my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Mee Kari di AidilAdha

Hari raya aidiladha lepas kakpb beraya di sabah je. Sedih tu memang la sedih tapi apa boleh buat? Bersyukurlah walau dimana saja kita berada. Hidup ini sementara saja, nikmati sepenuhnya apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Nak update masa raya hari tu, letih sangat. Apa tak letih kalau buat dua hidangan sorang2 didapur. Mee kari, nasi impit dengan rendang ayam serta kuah kacang. Untunglah mereka yang ada ramai anak perempuan dan rajin membantu didapur. Anak bujang kakpb ni boleh juga menolong cuma kakpb rasa makin menyibuk ada la....haha....esok2 jangan salahkan anak kalau dia tak reti kerja dapur ye.

Ni first time kakpb cuba buat mee kari lain sedikit daripada biasa. Lain pun, bukan resipi kakpb.....hehe...
Terima kasih ye Puan punya blog Azlita MasamManis. Kakpb ni tiru apa yang Ita buat seratus peratus. Memang sedap sangat. 
Bagi mereka yang nak mencubanya, baik bersedia mental dan fizikal....hehe....mee kari ni banyak bahannya. Kalau makan kat kedai memang tidak memuaskan hati. Baik buat sendiri. Penat pun berbaloi. Kakpb minta izin share resipi disini ye, untuk rujukan.


MEE KARI
@blogsurirumah

Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras


1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya



Untuk cara memasak, menumisnya boleh layari blog AZLITAMASAMMANIS dengan lebih jelas dan tersusun.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.

Kakpb ikut step by step apa yang Azlita masak. Memang sedap, tak jemu kami mengadap dari pagi sampai petang raya tu. Terima kasih banyak ye.

Mee Rebus Haji Wahid

Mana lagi best? Ariana Rose ke Mee Rebus Haji Wahid??
Kaum wanita mesti jawab Ariana Rose dan kaum lelaki.....mee rebus ler!! 

Fenomena Ariana Rose!!
Pukul 7 malam je dah siap kat depan dengan hidangan malam kat rumah ni. Nasib maghrib awal disini.
Siapa pilihan gadis2? Tengku Adam Kamil? Harith?
Soalnya....dua2 dah berpunya ye adik2.....gigit jari la korang...haha!!
Kakpb minat Harith tu, ada iras-iras kacukan Filiphine ler...


credit to berita harian

oklah...mengarut kesana pulak..
Nak share Mee Rebus Haji Wahid yang kakpb buat tempohari, sedap sangat. Rasanya lebih sedap buat sendiri daripada kita beli. Tapi di Sabah memang takkan jumpa kalau tak buat sendiri. Kat Johor berlambak....sebab mee rebus popular di Johor.



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID - MENU OPEN HOUSE RAYA!
copypaste drp facebook

BAHAN-BAHAN :
  2 kilo mee kuning, dicelur
  1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  3 ulas bawang putih, dikisar
  3 biji bawang merah, dikisar
  1 inci halia, dikisar
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  3 batang serai, dititik
  1 inci lengkuas, dititik
  5 sudu makan rempah kari daging
  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  80g tepung gandum
  ¼ camt serbuk kunyit
  garam
air secukupnya
  minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
  tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  daun sup, dimayang
  bawang goreng
  telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
 taugeh, dicelur
  limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
  Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
  Panaskan minyak dalam periuk.
  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
  Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

FB : Persatuan Bangsa Johor



 

Mihun Singapore atau Mi siam

 Juadah petang semalam.

Dah beberapa hari cikgu fahmi asyik nak makan mihun goreng putih ni. Sedap sangat kot isteri dia masak? Asyik request je, sahur pun dia suruh buat juga. Isteri mithali ni ikut arahan, tambah pula bulan puasa, nak pahala lebih kan? Blow Kiss

Ramai blogger masak yang dah share resipi kat blog masing-masing. Kakpb tuliskan juga di sini tapi ikut cara kakpb ye.....untuk mereka yang baru pandai masak, sesuai kot...atau mereka yang sukakan masakan cepat dan simple.PerfectoSemoga menjadi kesukaan keluarga anda juga.

