my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Takziah pemergian Sharifah Aini

Takziah kakp sekeluarga kepada keluarga Allayarhamah Sharifah Aini yang telah pergi meninggalkan kita semalam, Sabtu 5hb July, 2014 iaitu selepas 6 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.
Kakpb tau berita ni pun kawan whatsapp ketika buka phone lepas sahur. Sedih juga bila teringat lagu2nya yang jadi nyanyian kakpb ketika remaja. Seri dewi malam, kuda ku lari, lagu duet dengan Broery dan banyak lagi kesukaan kakpb.

Ikutkan cerita dari mulut mak mertua kakpb, Sharifah Aini dulu satu kelas dengan dia di Johor Baru zaman sekolah (tak tau sekolah khas atau sekolah rendah). Dia juga bersahabat baik dengan Mak Itam kakpb yang sekarang di Kanada. Masa dulu-dulu kami sekeluarga selalu dengar dari mulut mak sedara kisah Sharifah Aini yang agak peribadi tapi takdelah yang buruk. Biasalah manusia kan.....manalah sempurna.


Tutup cerita diatas, yang pergi biarkan pergi, kita doakan moga dia di tempatkan bersama mereka yang beriman.

Dua hari lepas kakpb cuba buat tart kastad. Kat bawah tulah rupanya, tak cantik kan? Kakpb tak pernah buat tart kastad sebelum ni. Memang tak puas hati. Bukan tak puas hati rasanya tapi tak puas hati dekonya tu. Konon nak letak buah dalam tin, tapi kakpb lupa kastad kan cepat keras. Sepatutnya lepas paipkan kastad tu terus letak buah. Ni dah keras baru nak letak....huhu...mengong betul!! Nanti nak cuba lagi.

dah rupa tanjak...hahaha..


Ayam masak minang ni kakpb buat semalam, makan dengan nasi impit dan kuah lodeh. Resipi ada dalam blog ni kalau tak silap.

Selamat menjalani puasa kalian (dihari minggu yang mendung setiap hari disini.)

Bazar oh bazar

Ingat nak update malam tadi, alah...lepas berbuka, satu badan kena gegata. Tau tak gegata tu apa? gatal-gatal satu badan. Bintat besar-besar dan gatal. Telan ubat pun masih belum hilang. Jadi semalam, skip solat terawih.....

Sebab apa jadi begitu? Kakpb ni bukan boleh berpeloh sangat, mulalah tak selesa. Semalam tengahari hantar kuih frozen rumah makcik, takdelah jauh sangat. Dalam 40 minit gitu. Masalahnya, jem teruk area KK masuk pusat bandar. Kat trafik light Sutera Harbour tu tak boleh gerak langsong. Waktu baru pukul 2.15 pm. Nak kata orang balik sembahyang jumaat, rasanya pukul 1.15 dah selesai. Pergi shopping ke mereka ni?

Cikgu fahmi pun apa lagi, pulas stereng ikut jalan lain. Tak kuasa nak menempoh jem, silap2 buka dengan air lior je nanti dalam kereta. Balik dari hantar kuih, terus ke Lok Kawi. Time bulan puasa ni, nama Lok Kawi popular laaa....sebab bazar Ramadhan di sini rasanya top jualannya. Majoriti orang semenanjung dan masakan dah tentulah menyelerakan. Kakpb tak masak, cikgu fahmi nak makan nasi kerabu. Fuiyo...beratur panjang der.....nak belinya satu. Kakpb konon2 nak kurangkan makan nasi jadi jual mahal bab2 nasi ni. Tapi, ntah macam mana boleh pula terbeli bubur lambok....haha...kan nasi juga tu!!

RM8 nasi kerabu special, siap ada telor masin, ikan goreng tepong, ayam bakar, solok....huhu...ambik kau! Beli satu dah cukup kongsi berdua. Anak kakpb kat rumah opah dia. Berbuka romantik skit Faint




Lepas dapat nasi kerabu, bubur lambok, nak kuih manis la pulak. Cari punya cari, kakpb tak berkenan sangat. Bukan apa, kadang was-was nak beli, takut tak makan. Maklum la....dah masuk air ke perut pun dah cukup kenyang. Hati terpaut kat sate ayam dan daging. Tengok kuah pun ada warna merah2 sikit, nampak menyelerakan. Beli 10 batang, RM6, maknanya 60 sen sebatang. Alhamdulillah, rasa sedap, kuah pun boleh tahan. Mamat yang jual tu tegur, menyesal nanti kak beli 10 batang je, sebab sedap sate ni....hehe...ayat memikat la tuh!

