak menghabiskan puasa enam yang tinggal 2 hari lagi.

Banyak sangat cerita nak dikongsikan. Kisah hari raya kami yang agak kelam kabut. 
Ikut perancangan asal kami tak balik beraya di semenanjung. Tetiba cikgu fahmi tertengok tiket airasia lagi beberapa hari nak raya. Pada malam raya pertama tu ada tiket murah, jadi dia tanya kakpb kalau ada tiket murah nak balik tak? Off course la nak balik, gila taknak??

Dah settle pasal tiket, kami mula fikir nak memasak rendang bagai atau tidak dipagi raya sebelum balik kampung. Plan asal nak ajak kawan2 kakpb dan juga cikgu fahmi berkumpul dirumah untuk makan2. Tapi disebabkan flight kami pukul 7 malam, kakpb rasa macam tak sempat nak buat makan2. Lauk tak habis satu hal, penat nak berkemas kain baju, nak bersihkan rumah sebelum tinggal dan sebagainya.

Jadi kakpb pun masak nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang je. Ada 3/4 famili yang datang sebelum kami balik. Alhamdulillah takde makanan yang dibazirkan, licin. 

Hari yang sama  juga kami hantar dua ekor kucing kami, Jebat dan Messy kerumah kawan cikgu fahmi. Sedih nak tinggalkan tapi apa nak buat?



Sebenarnya ketika kami balik tu saja nak buat surprise untuk famili kakpb dan cikgu fahmi. Mereka mati2 ingat kami tak balik. Pakat dengan anak saudara yang ambil kakpb di Putrajaya. Sampai rumah kakak dalam pukul 11.30 mlm. Anak sulong kakak suruh kami bertiga menyorok diruang menonton tv. Dia berlari2 naik atas bagitau mummy dia yang kat depan tv ada tahi kucing selonggok....hahaha....kakpb dengar suara mummy dia membebel. Habislah karpet baru akuuuuuu!!

Bila dia turun je......dia menjerit terkejut...hehe...terkejut gembira kot. Surprise!!! riuh satu rumah dibuatnya. Teringat malam sebelum raya tu, abang ipar tanya.....iye ke tak balik ni? macam tak percaya orang Kelantan tak balik kampung time raya (dituju pada cikgu fahmi)

Oklah...dipendekkan cerita, raya ketiga kami balik Kelantan. Tiket bas dan keretapi memang takde, terpaksa adik cikgu ambil kami. 3.30 pagi kami bertolak dari rumah, alhamdulillah tiada halangan.





Gambar2 yang kakpb share ni ketika di Bangi, rumah adik dan rumah kakak.  Kakpb memang suka kucing dan ada plan nak bawa balik seekor jika tiada halangan. Gambar atas tu spesis kucing hutan kot. 




Ni first time kami turun di KLIA2, ok juga tak perlu turun naik bas. Boleh direct ke Putrajaya.

Cucu kakpb yang dulunya masa lahir kecil sangat katanya. Sekarang dah tembam dan handsome :)



First time juga kami singgah di R&R Gua Musang yang baru (taklah baru sebenarnya, kami yang dah lama tak naik kereta dari KL ke Kelantan)


Sempat singgah JPN Putrajaya, selesaikan mykad anak bujang kami. Rupanya sijil lahir sekarang warna hijau. Proses tukar sijil ni lebih lama daripada buat IC.



Sempat juga memusing kat round aboard Kota Bahru untuk snap foto pokok kurma yang dah togel buahnya. Elok subur.

Setakat ini dulu entry kakpb. Masakan terbaru ada juga tapi nantilah.......pc buat hal kena format balik. Nasib baik ada laptop cikgu.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin sekiranya ada tulisan kakpb dan komen diblog sahabat menyinggong hati semua. 

Raya 2013 : aktiviti di kampung suami

Rasanya ini entry terakhir untuk raya tahun ni. Sebelum panjang lebar menaip, kakpb doakan moga abah (mertua) cepat sembuh selepas menjalani pembedahan dikakinya semalam. Abah mengidap gout yang agak kritikal.
Abah beriya-iya makan petai ketika menghadiri majlis sanding anak sahabatnya tempohari. Orang kata petai amat pantang bagi yang berpenyakit gout. Tapi dia tak boleh menahan diri, kebetulan pula dimajlis tu disediakan petai, ulam bagai.

