my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi. Papar semua catatan

Nasi Ayam Hainan

Semalam buntu nak masak apa. Err...maaf ye blogger kaum lelaki, blog ni kebanyakkannya cerita pasal makan, masak, shopping.....dan seumpamanya....agak memboringkan ye? Kalau cakap pasal politik, tak berani dan tak pandai. Baik cerita hal yang tidak menyentuh mana2 pihak, lagipun malas nak memeningkan kepala dengan perkara sebegitu.

Ini nasi ayam hainan kakpb buat semalam. Nak update malam, mata ni asal ngadap pc je...ngantok..
Dah lama kakpb simpan perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand tu. Memang tak pernah mencuba sebelum ni. Ingatkan jenis serbok macam pati ayam knorr tu......buka je bungkusan...ohh..gini rupanya? haha...jakun sekejap!!
 
 
Nak updatenya tentang nasi ayam tu je......

Ada ubah sedikit tak ikut seperti yang tertera pada bungkusan. Disebabkan kakpb masak untuk 3 orang, haruslah resipinya untuk 3 orang saja..

1 1/2 gelas beras basmathi (takde beras siam, kena lebihkan air beras ni)
2 ulas bawang putih dan halia di hiris halus
rempah 4 sekawan
1 btg serai
sedikit serbok kunyit
2 sudu besar olive oil (kakpb tak guna mentega)
perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand (separuh saja)
1 cwn sup dari rebusan ayam

Basuh beras. Masukkan serai dan air/sup rebusan ayam mengikut banyak  mana sukatan beras. Kakpb lebihkan sedikit airnya.
Sementara itu, panaskan kuali dengan olive oil. Tumis rempah 4 sekawan bersama bawang putih dan halia.
Bila naik bau, masukkan dalam periok nasi tadi.
Masukkan kunyit dan perencah nasi ayam.
Masukkan garam dan biarkan nasi masak (guna rice cooker)



Ayam tu kakpb tak buat seperti nasi ayam hainan. Perap ayam dengan halia dan bawang putih selama 1/2 jam. Kemudian rebus dalam air yang kakpb dah tumbukkan bawang. Letakkan rempah soto (kakpb biasa guna rempah soto yang dibuat oleh jiran kakak, sedap) dan kiub ayam.

Bila ayam empok, angkat dan toskan. Perap dengan sos tiram, kicap pekat dan madu. 
Goreng dengan minyak yang penuh dalam kuali. Goreng sekejap je. Sosnya pun buat sendiri.

 


nota kakpb: lebih sedap nasi begini drp campur marjerin :)

Nasi Lemak Kukus & Kuih Cara yang HOT

Haha....tajuk HOT tu yang nak tau sangat eh? Gini ceritanya........
Dah lama tak buat kuih cara ni, sejak gantung acuan 4 tahun dulu. Lama kan? terperap je dalam almari...
Disebabkan hari tu beli kuih bakar kat bazar tak sedap, keras kejong Disappointed 2gigih kakpb cari acuan kuih cara. Kakpb ni kalau nak makan seketul dua, memang malas nak buat. Lepas makan yang berat, sah2 tak boleh masuk benda lain lagi.

Kes yang jadi hot tu sebab acuannya jarang di guna, melekatlah bila mula2 bakar tu. Dah la cuaca panas, jam dah 6 ptg. Menyungkilnya satu hal, melekat pulak tu. Habis keluar gulanya. Rasa nak nangis dah. Damn DamnBukan pasal tak jadi, tapi sebab kejar masa dalam kepanasan. Ada lagi masakan lain yang tak settle. Nasib baik ada dapur lebih, Frico kesayangan kakpb memang berbaloi.

Dalam pada kepanasan (frust campur panas) tu jadi juga. Inilah hasilnya...hehe...dah selalu buat sebenarnya. Dalam blog ni pun ada kot. Blogger masak pun banyak share kuih ni. Resipi yang kakpb share ni ikut cara kakpb, lebih kurang sama je.

KUIH CARA
@blogsurirumah

1 cwn tepung gandum
11/2 cwn santan pekat
1 biji telor
pewarna hijau
secubit garam
Gula

Masukkan semua bahan, tepung, santan, telor, garam dan pewarna kedalam blender.
Mesin hingga tiada yang berketul2.
Panaskan acuan kuih cara. Sapu sedikit planta/minyak supaya tidak melekat.
Sendukkan adunan  kedalam acuan.
Letakkan gula pasir di tengahnya.
Tutup acuan dengan tudung periok. Guna api kecil sahaja.
Bila dah nampak masak atasnya tu, bolehlah di angkat.

