my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

......INI LA SI DIA......


suka di belai


kuat makan dan minum, semangkok besar tu senang2 je abis.....



paling suka memanjat kat kerusi urut ni....tempat pertama dia tuju kalau keluar dari sangkar




Taraaaa..............


Ini la Datuk K yang manja dan mengada2 tu...............kalau duduk kat riba, taknak bangun.....siap tidur lagi!

First, minta maaf ye kepada mereka yang bernama Datuk K (setau aku sorang je datuk k yg glamor...) bukan la nak menjatuhkan standard sesiapa. Jika ada yang tersinggung dan sakit hati, aku minta maaf bebanyak. Bukan salah aku.......

Sebenarnya nama Datuk K ni diberi oleh mak saudara suami ku. Betinanya diberi nama Siti (tapi dah mati, katanya mudah terkejut langsung meninggal) Mereka bela arnab ni baru beberapa bulan je tapi akhir2 ni anak bujang dia yang berusia 6 tahun tu selalu alahan pada bulu arnab. Jadi, untuk mengelakan dari berterusan alahan dia tu, terpaksa Datuk K di pindahkan kerumah ku (dengan sangkar sekali)

Maka.......bermula la rutin hidup aku menjadi sibuk setiap hari. Tapi yang bestnya bila dapat memeluk dia. Dia suka di peluk (gatal jugak eh?) dan di belai. Bila aku lalu sebelah sangkar dia, mesti dia berdiri dan menjulurkan hidungnya yang besar tu supaya aku urut. Cuma yang aku malas nak keluarkan dia bebas dalam rumah, bab2 'meninggalkan butir2' kacang hitam merata2.
Masalah ku yang paling besar bila aku dah sayang kat binatang belaan ni.........aku anggap macam anak sendiri. Risau pula nak tinggalkan dia lama2 bila aku sekeluarga pulang ke semenanjung. Memang ada jiran boleh tolong tengok tapi tak sama seperti tuan dia jaga. Kalaulah boleh dibawa sama, dah tentu aku angkut sekali.........
nota: bagaimanapun......aku masih ingat lagi si Tommy......dan sampai bila2.





2 ulasan:

  1. hehehe kesian datuk k tingal sorang-sorang...siti telah meningalkannya is is is kesian ..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)