Biasalah kalau di pantai timur ni, update entry mesti bab2 makanan. Bila dah hampir 2 minggu disana, tak sah kalau tak makan nasi kerabu, nasi dagang setiap pagi. Lemak yang nak menyusut dalam badan ni pun segar balik.....huhu...
Paling kakpb suka ialah tapai ubi goreng......umak aii....sedap banget!!





Abah ada tanam limau bali belakang rumah. Itu pun kakpb bedal dengan cikgu fahmi sebiji.




Durian? toksah tanyalah.....berlambak gugur belakang rumah. Bangun pagi bukan pi jogging tapi pergi kutip durian....hehe....cikgu fahmi kata, jomlah ikut....kakpb tanya, ada pacat tak?? Dia suruh pakai kasut abah yang katanya telah di sapu cuka. Oh tidak....tak sanggup kakpb nak redah sekali pun di sarung badan ni dengan baju besi.

Nasi tumpang.....bukan kegemaran kakpb. Nampak bungkusannya menarik hati memang terasa nak makan. Tapi, ntahlah kenapa tekak ni tak boleh terima. Mungkin sebab ada sambal udang dalam tu....
Buah salak berlambak juga belakang rumah. Bila ada tetamu datang, abah suruh ambil bawa balik sebagai buah tangan. Abah memang rajin menanam tapi abah tak makan sangat. Lagipun katanya buah salak tak bagus untuk mereka yang mengidap gout.....hemm....ye ke? Kakpb memang suka sangat tapi tidaklah banyak kalau makan. Sekadar 3/4 biji je.

Kami sempat beraya ke Trengganu rumah adik cikgu fahmi dan rumah mak saudara kakpb. Ketika menunggu sesuatu (urusan adik beradik cikgu fahmi) kami singgah solat di Masjid Kristal. Ini kali pertama jejak kaki disini. Selalu datang Trengganu tak sempat nak melawat mana2. Hujung tahun ingat nak bawa anak melawat Taman Tamadun Islam pula. InsyaAllah.




Sebelum balik KK, sempat juga ke bazar tok guru, beli tudung bawal tapi bukanlah yang mahal. Biasa2 je. Rasanya surirumah macam kakpb ni tak perlu ada tudung yang terlampau mahal. Sekali sekala beli ok laa...yang ni murah je, kakpb beli 4 helai.

Sehari sebelum balik pun sempat lagi ke Rantau Panjang. Kalau kesini haruslah pepagi keluar rumah, jalannya sepanjang masa jem sebab masih ramai lagi yang bercuti raya. Cikgu fahmi cari jersey untuk dia dan kawan-kawan yang kirim. Itu yang bagasi kami melebihi muatan....hehe....RM50 untuk perjalanan dari KB ke KL dan KK.

Ok cukup dulu......ada juga nak tambah tapi tak larat dah nak upload gambar lagi....esok2 ler.



Raya2013 : Biskut Samperit, keretapi malam dan Syawal





PeaceTak habis lagi tayang gambar raya kami, janganlah mengata kami nak tayang rumah atau baju raya.....taaaak...saja nak simpan sebagai kenangan tahun 2013 ini. Lagipun ini bukan rumah kakpb tapi rumah abang ipar, kami ni menumpang beraya je.

Gambar keluarga yang tak berapa lengkap, ramai lagi yang belum jumpa masa ni. Rumah adik perempuan kakpb di Semenyih. Sekarang anak2 saudara semua dah membesar, tak terasa riuhnya. Kalau dulu, pening kepala bila mereka berlari sana sini. Paling kecil yang dalam perut adik ipar kakpb, belum lahir lagi.

Sebut pasal kelahiran baby, kakak kakpb terima juga 'cucu' petang raya pertama. Mok melahirkan empat anak sulung tapi tiga ekor mati dan hidup seekor. Sayangnya Mok tak pandai jaga anak. Lepas beranak pun dia tak bersihkan diri dia. Uri anak pun kakak yang tolong potongkan. Lucunya dia seolah2 hairan tengok anak dia tu menguit-nguit. Mungkin dia tertanya, apa yang keluar dari perut aku ni? Kakak terpaksa bagi minum susu kambing kerana ibunya langsung tak mahu dekat. Kami berikan nama Syawal.

