my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label hari raya haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya haji. Papar semua catatan

Selamat Hari Raya Idul Adha dan hari lahir ku

15hb October, 2013 umat Islam di Malaysia menyambut hari raya korban. Mereka yang dah ambil cuti awal tu, sekarang ni dah ada di kampung agaknya. Terutama mereka yang berasal dari pantai timur, tak seronok raya kalau tak balik ye?

Bagi kami di perantauan ni, sambutan seperti biasa saja. Kakpb akan masak lontong, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang. Tetamu kakpb hanyalah adik ipar dan seorang dua kawan cikgu fahmi. Itu pun kalau mereka takde hal kenduri rumah kawan atau menghadiri majlis korban di tempat kerja masing-masing.

Sedih juga saat begini tiada saudara mara untuk meraikannya. Tambahan pula hari selasa 15hb oct itu adalah hari lahir kakpb. Ini dalam sejarah, menyambut hari lahir pada hari raya haji. Alhamdulillah.....doakan kakpb sihat ye. Panjang umur dan dimurahkan rezeki dimasa akan datang.

Kakpb bersyukur sangat dikurniakan suami yang baik, memahami dan bertanggungjawab. Syukur juga dikurniakan Aziz Iskandar yang handsome, bijak dan cerdas budaknya. Hidup kakpb sudah cukup bahagia ada mereka berdua. Tidak lupa juga terima kasih kerana Allah kurniakan kakpb ibu yang melahirkan kakpb seorang yang kuat semangat, tabah, sabar dan paling kakpb tak lupa, lesung pipitnya tu.

Terima kasih 'emak' kerana melahirkan dan sentiasa ada disisi kami saat memerlukan.
Terima kasih 'arwah bak', walau kehadiran mu disisi ku tidak selama mana, insyaallah 'bak' tenang 'disana'.

Terima kasih kawan-kawan kakpb samada yang dah lama kenal atau baru kenal kerana sering membaca catatan kakpb ini. Kamulah teman dikala sunyi, setia bersama saat duka dan suka kakpb. Kamu menjadikan hari-hari kakpb sentiasa ceria dan bermakna. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke hari tua......(tua dah pun sekarang ni) Amin.


foto pinjam dari google

Juadah Raya Haji yang sepi.....2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Macam sendu je tajuk hari ni kan? Apa taknya.......dah la bangun tadi pukul 4 pagi, masak sorang-sorang. Malamnya dah perap awal-awal ayam dan daging. Lepas tu malas nak terperap kat dapur memalam, itu yang masak pagi hari.



Tengok la nasi beriani pb yang pucat lesi je, takde safron, takde daun pudina, takde bawang goreng..........lupa garam lagi.....
Nasi beriani ni asalnya nak buat macam En. MatGebu tapi tak cukup jugak bahan2nya. Sebenarnya emak pb pun terror masak nasi beriani dan pb dah biasa tengok emak masak. Tapi tak pernah buat sendiri. Bila dah berjauhan barulah teringin nak mencuba. Lepas tu, lupa garam, itu takde, ini tak lengkap.

Bagaimanapun ada juga rupa nasi beriani. Mungkin lain sedikit dari MG dan emak. Hidup berkeluarga ni kena pandai2 ubah resipi mengikut kemampuan dan citarasa sendiri.

2 setengah cawan beras basmathi - basuh bersih dan toskan
Air ikut sukatan beras
Bawang merah dan bawang putih di mayang (3/4 ulas)
Bawang besar (dlm 1/2 biji) dikisar
Sedikit halia (kisar)
1 biji tomato (potong dadu)
Minyak untuk menumis (biasa guna minyak sapi tp takde)
Bunga lawang dan kulit kayu manis, buah pelaga
1/2 cwn susu cair campur dgn perahan limau (tairu)
pewarna kuning telor (kalau takde safron)
sedikit garam

Basuh beras dan toskan dahulu.
Tumis bawang merah, bawang putih dan bahan kisar. (jgn jadi mcm pb, lupa garam)
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
Masukkan air sukatan beras
Setelah mendidih, masukkan beras dan tomato yang telah di potong dadu.
Bila nasi hampir kering, masukkan tairu.
Kemudian lubangkan nasi dengan senduk/sudu untuk titikkan pewarna kuning.
Taburkan gajus yang telah digoreng atau bawang goreng.
Setelah nasi masak, baru di gaul rata.
(biasanya emak gunakan kacang badam utk nasi beriani dan pb yang selalu buat kerja tu dulu, kupas kulit badam yang direndam, sampai kecut2 jari)

Hidang bersama rendang, kurma, ayam masak merah atau yang seumpamanya. Pb masak ayam rendang, sayur dalca, daging goreng dan acar timun.


Dalca yang pb masak tak sesedap emak punya. Pb guna rempah dalca dari Kelantan, kacang dal, sayur kacang panjang, lobak, terong,  kentang dan sedikit daging. Boleh la...........ada iras-iras emak punya.....