*kakpb buat untuk makan bertiga je, ni pun dah banyak.

Kakpb jarang buat nasi lemak kukus, orang rajin la katakan....kali ni cuba kukus pula. Huhu....sedap sangat sampai lupa pantang makan nasi. Walaupun pantang nasi, kakpb makan juga beberapa sudu. Kalau tak masak nasi, kesian pula lelaki 2 orang dalam rumah ni.

Mulanya nak buat macam Amie, Dayang Jack nasi lemak kukus. Tapi, banyak benda yang takde, halba takde, daun pandan takde, daun pisang malas nak cari. So kakpb buat cara kakpb.

NASI LEMAK KUKUS
@blogsurirumah

1 gelas beras basmathi
11/2 gelas santan
1 btg serai
2 keping hirisan halia, potong btg mancis
sedikit bwg merah, hiris
garam

Caranya:
Basuh beras basmathi (lebih baik beras di rendam dulu tapi kakpb tak sempat buat)
Letakkan beras dalam bekas loyang. Panaskan pengukus.
Letakkan santan dan semua bahan. Lubangkan bahgian tengah nasi.
Kukus hingga nasi masak. (kakpb tak ingat berapa minit)
Jika nasi masih keras, angkat dan tambahkan santan pekat. Gaul rata. Kukus lagi.


 Makan dengan sambal udang, ikan bilis dan timun......
lupa dah emak kat kampung sebab terlampau sedap...ApologeticKali ni kakpb buat sambal udang letak santan sikit (biasa tak letak).
 Emak selalu buat macam tu masa dia berniaga nasi lemak dulu. Tambah juga ikan bilis serbuk (malas nak tumbuk).
 Bahan lain seperti biasa, belacan, bawang merah, asam jawa, garam dan gula (gula merah/kabong campur gula putih sikit)



Persoalan semalam, wordless wednesday kakpb sudah selesai. Sebenarnya puding karamel kakpb keras, terlebih agar2. Jadi kakpb ubah suai, masak balik dan itulah hasilnya hari ini.
Dah lembut....Blushing smiley ok, sampai sini dulu, panjang lebar dah entry ni.

nota kakpb: guna PHONTO ni bestlah, senang nak tanda gambar!

Nasi Ayam (kak laily Subang Jaya)

Menu yang ditayang hari ni adalah menu hari sabtu, ingat nak tayang malamnya. Tapi si bujang kakpb tu bolot pc dari pagi sampai tengahari. Tangguh dulu, ingat pagi Ahad bolehlah chop pc, rupanya dia juga yang terkam dulu....ish..ish...mentang2 tak sekolah, pc dia yang punya.

Ini nasi ayam biasa je. Cuma kakpb yang rasa lain sikit sebab cara masak tak sama seperti yang kakpb selalu buat. Terima kasih kepada Azie Kitchen yang telah berkongsi resipi ini. Resipi asal daripada seorang penjual nasi ayam yang telah pulang ke rahmatulllah. Mudah2an apa yang dikongsikan ini kepada pelanggannya menjadi pahala untuknya.

Minta izin copy paste ye, tapi ada sedikit perubahan mana yang kakpb takde stok.






NASI AYAM KAK LAILY YANG TERSOHOR

@blogsurirumah
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot - cuma segelas je utk famili kakpb
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan - takde daun, ganti dgn serai
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam

Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. 
Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. 
Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. 
Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. 
Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. 
Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.




Bahan untuk Sos 
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya 
3/4 cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.





Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah-guna kicap cap kipas udang
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. 
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. 
Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. 
Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. 
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. 
Goreng ayam hingga kulitnya garing. 
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. 
Angkat dan toskan minyaknya. 
Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
 
nota kakpb: semua bahan di atas diubah mengikut sukatan sendiri sebab kakpb makan untuk 3 orang sahaja.

Nasi Harissa


Pelik eh tengok nasi harissa kakpb? Hijau-hijau pulak ni? Iyaaa....kakpb blend cili hijau tu terlebih kot?  beras 1 gelas lebih....bawang besar kakpb tak hiris sebab si bujang kecik tu tak boleh nampak bawang. Nak muntah la....tak lalu nak makan laa.....banyak cekadak betul tau!