Sayang, selepas dua hari lahir, Syawal menghembuskan nafasnya. Sedih juga ketika lihat instagram anak buah menyatakan Syawal dah tiada.Smiley is sad Mungkin salah susu kambing tu atau dia tak dapat pelukan kasih dari ibunya.

Oklah....tutup cerita Syawal.... kakpb nak share resipi kakak yang diambil dari emak. Asalnya kakak kakpb ambil dari seorang saudara kami di Johor. Dia kata, ni resipi dari emak awak juga....hehe....emak tak bagi resipi kalau tak diminta. Nak tau resipi dia, kena tengok apa yang dia masak. Jadi, kakpb ni masa dulu2 memang tak tau resipi emak melainkan asam pedas, laksa johor. Kakak lebih rapat dengan emak kerana dialah pembantu setia emak dari adik-adik kecil hingga sekarang. Banyak jasa kakak pada emak. Bukan macam kakpb ni, datok bela masa kecil lepas tu selalu pindah randah duduk dengan makcik di JB dan Trengganu. Bila tinggal balik dengan emak, kerja pula selama 12 tahun. Memang tak pandai sangat bab memasak seperti kakak.



Biskut samperit ni kakpb terpaksa buat juga pada raya ke dua, atas permintaan anak bujang kakpb. Dari KK lagi dia dah request. Kakpb tangguh2kan hinggalah menjelang malam raya, tak juga buat. Akhirnya kakak kakpb yang adunkan resipi emak ni dan kakpb hanya tolong taburkan gula hijau tu.....Brows kata kakak, bukan susah buat samperit ni, cuma perlukan kesabaran sedikit je.

BISKUT SAMPERIT
@blogsurirumah/resipi kakak

1 cwn gula halus
1 buku buttercup
1 cwn tepung kastad (yg kuning)
1 biji telor
sedikit vanili
1 sb susu pekat
1 atau 2 cwn tepung gandum (lebih baik guna red rose) bergantung pada adunan
Gula pasir yang di warna untuk tabur atas biskut

Cara membuatnya:
Dalam bekas, masukkan buttercup dan gula. Gaul sebati guna senduk kayu saja.
Gula tak perlu terlalu kembang sangat (kalau ada rasa kasar2 sikit pun takpe)
Masukkan telor dan gaul lagi.
Masukkan vanili dan susu pekat.
Kemudian masuk tepung kastad.
Akhir sekali masukkan tepung red rose sedikit2.
Masuk adunan dalam acuan samperit.
Jika suka hiasan, taburlah gula diatasnya.
(gaul pewarna kesukaan dalam gula pasir)




Siap, dapat 3 botol (lebih kurang) sedap dan rangup. Ikut style kakak, dia tak suka tabur gula (biasalah, dia tu ikut macam emak) tapi kakpb suka kaler2 Winking smiley (macam anak dia...hehe). Satu botol untuk kakpb, satu botol untuk emak kelantan dan satu botol untuk kakak. Itulah kuih raya dia tahun ni. Memang dia tak buat langsung sebab sibuk jaga cucu.

Raya kedua malam, kami bertolak ke pantai timur dengan keretapi malam. Pilihan anak bujang, nak katil atas. Ayahnya pun kat atas (silap pilih katil masa booking...haha...) kakpb sorang kat bawah. Kali ni kakpb rasa cepat pula sampainya. Tahun lepas banyak kali berhenti, lama pula tu. Naik 9 mlm sampai 9.40 pagi esok.

Dari mula naik, baca buku kejap lepas tu ngadap game. Terus tidur sampai ke pagi, dikejut pun taknak bangun lagi. Sedap sangat agaknya tidur dalam keretapi? Kita ni sekejap bangun, sekejap baring, tak lena tidur.

Bersambung nanti bila sampai sana............







Wordless Wednesday : Raya 2013

 Nasi ayam, lodeh kering, durian crepe, cheese tart, kek mentega


 dirumah adik kakpb, ni separuh je.....yang lain ada yang dah balik

 menangis konon...sebenarnya berlakon.....

sedondon ayah dan anak

Nak muntah ek? kejap eh.......gi ambik mangkok!!
maaf kalau menyampah tengok lakonan kami...

