my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Bukhari Ummi, Kerutub Ayam Kak Liza sambut kepulangan

Alhamdulillah, hubby telah pun sampai kerumah dengan selamat. Terima kasih ya Allah kerana menjaga keselamatannya disepanjang perjalanan tanpa teman. Sampai je dia, anak bujang kak pb berlari-lari, buka pintu dan menerkam ke kereta hubby. Beberapa hari ni dialog dia macam kecewa je ayahnya takde.

"Rasa lain pulak bila ayah takde time makan, selalu riuh." dialog masa makan malam.

"Cuti ni paling membosankan." dialog dia waktu malam, terperap dalam bilik dengan ibu.

Sekarang ni bila ayah dah balik, asyik bergaduh je......itulah orang kata, bila tiada tercari-cari, bila depan mata tak peduli.

Semalam kak pb masak nasi bukhari dan ayam kerutub untuk hidangan orang yang baru pulang dari jauh. Sebelum tu anak bujang dah makan dulu dua pinggan. Kak pb tunggu hubby nak makan sama. Sanggup tak makan tengahari......hehe.....menanti penuh sabar.


Rasanya macam terlebih rempah je tapi hubby dengan anak kata sedap...


NASI BUKHARI
 oleh: blog surirumah
sumber : Ummi Home Sweet Home
Bahan (untuk 8 - 10 orang)
  • 3 1/2 cawan beras basmathi (kak pb masak 1 setengah gelas)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (guna rempah kiriman kakak tempohari)
  • 3 biji cili hijau - dibelah (tak letak)
  • 1 pokok daun ketumbar (tak ada)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji (ni pun takde)
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun (sama macam ummi)
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak) (sama juga tak letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.


Kak pb lawankan nasi bukhari dengan ayam masak kerutub, memang masuklah! Anak bujang kak pb yang tak suka ayam pun makan bertambah dua pinggan dan ayam dua ketul. Sukanya hati ibu kalau anak makan dengan berselera. Ayah pun begitu juga, tak berhenti-henti memuji sedap ayam ketutub ni. Cuma satu je kak pb tak ikut macam kak liza, tak letak kerisek. Kak pb memang agak anti sikit dengan kerisek. Bagaimanapun rasanya tetap mantop!!


Kak Liza, kak pb minta izin copy paste resipi kak liza ni di sini ye......terima kasih banyak kerana resipi yang sedap ni dan jadi kesukaan kami sekeluarga.

KERUTUB AYAM
oleh : blog surirumah
sumber : kak liza fotopages

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil] - cuma guna kurang dari sebelah
2 s/b rempah kari dibancuh
2 s/b rempah kurma
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek - tak letak
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.



nota kak pb: sebenarnya entry ni nak pos pada hari hubby balik, tapi tertangguh pula...





26 ulasan:

  1. Kalau sempat jumpa Zana, hendak rasanya kakcik minta Zana masakan nasi bukhari tu...hehehe...

    Esok kakcik akan ke sana lagi. Jadi tak nak pesan mangga ni? Smslah kakcik dan nyatakan nak mangga jenis apa, ya...

    0122830569

    BalasPadam
  2. Samalah tu Zana, kalau ada ayahnya, memang asyik kelahi dengan anak-anak, tapi kalau tak ada rasa sunyi pulak... meriah keluarga begini kan.
    Rajinnya buat nasi bukhari... kita belum pernah cuba, lagilah dengan kerutub ayam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saje je menghilangkan rasa bosan ni Amie..

      Padam
  3. Anak2 MM memang rapat dgn ayah mereka, senja kalau hubby belum balik je mesti bebudak tu mencari, kadang menangis2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Na pun anak, mesti rindu walau sehari tak jumpa..ma

      Padam
  4. Sedapkan..
    Saya masak daging kari jer hari nii..

    BalasPadam
  5. wah!!!!!!!!!!! sedapnya!!!!!!!!!!! hadoi..tak pasal2 kena cari makan ni..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...kt sana petik jari semua ada, sini?

      Padam
  6. Sedapp!! dh agak sure masak best2 menyambut kepulangan enchik abang tercinta ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehe...takde la best sgt...ok la ni simple je...

      Padam
  7. Salam k.Zana.special hidangan....nasi bukhari dg ayam kerutuk...menyelerakan...

    BalasPadam
  8. sejuk perut hubby kan.. balik dr jauh dpt makan sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah....sejuk perut n tmbh boroi...hehe

      Padam
  9. assalam k.zana
    mestilah special utk suami yg baru pulang kan he he
    sedap kita pun suker

    BalasPadam
  10. W'slm mama...yg penting dia dan anak suka sgt:-)

    BalasPadam
  11. salam kak zana...
    ummphh je tengok nasi ni,
    biasenya kalau ziarah kat sini saya tak nampak langsung kotak ulasan nie..sbb tu takleh nak tinggal jejak
    harap2 lps ni o.k lah kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Rohah......baru nmpk wajah hari ni, boleh dah komen.

      Padam
  12. As'KUM kak Zana cayanggg apa yang mampu ku komenkan.. SEDAP DAN MENGECURKANNNNNNNNNN

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam Sha, takyah komen panjang2, esok buat...hehe.

      Padam
  13. Assalam Zana, thanks ya sudi try resepi akak tuh....alhamdulillah kalau menepati selera suami dan anak2 jugak... ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm Ummi, terima kasih juga kerana resipi ummi yg sedap ni..

      Padam
  14. fuhh..haruslah nampak menyelerakan..saya ni kalau bab set nasi cuma tau nasi ayam dan nasi tomato. nasi beryani try sekali je pun tak berapa menjadi. hahahah..tapi yang ni nampak best sangattt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni senang je, mcm tak percaya jadi....hehe..

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)