my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah. Papar semua catatan

Jeruk Epal Hijau Asam Boi


Sana sini jeruk epal asam boi ni popular. Cikgu fahmi kata ada nampak jual kat mana tah, area KK. Tapi tak pernah pula kita orang beli.
Kebetulan ada epal hijau dalam peti ais, kakpb pun jalankan projek menjeruk. Sebenarnya bukanlah menjeruk sampai sehari suntuk, tak sampai beberapa jam je dah boleh makan. Kena pula jeruk epal ni nampak menyelerakan daripada mangga bagi kakpb.

Kakpb tak ikut resipi kawan yang gunakan banyak gula. Ada juga yang kupas kulit epal dan gunakan epal merah. Ikutlah citarasa masing2. Bagi kakpb epal hijau ni tak perlu kupas kulitnya pun sedap. Gula tak perlu banyak untuk seimbangkan rasa masam dan manisnya.

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI
@blogsurirumah

4 biji epal hijau 
4 sudu gula pasir
sedikit garam
5-6 biji asam boi
3 biji cili padi

Epal dibelah 4, buang empulurnya dan potong memanjang.
Kak rendamkan seketika epal yang dipotong dalam air garam. Biasanya epal yang dikupas jika terdedah akan mudah bertukar warna.
Toskan dan masuk dalam bekas
Taburkan gula dan sedikit garam.
Potongkan cili padi dan gaul.
Asam boi di hiris-hiris halus baru gaul dengan epal.
Simpan dalam peti sejam dua cukuplah.


Cikgu fahmi suka sangat jeruk ni!!!
Disuruhnya buat lagi....



Cempedak Goreng

Apalah sangat update entry blog dengan cempedak goreng kan? Dah takde idea ke??
Musim cempedak berleluasa, haruslah kakpb pun terpengaruh nak makan cempedak hari2. Tapi takkan nak beli je. Setakat makan 3 biji, mana cukup? Kalau beli RM3 dapat dalam 9 biji, baik beli buahnya sebiji baru RM5. Murah tu.....

Jadinya.....hari2 melantak cempedak goreng. Cikgu fahmi pulak asal nampak nak beli buah tu (murah katakan) Bila dah berlebihan kat rumah, hari2 menggoreng cempedak, perut pun naik kembung dibuatnya. Kalau dah kembung tu, faham-fahamlah ye......nak buang angin je!!

Biasanya kakpb goreng cempedak macam orang lain juga, tepung beras campur tepung jagung sikit, kapur makan sikit, garam. Kali ni ikut style Wani

CEMPEDAK GORENG
@blogsurirumah
sumber : galeriduniaku


BAHAN - BAHAN
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh baking soda
sedikit garam
air secukupnya
isi cempedak secukupnya

CARA- CARA
1. tepung beras, tepung kastard, baking soda dan garam digabungkan.
2. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau  sehingga agak pekat sikit tapi bancuhan jangan terlalu cair ..
3. panaskan minyak dengan api sederhana ..sementara tu masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tepung buat sikit demi sikit la ya.. sehingga bergaul dengan rata dengan bancuhan tepung tu..
4. bila minyak dah panas, boleh goreng cempedak sehingga perang kekuningan.. sedap makan masa panas panas tu...




Terima kasih Wani......percubaan lain dari kebiasaan. 

Epal Goreng (Rahel Blogspot)


Pernah makan epal goreng? Kalau pie apple memang kesukaan kakpb. Rasa epal ni lebih kurang begitu ler.....cuma ia rangup sebab ada bread crumb tu.

Sebenarnya kakpb dah tak tau nak buat apa dengan apple 2 biji dalam peti kat rumah ni. Rasanya dah lama sangat daripada sebelum puasa lagi. Kalau apple hijau memang agak susah nak habis, selalu buat jus.

Semalam ternampak kat blog siapa tah kat fb, tayang apple goreng juga. Cari punya cari, masa berlalu dah pukul 6 ptg. 6.35 ptg dah nak buka. Terus kakpb google dan terjumpa kat blog Rahel. Barang pun ada, terus buat. Terima kasih Rahel bagi idea kat kakpb. Ikutkan otak kakpb ni memang tak kreatif. Pada hal kalau rajin merayau kat maya ni, banyak resipi dari negara luar yang boleh kita ubah suai ikut selera kita, kan?

Kakpb minta izin kongsi di sini ye Rahel.......

EPAL GORENG
@blogsurirumah
sumber : rahelblog

Bahan:
2 biji epal
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan serbuk roti
1 biji telur + secubit garam,pukul ringan macam nak buat dadar

minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Cuci bersih epal,buangkan empulur dan biji di tengah-tengah.
   Potong nipis 1/2cm,kemudian gaul dengan tepung jagung.

2.Panaskan minyak untuk menggoreng.Celup epal ke dalam telur,kemudian golekkan
   di dalam serbuk roti.Goreng sehingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.SOS LEMON:1 cawan air,1 sudu besar jus lemon,2 sudu besar gula pasir,1 1/2 sudu
   teh tepung jagung,1/2 sudu teh esen vanila.Satukan bahan sos dan panaskan di atas
   api kecil sambil dikacau hingga pekat.Siap untuk dihidang bersama epal goreng.

**SOS Lemon kakpb tak sempat buat sebab dah nak masuk waktu berbuka. Makan gitu je pun ok dah.

Buah bambangan...pembuka selera (iye ke?)

Salam Sejahtera....

Tak pernah aku teringin makan buah bambangan ni masa baru2 menetap di Sabah. Tapi ramai orang kata, sedap (orang sabah ler). Tengok pada kulit je, aku dah tak berminat.

Tapi, baru2 ni kawan si abe datang dan sedekah buah ni. Ada 3 biji dia bagi. Dua biji aku berikan pada orang sebelah. Sebiji lagi tu, aku nak cuba makan. Bila di kupas, sedap baunya, macam buah mangga tapi bila ku rasa, tak berapa manis.

Tengok resepi kat internet macam senang je nak buat. Aku pun kopek dan potong2 dadu (ikut suka aku ler).....haaa....tang biji tu....memang seksa aku di buatnya. Terpelanting sana sini aku kerjakan! Bukan senang nak dapat isi dalam tu (biji bambangan) dah la parang aku tu comel je!

Akhirnya aku berjaya setelah berpeluh2 menetak dengan bersungguh2. Gigih ni nak tengok isi dalam!

gitu rupanya biji buah bambangan? selama ni makan buah mangga pun tak pernah kopak tengok biji dalam...

Biji bambangan di parut dan gaul dengan isi buahnya, letak garam serta cili padi sedikit. Perap dalam bekas, tak tau la berapa hari baru boleh makan. Kita tengok lepas ni apa jadi......