my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Tumis labu kuning dan batang saleri

Entry ni dah beberapa hari tak sempat publish, ada hal yang menghalang bila buka laptop, mengantok. Bila buka laptop, ada permintaan nak makan, nak minum, ada tetamulah....kepasar la....huhu...banyak alasan kakpb ni ye?

Ok, kakpb memang suka sangat dengan labu kuning ni. Kalau makan hari2 pun takpe tapi cikgu fahmi tu disuruh pantang makan. Maknya kata tak boleh makan sangat dari dia kecil, sebab apa taktaulah. Angin kot? Bagi kakpb labu ni kan banyak khasiatnya....


Biasa kakpb masak lemak putih dengan lada hitam. Kali ni kakpb tukar pula, ikut resipi dari blog Cik Akak. Ok juga, bosan masak lemak, tukar selera sesekali.

Cuma kakpb ubah sikit, campurkan batang saleri. Sedap. Batang saleri ni masukkan dalam sup atau tomyam memang menyelerakan. Terima kasih Cik Akak kerana memberi idea masak labu ni.



TUMIS LABU KUNING DAN BATANG SALERI
@blogsurirumah
sumber : Cik Akak

Labu kuning (ikutlah banyak mana) kupas kulit dan potong kiub 
2 batang saleri, potong serong
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Sedikit cili padi
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis

Tumbuk semua bahan diatas.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan 2 gelas air, biarkan mendidih.
Masukkan labu dan masak hingga lembut.
Letak garam dan gula.


Dah siap. Kakpb ratah gitu je, memang sedap sangat.

Tahniah anak peserta terbaik (English In Camp)

Minta maaf ye sekiranya apa yang kakpb update diblog ini buatkan mata dan hati teman2 kakpb sakit, berbulu orang kata. Bukan nak menunjuk yang kakpb ni pandai atau dah berjaya mendidik anak, tidak sama sekali. 
Kakpb tahu ramai lagi orang diluar sana yang lebih berjaya dari anak kakpb. Ramai lagi yang lebih fasih berbahasa Inggeris, berkarisma, tokoh pelajar dan sebagainya ketika disekolah dulu. Tapi takde pun ibubapa dia nak cerita kat orang. Kakpb tak berniat pun nak bangga diri tapi takkanlah nak cerita yang tak baik kan? Harus sebarkan yang elok-elok untuk motivasi orang lain atau sebagai tanda kenangan atau bacaan untuk anak, juga saudara mara.

Ok, 11hb dan 12hb April lepas anak kakpb dipilih menghadiri English In Camp untuk wakil sekolah dia. Tak tahulah kenapa dia. Nak kata fasih sangat berbahasa Inggeris, tak juga. Cuma dia tu selalunya confident dengan apa yang dilakukan sekalipun salah atau tidak pandai.

Kakpb nasihat, bagus confident tu tetapi biar bertempat atau kena pada perkaranya. Anak kakpb memang suka aktiviti kawad, bola sepak, berbasikal, roller skate, renang dan banyak lagi aktiviti lasak. Biasalah anak lelaki kan......kalau tak lasak, bukan lelaki namanya...hehe..

Sebelum pergi tempohari kakpb dah bekalkan barang mandian, lampu suluh, sleeping bed, mosquito repellent, baldi kecil dan lain2 lagi. Perginya dua hari satu malam je tapi susahnya hati ibu. Risau kalau ada aktiviti mandi sungai (nasib baik cuma merentas sungai).

Petang sabtu dia balik, senyum simpul masuk pintu rumah. Ingatkan apa, rupanya dia dapat anugerah Best Participant bagi lelaki. Keseluruhan murid lebih kurang 60 keatas katanya. Ayah dan ibu syukur sangat. Mungkin kecil pada orang lain tapi dah cukup membanggakan kami. Tahniah anaknda :)

 

Sayur ni kakpb masak minggu lepas. Kacang buncis kecil dan comel, apa namanya eh? kakpb goreng dengan ikan sardin. Sedap sangat (bagi kakpb) Resipi tak perlu tulis la ye. Biasa je, tumis bawang, cili kering, ikan sardin dan masukkan sayur. Siap.


nota: hari ni anaknda ada pertanding sahiba pula, luar dari sekolahnya....
harap2 dia tak menggelabah...

Kacang Buncis Goreng Lemak

Assalammualaikum semua blogger yang kakpb kasihi....