MIHUN GORENG PUTIH/MI SIAM
@blogsurirumah

1/2 bungkus mihun - rendam hingga lembut (nak cepat guna air panas)
11/2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih cincang
Sayur sawi/lobak merah
1 biji tomato di belah-belah
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
Udang, sosej, sotong, ayam atau apa saja rencah yg ada
5/6 btg cili padi tumbuk
serbuk perasa maggi
garam dan gula (sikit je)
1 biji telor (taknak guna pun takpe)

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili padi, semua bahan mentah dll.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, garam, gula dan mihun yang direndam tadi.
Akhir sekali masukkan sayur dan tomato yang dibelah.
Kadang kakpb masukkan telor, kadang tak perlu sebab dah banyak rencahnya.


Juadah minggu lepas. Sekali sekala goreng macam ni memang sedap.


nota kakpb: orang Johor biasa panggil mi siam, ada kuahnya sekali.


Mee Bandong ciplak


Mee bandong? uwaaaa......kakpb suka sangat mee ni, dulu kalau balik Johor, mesti cari. Paling sedap yang kakpb makan di Muar, entah tahun bila agaknya. Semalam kakpb bosan nak makan nasi. Nak makan tengahari pun boring sebab sorang2. Anak bujang ada latihan nasyid kat sekolah. Petang baru balik, sama dengan ayahnya.

Resipi kakpb ambil kat blog Soda Hikari dan resipi asalnya dari Chef Nazri. Kalau nak yang asal, klik la blog tu ye. Kat sini kakpb dah ubaisuai ikut bahan yang kakpb ada.

MEE BANDUNG
oleh: @blogsurirumah

1/2 kg mee kuning
2 senduk gulai cili kering blender
3 ketul ayam - potong kecil
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
1 mangkuk sederhana udang - buang kulit (kakpb tak guna udang)
1 mangkuk sederhana sotong - (sotong pun takde)
2 keping fish cake - hiris nipis - (ganti dengan bebola ketam)
2 buku keledek sederhana besar - direbus & dilecek (kakpb ganti dgn kentang lecek)
1 batang lobak merah - potong bulat
1/2 cawan kacang tanah - blend
4 biji telur
4 sudu besar udang kering - tumbuk
Sedikit bancuhan tepung jagung - (ni tak letak sebab dah pekat)
Air rebusan kulit udang

Bahan Tumbuk/Blend :
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan

Bahan Tabur :
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Sawi di celur
Limau kasturi

CARA :
1. Tumis bahan yang di tumbuk.
2. Bila wangi, masukkan cili blender. Bila cili dah garing, masukkan ayam.
3. Biar air ayam kecut. Masukkan sos tomato & juga sos tiram.
4. Masukkan udang & juga sotong, bila udang & sotong masak, masukkan air rebusan kulit udang. (Kuah tu agak2 la, dalam 1/2 periuk sedang)
5. Masukkan pula fishcake.
6. Masukkan pula keledek yang telah dilecek, lobak, kacang tanah,gula & garam secukup rasa.
7. Bila kuah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji & udang kering.
8. Masukkan pula air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Terima kasih pada tuan punya resipi yang asal atau pun yang memanjangkannya.

Spageti Rebus ala Mee Rebus

Apa tajuk macam tu eh? Saje je......teringin nak makan mee rebus Haji Wahid, jauh beno nun di selatan semenanjung nak redah. Kalau kat Putrajaya tu, dekat la juga dengan kampung kak pb. Tapi....kak pb rasa lebih sedap buat sendiri, walau resipi main ubah ikut suka hati.

Mulanya nak buat mihun rebus tapi bila mihun dah terendam, teringat pula ada sikit spageti dalam simpanan. Baik tukarkan dengan spageti, rupa pun lebih kurang dengan mee je. Kak pb pun kurang suka dengan mee, kekadang sakit perut lepas makan.