Ok, resipi ada kat blog Tun Telani. Untuk malam ni kakpb malas betul nak menderhakakan catatan Tun tu. Bila free nanti kakpb update semula.

Sehari dua ni kakpb takde mood nak komen blog masak-masak. Kadang datang kejap, baca yang penting lepas tu tinggal gitu je. Maaf la.....memang mood tidak mengizinkan agaknya.

Nasi Minyak


Dah cakap dah, anak bujang kakpb tu suka sangat makan nasi berwarna warni. Dalam seminggu, sekali tu mesti kena masak, tak kiralah lauknya apa asalkan sedap kat tekak dia.

Resipi ni lebih kurang macam kita masak nasi beriani tapi cara je lain sikit. Kakpb cilok resipi dari HalizaQiut yang dimasak oleh ibu beliau. Terima kasih ye dik. Kakpb minta izin memanjangkannya di blog kakpb dengan cara kakpb.

NASI MINYAK
@blogsurirumah
(makan untuk 4 org)

1 setengah gelas beras basmathi (basuh dan toskan)
Rempah empat sekawan
1 sudu besar planta (minyak sapi takde)
Bawang merah kecil (mayang halus)
Bawang putih (mayang halus)
Sedikit halia ditumbuk, perah ambil airnya.
1 sudu besar susu pekat, ganti susu cair (time nak masak time tu ler takde susu cairnya...stress)
1 sudu oren sunquick (kakpb tak letak, ganti dgn jus limau kasturi)
Air ikut sukatan beras
Pewarna kuning telor
sedikit garam

Panaskan planta dalam periok nasi.
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan air dan garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Biar seketika sebelum masukkan air halia.
Bila hampir kering, boleh masukkan susu dan jus limau.
Kacau rata.
Titikkan pewarna setelah nasi kering. Biarkan seketika, tak perlu kacau.
Bila nak hidang, baru kakpb gaul rata.

Lebih kurang je kan macam nasi beriani yang selalu kita masak tu......cara je berbeza.



Nasi Briyani & Kurma Daging


Anak bujang kakpb ni suka sangat nasi yang berwarna, seperti nasi briyani, nasi bukhari dan seumpamanya. Semalam kakpb tak plan langsong nak buat nasi briyani. Kebetulan kakak talipon, sembang-sembang hal famili, kakpb pun teringat kurma daging yang selalu kakak dan emak masak bila kenduri. Dia bagi resipi sekali imbas je dan kakpb catit pun lebih kurang je.

Jadi ini kurma daging resipi dari kakak dan emak kakpb. Rasanya sama seperti orang lain, cuma kakpb takde rempah briyani, dah habis stok.

KURMA DAGING
oleh: @blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong kiub
2 sudu besar rempah kurma campur rempah briyani
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (kakpb campur bwg merah kecil)
2 sudu besar cili kering mesin
4 btg cili hijau
sedikit cili padi
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 biji tomato (kalau ada tomato puri lagi senang)
2 sudu kerisek
Susu cair atau santan
minyak untuk menumis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak, masuk kulit kayu manis dll.
Masukkan bawang, halia, bawang putih, cili padi, cili hijau yang telah di mesin.
Masukkan rempah dan cili kering.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan daging.
Masukkan susu cair dan kecilkan api, biar reneh hingga daging empuk.
Kisar buah tomato dan masukkan bersama kerisek.
Akhir sekali tabur bawang goreng.
Kalau ada daun2 seperti ketumbar dan pudina lagi bagus, rasa dan bau lebih sedap.

Nasi briyani pula kakpb buat simple je. Tumis bawang merah, bawang putih yang di hiris. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di mesin. Jangan lupa rempah 4 sekawan tu. Beras basmati basuh awal-awal dan toskan. Masukkan sedikit garam dan air mengikut sukatan beras tadi. Masuk daun pandan sehelai dan susu cair.
Bila dah mendidih, masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak baru masukkan pewarna. Kakpb guna pewarna kuning telor saja sebab takde bahan. Titikkan dalam nasi, kakpb biar beberapa ketika baru gaul rata.