Selamat Hari Raya dan maaf dipinta

Assalammualaikum semua yang kakpb kasihi...

Maaf kerana tidak dapat update blog setiap hari dek masaalah line internet yang terlalu slow. Juga masaalah gambar2 didalam S3 yang sukar untuk di upload ke blog.

Insyaallah, balik KK nanti kakpb akan balas kunjungan dan update semua kisah raya kami sepanjang di KL dan Kelantan.

Kakpb mohon maaf sempena bulan Syawal ini seandainya ada tulisan yang menyinggong hati mana2 pihak. Ada jodoh, panjang umur kita jumpa lagi tahun hadapan


Takut, tapi nak main..

Pernah main mercun ketika hari raya? Mesti pernah kan......masa kecil, masa remaja dengan kawan sebaya, ketika balik kampong.....
Kakpb tak biasakan anak main mercun, paling-paling pun bunga api je, itupun ada had. Selalu kakpb bebel, main mercun tu sebenarnya bakar duit, membazir, takde faedahnya. Lain la orang cina yang ada sebab musabab.

Ketika raya rumah adik kakpb baru-baru ni, emak ada buat makan-makan walaupun ketika itu dia puasa enam. Saja dia buat hari terakhir dia habis puasa. Macam-macam hidangan ada tapi kakpb lupa nak ambil fotonya. Entah macamana boleh lupa. Mungkin sebab dah berjumpa ramai-ramai tu, semuanya dah tak ingat. Hilang ingatan kejap........

Lepas makan-makan, anak saudara kakpb yang sulung ada bawa mercun dua batang. Ni yang besar punya, yang naik tinggi ke langit macam selalu kita nampak bila ada perayaan di stadium tu.
Dia pun pergi la cucuk tengah laman, kami perhati dari jauh. Kakpb cadang nak ambil gambar masa meletup tu. Bila dia dah nyalakan api, kakpb nampak panjang betul langkah dia lari, takut kena serpihan api mercun. Apa lagi......kakpb pun lari sama.....hilang kisah nak ambil gambar.

Tapi kan......peliknya......bunga api tu bukan naik ke atas, dia hanya berpusing atas tanah dan terus senyap dalam beberapa saat. Kita orang pun pelik, kenapa jadi macam tu?
Apa lagi, pecah perut kita orang gelak bila ingatkan balik semua orang bertempiaran lari. Nampak sangat famili kakpb tak biasa main mercun. 

Bahaya sebenarnya kalau tak pandai main. Ingat dulu ketika Chinese new year di KK, sorang bangsa cina yang mukanya hancur kerana mercun. Bukan saja hancur, malah terus menemui ajal. Kakpb rasa baik haramkan terus mercun ni dalam Malaysia. Kalau bangsa lain nak raikan perayaan mereka, buatlah dekat satu kawasan yang di khaskan. Pastikan ada ambulance, bomba, doktor dan sebagainya di situ.




Abang ipar kakpb siap pasangkan lampu, macamlah nak main banyak mercunnya.....


Sedapnya....

Assalammualaikum semua dan kembali berjumpa di blog, lama betul kakpb tak update. Bukan apa, sibuk melayan tetamu dan juga main masak-masak di rumah MIL. Emak tak berapa sihat selepas operate lutut beberapa bulan lepas. Namun sekarang ni alhamdulillah, dah boleh berjalan sedikit. Mungkin sebab dia seronok melihat anak-anak balik beraya agaknya.

Bagaimana sibuk pun, kakpb sempat juga curi masa keluar sebelah malam untuk cuci mata di KB Mall dan Bazar Tok Guru. Dapatlah beberapa helai tudung bawal yang cantik pada mata kakpb. Beli juga sehelai untuk emak di KL. Cari beberapa bungkus keropok dan lain-lain makanan untuk di bawa pulang ke Sabah.

Paling best dapat makan laksa Penang walaupun dok Kelate....hehe...semangkok share berdua sebab perut dah kenyang. Sedapnyaaaaaa......lama tak makan laksa penang.

Ni pulak, sup gear box, first time kakpb makan. Di hidang oleh kakak ipar ketika kami singgah di rumahnya. Wowww, takut kakpb tengok tulang tu......makan sikit je sebagai syarat merasa. Selebihnya cikgu fahmi bedal sampai ke tulang sumsum. Memang sedap, tapiiii....kalau terlalu kerap makan, confirm keluar masuk hospital...huhu...


