Kuih bakar pandan/kuih bakar kemboja ni memang sedap gila bagi kakpb. Susah nak cari yang betul2 sesuai selera tau, manis, lembut dan berlemak (siaplah lemak bertingkek2) Dah banyak kali kakpb cuba tapi resipi kali ni paling menarik bagi kakpb.
Dirumah ni cuma ada satu je acuan kemboja, yang bunga2 tu. Kalau orang buat berniaga, haruslah ada banyak. Jadi, kakpb tak dapatlah nak buat sebiji, bakar, sebiji bakar.....huhu....panas weh dok dapur lama-lama.
Kakpb buat versi loyang. Senang dan cepat, cuma lebihkan masa membakar tu. Kakpb minta izin puan blog disanun untuk share resipi kat blog ni ye....
KUIH BAKAR KEMBOJA
@blogsurirumah
sumber : Damai Kalbu
sumber : MekarMewangi
sumber : Wani
Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur
Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.
Cara kakpb, bila dah blend adunan, tapiskan. Masuk dalam loyang segiempat 9x9.
Kakpb bakar selama 1 jam lebih. Bila dah masak, kelihatan perang sejukkan dulu baru boleh potong.
Guna loyang pun boleh!!
Oven kakpb takde api bawah, jadi tak dapatlah kerak yang garing...
Terima kasih daun keladi, panjang umur, share resipi lagi...
Terima kasih teman2 blog kakpb yang sudi share, yang tak boleh copy paste tu pun nak ucap terima kasih juga. Kakpn ni bukan pandai sangat reka2 resipi sendiri, sekadar mencuba resipi orang.
Kuih sedappp ni... baru lps lunch... sib baik perut tgh kenyang .. klu tak... mau ku buat ikut resepi ni... tq sharing resepi...
BalasPadamMsalam ukhwah dr mommylina
syoknya kalau dapat petang2 ni disulami teh o panas...
BalasPadamwah nak cuba jugaklah masak dalam loyang...
BalasPadamMy fav kuih ni... sedapnyaaa
BalasPadamSedap ni kak makan waktu petang sambil minum teh ... klu ada kerak2 sikit lagi sedap :)
BalasPadamTgk saja pun dah sedap! One of my fevret ptg2 then pekena pula cinch tea mmg super sedap .. Anak-anak pun suka
BalasPadamSenang je cara pembuatannya. Nak start membuatnya je yg malas. Ha, ha...
BalasPadamMenarik rupa kuih bakar kemboja ni.. Nyum2! Tetiba teringin plak.. Haih~
BalasPadamDone follow sini! #851
Btw, just nak gtau.. Kakpb dah terasalah komen nama kite kat blog.. Huhu.. Kite bukan Roslina.. Kite Rosmiza.. Huuu..
Rosmiza Ali Official Blog™