Kalau ikut cara emak kakpb, dia letak jus limau nipis dalam susu. Orang kata, tairu?
Nasi briyani setengah restoran kekadang tak menepati citarasa kakpb. Warna yang keterlaluan dan beras pun tak sesedap yang kita buat sendiri. Nasi briyani ni kalau tak habis, esoknya boleh buat sarapan. Kukus sekejap, lebih sedap.

NASI SERAI kak ummi dan chef Liza

Alhamdulillah, baru je habis makan sahur. Sementara menunggu subuh, mengadap blog kejap. Maaf la ye kawan-kawan blogger, kakpb kekadang tak dapat nak blog walking setiap komen kat sini. Tapi nanti kakpb curi masa juga bila kerja rumah dah selesai. Sepatutnya di bulan puasa ni banyak masa terluang, tapi kakpb manjang je sibuknya. Bukan apa........waktu makan kita dah berubah, jadi kena adjust masa untuk berintenet.

Semalam petang kakpb berbuka ni........

tak kesahlah kalau orang kata tak sesuai nasi serai makan dengan kuah lemak, dah itu je yang terfikir kat kepala kakpb ni.......terima kasih pada Ummi Kuantan yang kongsi resipi ni....

NASI SERAI
olehL @blogsurirumah
sumber: Ummi Kuantan

Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera


Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 
Bezanya yang kakpb masak, kakpb campur daun sup tu dalam air rebusan...:) kalau dihias atas nasi yang dah masak, confirm kena kuak dengan si anak. Kakpb ikut juga cara kak ummi tu, tumis dalam periok letrik atas api, dah mendidih baru letak kat dapur letrik.

Lain-lain lauk tu macam biasa je masaknya, sambal jejari ketam masak macam sambal tumis. Ikan merah tu letakkan nenas, cili padi dan lain-lain.......memang tak terangkat la punggung cikgu fahmi dari kerusi:p

Nanti free kakpb kongsi resipi biskut Red Velvet Chocolate Chip yang di buat semalam. Takdelah menarik sangat cuma rasanya memang sedap, mesti budak-budak suka.

Selamat Berpuasa, Maafkan saya dan Nasi Goreng Butter

Sabtu ni (esok) semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Selamat berpuasa pada semua teman-teman kakpb samada yang silent reader, blogger memasak yang hari-hari tayang makanan sedap2, pada keluarga yang jauh di semenanjung. Rindunya nak bersama mereka, gelak ketawa dan merancang nak masak apa untuk berbuka.

Kakpb minta maaf pada semua sekiranya kakpb ada menyinggong perasaan teman-teman ketika berkomen di blog. Manalah tau, kekadang kita bergurau, orang ingat serius. Mungkin bahasa kakpb terkasar ke.....komen tak memuaskan hati ke....harap maaf ye.

Satu lagi nak minta maaf juga pada seseorang yang kakpb tidak kenali, maaf sekiranya sms kakpb menyakitkan hati. Keadaan memang tak terkawal bila dalam tertekan dan terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya. Kakpb harap 'kamu' maafkan kakpb walaupun sebenarnya kakpb rasa 'kamu' lebih bersalah dalam hal ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini, sama-sama kita mohon semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kita semua. Amin.

 

Nasi goreng butter ni kakpb buat semalam petang. Untuk anak bujang dan cikgu fahmi. Kakpb makan 3 sudu jek :)) Simple je masaknya.......kakpb tengok kat blog sape tah hari tu, Sheila kot.

NASI GORENG BUTTER
2 cawan nasi putih
2 sudu besar butter
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telor
sotong segar
sedikit garam

Goreng seperti biasa, dah siap. 


nota kakpb: dah publish pagi tadi tapi susah betul nak edit guna tablet...

Nasi Bukhari Ummi, Kerutub Ayam Kak Liza sambut kepulangan

Alhamdulillah, hubby telah pun sampai kerumah dengan selamat. Terima kasih ya Allah kerana menjaga keselamatannya disepanjang perjalanan tanpa teman. Sampai je dia, anak bujang kak pb berlari-lari, buka pintu dan menerkam ke kereta hubby. Beberapa hari ni dialog dia macam kecewa je ayahnya takde.

"Rasa lain pulak bila ayah takde time makan, selalu riuh." dialog masa makan malam.

"Cuti ni paling membosankan." dialog dia waktu malam, terperap dalam bilik dengan ibu.