Lepas seberang jalan dengan romantiknya (romantik ler kena pimpin tangan Big cheesy grin) kami cari air kelapa pula. Cikgu fahmi beli 2 biji, simpan satu untuk esok. Sebiji RM3, murah kan? Cukuplah....semuanya habis dimakan, takde membazir. Bubur lambok tu simpan sampai sahur, kongsi juga.

Sekarang sedang memikir nak masak ke nak beli kat bazar lagiFull of questions

Aduhai anak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni pb dapat mengadap komputer agak awal sedikit, 10 pagi. Biasanya lebih hubby pergi sekolah baru dapat duduk kat sini. Ini pun tak lama, kerja banyak menanti. Biasalah kan, nama pun surirumah. Seronok je pb tengok kawan-kawan yang berkerjaya. Kadang-kadang rasa rendah diri juga bila berdepan dengan mereka yang berjawatan. Orang pergi pejabat, kita pergi pasar cari ikan dan sayur. Orang pakai kasut tinggi dan mahal, kita pakai selipar je, orang pakai handbag mahal, kita pakai shopping bag je..........tapi pb tetap bahagia, bukan nak merungut. Cuma kekadang tu rasa seperti diri ini tak punya apa-apa bila tidak berkerjaya.

Entry masak memasak belum lagi. Bulan puasa ni tak boleh masak lebih sangat, takut membazir. Dalam peti ais tu pun masih ada lagi saki baki puding, kuih dll yang tak habis. Lepas berbuka, sembahyang maghrib dan terawih, perut tak boleh nak isi lagi. Hanya boleh masuk air je........tu yang pb tengok cermin, macam susut je badan ni? eh...iye ke? tak cayelah.......(biasanya susah nak susut, tu yg tak percaya tu)

Nak cerita pasal berbuka semalam. Pb memang dah siap masak sebelum pukul 6 ptg, buka puasa pukul 6.32 ptg semalam. Sementara menunggu tu, pb layan cerita Ketika Cinta Bertasbih kat tv sambil jahit felt hingga tak sedar azan dah berkumandang. Maka, kelam kabut la kami bertiga, apa taknya........air tak letak ais lagi, nasi belum ceduk, begitu juga lauk pauk belum masuk mangkok. Pb biasa hidang bila nak makan, taknak sejuk2.

Si Aziz pula agak gelojoh tuang air bandung dalam gelas dia, jug tu berat. Terjadilah kejadian tumpahan air bandung hampir satu jug atas meja makan kami. Melempah ruah sampai ke bawah meja. Naik melekit simen sebab air manis tumpah. Mood nak makan pun terbantut dibuatnya. Buat kerja la pulak, mengemop lantai, mengelap meja dan kerusi, basuh tudung saji. Nasib baik angin ayah dengan ibu baik masa tu........kena bebel je.....

Anak-anak sekarang kadang kala tak dengar kata. Lain disuruh, lain yang dibuatnya. Kehendak ibu dan bapa jadi nombor dua. Inilah yang pb leterkan setiap hari. Selalu juga pb ingatkan, banyak berdoa di bulan Ramadhan ini terutama ketika hampir waktu berbuka.

nota: terdengar juga di cuping telinga ini doanya, "Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh,
mendengar kata ibu dan ayah"

cukup terharu kalau anak ingat pesanan pb.........

Sakit tulang rusuk? huh! alasan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Beberapa hari ni pb agak sibuk dengan tempahan kuih frozen. Hari ni dah selesai, tinggal nak hantar esok pagi. Business kecil2an pun dah meletihkan tambah pula berpuasa. Cuaca masih terik walaupun keadaan seolah2 mendung. Rumah pb ni ada aircon tak sampai ke dapur.....hehe....dalam bilik je. Kalau nak rasa sejuk macam aircon, pb buka petiais, ngadap kat situ pun dah cukup melegakan.

Semmalam pb tak pergi terawih, malam ni pun tak dapat sebab hubby kata kalau letih jangan pergi. Jangan paksa diri. Jadi pb fikir, dari siang tadi (pukul 3.30 pagi hingga entry ni di catit) pb belum rihatkan badan. Pergi esok kot.

Lepas maghrib kami bertiga berlumba2 mengaji (bukan la nak kejar sangat siapa yang boleh habiskan alQuran) sebab bila dah balik kampung, tentu banyak tugasan lain. Tugasan? ye la......shopping, nak makan tu, nak cari barang lagi dan macam-macam tujuan. Cuti cuma seminggu tapi nak beraya di dua negeri.

