my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cempedak Goreng

Apalah sangat update entry blog dengan cempedak goreng kan? Dah takde idea ke??
Musim cempedak berleluasa, haruslah kakpb pun terpengaruh nak makan cempedak hari2. Tapi takkan nak beli je. Setakat makan 3 biji, mana cukup? Kalau beli RM3 dapat dalam 9 biji, baik beli buahnya sebiji baru RM5. Murah tu.....

Jadinya.....hari2 melantak cempedak goreng. Cikgu fahmi pulak asal nampak nak beli buah tu (murah katakan) Bila dah berlebihan kat rumah, hari2 menggoreng cempedak, perut pun naik kembung dibuatnya. Kalau dah kembung tu, faham-fahamlah ye......nak buang angin je!!

Biasanya kakpb goreng cempedak macam orang lain juga, tepung beras campur tepung jagung sikit, kapur makan sikit, garam. Kali ni ikut style Wani

CEMPEDAK GORENG
@blogsurirumah
sumber : galeriduniaku


BAHAN - BAHAN
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh baking soda
sedikit garam
air secukupnya
isi cempedak secukupnya

CARA- CARA
1. tepung beras, tepung kastard, baking soda dan garam digabungkan.
2. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau  sehingga agak pekat sikit tapi bancuhan jangan terlalu cair ..
3. panaskan minyak dengan api sederhana ..sementara tu masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tepung buat sikit demi sikit la ya.. sehingga bergaul dengan rata dengan bancuhan tepung tu..
4. bila minyak dah panas, boleh goreng cempedak sehingga perang kekuningan.. sedap makan masa panas panas tu...




Terima kasih Wani......percubaan lain dari kebiasaan. 

5 ulasan:

  1. lama tak singgah sini.sedapnya, betulla beli yang dah siap tak puas makan.mahal plak tu.

    BalasPadam
  2. Wangi berganda Zana sebab ada custard kan..

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum kak Zana.
    Hahaaaa...betullah tu kak. Setakat 3 biji, mana cukup...

    BalasPadam
  4. Mahal kan kak 3 biji seringgit. Tu pun kecik jak. Puas hati klu goreng sendiri :)

    BalasPadam
  5. Letak tepung kastad ehh...mesti harum bau nye..nk try jugak laa..(^_^)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)