my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan

Sotong Goreng Tepung & Rebung Masak Lemak

Assalammualaikum,
Dah hari keberapa ye kita puasa? Baru puasa seminggu dah tak ingat la tu.....semuanya lupa dek ingatan persiapan untuk raya yang belum selesai Happy smiley Baju tempah dah siap? Kasut raya anak dah beli? Langsir dah tukar? Kuih raya? Crying with laughter kakpb belum ada semua tuuuuu....

Tak kisah la...janji dapat balik semenanjung beraya dengan famili kan lebih penting. Benda tu semua boleh cari last minute kalau rajin menjelajah shopping komplek.

Ok, ni menu 2 hari lepas. Kakpb lewat update sebab takde masa nak duduk lama depan pc. Guna tablet boleh tapi leceh sikit. Silap tekan, lain pula jadinya.Happy smiley Sotong ni kakpb buat seperti kawan2 lain buat cuma ada beza sikit je. Sebelum ni kakpb ikut resipi dalam myresipi rasanya. Lupa pula resipi kali ni dari sumber mana. Minta maaf la ye kalau kakpb tak letak link, memang tak bookmark.


SOTONG GORENG TEPUNG
@blogsurirumah

4 ekor sotong yang sederhana besar, bersihkan dan potong bulat.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 ulas bawang putih di cincang
1 biji telor
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Caranya :-

Siang sotong dan bersihkan. Perap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Toskan sotong hingga kering.
Gaul tepong gandum, tepung jagung dan bawang putih bersama.
Pecahkan telor dalam mangkok lain, letak lada sulah. Kacau rata.
Celup sotong dalam tepung kemudian celup pula dalam telor.
Masukkan lagi sekali dalam tepong dan goreng dalam minyak yang panas.
Tak perlu lama gorengnya.

Alhamdulillah, rangup dan lembut. Kakpb guna sotong yang lebar2 tu, orang panggil sotong apa tah. Bukan sotong panjang kurus warna kemerahan. Itu tak berapa sedap sebab selalu mengecut bila masak.

Kemudian kakpb masak juga rebong. Sebenarnya kan, kakpb tak pernah masak rebung melainkan makan dirumah mertua. Mulanya nak masak lemak seperti kita masak ikan tu, letak cili padi, serai bagai Silly smiley tapi call MIL, dia kata masak seperti kita masak sayur lemak biasa. Oh gitu rupanya. Senang baa....Winking smiley kacang je tu!!

Kakpb tulis jugalah ye, untuk suka2, tengah mood rajin ni...

SAYUR LEMAK REBUNG
@blogsurirumah

1 peket rebung (kat sini rebung dah siap potong cantik, jual dlm plastik RM1)
1 1/2cwn santan (ni masak utk 2 orang je)
sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar hiris
1 btg cili hidup hijau hiris
sedikit serbok lada hitam
garam

Kakpb rebus dulu rebung dan toskan.
Masukkan bawang, cili, ikan bilis tumbuk dan lada hitam dalam santan.
Masak bersama rebung tadi.
Perasakan garam dan kakpb letak sedikit gula sebagai ganti ajinomoto. (lama tak guna aji)
Siap. Menyelerakan masak sendiri.Thumbs up


Maaf, gambar ambil dengan periok sekali, nak cepat.




Sotong Masak Hitam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Suka tak makan sotong kaler2 hitam? Anak pb suka sangat, sebab dah macam masak kicap rupanya. Dia tu hantu kicap, asal makan nasi je, botol kicap mesti ada kat tepi. Ibu dia rasa macam nak baling je botol tu.......

Sotong masak hitam ni kesukaan pb juga masa kecil dulu. Arwah tok masak lagi sedap walaupun cincai je cara masaknya.



Rasanya ni resipi ulang tayang, dah pernah buat di sini, cuma ubah suai sikit je.

Sotong yang besar 2 ekor (siang buang kulit, dakwatnya jgn buang)
Bawang putih
Cili kering kisar
sedikit kunyit
garam dan gula

Kali ni pb tak letak cili padi sebab cili kering tu dah pedas. Macam biasa tumis bawang putih dan cili. Masukkan kunyit, dah naik bau, masukkan sotong yang telah di siang dan cuci bersih.
Biasanya pb toskan dulu sotong tu dalam tapis. Kalau tak nanti masa masak airnya terlalu banyak. Kalau ditoskan, kuahnya pekat dan lebih sedap.
Masukkan gula dan garam. Tak perlu lama2 atas dapur. Angkat dan hidang.



nota pb: minggu ni hati dah kat semenanjung....

SOTONG PERCIK LADA HITAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana keadaan terawih ditempat kawan2 blogger sekalian? Seronok tak? Malam tadi pb pergi agak terlewat sedikit, dapat barisan belakang (dekat dinding). Susah pula nak rukuk, orang depan pula kebelakang sangat. Bila bangun dari sujud, terkena punggung dia. Lucu la pulak, teringat masa umrah dulu. Orang sana kan bertubuh besar dah tentu telekungnya pun besar. Pb selalu 'diselubungi' dengan telekung mereka.....hehe.....begitu juga bila tahiyat akhir, kaki pb selalu kena tindeh tapi pb tak pernah marah. Kena banyak sabar.

Berbeza ditempat kita, saf selalu kosong dan mereka2 ni degil betul, taknak bergerak walau setapak pun. Pernah juga tempohari saf dibiarkan kosong ditengah2 kerana ada beg disitu. Hingga selesai sembahyang isyak, bila nak mula terawih, barulah tuannya masuk.

Sebenarnya pb nak update malam tadi, komputer dah on, gambar dah letak watermark. Mata ni pulak tak boleh tahan mengantuknya.

