Jumpa lagi sahabat yang dikasihi......tenggelam timbul kakpb ni ada sebabnya. Pc belum format, laptop cikgu fahmi pulak entah kenapa kakpb tak boleh komen guna google chrome. Ni yang buat terbantut semua niat baik kakpb nak blogwalking.
Jadi kakpb minta maaf sekiranya yang follow blog ni tapi tak dapat kunjungan dari kakpb atau komen diblog. Kadang kakpb boleh baca, nak komen tak boleh. Kalau ada shoutbox tinggal message disitu nampaknya.
Nak cerita ni, hari tu cuti 31hb Ogos, kakpb sekeluarga ikut kawan cikgu fahmi balik kampung dia di Sipitang sana. 6 tahun dok Sabah baru ni dapat jejak Sipitang. Oklah pekannya.....berdepan dengan laut juga. Pergi pun katanya ada Pesta Gata. Jangan tanya kakpb Gata tu apa ye....dua tahun sekali diadakan pesta tu. Masa kakpb sampai jalan jem toksah cakaplah....entah apalah yang dicari agaknya.
Kami pergi pun takde tujuan, sekadar nak tau bagaimana mereka merayakan pesta gata tu. Ada konsert Ramli Sarip dan artis lain malam terakhir. Selain daripada tu ada booth adat istiadat perkahwinan kaum mereka, kraftangan, pertandingan gasing dan lain2 lagi.
Biasa2 je bagi kakpb. Cuma yang menariknya kakpb dapat menikmati buah2an seperti buah binjai yang manis. Buah mata kucing yang dipetik dari laman rumah kawan cikgu fahmi. Ada kedondong, buah nona, siap bawa balik lagi.
Jadi jakun sekejap duduk bawah pokok ni sambil makan buah yang manis tu..
Buah binjai biasanya masam tapi di Sipitang ni buahnya manis dan murah pula, RM1 sebiji. Kita orang tak buat sambal pun, makan gitu je.
Buah binjai cepat masak, kakpb kopek semua dan simpan dalam peti.
Durian Sipitang ni ada yang panggil durian hutan. Bagi kakpb tak sesedap durian biasa yang selalu kita makan. Rasa pahit dan muak. Mungkin kakpb nak buat serawa baru sedap kot.
Buah tampoi pun manis, kakpb suka. Lebih sedap dari buah sentol. Itulah tangkapan kami masa ke Sipitang hari tu. Balik hari je sebab perjalanan kesana dalam dua jam. Gambar di pesta kakpb tak share disini, kat IG ada satu dua keping.
Ikan kerapu bara kat bawah ni bukanlah dari Sipitang tapi dari KK. Selalunya kakpb belikan untuk orang semenanjung yang kirim, kali ni beli untuk makan. Sekilo rm25, kakpb beli 2 ekor rm20. Patutlah mahal, ikannya lembut dan sedap betul. Kakpb goreng dan masak tiga rasa. Stimkan pun sedap.
Hingga ketemu lagi, salam jumaat dan selamat berhujung minggu.
Kak zana xsinggah membakut? Sy kt membakut.. Huhu.. Shaz..
BalasPadamByknya buah...singgah Jumaat di sini...
BalasPadamSalam kak. KErapu bara sekilo RM25? Murahnya kak. Kat sini mg tak dptlah harga mcm tu. Igt lg ms mkn seafood kat JB. Kerapu bara ni sekilo dijual Rm100. Sobss!
BalasPadammacam-macam buah ada yea. Buah binjai yang menarik tu :-)
BalasPadamikan tu kat sini RM60 sekilo kot
BalasPadambarulah tau pasal buah binjai.mcm tu rupanye ye
BalasPadamkecur akak bila sebut buah binjai. yg masam buat sambal belacan, sedapnya Zana mkn nasi pana n ikan masin..
BalasPadamBuah binjai tu kalau di Sabah ni, orang panggil buah belunu kak :D
BalasPadamya allah sedapnya nampak durian sipitang tuuu...hu hu. pahit ek..sedap2
BalasPadam