Sekarang ni bila ayah dah balik, asyik bergaduh je......itulah orang kata, bila tiada tercari-cari, bila depan mata tak peduli.

Semalam kak pb masak nasi bukhari dan ayam kerutub untuk hidangan orang yang baru pulang dari jauh. Sebelum tu anak bujang dah makan dulu dua pinggan. Kak pb tunggu hubby nak makan sama. Sanggup tak makan tengahari......hehe.....menanti penuh sabar.


Rasanya macam terlebih rempah je tapi hubby dengan anak kata sedap...


NASI BUKHARI
 oleh: blog surirumah
sumber : Ummi Home Sweet Home
Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (kak pb masak 1 setengah gelas)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (guna rempah kiriman kakak tempohari)
  • 3 biji cili hijau - dibelah (tak letak)
  • 1 pokok daun ketumbar (tak ada)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji (ni pun takde)
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun (sama macam ummi)
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak) (sama juga tak letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.


Kak pb lawankan nasi bukhari dengan ayam masak kerutub, memang masuklah! Anak bujang kak pb yang tak suka ayam pun makan bertambah dua pinggan dan ayam dua ketul. Sukanya hati ibu kalau anak makan dengan berselera. Ayah pun begitu juga, tak berhenti-henti memuji sedap ayam ketutub ni. Cuma satu je kak pb tak ikut macam kak liza, tak letak kerisek. Kak pb memang agak anti sikit dengan kerisek. Bagaimanapun rasanya tetap mantop!!


Kak Liza, kak pb minta izin copy paste resipi kak liza ni di sini ye......terima kasih banyak kerana resipi yang sedap ni dan jadi kesukaan kami sekeluarga.

KERUTUB AYAM
oleh : blog surirumah
sumber : kak liza fotopages

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil] - cuma guna kurang dari sebelah
2 s/b rempah kari dibancuh
2 s/b rempah kurma
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek - tak letak
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.



nota kak pb: sebenarnya entry ni nak pos pada hari hubby balik, tapi tertangguh pula...





Nasi Limau Purut, Ayam Goreng Berempah

Asalammualaikum.....khamis dah pun hampir melabuhkan tirai, menjelma jumaat pula. Syukur hari ni kak pb dan suami menjalani puasa sunat dengan tiada halangan atau rintangan. Insyaallah, isnin dan khamis depan akan berterusan puasanya.

Buka puasa tadi kak pb buat nasi limau purut, ayam goreng berempah, sambal udang dan sayur kobis masak air/bening. Jumpa dan berkenan nasi ni masa merayau-rayau blog Asmara Life (hehe....teringat Fazley Yaakob, penyanyi Asmara tu).

Nasi ni lebih kurang macam nasi lemak. Itu sebab kak pb lawankan lauknya dengan sambal tumis udang dan ayam goreng. Hubby tanya, apa pulak nasi warna hijau ni? hehe....komplen je...orang susah payah mencuba, diam-diam je la.


NASI LIMAU PURUT
oleh: @blog surirumah 
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
sumber: Nieza

Bahan-bahan,
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia  ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris

4 ulas bawang merah ~ dihiris

1 batang serai ~ dititik

3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
Cara-cara:

1. Panaskan margerin di dalam periuk

2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
 
Terima kasih banyak tuan punya resipi, kak pb cuma memanjangkan disini sebagai ingatan, halalkan ye.......
 
 
 
AYAM GORENG BEREMPAH 
oleh: blog surirumah
sumber: linapg

Bahan Perap
6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)

1 sk serbuk ketumbar

1 sk serbuk jintan manis

1/2 sk serbuk jintan putih

1 sb serbuk kari daging

1 sk paprika
- tak letak
Sedikit oregano - takde dlm simpanan

Minyak



Bahan kisar:

4 ulas bawang merah (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

3 batang serai(kisar)

6 cm halia (kisar)


Cara:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati.
  3. Perap ayam lagi lama lagi sedap.(kak pb perap dari tengahari sampai petang)
  4. Goreng dengan api sederhana.Ayam perap begini senang hangus.Kena pandai kawal api (kak pb goreng dgn api kecil)

NLHP DAN RENDANG TELUR

Salam sejahtera, bersiaran lagi kita dalam program masak memasak dari Dapur PB.......hehe...kaum lelaki mesti boring masuk blog ni. Asyik maaaaakan je! Dah tu....nak cerita apa lagi? Karang cerita hal laki bini tak kena pula dengan selera orang luar sana. Lagi pun tak manis la kan? Melainkan cerita biasa2 seperti cerita hubby yang berlagak macam doktor gigi tu, berkain pelikat bawa lampu suluh dan penyepit kuih......adoi...berair mata pb gelak tak abis lagi ni.

