my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Majlis maufakat tahun 6

Assalammualaikum...

Baru terjengol kakpb ni kan? Entah apalah yang dia sibuk agaknya? Kalau kakpb kata sibuk, mesti orang tertanya-tanya. Suami sorang, anak sorang pun sibuk juga ke? Habis tu.....kat belakang rumah ada 3 ekor belaan, tak kira? Dah berenam.....nak cuci tandas dia, nak sapu rumah dia, beri makan dan belai setiap pagi.

Buat apa lagi? Baju dah ada tukang basuh, tinggal sidai je.....iya...iya...orang ingat surirumah ni relak je. Memang relak kalau ikut suka sendiri nak buat ke tak. Tapi kakpb ni jenis yang suka kesempurnaan....lebih kurang gitulah. Kalau boleh suami dan anak balik, semua dah siap. Karpet dah vacum, baju dah sidai dan siap gosok, dah siap masak tengahari, dapur tersusun kemas.

Sambil buat kerja rumah sambil juga buat kuih untuk frozen. Bukanlah banyak sangat ordernya tapi faham-fahamlah kalau buat kuih ni, remeh kerjanya tau.

Khamis lepas kakpb pergi ke majlis permaufakatan anak di sekolah dia. Tahun ni dia UPSR jadi sekolah adakan majlis ini untuk ibubapa bersama anak. Ramai juga ibubapa yang tak dapat hadir. Kesian tengok anak-anak yang bersendirian ditemani kawan saja.

Majlis untuk beri semangat pada murid tahun 6 bagaimana memotivasikan diri mereka dalam pelajaran dan juga hubungan dengan ibubapa. Ada ketika anak-anak diminta berhadapan dengan ibu atau bapa, pandang mata dan mohon maaf, begitu juga dengan ibubapa. Saat inilah si Aziz memeluk kakpb sambil berderai airmata......hilang dah malu dengan kawan-kawan. Kakpb pun apa lagi.....mula keluar tisu....sambil berpesan-pesan supaya dengar cakap cikgu, jadi anak yang soleh untuk masa depan dia juga.

 
 Ibu harap dia akan jadi contoh kepada pelajar lain. Jadi tokoh pelajar kalau boleh.

 
Sebak seketika dengan ucapan Encik Michi Bolugu, bapa kepada seorang pelajar perempuan yang cemerlang tahun lepas. Berderai airmatanya bila menyatakan anak2nya teringin belajar disekolah yang bagus tapi dia tidak mampu kerana status sebagai penjual ikan. Jarang dapat merasa makanan sedap seperti McD dan kfc. Tapi dengan usaha anaknya dan juga semangat dari dirinya yang hanya bersekolah hingga tahun 5, akhirnya membuahkan kejayaan. Sekolah juga memainkan peranan membantu anaknya tusyen tanpa bayaran. Tahniah untuk beliau, bapa yang prihatin. Menjadi contoh kepada bapa2 lain.

Setiap hari kami tekankan pada Aziz, ilmu itu harta paling berharga dalam hidup.
Carilah ia, jangan malas berusaha, jangan lupa solat, doa untuk ibubapa, guru dan junjungan Nabi kita.
Ganjarannya pasti mewah satu hari nanti.

nota kakpb: kalau pandai nanti boleh dapat biasiswa..
dia masih tak faham apa itu 'biasiswa'...hurmm..

Mee Rebus Haji Wahid

Mana lagi best? Ariana Rose ke Mee Rebus Haji Wahid??
Kaum wanita mesti jawab Ariana Rose dan kaum lelaki.....mee rebus ler!! 

Fenomena Ariana Rose!!
Pukul 7 malam je dah siap kat depan dengan hidangan malam kat rumah ni. Nasib maghrib awal disini.
Siapa pilihan gadis2? Tengku Adam Kamil? Harith?
Soalnya....dua2 dah berpunya ye adik2.....gigit jari la korang...haha!!
Kakpb minat Harith tu, ada iras-iras kacukan Filiphine ler...


credit to berita harian

oklah...mengarut kesana pulak..
Nak share Mee Rebus Haji Wahid yang kakpb buat tempohari, sedap sangat. Rasanya lebih sedap buat sendiri daripada kita beli. Tapi di Sabah memang takkan jumpa kalau tak buat sendiri. Kat Johor berlambak....sebab mee rebus popular di Johor.



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID - MENU OPEN HOUSE RAYA!
copypaste drp facebook

BAHAN-BAHAN :
  2 kilo mee kuning, dicelur
  1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  3 ulas bawang putih, dikisar
  3 biji bawang merah, dikisar
  1 inci halia, dikisar
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  3 batang serai, dititik
  1 inci lengkuas, dititik
  5 sudu makan rempah kari daging
  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  80g tepung gandum
  ¼ camt serbuk kunyit
  garam
air secukupnya
  minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
  tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  daun sup, dimayang
  bawang goreng
  telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
 taugeh, dicelur
  limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
  Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
  Panaskan minyak dalam periuk.
  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
  Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

FB : Persatuan Bangsa Johor



 

Pastri karipap rapuh dan lembut, sedap banget!!

Assalammualaikum adik-adik ku semua....
Korang komplen tak kakpb tak update blog beberapa hari ni? Entah kenapa sibok bebeno.....kehulu kehilir dalam rumah je....tapi nak tidur siang pun tak sempat. Itu pun malam tadi dah cuci bilik air, cover kerja untuk siang ni...

Oklah...dalam busy tu sempat juga mengkaripap....hehe...
Serious sedap gilos kali ni...
Kakpb memang selalu buat tapi takdelah selembut yang ini. Lebih kurang juga bahan yang digunakan. Cumanya kakpb tak sukat selalu tu. Main hentam je, janji ada rasa lembut, taklah sakit gigi menyunyah bila lepas goreng.

Terima kasihlah kat Ros JintanManisIzah Daut dan Mas Duniaku 
Mereka ni panggil karipap Ros Jepun

Minta izin copy paste kat blog ini pula ye, halalkan tau tuan punya resipi:)

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.



Goreng 3 biji je semalam, sebelum kena ngap, cepat2 ambil fotonya....
Nampak tak tekstur yang lembut dan gebu? ewah...tak nampak? haaaa....kena buatlah tu!!

Maaflah, intinya kakpb buat style kakpb. Kalau nak tau, google je ye..


Untuk frozen, kakpb bakar kat oven kejap dalam 10 minit gitu.

Hari ni nak buat lagi sebab inti semalam tak habis, saja buat sikit2.