Anak pb, lepas habis satu mukasurat mengaji, dia tanya, "ibu pergi terawih tak?"
Pb kata "tak kot sebab ayah suruh ibu rihat dulu malam ni"
"Boleh tak kalau Aziz tak pergi malam ni?"
"kenapa pulak?
"Aziz sakit TULANG RUSUK la hari ni....." sambil buat muka sakit.....(auta la tu....taknak ikut ayah dia)

"Boleh........dengan syarat kena mengaji tiga mukasurat, sebab tak pergi terawih satu mukasurat dan cover untuk esok, satu mukasurat!"
Dengan muka ceria dia jawab..."okey!"

Budak2 sekarang, macam2 alasan dia orang fikirkan untuk mengelak dari satu2 pekara yang kita suruh.

Terawih dengan bunyi mercun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 gambar ehsan Google


Entry pagi yang dah kering idea ni.......
Semalam pb cuti masak, nak siapkan tempahan pencil case dari kawan2 Aziz. Seronok bukan kepalang kalau dapat cuti dari memasak. Tapi tak siap-siap juga kerja pb tu.......apa taknya, kejap baring, kejap tengok tv, kejap keluar beli barang.......menyambung hari Isnin agaknya baru selesai.

Kalau dah tak masak, malam.... tentulah tak penat kan.......kenalah pergi terawih...hari jumaat dah cuti sehari. Letih sangat....

Malam tadi tak berapa ramai kanak-kanak. Pb tengok kat meja luar pun tak banyak hidangan 'moreh', agaknya ramai pergi shopping baju raya kot? Takpelah, pb ingat Ahad ni nak bawa sikit makanan ke masjid. Nak buat apa, tak tau lagi.......pengat pisang ok kot.

Pb hairan la budak-budak sekarang. Pergi sembahyang terawih bawa mercun ke? Parent dia orang tak tau kot anak-anak bawa mercun ke masjid. Tengah-tengah solat terawih malam tadi, boleh dia orang letup mercun. Nasib baik pb tak tersebut "oo..mak engkau!!" masa solat tu......pb rasa mesti ada mak2 orang yang terkejut. Kalau nak main pun jangan la dalam kawasan masjid sayang oii. Nanti kalau di marah, kata orang tua ni membebel la, garang la.......lagi pun main mercun tu bahaya. Tak baca suratkhabar? Ada yang putus jari, buta mata.....haa...kalau putus kepala? Langsong tak nampak apa-apa, jalan terus ke alam barzakh.

Anak pb memang tak dibenarkan main mercun jika tidak bersama orang yang lebih tua. Dari kecil juga pb selalu awasi dia samada bermain mancis, pisau atau gunting. Kata orang, kanak-kanak yang suka bermain api ni, tanda-tanda anak yang akan membesar sebagai orang yang bermasalah.

Sepatutnya kita larang mereka dari kecil lagi jika kita sayangkan anak kita. Ada kajian mengatakan anak-anak yang sebegini memang suka membuat orang terkejut, terganggu dan mereka rasa puas hati. Sedangkan ini tidak baik untuk perkembangan mereka.

Anak-anak tidak faham kenapa kita melarangnya jika hanya dengan perkataan 'JANGAN'. Kena jelaskan apa akibatnya dan sebab dilarang kerana kita sayangkan mereka. Awasi mereka di usia kanak-kanak kerana bila dah remaja, agak sukar menanganinya. Bila tapak tangan dia lebih besar dari kita, tenaga lebih kuat dari kita, suara lebih tinggi dari kita dan ketika itu tiada apa lagi yang boleh kita lakukan. Hanya berdoa, moga-moga dijauhkan dari segala godaan syaitan.


nota pb: belum sebulan puasa dah ada yang hilang jari, ngerinya!!

Kisah malam terawih....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rabu.....mesti ramai blogger join 'wordless wednesday' kan? Tapi pb tak boleh la......rasa tak puas kalau sehari tak mencatit apa-apa kat blog.

Dah masuk hari ke tiga kita berpuasa. Dah 3 hari juga pb dan keluarga berterawih di mesjid berdekatan. Hari pertama tidak begitu ramai, mungkin sebab tak pasti puasa ke tidak. Lepas sembahyang isyak berjemaah, punya la lama menunggu pak imam nak mulakan terawih.

Masjid yang pb pergi ni bersebelahan je dengan Balai Cerap tempat meneropong anak bulan. Mungkin pak imam nak pastikan betul-betul (dengar pengumuman di radio/tv kot), itu yang lambat.