Buah rambai pun ada kat rumah kakak ipar. Lama betul tak makan buah ni.......masa kecil-kecil dulu arwah tok selalu bawa balik dari kebun dia. Berbakul-bakul sampai tak lalu nak tengok.

Kakpb round keliling rumah MIL, pokok manggis baru berputik (alamat tak merasa la lepas ni sebab balik hujung tahun dah takde buahnya) Beruntungnya kali ni kakpb dapat makan cempedak dan durian. Sempatlah buat serawa yang di makan dengan pulut. Cempedak pulak di goreng entah berapa kali, itu pun sekejap je licin. Bila ramai-ramai ni rasa berselera nak makan, badan pun macam makin montel jek...

Sebenarnya ketika update ni, kakpb dah berada di rumah mak Kajang. Esok emak nak buat makan-makan di rumah adik sebab esok hari terakhir dia puasa enam. Makan lagiiiii......katanya mak nak masak laksa johor, laksa penang, nasi beriani dan ada lagi hidangan lain yang tak mampu nak tolak. Sebabnya.......sudah tentulah sebab air tangan emak.....:)

Sampai sini dulu, ada masa nanti kakpb update lagi. Terima kasih mana teman yang sudi jengok blog kakpb yang suram ni.......nanti ada masa kakpb balas kunjungan ye.....tata titi tutu!!


Open house dan Johnny English yang lucu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya banyak cerita nak kongsi kat sini tapi takde kesempatan nak mengadap komputer. Hari Jumaat ada tetamu, hari Sabtu open house dan wayang. Hari Ahad semalam pun ada tetamu dan jemputan kenduri. Ada tempahan laksam untuk wife kawan hubby. Hari ni baru ada masa sikit, itu pun sakit la pulak.......sakit kaki macam orang lepas lumba lari.....kejang tak pasal2 lepas solat.

Sabtu baru2 ni open house rumah pakcik, rumah baru dia. Macam-macam ada hidangan, sate, kambing panggang, rendang daging dan lemang, soto, nasi beriani dan lain-lain. Pb cuma makan nasi beriani sedikit dan lemang. Tak larat nak makan yang lain2 tu.....lebih2 lagi kambing.....tak berapa suka.

tu diaaa.....kambing panggang, tak tau la pakcik order dari mana, tak tanya pulak....


tumpang gambar rumah orang, elok je ada dua kerusi kat situ, memang tersedia untuk kami kot....hehe.....kali ni datang rumah makcik, pb macam datin je......tolong sana sikit sini sikit...



Best friend, manja vs manja......tu yang sekepala tu, cuma macam tahi cicak je pb tengok....hehe....kesian anak ku, hitam2 si tampok manggis......belajar rajin2 nanti jadi orang berguna, tak nampak la kekurangan tu kan?

Lepas 'isi minyak' rumah pakcik, lepak kejap di panggung. Masa ni anak tinggal rumah pakcik. Bukan saje nak tinggalkan, dah dia suka main kat situ nak buat macam mana. Pb pun lenggang kangkong dengan hubby dan adik dia, tengok cerita JOHNNY ENGLISH yang buat pb gelak dari awal cerita hingga tamat. Nak pergi tandas pun rasa rugi kalau ditinggalkan. Tahan je la sampai habis.

Lucu yang amat lucu cerita ni........rasa macam nak tengok lagi je.....

contest gambar raya paling HOT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb nak join jugak contest dari blog 'sepanjang jalan kenangan'  http://denuanza.blogspot.com/ , kalau ada sesiapa nak join, klik je link tu...

Pic ni memang takde gambar pb sebab pb yang snapkan. Masa ni memang 'hot' tau, si bujang manja ni jadi perhatian seluruh keluarga ketika dia salam dengan ayahnya, mohon ampun dan maaf. Siap keluar air mata lagi.........dia nangis betul2, bukan tipu2 punya.....