Kak pb baru kenal tuan punya blog ni, AlyaSarah. Masa tu sedang tercari-cari resipi mee rebus yang macam Haji Wahid punya. Terjumpa pula kat sini, tapi apa yang kak pb buat ni tak sama seperti resipi Alya, kak pb dah ubah sikit-sikit dengan berpandu pada resipi asalnya. Terima kasih ye Alya, seronok pergi blog Alya, siap dihiburkan dengan lagu dari Bee Gees.....masa tu....terkenang pula zaman remaja ahkak!!

SPAGETI REBUS ala mee rebus
oleh : blog surirumah
sumber : ceria-resipi

Bahan-bahan:
Spageti untuk makan 3-4 orang (kak pb rebus dalam secekak) 
5-6 ketul fish ball, sotong ball, atau apa-apa yang di sukai (menggantikan daging)
4 biji keledek, direbus dan dikisar - kak pb ganti dengan kentang
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar - yang ni takde stok, tak letak
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar - kurangkan 1/4 je sebab buat sikit
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik - tak letak, takde stok
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar - kak pb ganti dengan ikan bilis yg di mesin halus
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng




Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Mula-mula tak faham macam mana nak goreng. Kak pb main agak-agak je renjisan tu, maksudnya sudukan tepung bancuhan tu dan kiraikan atas minyak panas. Kelihatan gorengannya berpecah tapi takpe, asalkan rangup bila di makan dengan kuah.


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur - ada taugeh lagi sedap, kak pb takde
limau kasturi, dibelah dua
udang rebus - kak pb tambah sendiri

Cara-cara untuk Kuah:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


Memang sedap sangat, seolah-olah sedang makan di Angsana JB sana. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu nak makan mee rebus Haji Wahid......huhu....tersedak pak aji tu kena sebut selalu.






Spageti Goreng ala mamak (mamak jgn marah tau)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

First sekali nak mintak mahap la kat abang-abang mamak yang terasa ye. Bukan la nak mencemar nama mereka, tapi nak bagi kredit (sape yg suka je) dengan mee goreng mamak. Pb buat ni nampak je macam mee goreng mamak, sebenarnya takdelah sebiji macam masakan dia orang.

Pb goreng spageti ni semalam petang untuk makan kami berdua. Anak takde kat rumah dua hari ni, kiranya kami 'honeymoon' kat teratak pondokburuk ni je.....nak cuti jauh2, bajet lari sebab kereta manjang je nak 'paw' duit hubby. Tak repair kang.....merajuk pulak, kita jugak yang susah.





Ok la, resipi ni simple je. Pb tengok hari tu kat rumah sape tah goreng spageti ni tapi ala kampong. Pb buat ala mamak pulak ye.....

SPAGETI GORENG ALA MAMAK

Spageti di rebus hingga lembut (utk makan 2 org, segenggam pun dah banyak)
1 keping tauhu di goreng
1 keping burger ayam di potong dadu
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris (setengah biji pun ok)
2 sudu besar cili kering yang dah kisar
Kicap (ikut suka)
sedikit sos tomato
sedikit lada hitam serbok
1 biji telor
sedikit minyak
garam

Cara menggoreng seperti biasa la ye. Tumiskan bawang, cili kisar dan masukkan rencah ayam/udang.
Masukkan kicap dan sos. Kalau kering, letakkan air sedikit. Jangan banyak, nanti lembik pula spageti tu.
Ada orang goreng mee/spageti letak telor kemudian tapi pb letak telor dahulu dan semua bahan baru masukkan spageti. Jangan lupa tauhu goreng tu.
Pb tak letak sayur sebab takde kat rumah. Kalau letak lagi sedap.
Kemudian pb gorengkan telor mata kerbau dan hiriskan timun sebagai ganti sayur.



Lebih sedap dari mee kuning, cubalah!

Mihun goreng kunyit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera dan selamat pagi......yeayyy...hari ni pb dapat update blog pepagi. Sebab encik hubby sekolah belah pagi pulak. Biasa dia yang konker computer ni, pb tunggu dia pergi sekolah tengahari baru dapat ambil alih.