Ramai para jemaah membawa anak masing-masing ketika bersolat. Kalau takde orang jaga, memang kena bawa tapi yang pb tak setuju tu bila ruang solat di khaskan untuk anak-anak mereka. Siap bawa buku sekolah lagi dan mencuri ruang untuk mereka yang nak berjemaah. Seharusnya biarkan mereka di luar atau tak perlulah dibawa masuk sama ke ruang solat. Di laman masjid ada tempat untuk anak-anak itu duduk atau baring. Tak perlu risau anak hilang kalau ada adik beradik lain boleh tengokkan.

Hari ke tiga terawih, punyalah ramai orang. Paling ramai budak2 le......elok la bawa anak-anak ke masjid. Cuma budak-budak yang lingkungan umur 10 atau 11 tahun ni agak nakal sedikit. Ruang solat perempuan kan kecil dan di lindung oleh dinding cupboard yang agak goyah jika di langgar oleh mereka. Risau pb tengok, takut tumbang dan menghempap kami di belakang mereka.

Paling mereka suka bila lepas surah Alfatihah.......punya la panjang 'amin' tu........aaaaaminnnnnnn....agaknya terbuka luas mulut budak2 ni sebut amin. Agaknya kalau anak pb join, dia pun ikut sama.

Adik-adik, anak-anak sekalian........'Amin' jangan di sebut panjang pada 'aaa nya tu'......pak imam kena bagi tazkirah ni.....kalau tak silap hanya 2 harakat je.

nak keluar kjp, nanti sambung....

NASI AYAM & KEK KEJU STRAWBERRY & NESTUM

Salam Sejahtera....
 Hari pertama puasa dah fikir macam2 nak makan. Ikutkan selera semua nak tapi makan tak banyak mana pun! Fikir2 balik kekadang membazir je kalau tak habis.

Untuk hari pertama puasa, aku ikut selera anak. Dari semalam dia nak makan nasi ayam. Alah....budak2 ni makan bukan bersungguh2, saje je......anak aku pula style makan dia, lauk sikit, nasi lebih..

Jadi hari ni aku nak tayang nasi ayam aku masak. Walaupun sebelum ni dah berpuluh2 kali aku masak, baru ni aku upload gambar kat blog. Tapi nasi ayam ni lain sikit dari biasa yang aku masak. Aku tiru macam nasi ayam hainan......hehe....tak salah kan? ubah sikit je......

NASI AYAM

2 cawan beras (kalau famili aku, ni dah kira banyak, biasa segelas je...gelas plastik)
2 sudu mentega/planta
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Ayam (sebelah je, perap dgn halia, bwg putih, bwg merah, garam dan lada sulah)
Stok ayam (seketul)
Sup bunjut (biasa guna adabi)
Kulit kayu manis, buah pelaga
daun bawang untuk sup
Timun dan tomato
Daun salad
Sos tiram dan kicap manis

SOS CILI

2/3 biji cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
limau nipis atau cuka (saya guna limau)
air rebusan ayam/sup
gula dan garam


Selepas ayam di perap, masukkan dalam periuk yang berisi air. Rebus bersama sup bunjut, stok ayam, kulit kayu manis. Aku selalu masukkan juga fishball beberapa ketul sebab anak memang suka ni. Letak garam dan ajinomoto. Setelah masak atau ayam lembut, angkat dan toskan. Perapkan dengan sos tiram dan kicap manis. Nak letak madu lagi sedap. Kemudian ayam ni di goreng atau panggang dlm oven, ikut selera masing2 la...seeloknya ayam jangan dipotong kecil sebelum merebusnya. Lepas panggang atau goreng, baru di potong.


Untuk sos cili, mesinkan cili merah, bawang putih, halia bersama gula dan air rebusan ayam. Kemudian perahkan limau atau cuka. Dah siap. Bolehlah letakkan bawang goreng dan daun sup kedalam sup kita tu. Hiasi dengan salad, timun dan tomato.


Memasak nasi pula, basuh dulu beras kita tu. Panaskan periuk, masukkan mentega dan tumis bwg merah dan bwg putih. Ambil air rebusan ayam atau sup tadi dan masukkan bersama dengan beras tadi. Jika kurang mentega/planta, boleh la tambah sebelum nasi kering.

lupa pulak nak ambil gambar dengan mangkok sup aku tu......




KEK KEJU STRAWBERRY DAN NESTUM


Resepi ni aku ambil dari majalah Sridewi Keluarga bulan julai. Sebenarnya aku tak puas hati lagi sebab nestum yang di bawah kek tu pecah berderai, dah macam makan pasir rupanya. Bagaimanapun aku share juga gambar dan resepi di sini. Mungkin silap aku kot, tak tekan betul2 nestum hingga padat. Takpe lain kali nak cuba lagi.......