Ni lauk pb masak semalam petang. Masak simple2 je bulan puasa ni. Selera makan tidaklah membuak sangat, cuma teringin nak minum berbagai2 jenis air je.......alhamdulillah semalam ada juga hujan waktu pagi. Lama betul tak hujan.

SOTONG PERCIK LADA HITAM
sumber resipi dari majalah RASA
oleh Chef Mohd Nor Bin Hamzah & Chef Imran Ismail

Bahan perapan:

3 ekor sotong besar
5 gm halia (pb tak timbang pun, agak2 je)
20 gm bwg putih (dikisar)
100 gm bwg merah (dikisar)
1 btg serai (dikisar)
20 gm serbuk jintan putih
50 ml santan
Garam
Minyak secukupnya

Bahan Kuah:

150 ml santan
5 gm lada hitam di tumbok
15 gm kerisek
1 helai daun kunyit
20 gm cili boh ( kalau taknak guna cili boh boleh guna cili padi)
Gula secukup rasa
Garam

Cara memasak:

Cuci sotong hingga bersih.
Lumurkan sotong dengan halia, bawang putih, bawang merah, serai, serbuk jintan dan garam. Perap seketika.
Tuangkan sedikit minyak masak dan santan, panggang hingga masak.

Untuk kuahnya, masukkan santan, lada hitam, kerisek, daun kunyit, cili boh, garam dan gula.
Kacau hingga mendidih dan pekat.
Letakkan sotong di atas pinggan hidangan.
Tuang kuah percik di atasnya.

sotong ni jenis yang tebal dan tak mudah kecut bila di bakar atau goreng.........tak macam yang satu jenis lagi tu...

Kalau suka kuah percik warna putih, tak perlu guna cili kisar tu......

Sebenarnya pb tak berapa suka dengan sotong, ntah kenapa macam muak pula. Mungkin sebab dulu2 pb selalu tolong mak kat restoran, sekali siang bukan sekilo. Tu yang jadi tak berapa suka, tapi kalau orang lain yang masak, confirm pb makan.....hehe...

Sotong Lemak Daun Kunyit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tak dapat nak tulis panjang2, pb selsema dan banyak kerja tak settle lagi ni.....
Resipi ni ikut suka pb sendiri dan kalau ada teman yang nak tokok tambah, silakan la ye.

3 atau 4 ekor sotong yang agak besar (pb beli sotong isi tebal, ntah apa namanya)
1 1/2 cawan santan pekat
3 atau 4 ulas bawang merah kecil
5 hingga 6 batang cili padi yang tak pedas sangat (cili akar)
Sekeping asam keping
sehelai daun kunyit yang di ceraikan
Sebatang serai
sedikit kunyit dan garam

Sotong dipotong memanjang supaya senang nak makan (bukan potong bulat2 tu)
Tumbuk bawang merah, cili padi dan masukkan dalam santan pekat.
Masukkan juga asam keping, kunyit, serai dan daun kunyit.
Bila santan mendidih, masukkan sotong (biasanya pb rendam sotong dgn limau untuk hilangkan bau hanyir)
Pb tambah sedikit air sebab sotong dah banyak air bila dimasak.
Jangan masak terlalu lama, matikan api.


Sedap bau daun kunyit menambahkan selera......

SOTONG GORENG TEPUNG

Salam Sejahtera....

Ok...kembali menulis masakan pula....biaq pi la yang lepas2 tu, malas nak tensionkan otak aku ni....

Sotong goreng tepung ni dah banyak kali aku buat. Tapi.....terus terang masa first aku buat, aku rasa salah cara aku tu. Resepi ni aku ambil dr blog kakInakl......tak baca abis cara2nya, aku main belasah je....

Mula2 aku buat, aku gaul sotong dlm tepung dulu baru masuk dalam bancuhan telur. Tengok2 bila dah goreng, lain pula rupa sotong goreng aku ni......fikir2 balik, macam salah je teknik aku tu. Akhirnya baru terfikir, gaul dulu sotong dengan telur, baru celup dalam bancuhan tepung, goreng......barulah cantik!!

Bahan-bahan:-
500gm sotong

1 cawan tepung gandunm

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil serbuk kari daging

sedikit serbuk lada hitam/lada sulah

sedikit garam

1 biji telur di pukul

minyak untuk menggoreng

1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya:-

1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.

2. Bilas dan toskan.

3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.

4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.

5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan

gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.

6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.

7. Sedap di makan panas-panas.

Credit to kakInakl......kita suka resepi ni sebab anak tak makan pedas, jadi sesiapa yang tak suka pedas, sesuai sangat dengan masakan ni..

Sotong masak hitam


Betul ke tajuk resepi ni? Aku main hentam je..........ni menu tengahari tadi....sebenarnya permintaan adik angkat kami di semenanjung, suruh letak di blog. Jadi, aku cari2 kat google, terjumpa satu blogger, orang Johor. Aku cilok dari dia walaupun sebenarnya cara aku masak sama je dengan dia, cuma dia letak cili padi. Biasanya aku letak cili kering (di mesin) dan serai. Kalau dia terbaca blog aku ni, aku nak ucap terima kasih jugak la.........

bahan:

cili padi (dlm 6 atau 7 biji)
bawang merah
bawang putih
kunyit
sotong di buang kulit, ambil yang hitamnya tu dlm 3/4 ekor

Sotong di potong kecil. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan tumis seperti biasa.
Tak perlu la nak jelaskan secara detail. Rasanya semua orang dah boleh buat, benda senang je tu.......betul tak cikgu Uchup?

apa lagi? dah masak nanti.........tepek kat blog.