Ok la, nak share hari tu pb buat nasi lemak hujan panas dan makan dengan sambal tumis ikan bilis, di iringi rendang telur. Tak pernah buat rendang telur, tapi tengok kat rumah Yatie Memories, berkenan la pulak. Resipi nasi hujan panas pula dari RINSCA MYRESIPI dan rendang telur tu pb ikut suka sendiri.

NASI LEMAK HUJAN PANAS
sumber: rinsca myresipi
diubah suai oleh Blog Surirumah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)- pb guna beras basmathi
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba- tak letak sebab anak tak suka
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan- takde daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau 
  •   1 batang serai di titik

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas. 

Sekali sekala tukar selera dan rupa nasi, bertambah2 anak bujang makan.....

 Takde timun dan kacang sebab lelaki berdua tu tak berapa suka, sorang takut jerawat, sorang lagi memang anti kacang. Pb je yang bedal semua.





RENDANG TELUR
sumber: blog surirumah

4 biji telur ayam di rebus (ada yang guna telur itik)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek/kurangkan kalau tak berapa suka
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah kecil
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu besar cili kering mesin
1 sudu besar rempah kari (pb guna rempah kari ikan adabi)
sedikit gula melaka atau gula pasir
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

Kisar bawang, serai, halia, kunyit dan cili kering.
Tumis bahan kisar dan masukkan rempah kari. Biarkan rempah masak.
Masukkan santan dan air asam, api jangan terlalu besar.
Masukkan gula dan garam.
Sebelum masuk telur rebus, pb goreng dulu telur tu dalam minyak lain. Biar minyak betul2 panas.
Kemudian kelar2 telur tu baru masuk dalam kuah rendang.
Masukkan kerisik dan kecilkan api. Nak masuk kerisik awal pun boleh.


nota pb: saje letak tajuk NLHP, tak suka tajuk panjang-panjang..

Nasi Mandhi

Assalammualaikum,
Malam tadi hujan kan? Apa yang pb tau boleh dikatakan semua kawasan hujan atau mendong. Sini pun sama, angin bertiup kuat hinggakan parking canvas jiran sebelah pun nak terbang dibuatnya. Nasib baik hubby cuti semalam. Boleh la tolong sebab suami jiran mengajar petang, isteri dia pula mengandung dan tak larat nak buka satu2 bendalah tu.

Ok, pb tak cerita panjang sebab tak sihat sangat ni, sakit pinggang pula. Mungkin sekarang pb dah tak boleh basuh baju dengan tangan, terbongkok-bongkok tu yang buat sakit  agaknya. Anak pb kata, ibu takyah la buat kerja, rihat je! Amboiiii...sape pula nak jadi tukang masak korang?

Nasi Mandhi ni pb pun tak tau nama sebenarnya, adakah nasi mandy? Pb tiru bulat2 dari blog kak ummi zaihadi. Pb minta izin copy paste resipi ye, bukan gambar tau. Pb tak pernah cilok gambar masakan kawan2, biasanya siap bagi link lagi. Jangan la ada yang berperangai macam pencuri seperti mana yang terjadi kat blog Ayu Singapore, habis di copy semua jadikan hak milik si pencuri.


NASI MANDHI
sumber : Kak Ummi,Puan Raidah, mamasya

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.(yang ni tak buat, mana nak cekau arang)
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. 
     
     Sedap nasi ni, pb makan bersama ayam panggang halia dan pajeri nenas yang pb lebihkan kuahnya.

Nasi dagang dan ayam gulai kawah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Selamat berhari minggu teman2 sekalian. Sarapan apa dan dimana? Kedai mamak? Pb tak pergi makan tosei hari ni sebab hubby dah cakap awal2 semalam nak makan nasi dagang. Jadi, seawal pagi (5 pagi) pb dah bangun masak ayam gulai kawah. Beras dah rendam dari malam.