Bahan2:-

500 gm krim keju
120 gm gula kastor
80 gm pes blueberi (aku guna strawberry)
20 gm serbuk gelatin (cairkan dgn air panas)
1 peket buah blueberry (yg ni takde, aku guna jem blackberry)
1/2 liter krim putar


Lapisan bawah kek:
200 gm serbuk nestum (dikisar halus)
40 gm mentega (di cairkan, mungkin kena tambah lagi)


Cara2 membuatnya:

a. Putarkan krim keju bersama gula secara perlahan.
b. Masukkan pes strawberry/blueberry, gelatin yang dicairkan dan putarkan hingga sebati.
c. Masukkan krim putar yang telah dipukul kembang. Biarkan adunan sebati.
d. Campurkan serbuk nestum yang telah dikisar dengan mentega cair, uli dan perapkan kedalam acuan kek.
    Tekan hingga betul2 padat, sejukkan.
e. Masukkan adunan kek tadi dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


walau tak cantik, aku tetap bangga!!

buka puasa rumah pakcik

Salam Sejahtera....

Malam tadi kami berbuka puasa rumah pakcik belah suami. Aku masak simple je......pengat pisang dan karipap sadin. Pukul 10 pagi aku dah prepare buat karipap. Nak tau pasal apa aku siap awal2? Haa......ni penangan cerita Indon la......Sujud ku.....dah tersampok, susah nak tinggal. Sampaikan cik abe kita tu pun terjebak sama......lepas tercongok ngadap tv dari pukul 3 ptg hingga 4 ptg......sembahyang asar dulu, baru kerumah makcik. Dia ada maid, tak payah aku tergesa2 sangat......tolong nyibuk2 je bila sampai tu....

Juadah kami petang tu.......nasi putih dengan sup tulang, taugeh goreng, ayam sambal, sambal tumis petai dan udang.......ada lagi ni.....mihun goreng dan kfc lagi. Hohoho.....ni makan ke mentedarah ni? Bagaimanapun masa buka tu kami takde la pulun semua. Rasa sana sikit, sini sikit......alhamdulillah....kenyang...

buka puasa dengan kfc ni.....sesuai untuk budak2 je....tapi bebudak yang ada 2 orang je, selebihnya budak bujang yang mengabiskan tu (anak sedara makcik yg bujang ada tinggal sama)
pengat pisang tu sumbangan aku untuk makcik........teringat kat mak plak, mesti dia suka kalau aku buatkan pengat pisang.......
mihun goreng tu maid dia guna mi yang besar sikit dari yang biasa aku guna, aku tak rasa pulak.......rasanya sedap lagi jenis halus tu......
Selesai acara makan2, kami sembahyang maghrib dulu baru balik rumah.

Kad Ramadhan

Salam Sejahtera....

Bila baca blog kawan2, ramai yg reka kad ucapan sempena Ramadhan.....tapi aku....tak sempat2 nak buat.

ni kad dari kak rose jambu..........jambu manis tau!!

yang ni pula dari Seri atau mummyalysa......terima kasih ye....
nak buat kad jugak nanti........

Ramadhan dan Merdeka


Salam Sejahtera....
Minggu lepas juga abang ipar ku datang lagi, bermalam di Hotel Promenade semalaman dan esoknya terus pulang Semenanjung. Ada sedikit kiriman dari kakak........belacan....selama di Sabah, aku hanya guna belacan 'maggi' dlm botol. Ntah kenapa aku tak sesuai dengan belacan di sini. Tapi kalau satu hari nanti 'terdesak', mungkin aku akan guna juga.
Terlanjur dia nak datang, kami pesan sekali bendera Malaysia sebab kat tempat abang ipar ku ni, berlambak bendera.....dapat free lagi. Kalau nak beli kat luar, mau RM5 kot? Maksud ku yang besar tu......gambar tu yg kecil punya, yang besar dah bagi2 kat jiran kiri kanan dan kawan2 suami.
Sambutan merdeka kali ni dalam bulan puasa pula. Ada ke orang nak pergi tengok perarakan? Musim2 penyakit ni, aku rasa lebih baik tengok tv kat rumah je........puasa pulak tu.....mana yang ada anak, takkan nak pikul anak kehulu kehilir? Fikirlah mana yang baik untuk keluarga.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Merdeka 31 Ogos nanti pada teman2 blogger sekalian.