Mee bandong? uwaaaa......kakpb suka sangat mee ni, dulu kalau balik Johor, mesti cari. Paling sedap yang kakpb makan di Muar, entah tahun bila agaknya. Semalam kakpb bosan nak makan nasi. Nak makan tengahari pun boring sebab sorang2. Anak bujang ada latihan nasyid kat sekolah. Petang baru balik, sama dengan ayahnya.
Resipi kakpb ambil kat blog
Soda Hikari dan resipi asalnya dari Chef Nazri. Kalau nak yang asal, klik la blog tu ye. Kat sini kakpb dah ubaisuai ikut bahan yang kakpb ada.
MEE BANDUNG
oleh: @blogsurirumah
1/2 kg mee kuning
2 senduk gulai cili kering blender
3 ketul ayam - potong kecil
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
1 mangkuk sederhana udang -
buang kulit (kakpb tak guna udang)
1 mangkuk sederhana sotong -
(sotong pun takde)
2 keping fish cake - hiris nipis -
(ganti dengan bebola ketam)
2 buku keledek sederhana besar -
direbus & dilecek (kakpb ganti dgn kentang lecek)
1 batang lobak merah -
potong bulat
1/2 cawan kacang tanah -
blend
4 biji telur
4 sudu besar udang kering -
tumbuk
Sedikit bancuhan tepung jagung -
(ni tak letak sebab dah pekat)
Air rebusan kulit udang
Bahan Tumbuk/Blend :
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan
Bahan Tabur :
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Sawi di celur
Limau kasturi
CARA :
1. Tumis bahan yang di tumbuk.
2. Bila wangi, masukkan cili blender. Bila cili dah garing, masukkan ayam.
3. Biar air ayam kecut. Masukkan sos tomato & juga sos tiram.
4.
Masukkan udang & juga sotong, bila udang & sotong masak,
masukkan air rebusan kulit udang. (Kuah tu agak2 la, dalam 1/2 periuk
sedang)
5. Masukkan pula fishcake.
6. Masukkan pula keledek yang telah dilecek, lobak, kacang tanah,gula & garam secukup rasa.
7. Bila kuah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji & udang kering.
8. Masukkan pula air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Terima kasih pada tuan punya resipi yang asal atau pun yang memanjangkannya.