Semalam Hari Wanita Sedunia kan? Sebenarnya semalam baru tau dan semalam juga Hari Buah Pinggang katanya. Sama2 la kita menjaga buah pinggang kita, jangan sampai rosak.......minum air masak banyak2 tau (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya sebab selalu lupa minum air)

Pagi ni pulak, ada 'pendatang haram' sudah muntah depan rumah pb. Selambak ditinggalkannya......pb pun keluar la kat depan tu dengan penyapu lidi dan berus lantai......huhu....exercise pepagi der! Kurang asam punya kucing, mesti kucing jantan ni.

Ok la, panjang pulak mukadimah pb, tak sengaja...hehe....ni mihun goreng kunyit yang pb buat hari Ahad lepas kalau tak silap. Tengok kat rumah sape hari tu, lupa pulak. Asyik makan benda yang sama, boring kan. Kasi tukar warna kuning pulak.



1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang kecil, kasik pecah (hempok dgn parang)
Carrot - hiris memanjang
5/6 ekor udang segar
1 sudu besar tauco
1 biji telor
1/2 inci kunyit hidup
2 genggam taugeh
garam dan perasa (skrg selalu gantikan dgn gula je)
Mihun jangan lupa rendam dulu/curah air panas kejap

Caranya, tumis dan gorenglah seperti biasa. Ringkas kan?



nota pb: dah hampir 8 pagi, jom kita solat sunat dhuha
insyaallah hidup kita diberkati olehNYA....

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Mee Jawa Tulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pelik bunyinya ye? Ada ke orang masak mee jawa letak tulang lembu? Ada....pb la orangnya...hehe...Pb beli tulang ni saja kot2 nak teringin dah ada dalam peti.

Sebelum tu, hari Ahad lepas pb makan kat satu food court dekat dengan rumah. Saje je nak merasa mee jawa orang Sabah (mungkin gerai tu bukan orang Sabah agaknya) Hati berbelah bagi, nak makan ke tak......tengok macam sedap, orang keliling makan licin je pinggan dia orang.

Pb order satu mee jawa, kongsi dengan hubby. Manalah tau tak sedap, kan rugi kalau beli dua mangkok. Orang tu hantar bukan guna mangkok, tapi piring biasa je (macam pinggan kfc dulu2 tu). Pb cakap kat hubby, tak sesuai langsong makan mee berkuah dalam piring. Nak buat macam mana, hirup aje la.......sekali rasa....fullamak! Bukannya sedap........rasa keledek sesaje. Ayam ada la beberapa ketul, tahu seciput, telor dibelah empat. Suka tak suka, kena makan juga. Harga RM5, tak berbaloi kalau macam tu rupanya.

Esoknya (hari isnin) pb rancang buat mee jawa tapi tak berapa lengkap sebab pasar besar KK pun tutup. Tauhu takde, daun sup takde......bagaimana pun puas hati sebab lebih sedap dari kat food court hari tu.

Resipi pb ambil dari Hanieliza fotopages. Terima kasih kak liza, saya buat terlebih rempah kari la pulak, pedas sikit. Minta izin copy paste ye.....saya ubah sikit je, letak tulang lembu....





 MEE JAWA TULANG
 Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur) - pb guna mee kering
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis] - pb guna tulang direbus dulu
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis) - takde tauhu, org kat pasar cuti
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah) - pb guna limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ] - tak guna sebab takde
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.





nota pb: korang jangan gelak tengok tulang segedabak dalam pinggan tu...













Yee Mee ikut suka hati ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ringkas je pb nak tulis, perut sakit memulas ni. Nak kata makan pedas2, rasanya biasa je tadi makan nasi dengan ikan sambal. Maaf la tak dapat lawat kawan2, esok2 la ye.....(waktu ni pukul 9 mlm)


Ni favorite anak pb, yee mee tapi ini bukan mee siput. Pb guna mee yang kering tu, ok la, ada sikit2 rupanya. Simple je.......pb tiru sikit macam dalam myresipi tapi dah banyak lari dari asal....hehe....bahan tak cukup le.