Dialog dia lebih kurang macam ni........
"Aziz mintak ampun dan maaf, Aziz banyak sakitkan hati ayah, tinggi suara kat ayah dan selalu buat ayah marah"
Skrip dia tu bukan kami ajar, entah macam mana tetiba boleh pulak keluar dialog tu dari mulut dia. Lepas ayah, ibu kat sebelah dah tak boleh cakap banyak. Air mata mengalir kerana sebak dan sayu. Terasa diri ibu ni pun banyak salahnya. Selalu di marah tak gosok gigi, tak mengaji, tak buat homework dll. Tapi  ibu marah tak lama sebab ibu tak sampai hati.

walaupun sepupu2 dia gelak kat belakang tu, sebenarnya dia serius.......yang kat belakang tu dah lepas bermaaf2an, tu yang gelak sakan.......masa ni dia sorang kanak2 yang ada, lain2 belum sampai lagi.

Beraya di Marang Trengganu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ok, sambung balik cerita raya yang belum habis. Sempat ke Trengganu hari tu, lawat mak sedara pb yang anaknya accident sebelum puasa kalau tak silap. Dalam perjalanan kami singgah di Pantai Rhu Sepuloh area Penarek atau Permaisuri. Cantiknya pantai dia, rasa macam nak terjun selam terus kedalam airnya yang biru kehijauan.

Hubby cuma berhenti sekejap je, itu pun anak pb dah bukak kasut turun ke gigi air. Ayah dia punyalah marah sebab kawasan situ agak bahaya untuk mandi manda. Budak ni memang tak boleh tengok pantai la......


kalau posing bagi kat dia....




pantainya bersih (setakat yg pb nampak ni)
Perjalanan dari KB ke Trengganu makan masa hampir 3 jam lebih. Dengan tak ingat rumah makcik kat mana, terpaksa anak dia datang ambil kami di depan masjid Marang. Makcik pb ni asalnya orang Johor, kahwin dengan orang Trengganu, jadi pekat loghat dia.

Aidil Fitri 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Assalammualaikum pada semua pembaca blog Surirumah, maaf kerana begitu lama tidak berupdate. Kini dah mula beroperasi dari rumah (Sabah). Tempohari (raya) pb tak bawa laptop jadi agak sukar sikit nak update blog yang bergambar. Laptop memang banyak di kampong hubby, bukan pb punya tapi ipar duai yang punya. Jadi pb malas la nak upload gambar guna laptop orang.

Nak cerita pasal raya, boleh lagi kan? Kita pun masih lagi dalam suasananya. Pb raya kali ni simple2 je......baju baru, kasut baru....hehe....tudung baru, handbag tak dapat yang baru....huhu...tapi takpe, ini pun dah syukur berbanding orang lain yang tak mampu.

Tahun ni pb raya rumah kakak sebab mak pun raya disana. Kakak masak nasi empit dan soto dengan bergedil. Sedapnya.......kami adik beradik memang suka soto yang kakak masak. Laksa Johor pula, emak yang masak. Pb cuma tolong potong timun dan bahan2 lain. Abang ipar pula ada tempah lontong dalam daun pisang. Kali pertama pb makan, memang sedap........bukan senang nak jumpa tapi pb lupa nak snap gambar. Rendang tok pun kakak buat. Kiranya raya tahun ni memang meriah. Kolestrol pun agak meriah juga, berlumba-lumba masuk ke perut. Pb dah sediakan pil untuk buang lemak, adik pb yang sarankan.....hehe...lepas makan benda berminyak, terus telan sebiji.

Ok la, untuk sementara ni layan dulu gambar raya pb ye......

Raya kami kali ni tak sedondon dengan ayahnya sebab dia nak pakai baju tahun2 lepas...

Bonda yang dikasihi.....
di pusara adik lelaki yang meninggal pada 2010


sebahagian dari keluarga pb, saje je ambil gambar candid.......meriah sikit....


lepas gian......

Salam Sejahtera....

Selama berada di rumah kakak (tahun ni beraya di rumah kakak), aku sentiasa ada hal kesana sini. Masa baru2 sampai hari tu stay rumah kakak juga. Sempat la shopping di Sogo (macam tak sah kalau tak ke Sogo, padahal biasa je tempat tu) dengan kakak, abang ipar dan mak juga.

Orang perempuan, kalau bab shopping ni........memang tak letih walaupun masa tu puasa. Apa taknya, kat Sogo tu segala bapak beg tangan, kasut, baju dan sebagainya, semuanya offer!! Dalam pada taknak...taknak....beli juga la satu dua barang.