Rindunya kakpb nak menaip entry2 yang banyak tertangguh. Ni dapat kejap guna lappy hubby. Selalunya kakpb tak dapat guna sebab tablet dan laptop di konker oleh lelaki berdua itu. Candy crush la...bola la...hingga kena sound dengan kakpb....haaa..makanlah game tu kalau lapar!! Teringat twit kawan kakpb sorang tu...."orang sibuk berperang bagai di Mesir mempertahankan hak tapi orang kita sibuk main candy crush" huhu.....terasa pulak hati ini





Ok, sebelum kakpb turun dapur (ni rumah mertua, kena pandai tambat hati:) kakpb nak update lauk yang kakak kakpb masak tempohari masa buka puasa. Sedap sangat. Kakak kakpb dulu menetap lama di Ipoh dan kami memang dah biasa dengan lauk2 orang Perak, sesuai selera kami.

Kacang buncis jenis kecil dan comel ni memang takkan jumpa di KK. (alaaa....lupa pulak kacang buncis dalam peti ais, kakak beli untuk bawa balik Kelantan) Rasanya manis dan rangup. Kalau kacang buncis biasa tu, tak sedap sebab bijinya besar2. Kakpb jarang beli yang tu. Kakak kata ni masakan style orang Perak.

Kakpb kongsi sikit cara memasaknya ye. Sukatan ikut sukalah......nak sikit ke banyak.

KACANG BUNCIS GORENG LEMAK
@blogsurirumah/resipi kakak

Semangkok kacang buncis kecil yang telah dipotong dua
semangkok kecil kerang rebus
1 cwn pati santan
1 labu bawang besar merah hiris
2 biji cili hidup hiris
garam dan gula

Tumis bawang dan cili hidup, masukkan santan.
Biar santan memekat baru masukkan sayur dan kerang rebus.

Senang je kan? tapi kalau kakpb silap, tolong betulkan.....kot2 ada orang Perak yang lebih tahu. Kakpb pun ingat2 lupa je ni....tapi rasanya dah betul tu.




Oklah...ada masa kita borak lagi. Kakpb ada urusan banyak nak selesaikan. Baju belum kemas, hari selasa dah nak balik Sabah. Foto dibawah sekadar cuci mata, anak kucing adik kakpb yang baru berusia 2 minggu tapi dah besar macam 2 bulan umurnya. Jalan pun terkengkang2 lagi.....



biru mata hitam ku!!

Sotong Goreng Tepung & Rebung Masak Lemak

Assalammualaikum,
Dah hari keberapa ye kita puasa? Baru puasa seminggu dah tak ingat la tu.....semuanya lupa dek ingatan persiapan untuk raya yang belum selesai Happy smiley Baju tempah dah siap? Kasut raya anak dah beli? Langsir dah tukar? Kuih raya? Crying with laughter kakpb belum ada semua tuuuuu....

Tak kisah la...janji dapat balik semenanjung beraya dengan famili kan lebih penting. Benda tu semua boleh cari last minute kalau rajin menjelajah shopping komplek.

Ok, ni menu 2 hari lepas. Kakpb lewat update sebab takde masa nak duduk lama depan pc. Guna tablet boleh tapi leceh sikit. Silap tekan, lain pula jadinya.Happy smiley Sotong ni kakpb buat seperti kawan2 lain buat cuma ada beza sikit je. Sebelum ni kakpb ikut resipi dalam myresipi rasanya. Lupa pula resipi kali ni dari sumber mana. Minta maaf la ye kalau kakpb tak letak link, memang tak bookmark.


SOTONG GORENG TEPUNG
@blogsurirumah

4 ekor sotong yang sederhana besar, bersihkan dan potong bulat.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 ulas bawang putih di cincang
1 biji telor
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Caranya :-

Siang sotong dan bersihkan. Perap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Toskan sotong hingga kering.
Gaul tepong gandum, tepung jagung dan bawang putih bersama.
Pecahkan telor dalam mangkok lain, letak lada sulah. Kacau rata.
Celup sotong dalam tepung kemudian celup pula dalam telor.
Masukkan lagi sekali dalam tepong dan goreng dalam minyak yang panas.
Tak perlu lama gorengnya.

Alhamdulillah, rangup dan lembut. Kakpb guna sotong yang lebar2 tu, orang panggil sotong apa tah. Bukan sotong panjang kurus warna kemerahan. Itu tak berapa sedap sebab selalu mengecut bila masak.

Kemudian kakpb masak juga rebong. Sebenarnya kan, kakpb tak pernah masak rebung melainkan makan dirumah mertua. Mulanya nak masak lemak seperti kita masak ikan tu, letak cili padi, serai bagai Silly smiley tapi call MIL, dia kata masak seperti kita masak sayur lemak biasa. Oh gitu rupanya. Senang baa....Winking smiley kacang je tu!!

Kakpb tulis jugalah ye, untuk suka2, tengah mood rajin ni...