Hidangan sampingan seperti kuih muih semua takde. Lepas hubby, adiknya dan anak pb balik dari mesjid (pb tak dapat ikut sebab masih sakit kaki, tak boleh lipat lagi lutut ni), suasana raya pun hilang. Lepak tengok tv dan internet. Nak jalan pun tak tau nak pergi mana. Cuaca mendong je...........umpama hati pb yang sunyi di pagi raya.....

AidilAdha kami di Sabah

Salam Sejahtera....

Ini entry ku yang tertunda ketika raya haji tempohari. Kami sekeluarga tak dapat pulang ke semenanjung pada hari raya itu jadi kami beraya di Sabah, rumah pakcik suami ku. Walaupun tak semeriah seperti biasa, kami tetap bersyukur kerana masih boleh menyambutnya dengan sempurna.

7.40 am kami bersembahyang sunat hari raya aidiladha di mesjid berdekatan dengan rumah pakcik. Tergesa2 juga ketika itu kerana tak sangka mesjid yang kami pergi tu, cepat pula waktu sembahyang raya. Dah la aku tak pernah masuk mesjid disitu, terkocoh2 aku dibuatnya.

Selesai sembahyang raya, kami pulang ke rumah pakcik dan mengisi perut dengan lontong, lemang, laksa penang dll. Aku buat kuah kacang je. Selebihnya makcik ku yang masak, yelah.......dia ada maid, senang sikit.

Dah kenyang, kami menuju ke tempat korban di mesjid berdekatan. Ada dua puluh ekor lebih lembu yang akan dikorbankan. Macam2 gaya aku tengok lembu yang diikat sebelum korban. Ada yang menggelupur lari sana sini, susah nak di ikat. Ada yang relax je........macam dah rela di korbankan. Ada yang tak henti2 makan sebelum sampai ajal. Paling aku suka tengok seekor lembu yang berdiri tegak, maintain je.........memerhatikan kawan2nya yang sudah di lapah. Agaknya dia memikirkan bila agaknya giliran dia?




Ini kali pertama aku menyaksikan penyembelihan beramai2 lembu korban. Biasa kat kampung tengok dua tiga ekor sembelih pun dah riuh rendah. Tapi kali ni mereka yang buat kerja macam professional je......budak2 pun join sama. Aku tengok dari jauh je, tak sanggup tengok darah dekat2. Lembu2 ni pun tak meraung macam kat kampung.
Selesai korban, kami bergegas pulang ke rumah kerana flight kami pada petang raya tu. Tiba di LCCT dah pukul 10 lebih. Malas nak minta sape2 datang ambil di airport sebab flight ke KB pagi esok. Kami melepak sekadar meregangkan badan yang letih di surau airport. Ini juga kali pertama aku mengalaminya. Abang ipar nak ambil tapi taknak menyusahkan dia, bukan dekat dari rumah dia tu, mau satu jam perjalanan. 

Tahun depan mungkin kami akan beraya haji lagi di Sabah dan kemungkinan besar juga akan menyambut hari raya puasa pula. Semuanya bergantung pada cuti sekolah. Walau bagaimanapun jauh kami berada, jika di izinkanNya, kami tetap akan pulang bertemu keluarga tercinta.

Gambar raya dua keluarga

Salam Sejahtera....

Baru ni aku dapat kembali berblog........ni pun sebab setengah famili sebelah suami dah bertolak pulang ke KL, Johor dan Trengganu. Tinggal kami sekeluarga di kampung dan adik ipar yang akan bertolak esok pulang ke Kedah.

Macam2 kisah yang aku dapat dari emak, kakak dan ipar duai tapi aku tak dapat kongsi di sini. Ada suka dan duka........yang penting aku tau mak happy sangat tahun ni walau tak sepenuhnya.

Sekarang ni kami masih di kampung, apa kisah rumah ku di Sabah agaknya? Rindu pula kat Tok K yang ku tinggalkan bersama jiran sebelah.

Apa2 pun........layan dulu slide show di atas ye.......sambung update kemudian nanti.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Mungkin terlewat sedikit nak ucap selamat hari raya aidil adha pada semua pembaca blog samada yang ku kenal, baru kenal atau yang jengah sekejap2 saja.

Moga dihari mulia ini kita bukan hanya berkorban harta, perasaan, kasih sayang dan lain2 tetapi mengeratkan juga silaturrahim sesama insan. Mengukuhkan lagi jalinan persahabatan antara kawan atau sahabat, adik beradik, ipar duai, pemimpin dan rakyat yang beragama Islam seluruh negara.

Saya berharap dan berdoa, tiada lagi 'korban' dan 'bencana' yang melanda negara kita selepas ini. Tumpang simpati atas nasib mereka yang tidak dapat menyambut aidil adha kerana musibah yang melanda. Bersabarlah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.................