Lepas letih bershopping, abang ipar membawa kami berbuka puasa di Menara KL. Aku ni nama je duduk berhampiran KL tapi tak pernah jejak kaki ke sini.


Inilah lumrah hidup, bila dekat......depan mata....kita tak peduli pun, tapi bila dah jauh, barulah terhegeh2 nak cari dan tengok. Macam aku juga, masa kat Semenanjung tak teringin nak pergi. Bila dah tinggal jauh ni, barulah teringat2 dan teringin......gitu la manusia.....

Ok....buka puasa hari tu, abang ipar ku belanja. Dia ni memang suka belanja orang, baik hati, murah rezeki dia. Kami makan di Restoran Tando's (kalau silap, minta maaf la, ingat2 lupa ni). Ada nasi beriani, rendang tok, bubur lambok, kuih muih dan sebagainya. Tapi, banyak mana pun terhidang depan mata, aku makan mana yang termampu oleh perut ku. Kalau orang belanja aku makan memang jimat la duit dia orang. Kita ni kalau ikut selera, semuanya nak. Aku, kalau makan nasi, memang aku tak ambil dua senduk.......sesenduk penuh pun dah banyak. Sampaikan ramai yang tegur bila aku ceduk nasi ke pinggan.......baik tak payah makan, kata mereka. Tak kisah la orang cakap apa, yang penting aku memang kurangkan nasi.


Bila dah sibuk2 buka puasa tu, tak sempat nak bergambar. Tambah pula bukan kami je kat restoran tu, malu pula nak snap sana sini. Bagusnya kat restoran ni, boss dia datang kat meja kita, tanya ok ke tak....dan sebelum azan berbuka berkumandang, ada baca doa2 sedikit dari pihak restoran. Macam ni la bagus....

Ok, kali ni aku nak cerita pasal gian  nak ke bazar ramadhan. Selalunya bila balik sini tak sempat nak ke bazar. Baru2 ni kami pergi kejap, cari juadah untuk berbuka puasa. Saje beli untuk Aziz yang nak makan otak-otak kesukaan dia.
Fuhh.....punya la ramai umat kat sana.....itu baru bazar ramadhan, belum lagi pasar malam. Agaknya, makin nak raya, makin tak masak dia orang ni? Paling menarik perhatian ku bila nampak orang beratur panjang kat satu stall ni........berasap2 aku nampak!!


Tertanya2 jugak, apa yang dia orang tunggu tu........rasa macam nak join je......owhh......



Beratur nak beli 'ayam golek' rupanya!! ish..ish..ish....sekor RM20 (kalau tak silap la). Sedap agaknya? Bagi aku pulak walau sedap macamana pun, tak sanggup nak berbaris panjang melainkan kalau kes2 melibatkan undang2 atau seumpamanya, tak kisah la beratur pun. Nak buat macamana kan? dah orang suka makan, sanggup tak sanggup, kena la beratur.......


Gulai kawah kesukaan ku, tapi tak beli sebab aku pandai masak sendiri.......hehe....sambil lalu sempat snap gambar.


Wow......kuih bermacam2 jenis....lopes, apam, onde2 dan sebut aje, pasti ada. Orang kata, petik jari je boleh jumpalah!! Tapi aku tak beli pun, cuci mata je.......aku beli taufu fa dan mubarak.....eh....murtabak!!


hehe....malu nak posing depan orang ramai, dapat belakang pun jadi la........tak sampai setengah jam, kami dah balik. Aku bukan suka sangat kat tempat yang bersesak2 ni. Saje nak memeriahkan cuti kami kali ni.....

Kiranya, balik semenanjung kali ni aku puas hati sebab dapat lepas niat ke bazar ramadhan. Orang kata, tak dapat pergi setiap minggu, dapat setahun sekali pun jadi la.......sebenarnya boleh saje kalau nak pergi tiap2 minggu sebab cuti sekolah hujung tahun nanti kami balik lagi. Apa2 pun aku berterima kasih sangat pada anak saudara ku dan kakak serta abang ipar sekeluarga. Selama kami di sana, layanan yang baik dan tak terbalas oleh kami. Begitu juga dengan keluarga suami ku. Aku sayang kamu semua!!