SAYUR LEMAK REBUNG
@blogsurirumah

1 peket rebung (kat sini rebung dah siap potong cantik, jual dlm plastik RM1)
1 1/2cwn santan (ni masak utk 2 orang je)
sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar hiris
1 btg cili hidup hijau hiris
sedikit serbok lada hitam
garam

Kakpb rebus dulu rebung dan toskan.
Masukkan bawang, cili, ikan bilis tumbuk dan lada hitam dalam santan.
Masak bersama rebung tadi.
Perasakan garam dan kakpb letak sedikit gula sebagai ganti ajinomoto. (lama tak guna aji)
Siap. Menyelerakan masak sendiri.Thumbs up


Maaf, gambar ambil dengan periok sekali, nak cepat.




Terong Sambal


Salam di hari Jumaat yang mulia ni para sahabat kakpb yang di kasihi. Terkezut ke tengok blog kakpb hijau tetiba, ada koala comel pulak tuh!! Ni sementara tengah bosan, lepas ni nak godek lagi kalau ada masa. Sekarang ni kakpb jarang dapat mengadap lappy lama-lama sebab mengejar masa untuk memasak dan kerja-kerja lain.

Hari jumaat pula anak bujang dan ayah dia balik awal dari sekolah. Kalau balik tu, selak je pintu dah tanya, ibu masak apa? Kasut tak buka lagi, beg tersandang pun tak letak lagi dah macam lapar sangat rupa tu. Dia tak tahu ibu dia hari2 memerah otak nak masak apa. Masak yang biasa2 nanti bosan katanya. Mu ingat, ibu mu ni chef tersohor ke? Hari-hari nak selera mat saleh, mana boleh tahan? Tekak ibu ni tekak orang jawa, ayah pulak selera Kelantan, kenalah ikut!!

Walau si bujang kakpb tu agak cerewet pasal makan, kakpb tak layan sangat. Budak ni bukan boleh kita turut je kemahuan dia. Lemak jadinya.....
Masak terong macam ni memang kesukaan kakpb dan famili, tak termasuk anak bujang tu. Resipi simple berlambak kat internet. 

TERONG SAMBAL
@blogsurirumah

2 biji terong
garam dan kunyit
air asam jawa sedikit
cili merah atau cili kering mesin boleh juga
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
sejemput ikan bilis (tumbuk)
sedikit kicap (takde pun takpe)
sedikit gula

Potongkan terong ikut suka, samada menyerong atau memanjang. 
Garam kunyit terong dan goreng separuh masak.
Angkat terong dan ketepikan.
Tumbuk atau mesin cili merah, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
Tumis bahan tumbuk dan masukkan asam jawa serta gula.
Kalau nak gelapkan, letak kicap.
Dah masak, tuangkan atas terong yang dah goreng tadi.




Daging Goreng Kentang dan Terung Goreng Belacan

Hari ni cikgu fahmi ajak kakpb makan luar, maknanya buka puasa di luar. Suka la tu......sila jangan jeles. Bukan permintaan kakpb ye......ni arahan encik suami. Sebenarnya kakpb lebih suka berbuka di rumah. Boleh layan drama Dejavu di Kinabalu sambil makan. Lepas tu takdelah terkejar-kejar nak balik solat maghrib. Tapi tempat makan ni berdekatan dengan rumah, sempatlah balik sembahyang.

Bahu kanan kakpb ni sakitlah, agaknya sebab buat tart nenas tu kot. Suruh si bujang memicit, lepas solat maghrib, dah tidur pulak. Mintak cikgu fahmi picitkan? hemmm.....kakpb ni bukan suka sangat minta tolong dengan orang, lebih-lebih lagi orang tu tak pandai dan tak mahir. Ada jugalah dia urut, terima kasih ye. Kekadang mulut kakpb ni lupa nak ucap terima kasih, jadi kakpb ucapkan terima kasih di sini. Harap dia baca.

 Ni lauk buka puasa semalam, terung goreng belacan (gambar atas sekali) dan daging goreng kentang. Terung goreng belacan tu dari blog YATIE, maaf la...kakpb tak copy paste. Kalau nak cuba, boleh pergi blog Yatie tu ye....

Daging goreng kentang tu pula terjumpa di blog K.Nor secubit garam, resipi asalnya dari Wana Potret Kasih dan ni pun kakpb malas nak copy paste. Korang pergilah tengok sendiri ye. Tangan kakpb lengoh la nak menaip :)) ni banyak lagi kerja terbengkalai kat dapur tu sebab update blog.

Ok, sampai jumpa lagi.....ada juga buat tomyam ala thai, tu update kemudian. Selamat berpuasa semua.