Sekeping dada ayam (pb guna bahagian peha)
4/5 ekor udang besar
2 batang cili kering (potong2)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (kicap pekat takde)
2 keping hirisan halia
sedikit stok ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn air
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
cendawan butang (kat rumah takde, tak letak pun)

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam dan udang.
Masukkan air, sos tiram, kicap, stok ayam, lada hitam.
Dah ok semua perasa, baru masukkan mee yang dah direbus dulu.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan.
Dah jadi yee mee......hehe....sedap jugak ni, macam kat kedai.



Kepala udang saja tak buang, konon2 nak bagi lebih sedap, tapi memang sedap pun.






nota pb: lepas upload gambar, terus dok dlm bilik termenong
ni yang lambat publish entry, ntah apa silap makan..

Mi Siam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mi siam........lama betul tak dengar dan makan mi ni. Masa kecil dulu (kat Johor) selalu jumpa, sedap bila nak makan curah kuah tauco.

Kali ni pb beranikan diri buat mi hoon siam berpandukan buku masak CITARASA MALAYSIA....yang kat gambar tu, silap tertulis mi hoon siam pulak.

Hubby kata sedap sekali sekala masak macam ni, lain kali boleh buat lagi.

MI SIAM

Bahan2nya:

1 bungkus mi hoon
160 gm udang kering
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
300 gm kerang (rebus)
sedikit halia
10 biji lada merah
1 camca besar taucu
300 gm udang basah
125 gm kucai (tak letak sebab takde)
300 gm taugeh
limau kasturi beberapa biji
sedikit belacan dan garam

Cara menyediakannya:

Rendam mi hoon dengan air hingga lembut.
Bersihkan udang dan kerang dibuang kulit.
Taugeh buang ekornya dan kucai di potong seperti biasa.

Tumbuk udang kering, bawang putih, bawang merah, belacan, halia dan lada merah hingga lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya.
Masukkan taucu dan udang, biarkan hingga udang masak. Masukkan kerang dan sedikit air supaya tidak kering sangat.
Bila dah naik bau, masukkan mi hoon dan garam.
Gaul selalu hingga lembut baru masukkan kucai dan taugeh.
Bila telah masak perahkan sedikit air limau kasturi dan digaul rata.
Angkat dan hidangkan.
(pb buat tak sampai sebungkus pun jadi pandai2 la ubah sukatan resipi tu)




Cubalah........gerenti sodap!!

MI Goreng Indomie

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nak update ringkas je, berjela panjang pun bukan ada orang nak ambil kisah kan?


Encik hubby masak semalam, tak percaya? Masak separuh jalan je.......awalnya orang rumah dia yang potong bawang dan cili. Dia cuma tolong kacau-kacau dalam kuali.

Jadilah macam ni.......


Tanya dia, sedap ke? mencebik je......
Hemmm....dah asalnya memang tak sedap, cuma ubah suai sikit je letak udang dan cili.
Bukan bini tak masak, saje je nak makan maggi. Merasalah.....

Mi rebus


Salam Sejahtera....
Selepas baik demam tempohari, aku nak sangat makan mi rebus. Teringat masa dulu2 aku kerja di JB, hari2 melantak mi rebus kat teksi stand tu........sanggup jalan kaki panas2 semata2 nak makan mi rebus pakcik kat situ. Sedap sangat!
Tapi, mi rebus yang ku buat Ahad minggu lepas rasanya tak sama macam yang ku makan dulu. Mi rebus ni resipi dari Puan Norzailina.......tapi....aku rasa malas pula nak menulis di sini. Kalau ada sesiapa yang berkenan, boleh la layari www.alaf21.

Mee hun sup (mkn mlm)


Takde idea hari ni nak masak apa. Bosan betul...................

Semalam dah masak gulai kawah daging, hari tu ayam masak kari. Tempohari ikan kerisi masak lemak nenas.............ya Allah...pening kepala mikir nak masak ni!!


Akhirnya pilihan ku.......mee hun sup. Letak ayam, udang, bebola daging, sayur sawi, tomato..........dah pun siap.


Kan seronok kalau ada pembantu rumah.................tak payah fikir nak masak apa untuk pagi, tengahari dan malam. Biar dia je yg fikirkan!!