Resipi kali ni pb ambil dari alma@myresipi, terima kasih ye. Cuma pb ubah suai sikit. Lauk ayam tu pun pb guna rempah gulai kawah (orang kelantan mesti tau). Pb copy paste resipinya di sini.

NASI DAGANG, AYAM GULAI KAWAH
resipi asal : alma

  • --->Bhn nasi dagang<---
  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
  • ¾ cawan pati santan
  • 2sdk halba (fenugreek)- yg ni pb takde
  • (serai dititik saja)

  • --->Bhn gulai ayam masak darat<---
  • ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
  • 2 sdb rempah/awas darat- pb taktau rempah ni macam mana, pb guna rempah gulai kawah
  • 2sdb kerisik (fried grated coconut)
  • * 6-7 ulas bwg kecil
  • * 3-5 ulas bwg putih
  • * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
  • * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)- takde jugak
  • :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
  • 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
  • 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
  • Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
  • Cili muda dan/atau merah (belah dua) 
  • (pb tambah asam keping)
  • --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
  • Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
  • 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
  • Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam 
  • (yang ni pb tak buat sebab dah ada serunding ikan tempohari)

Cara-cara

  1. --->Cara masak nasi dagang<---
  2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
  3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
  4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar.
  5. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.

  1. --->Cara masak gulai darat ayam<---
  2. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. 
  3. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat. 

  1. --->Cara buat sambal kelapa<---
  2. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
  3. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
  4. Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.

 Ni la nasi dagang kita yang dah siap. Letakkan timun jepun dan serunding ikan.



Makan dengan BUDU yang pb masakkan dahulu, tumis dengan cili kering, bawang dan cili hidup. Tambahkan sikit gula serta air biasa. Titikkan serai sebatang (ni mak mertua ajar). Hubby suka sangat sebab semenjak kahwin, ni kali pertama pb hidangkan budu macam ni. Biasa dia makan gitu je. Anak bujang pb pun ikut macam ayahnya, siap siram kat nasi putih tu.......


 Baru angkat dari kukusan......




Ayam gulai kawah ni pb tambahkan kentang 2 biji dipotong empat. Masak dengan api kecil, biar ayam betul2 empok dan kuah memekat, pasti jilat jari!!

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Suka nasi dagang? Mungkin setengah orang kata makanan ni menggemukkan. Tapi pb suka sangat nasi dagang. Masa kerja kat Trengganu dulu, hari-hari sarapan nasi dagang. Nasi dagang Trengganu memang tak boleh lawan dengan negeri lain.

Kerana terlalu suka, pb sanggup belajar sebab kat sini susah nak jumpa yang menepati selera pb. Ada tu ada tapi macam tak sempurna pula.

Tak mau membebel jauh sebab pb sedang menanti kedatangan kakak tercinta malam ni. Tak sabar nak jumpa, banyak yang nak di kongsi bersama.

Resipi nasi dagang ni dari MAMADZIE69 di myresipi. Pb buat tak ikut sukatan dia sebab makan untuk 3 orang je. Ada yang diubah sedikit. Bagaimana pun memang sedap gila la, hubby bagi 5 bintang der!! Lepas ni pb akan cuba lagi hingga betul2 mahir dan boleh masak kat rumah mertua nanti. InsyaAllah....

Untuk resipi asal, boleh tengok kat SINI dan pb hanya ubah sukatan dan sedikit bahan sahaja.

NASI DAGANG

Untuk nasi:
2 gelas beras nasi dagang (kat sini pb guna beras dari Bario) dibasuh dan direndam selama 8-9 jam.
Pb rendam dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
3 ulas bawang merah kecil (dimayang)
1/2 inci halia (hiris panjang)
1 gelas lebih santan cair dan 1/2 gelas santan pekat (sukatan ikut banyak mana beras)
Halba (pb tak guna halba, nanti susah nak buang kalau anak nak makan)
sedikit gula
sedikit garam

Cara memasak nasi :
Pb ikut macam resipi asal dari mula hingga penghujungnya pb ubah sedikit.
Beras yang direndam tadi dikukus kosong sehingga masak.
Angkat dari kukusan dan gaul rata dengan santan cair, bawang merah dan halia.
Kukus sekali lagi hingga masak
Untuk yang terakhir kalau dalam resipi asal, nasi tak dimasak, hanya gaul santan pekat dengan gula dan garam sahaja. Pb ubah sedikit, terakhir masukkan santan pekat, gula dan garam, kukus sekali lagi (sekejap je)

Untuk lauk/kuah:

2 ekor ikan tongkol kecil dipotong. Rebus bersama setengah keret nisan, 2 keping asam keping/gelugur dan garam. Simpan air rebusan untuk masak kuah nanti.