Salad Ayam

Sekarang ni kan, kalau masak untuk makan tengahari atau malam, selalu tak habis. Daripada masak nasi satu gelas suku berpindah ke 3/4 gelas je. Itu pun tak habis juga. Adakah selera kami dah berubah? Masak berlemak pun dah kurang. Harap-harap perubahan ini berterusan sepanjang masa. Bukan hangat-hangat tahi ayam.




Masak macam ni simple pun dah sedap. Dada ayam sahaja yang di gunakan. Kalau bahgian dada ni masak kari, lemak atau jenis berkuah, masing-masing mengelak. Semua nak bahgian kepak dan peha. Bila buat begini, habis licin.

SALAD AYAM
oleh: bLOG surirumah

1/2 isi ayam bahagian dada
salad ikut suka
1/2 st serbuk lada putih
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar cuka/perahan lemon (kak pb guna dua2)
1/2 biji bawang besar hiris nipis
1-2 batang lada hijau dan merah
1 biji tomato dihiris (buang isi dalamnya, tak buang pun takpe)

Ayam tu kak pb perap dulu dengan bawang putih, serbuk lada hitam, sedikit gula dan garam.
Lepas perap dalam beberapa jam, bakar dalam oven atau atas kuali leper, guna dapur gas je.
Balik-balikkan hingga masak. Kak pb guna olive oil untuk bakar ayam ni.
Potong memanjang bila nak di hidangkan dengan bahan-bahan lain tu.

Kak pb buat sosnya dulu, nak makan baru masukkan ayam dan semua bahan.
Maksud sos tu, kak pb gaulkan cuka/lemon, gula, lada serbuk, bawang dahulu.
Bila nak makan barulah kak pb gaul semua sekali.



Cubalah......tidak mengecewakan bagi mereka yang tidak suka dada ayam, macam kak pb.

Sayur Goreng Kacang Panjang

Suka tak makan kacang? Kak pb suka sangat jenis-jenis kekacang ni. Dulu-dulu wajib beli kacang Cap Tangan untuk makan bila menonton tv. Tapi sekarang dah jarang, malah dah lama sangat tak membelinya. Tak dapat makan kacang, ganti dengan sayur pun bagus. Orang kata sayur begini mengandungi serat yang tinggi, melancarkan pembuangan air besar dan mengurangkan kolestrol. Selain dari itu katanya bagus juga untuk mereka yang menghidap kencing manis.

Info lebih lanjut ada kat blog Adry@Daun ni.....



Kalau goreng sayur kacang, kak pb suka patah-patahkan saja. Jika di potong menyerong, ia mudah lembik dan berair. Begini lebih sedap, terasa kerangupannya. Tapi terpulang kepada tukang masak dan kesukaan famili masing-masing. Ada setengah orang anak-anak dia tak makan kalau potong begini.

Cara kak pb masak ni simple je.....

Patah-patahkan kacang panjang
5/6 ekor udang
1 biji telur
2 ulas bawang merah kecil
sedikit belacan
2 batang cili hijau

Tumbuk kasar cili hijau, bawang kecil, belacan.
Tumis bahan tumbuk dan masukkan sayur kacang dan udang.
Bila sayur hampir empok, pecahkan telor.
Letakkan garam dan perasa (biasanya kak pb letak stok ayam/ikan bilis)
Makan dengan nasi ketika panas-panas.........kak pb suka ratah sayur ni.

Tapi......sedap bagaimana pun ibu masak, anak dia taknak juga makan sayur. Kenapa eh? Takkan semuanya nak kena mesin barulah di makan. Agak-agak umur berapa baru dapat telan sayur?

Peria Masak Lemak Putih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berhari mingguuuu......seronok ke hari ni? Mana yang tak kerja tu, mesti masih golek-golek atas katil lagi macam hubby ku.....huhu....kita orang pompuan mana boleh, kan?

Malas nak cerita panjang sebab nak kena fikir sarapan apa pagi ni. Ingat nak goreng roti canai segera, inti telor, makan dengan kuah kari semalam. Suka tak suka, kena makan pagi. Tak elok tak makan pagi, nanti waktu makan tengahari 'terbanyak' pulak suapannya....hehe....


Dah lama pb masak sayur petola ni. Disebabkan gambarnya tak berapa elok, pb simpan je kat dekstop. Tadi agak rajin sikit, ubah2 gambar tu kat photoscape, macam ok la pulak (agaknya la kalau nak banding dgn gambar asal)




Kalau ada yang nak resipi simple ni, nanti la ye......tadi dah type, tah mana pulak hilangnya. Dah malas ni....