1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk kari ikan (gantikan serbuk jintan manis yg takde kat rumah)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar merah campur dgn 4-5 biji bawang merah kecil
2 sudu besar cili kering yang di mesin
sedikit kerisek
1 keret nisan yang kecil (gula melaka boleh)
1 kulit kayu manis

Cara memasak kuah :
Semua bahan untuk kuah di mesin kecuali kerisik, nisan, santan dan kayu manis.
Masak santan hingga naik minyak sedikit, barulah campur bahan2 yang dikisar tadi, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.

Masak dengan api kecil (renehkan), bila santan surut separuh, isi air lagi hingga paras pertama (guna air rebusan ikan tadi).
Kemudian baru letakkan ikan dan ulangi proses seperti di atas sehingga kuah pekat.
Menurut Mamadzie69, lebih lama masak ikan, kuah akan jadi gelap dan tulang ikan reput macam ikan sardin.

Untuk Acar :-

1/2 biji timun buang empulur dan potong memanjang seperti biasa.
1/2 biji lobak merah (potong halus juga)
cili merah dan cili benggala juga (pb tak letak kobis)
Gaul bersama garam, gula dan cuka secukup rasa.


Ok juga beras bario ni walau tak sesedap beras nasi dagang tempat kita. Jika betul caranya, takde la lembik macam kat kedai makan tu.......


Resipi ni memang betul2 sedap kalau ikut caranya. Pb pun bagi 'berbintang-bintang' . Akan disimpan untuk rujukan akan datang. Terima kasih banyak2 pada tuan punya resipi, mana nak cari dia ye? Ada sesiapa tau?

NASI LOBAK MERAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya semalam pb agak kebosanan dirumah. Hubby jaga periksa sampai petang. Katanya ada orang nak datang, orang sekampong dia. Dari Sarawak dia orang tu naik motor, fuh....larat betul budak bujang sekarang. Pb fikir nak hidang apa yang menarik takde pula barang nak di masak. Ada ayam, ikan, sotong dan udang dalam peti. Kalau makan nasi putih macam tu je, agak bosan rasanya.

Cari kat Kongsi Resipi, ternampak Nasi Lobak Merah dari blog Ayu Singapore, terus pb follow dia. Mungkin orang lain dah ramai kenal Ayu. Pb je yang ketinggalan.

Bila dah rasa nasi ni, pb rasa lebih sedap dari nasi tomato. Makan dengan ayam masak gulai kawah......huhu....sedapnya. Dah macam nasi beriani la pulak. Resipi pb copy paste dari blog Ayu je, minta izin ye Ayu. Jauh merantau resipi Ayu dari Singapore sampai ke Sabah. Teringat pulak kat Pak Ngah pb di sana. Apa khabar agaknya dia? Lama tak jumpa dan tak jejak kaki ke Singapore. Sebenarnya masa pb kecik2 dulu, pb hampir2 jadi warga Singapore. Emak saudara pb orang sana dan selalu bawa pb tinggal rumah mereka. Masa tu pb dah jadi yatim, ayah dah meninggal jadi selalu mak saudara (sepupu mak) datang bawa main pb. Eh....melarat sampai sana pulak.......ok sambung resipi tadi.....

NASI LOBAK MERAH
sumber dari Ayu


1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)- pb guna lada benggala yg dihiris2
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)- pb ganti olive oil
1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil) - pb guna planta sbg ganti
3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
*6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
*2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
3 biji buah pelaga-(3 cloves)
3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
garam-(salt)


Method:-
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
Sources:-From Aini Salim@ resipi ceria keluarga

Nota: ada perubahan sikit pb masak nasi ni, pb tak guna minyak sapi sebab kurang suka baunya. Sukatan beras pun cuma 1 gelas setengah je.


 Tengok tu, sedap makan dengan ayam gulai kawah. Lauk ayam tu nanti akak update kemudian.